Tuesday, July 7, 2009

JENAMA

Jika ditanya, apa sebenarnya yang dijual dan apa sebenarnya di beli? Cuba kita lihat situasi di bawah :

Di pasaranya, produk diletakkan mengikut kategorinya – pakaian, makanan, bahan basah, aksesori dan sebagainya. Jika kita ingin membeli teh, hanya perlu berdiri di satu tempat kemudian membuat pilihan. Teh Boh, Lipton semuanya di satu tempat. Tiba-tiba ada satu jenama yang kurang popular, cap XYZ. Mungkinkah kita akan mengambil cap XYZ tersebut? Atau, kita akan ambil yang cap Boh? Ianya sama, hanyalah seuncang teh. Tapi, kita lebih memandang kepada produk yang sudah diketahui ramai. Kenapa? Sebenarnya, kita membeli jenama produk tersebut.

Mengapa, syarikat sanggup melabur jutaan ringgit hanya untuk membangunkan jenama? Pernah tak kita beli produk berjenama seperti Sony, Compaq, Apple dan sebagainya tetapi mengalami kerosakan? Saya andaikan semua pernah merasainya. Hakikatnya, semua produk di pasaran adalah sama. Namun, kekuatan jenama produk tersebut mampu memberi gambaran awal kepada kita bagaimana kualiti produk tersebut. Siapa tahu, jenama XYZ itu sebenarnya lebih berkualiti berbanding jenama-jenama besar yang lain?

Pernah seorang pengguna cuba memandu kereta BMW. Apa yang dinayatakannya selepas memandu kereta tersebut adalah :

“Lagi sedap bawa kereta buruk aku tu. Tempat duduk keras, sakit pinggang aku”

Tetapi, kerana jenamanya, pemandu yang memandu akan hilang sagala sakit sendinya kerana imej yang dibawa bersama. Mengikut kajian psikologi, jenama mampu memberi kesan terhadap keyakinan manusia. Dengan tersarungnya pakaian jenama John Master di badan, secara tidak langsung kita rasa kita berada dalam golongan atasan yang mempunyai kuasa luar biasa.

Sesetengah syarikat sanggup membeli jenama yang sudah tersedia imejnya dengan harga yang sangat tinggi. Hanya satu nama! Tapi, itulah kekuatan dan kepentingan jenama terhadap produk dan juga pengguna.

Jenama yang paling sukar diatasi adalah jenama generik. [Nak huraikan ikut fakta agak susah. Jadi, saya bagi contoh je la]. Pernah makan mee segera? Sudah tentu pernah. Cuba kita lihat ayat di bawah :

“Nak beli megi la”

Yang di sebut adalah ‘megi’. Tetapi, yang diambil untuk dibayar adalah Mi Poh, Mamee, Mi Sedap dan macam-macam lagi. [Boleh tangkap apa yang ingin saya sampaikan?]. Jenama generik adalah satu jenama yang sudah kukuh di minda pengguna sehinggakan habis semua jenama lain pun, kita tukar pada jenama tersebut. Misalnya Meggi.

Jadi, itulah kekuatan dan pentingnya jenama. Sehinggakan, kita sanggup berhabisan untuk mendapatkan tag nama jenama tersebut.

Nama kita adalah jenama kita. Jenama saya adalah ILIANA.

p/s : Tuan rumah terpaksa menulis berpandukan ilmu kebidangan kerana tuan rumah semakin kurang membaca hehe..

17 comments:

~*puding caramel*~ said...

betul juga.
kerana jenama manusia sanggup berhabisaan beringgit-ringgit. sebab? kepuasan..asal rasa elegent, melahirkan rasa yakin diri untuk menjalani kehidupan seharian. heh.. apa pun, bagi saya persepsi boleh di ubah. bergantung kepada individu itu sendiri. apa salahnya memakai jenama XYZ. asalkan kualitinya memuaskan.

kuIna LadyInRed said...

jika kualitinya terjaga jenama akan ternama.

Syahidah said...

huhu satu lagi sah-sahlah colgate. mana taknya..sekolah rendah lagi colgate yang masuk sekolah beri berus dan ubat gigi percuma..sampai la ni dok sebut colgate lagi..cuma sekarang dah beralih kepada ubat gigi mukmin..hihi

KhairiL's said...

yg x da jenama kurang promosi sbb tu x setanding dgn barang2 yg dah ada jenama sendiri

tp kadang2 barang yg x da jenama lg berkualiti

Iliana said...

--> puding caramel
betul tu. sampaikan ada yang sanggup berpura-pura memakai barangan berjenama agar dirinya terasa berstatus atasan.

