Thursday, July 16, 2009

ANAK EMAK ATAU RESTU?

Assalammualaikum w.b.t

Pingin sekali mencoret rumah maya ini. Tapi, apakan daya, kekangan masa yang terlalu menghimpit diri sehinggakan saya semakin kurang membaca. Buku yang dibeli berderet-deret, sentuhnya hanya kulit. Membuatkan akal saya kurang berkembang (kecewa~). Kadangkala, terlintas juga di minda, mahu sahaja ditutup Lukisan Alam ini. Gusar akan bilangan pengunjung yang tetap sudi menjengah, tapi tiada apa ilmu yang dapat dibawa. Nampaknya, saya perlu menghargai Lukisan Alam yang sudah nyawa-nyawa ikan ini huhu..

Baiklah, tajuk kali ini mudah. Hanya apa yang saya rasa dan ingin dikongsikan bersama. Sebenarnya saya sedikit hairan dengan situasi ini :

Ahmad (bukan nama sebenar) sanggup tidak masuk ke hutan, walaupun itu adalah aktiviti yang paling digemarinya hanya kerana Si Ibu yang tidak mengizinkan.

Namun, dari situasi itu sahaja, dua persepsi yang timbul. Satu, Ahmad menghormati ibunya. Dua, Ahmad adalah anak emak.

Bila sahaja kita dengar itu adalah alasannya, pasti yang lain akan berderai-derai mentertawakan. Lalu diejek "anak emak..anak emak..eee tak malu". Sedar tak sedar, kita telah mentertawakan apa yang diajar di dalam Islam.

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibu bapanya, ibunya telah mengandung dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir penyusuannya), dan tempoh menceraikan susunya dalam masa dua tahun, (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kedua ibu bapa kamu, kepada Aku jugalah tempat kembali (untuk menerima balasan)" Surah Luqman 31:14

Restu ibu itu penting! Itu bagi saya. Sehinggakan, saya gentar untuk melakukan sebarang perkara tanpa restu seorang ibu. Malangnya, ramai yang kata orang sedemikian sebagai kolot. Benarkah?

Saya biarkan soalan itu untuk anda menjawabnya sendiri..

7 comments:

KhairiL's said...

restu ibu lg penting
x kesah la org nk kata anak emak ke apa pun sbb mmg emak yg melahirkan dan membesarkan kita

jgn jd mcm kisah si tanggang

nahmy said...

susah sgt ke nak memohon restu atau berjasa kpd ibu? ketahuilah...segala kesalahan/kebaikan pada ibu di dunia lagi akan di terima imbuhannya...

Syahidah said...

kalau sayalah tak beritahu mak nak pergi mana-mana mesti rasa tak sedap hati dalam perjalanan..jadi memang kalau pergi mana-mana, mesti beritahu dulu

Faridrashidi.Com said...

Bagi saya, kedua-duanya betul. Ya, sememangnya saya anak emak. Jadi tidak perlu susah untuk perli saya.

Bila menjadi anak emak, sudah tentu mahu mendapat restu. Jadi? senang bukan teorinya.

Lebih-lebih lagi kepada perempuan, nasihat ibu bapa sangat-sangatlah penting.

P/S: Saya juga seperti kekurangan idea menulis. Mungkin kamu boleh bercerita kisah pengajaran :)

13may said...

saya setuju....apa2 hal better bincang atau bgtau ngan ibu :)

izman said...

restu ibu (dan jugak bapa) sangat penting. apatah lagi melibatkan soal jodoh.

[S]itie [B]Um [B]Um said...

hm..skali kalo mak dh xrestu..susah la nk dpt restu die balik.