Friday, July 31, 2009

Bukan alasan!

Dalam dunia yang serba canggih, serba mewah, serba mudah, serba pantas, serba-serbi, tidaklah disedari bahawa ianya makin memalaskkan. Teknologi yang tercipta adalah pemangkin untuk kita berkerja lebih dalam masa 24 jam. Bukannya untuk kita bersenang-senangan bilamana kerja dapat diselesaikan awal dari tempoh, terus kita bergoyangan kaki melayan angan-angan Mat Jenin – bermimpi di siang hari.

Begitu mudah kita menyuap alasan “tidak dapat talian internet”, “hujan”, “saya tak dapat belajar sebab lapar”. Keluhan demi keluhan terpacul keluar, mengapa bukan semangat naga berapi untuk terus membakar semangat dengan api saktinya? Api yang sebesar batang mancis, pastinya akan terpadam hanya dengan setitik air. Cubalah nyalakan api sebesar hutan Amazon, bomba ‘dunia’ pun belum tentu mampu memadamnya.

Tiada duit juga bukan alasan jika kita ada kemahuan. Berhenti belajar kerana tiada duit? Ambil sedikit pedoman dari cerita ini (kisah pakcik saya sendiri) :

“Dulu, pakcik takda makan sedap-sedap macam hangpa. Pakcik selalu pergi kafe, ambil nasi dengan kuah je melimpah-limpah. 50 sen je. Balik bilik, rebus telur dalam cattle jug, makan ramai-ramai. Sanggup ikat perut sebab nak beli buku. Hangpa pi kelas, beg bawa apa? Macam nak pi shopping! Pakcik, sampai berkilo-kilo berat, berjalan, berpeluh-peluh – basah lencun baju”

Kita semakin manja. Dulu, saya dirotan guru matematik, berbirat tangan, balik tunjuk pada mak. Mak Cuma cakap “siapa suruh tak belajar betul-betul”. Pernah saya dilastik di mulut menggunakan getah bungkusan (putih) gara-gara guru tersebut tidak jumpa di mana rotan dia sehingga bengkak dan herot mulut dibuatnya. Keluar kelas, saya hanya menutup mulut menahan lapar.

Saya bawa pula anda kepada situasi ini :

‘ Kami menggesa pelajar untuk bergerak pantas. Ramai yang berlari kencang. Lalu ada yang terjatuh. Luka yang agak besar sehingga sukar untuk berjalan. Bila kami suruh pelajar tersebut pulang, dia tak nak. Bila guru arahkan dia pulang, dia terpaksa. Ibu dan bapa pelajar itu dating menjemput dengan sumpah seranah kepada kami. Katanya, kami cuai, kami leka. Salah kami ke? Jika benar, pastinya semua 120 orang pelajar akan turut terjatuh sama. Bukankah itu kemalangan yang tak disengajakan? ‘

Kita semakin manja. Sehinggakan tidak pernah sekali pun rotan datang menyapa tangan kita.

Cuba kita imbas kembali zaman Nabi s.a.w. Baginda tidak tahu membaca, Baginda tidak menuntut ilmu di IPT, Baginda tidak kaya. Namun, ini pandangan orang Barat terhadap Baginda s.a.w. :

“Jika kita mengukur kebesaran dengan pengaruh, dia (Muhammad s.a.w) seorang raksasa sejarah. Dia berjuang meningkatkan tahap rohaniah dan moral sesuatu bangsa yang tenggelam dalam kebiadaban kerana panas dan kesengsaraan gurun. Dia berhasil lebih sempurna dari pembaharu manapun; belum pernah ada orang yang behitu berhasil mewujudkan mimpi-mimpinya seperti dia” (Will Durant dalam The Story of Civilization)

"Head of the State as well as the Church, lie was Caesar and Pope in one, but, he was Pope without the Pope's pretensions, and Caesar without the legions of Caesar, without a standing army, without a bodyguard, without a police force, without a fixed revenue. He ever a man had the right to say that he ruled by a right divine, it was Muhummed. He had all the powers without their supports. He cared not tor the dressings of power. The simplicity of his private life was in keeping with his public life." (Rev. R. Bosworth-Smith)

"Philosopher, Orator, Apostle, Legislator. Warrior, Conqueror of ideas, Restorer of rational beliefs, of a cult without images; the founder of twenty terrestrial empires and of one spiritual empire, that is Muhammed. As regards all standards by which human greatness may be measured, we may well ask, is there any man greater than he?" (Lamartin dalam, Historic de la Turquie, Paris)

6 comments:

Faridrashidi.Com said...

Assalamualaikum,

Jadi? apa tunggu lagi.. mari kita tambahkan kelajuan dan semangat menghadapi hidup mendatang. Orang malas jarang sekali berjaya dengan cemerlang dalam hidupnya bukan?

abuyon said...

Salam Iliana. Ilmu biar ada barakah :) Itu kuncinya.

Terima kasih Iliana. Saya sudah link blog Iliana pada My RZD Blog list saya.

Jika ada rezkinya, saya aka buka blog baru khas RZD di mana kawan-kawan boleh letak n3 apa saja sajak ke artikel ke hanya tentang Ramadhan. Moga jadi, Insya-Allah

nahmy said...

betapa Muhammad mulia dipandang & dinilai hatta oleh bukan islam..camna dgn kita?? jum lah berdedai-dedai mencontohi Rasulullah, laju, maju & penuh iman dan tawaduk..

faridmw said...

salam... lama tak melawat ke sini.... berusahalah setakat mana boleh.. kurangkan alasan lebih usaha... baru hidup boleh tersenyum indah..

[S]itie [B]Um [B]Um said...

nk seribu daya..xnk seribu dalih dan alasan! =)

zafi said...

yg penting diri kita... kita yg tentukan apa yg kita nak jadi.. apa yg kita nak buat... malas jawabnya lapar... rajin jawabnya kenyang.. :)