--> kuIna LadyInRed
salah satu masalahnya adalah, orang tidak mahu mencuba langsung. jadi, tidak tahu apa tahap kualitinya.

--> Syahidah
saya nak juga letakkan contoh itu. tapi, nanti jadi seperti pengulangan cerita pula. terima kasih kerana kongsi bersama hehe ^^

p/s : sama dengan saya - Mukmin

--> KhairiL's
ada juga sesetengah jenama yang berprestij lebih tinggi tapi tidak menjalankan promosi meluas bagi menjaga sifat ekslusifnya.

p/s : apa salahnya saya pakai barang buatan Gombak hehe [ingat iklan tu?]

duOne_sTarz said...

aik.. mcm 2 ke?? uh..no no..tidak bersetuju.

Kualiti....

Harga belakang kira

nahmy said...

itulah yg dikatakan sbg the power of 1st invention...in marketing they normally become the 'trend setter'. ada org panggil ubat gigi tu 'colgate' (wlupun itu adalah brand)...gitule..

Iliana said...

--> DuOne_sTarz
huhu..kadang-kadang ini adalah apa yang kita tidak perasan. apa pun, ada tak barang yang tak bernama? secara automatik, kita turut beli nama tersebut. itulah yang ingin saya sampaikan.

--> nahmy
kuasa ahli pemasar sungguh berat. tapi, kesannya besar. target utama ahli pemasar adalah meletakkan imej produk dalam minda pengguna ^^

yEm ^^ said...

saya sangat setuju yang memang jenama memainkan peranan apabila hendak membeli barang. ini kerana, barang yang sudah punya jenama selalunya mempunyai reputasi yg baik daripada segi kualiti dan sebagainya...

saya suke cuba produk2 baru yang baru hendak mencipta jenama terumatamanya produk makanan... selagi saya tak jmpe makanan yang paling sedap, saya akan terus mencuba produk yg ada.. tapi bila dah jumpe, beli yang tu je la.. hehe...

Iliana said...

jenama itu adalah mesti. menyampaikan nama tersebut tugas pemasaran. membangunkan produk, tugas produksi atau pengeluaran. jika semuanya dapat berkerjasama, untung besar tu..hehe

p/s : tiada produk makanan yang mampu menandingi jenama Netty Abdullah (ibu saya huhu^^)

Farid Rashidi said...

"Pencuci Breeze ni sangat bestlah!" Kata seorang Mak cik sambil tersenyum simpul.

"Milo Ais satu Pak cik!" Pinta seorang pemuda.

"Kopi o satu.. eh tak glamerlah.. nescafe o satu!" Kawannya pula menyampuk.

"Fulamak, pakai baju cap buaya tuu.. riaknyee.." Puji mamat kepada rakannya Abu dengan mata yang seolah-olah sepet.

Maaf tuan rumah, saya tiada komen untuk kesemua babak lakonan di atas. :)

ibnu Sharom said...

apa2 pun yang penting content dalam janama itu ynag penting... betul tak..

izman said...

setuju bhw kebanyakan kita gila jenama.

[S]itie [B]Um [B]Um said...

lagi satu contoh ialah SOFTLAN! padahal jenama lain.. AVA la.. COMFORT la.. tp sumenye sebut softlan.

warungkampung said...

Salam Ramadan Cik Iliana. Lama kita tak 'bersua' ye. :D

saya rasa kejayaan besar sebuah syarikat bila berjaya mengenerikkan nama produk sejenisnya kepada produk sendiri.

tapikan, saya rasa lagi gempak kalo syarikat2 ni leh menukarkan nama produk mereka kpd kata kerja!

contoh:
1. Ibu memampers adik.
2. Dia sedang mengolgatekan giginya.
3. Saya berBMW ke pejabat.

nasib baik takde lagi!

anyway, artikel yang menarik. saya pun baru bukak cite pasal branding ni kat blog sendiri (bwh tajuk Kain pelikat iklannya di situ rupanya...)

Azman Mohamad said...

ya betol tu Cik Illiana. orang veteran selalu camtu. derang nak beli serbuk pencuci feb jugak walau pun serbuk tu "Daiya", derang sebut kolget juga walaupun ambik ubat gigi Safi, derang sebut kodak jugak walaupun tangan merayap kat rak filem Fuji. tapi sebenarnya itulah kekuatan sesuatu jenama... Azman

Iliana said...

salam kenal en.azman ^^
itulah, membina jenama tu sukar sekali. tetapi, impaknya..fuhh~ di bawa sampai ke mati =p