Wednesday, June 24, 2009

RAHSIA PERNIAGAAN : VARIASI KERETA DAN BANGSA

Ini adalah mukadimah…

Soalan ini sering saya terima, “awak ambil kos apa?”
Dan ini jawapan jujur yang saya akan beri, “pemasaran”
Manakala ini pula adalah tindak balas Si Penanya :

“mesti selalu pergi ke pasar kan” (mestilah, sebab saya seorang perempuan – beli bahan memasak)
“nanti kerja di pasar ke?” (kalau nak, boleh juga – jadi taukeh ikan ke)
“ada kena pergi dari rumah ke rumah ke buat direct selling?” (salah satu bidang pemasaran juga)

Reaksi saya pula, “(membisu – malas nak layan hehehe)”

Sebenarnya, kos apa yang kita ambil sekarang, belum tentu di dalam bidang itulah yang akan kita duduk kelak. Maka, di sini adalah sedikit cebisan apa yang saya pelajari dalam satu bidang yang dipanggil PEMASARAN.

Ini adalah isinya…

Apakah ciri-ciri kereta yang anda inginkan?

Malaysia ini ada pelbagai bangsa. Salah satu cabaran ahli pemasaran (lebih dikenali sebagai pemasar) adalah dalam mengenalpasti apakah keperluan dan kehendak pelanggannya. Tersilap sasaran, pelanggan akan lari, peniaga akan rugi, Si Pemasar pula? Pastinya kurang gaji (ehehehe).

Maka, mempelajari gelagat setiap pelanggan adalah penting dalam membuat jualan. Cuba bayangkan jika kita sedang lapar (keperluan kita adalah makanan), yang ditawar oleh penjual adalah sebiji kereta berkusa turbo. Mahunya tidak kita masuk ke dalam kereta tersebut (kononnya ingin memandu uji), padahal mahu sahaja langgar lari penjual berkenaan. Fuhhh~ agak merbahaya juga sebenarnya jika tersilap langkah ni.

Ahli pemasar yang berjaya adalah mereka yang dapat mengenalpasti pasarannya dengan tepat dan memahami segala kehendak dan keperluan pengguna dalam pasaran tersebut. Jika nak diikutkan, bidang pemasaran ini tidak akan lari dari sifir empatnya, iaitu product, price, promotion dan place (4 P’s).

(Apa pulalah kaitan cerita ini dengan tajuk entri ya?)

Sebenarnya ada satu gelagat yang timbul di dalam pasaran tempatan kita. Tajuk entri adalah salah satu contoh yang ingin saya berikan. Ya, iaitu pasaran kereta. Mengikut satu kajian, ini adalah keperluan yang dapat dikenalpasti mengikut tiga bangsa terbesar (Melayu, Cina dan India) dalam pembelian kereta.

Di kebanyakan kedai kereta, pelanggan pastinya akan mengajukan pelbagai pertanyaan dalam membuat keputusan pembelian. Maklumlah, kereta sebiji bukannya sepuluh atau dua puluh sen harganya. Puluhan ribu! Dan, di bawah ini adalah soalan paling kerap diajukan mengikut tiga bangsa berkenaan :

Melayu : satu tangki minyak berapa kilometer boleh pergi?
Cina :berapa laju boleh pergi?
India : berapa orang boleh masuk?

Dengan itu, tahulah kita apa keperluan mereka. Sebab itulah, walaupun ianya iklan sebuah kereta, namun pelbagai objektifnya. Ada yang menunjukkan kereta itu menjimatkan, kereta itu mampu memecut dan kereta itu boleh mengisi ramai penumpang. Mudah kan?

p/s : maaflah jika entri entah apa-apa hehe
p/p/s : selamat kembali ke kehidupan kampus ^^

15 comments:

Syahidah said...

hmm, begitu rupanya ya. tak kisahlah kos apa pun di kampus ya tak. Kalau hendak tahu tentang hal lain dari bidang pengajian mestilah banyak membaca ya tak.

selamat kembali ke kampus juga!

Iliana said...

hehe..
betul tu. membaca itu amalan mulia dan banyak manfaatnya.

ouhhh...kembali meneruskan perjuangan di medan pendidikan ^^

Farid Rashidi said...

Salam,

Ya, saya faham kaedah kamu bawakan. Menceritakan tentang kursus pemasaran dan variasi pemasaran dan saling kaitannya.

Moga kamu menjadi juru pemasaran yang memahami mereka ya :)

yEm ^^ said...

salam rindu buat Iliana... (^_^)

wah, lama juga yer tak tinggalkan komen disini..

baru2 ini saya ade pandu uji kereta. dan soalan yg saya tanya, same seperti yg kamu kongsikan.
"Melayu : satu tangki minyak berapa kilometer boleh pergi?"

tergelak saya baca. saya ingatkan, saya sorang je yang tanya macam tu. hehe...

FarhanaLicious said...

selamat kembali ke kampus. :)
semoga saya pun dapat kembali ke kampus juga. huhu

Anonymous said...

salam ziarah..ana nak berkongsi artikel FAKTA YANG KITA SEMUA KENA TAHU di blog ana http://nurmujahidah.blogstarz.my/

izman said...

kalau aku tanya "kalau ambik loan 5 thn, brapa sekulan bayar ye?"

Rantong said...

Sekadar nasihat & peringatan sesama muslim.

Berhat-hatilah bilamana menulis blog. Tulis dengan ilmu & iman.

"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa, dan janganlah kamu mengintip, mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Apakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. " (Al Hujurat ayat 12)

View Profile: Rantong™

Sifu Mirza said...

salam yana..

apa khabar?...

moga terus hebat meneruskan perjuangan...

entri yang menarik... memang patut awak ambil kos marketing...

:-)

zafi said...

salamz
bukan selalu ada entry yg sebegini...
bagaimana uum? sekian lama ditinggalkan... i miss the place very much! :)

Irfan Jani said...

Ya. Kos yang kita belajar tidak semestinya di situ kita duduk. Kita harus mencabar diri untuk terus berkebolehan apa-apa.

Bidang pemasaran adalah sesuatu yang sangat subjektif dan halus. Ia adalah dunia bacaan santaiku sejak di bangku sekolah dulu. Membaca bahasa tubuh, gelagat dan ragam manusia, hubungan alam dan kehendak manusia dan macam-macam.

Bahagia.

Iliana said...

--> syahidah
hehe..begitulah ;p
oh, memang..buka minda dengan lebih luas lagi melalui sebuah, eh silap, berbuah-buah pembacaan ^^

--> Farid Rashidi
salam kembali ^^
aminn~ mudah-mudahan
alhamdulillah jika mampu memahaminya. maklumlah ini adalah penulisan saya yang entah apa-apa hehe

--> yEm^^
salam rindu juga buat kamu
wahhh~ iyalah, lama sekali kamu tidak menjengah di sini..
huhu..kamu juga mengeluarkan dialog itu? hehe ;p

Iliana said...

--> farhanalicious
selamatlah semuanya hehe ^^

--> anonymous
oh, saya sudah ke sana. terima kasih atas perkongsian info yang sangat berguna

--> izman
hoh hoh hoh..itu soalan betul bwtul cepu cemas namanya

Iliana said...

--> Rantong
terima kasih atas peringatan. Insyaallah tidak lari batasan sebuah penulisan

--> sifu mirza
salam sifu^^
amin~ semoga selamat semuanya
awalnya saya dapat dua tawaran kos..satu, pentadbiran perniagaan antarabangsa di UiTM dan pemasaran di UUM..kerana dah seronok dengan bidang pemasaran, saya memilih kos ini..memang seronoh hehe

Iliana said...

--> zafi
salam abang senior hehe
uum latest news? hehe..banyak perubahan uum sekarang. bangunan dah bertambah banyak, dah ada hospital, dah ada dkg/6, HEP baru, perpustakaan pun dah di besarkan, banyak yang dah bertambah. sistem juga dah berubah..jemput la jenguk nostalgia UUM nanti hehe

--> Irfan Jani
ilmu pemasaran sama seperti ilmu memahami manusia bagi saya. pelbagai ragam, pelbagai pendekatan. seronok bila tahu bahawa manusia ini begini dan begitu rupanya huhu..

p/s : teruskan membaca ilmu pemasaran hehe