Tuesday, June 9, 2009

PENJAJAHAN SEJARAH : DRACULA

Bilamana mata tertonton kisah Dracula di kaca televisyen, pastinya watak Dracula yang dimainkan adalah berbentuk manusia jadian yang berterbangan dan sentiasa kehausan darah. Tapi, benarkah itu Dracula yang sebenarnya?

Menurut buku yang berjudul ‘Dracula, Pembantai Umat Islam dalam Perang Salib’ (alih bahasa) karya Hyphatia Cneajna, banyak pembongkaran status sebenar Dracula dilakukan. Menurut penulis, Dracula merupakan golongan Wallachia yang berketurunan Vlad Dracul (ayah kepada Dracula) yang mempunyai peranan penting dalam Perang Salib. Nama asli Dracula adalah Vlad Tepes, manakala nama Dracula itu sendiri berasal dari bahasa Romania, Draculea. Pengakhiran ‘ea’ dalam bahasa Romania bermaksud ‘anak jati’. Dracula dilahirkan ketika peperangan antara kerajaan Turki Othmaniah dan kerajaan Honggaria yang semakin tegang. Kedua-dua kerajaan tersebut saling berantakan bagi merebut wilayah-wilayah bagi dikuasai.

Apa pula peranan Dracula?

Dalam peristiwa Perang Salib, Dracula merupakan salah satu panglima pasukan Salib. Dalam peranan inilah, Dracula banyak melakukan pembantaian terhadap umat Islam. Hyphatia menjangkakan mangsa kekejaman Dracula mencapai sehingga angka 300,000 umat Islam. Mereka dibunuh dengan pelbagai cara yang sangat kejam. Mereka dibakar hidup-hidup, ada yang dipaku kepalanya, ada yang direbus dan yang paling kejam adalah disula. Mampulah kita menanggung sakitnya sebatang kayu yang sebesar lengan manusia dewasa menusuk dubur memecahkan isi perut sehingga ke kerongkong lalu tertembus sehingga ke mulut atau kepala?

“Ketika matahari mula meninggi, Dracula memerintahkan penyulaan segera dilangsungkan. Para prajurit melakukan perintah tersebut dengan pantas seolah-olah robot yang telah deprogram. Begitu penyulaan dimulai dengan lolong kesakitan dan jerit penderitaan segera memenuhi segala penjuru tempat. Mereka, umat Islam yang malang ini dedang dijemput ajalnya dengan cara yang begitu mengerikan.”

Yang lebih memedihkan hati, bayi juga turut disula. Masakan makhluk sekecil itu juga mahu dianiaya?

Kekejaman seperti inilah yang telah disembunyikan oleh Barat. Dalam masa mereka menggemburkan kekejaman Hilter, sebenarnya hanyalah bagi menutup kekejaman mereka sendiri. Imej Dracula sentiasa dilindungi. Dan, sehingga kini, Dracula masih menjadi pahlawan di Romania.

Usaha Barat dalam mengubah imej Dracula seolah-olah berhasil. Dari siapa sebenarnya Dracula yang penuh dengan kekejaman, telah bertukar kepada manusia jadian yang sentiasa kehausan darah dalam minda kita. Sehinggakan, kita sangka bahawa benarlah Dracula itu hanya mampu ditewaskan dengan menggunakan salib dan bawang putih sahaja. Hakikatnya, penggunaan salib itu adalah simbol kepada penyerangan mereka dalam sesuatu peperangan. Malahan, mereka juga cuba menutup kejayaan Sultan Mahmud II yang berjaya memenggal Dracula di tepi Danus Snagov lalu mengatakan bahawa merekalah (golongan Barat) yang telah berjaya menumpaskan Dracula.

Inilah penjajahan sejarah yang hanya disebabkan oleh sebuah kekuasaan dan imej baik dalam menakluk dunia.

13 comments:

pencinta bahasa said...

salam kak yana..
maklumat yang sangat menarik. Susah hendak mencari sejarah yang benar. Semuanya telah diolah demi kepentingan masing-masing. Semuanya retorik semata-mata. Kebenaran harus sentiasa dicari dan dikaji. Semoga segala kebatilan akan terbongkar.

-mfaiz83- said...

Teruskan menulis.

Sesungguhnya mata pena lebih tajam dari mata pedang...

iliana said...

--> pencinta bahasa
salam kembali dan selamat pagi ^^
mungkin, itulah pentingnya membaca kan. bilamana terpukul akan sesuatu, langkah mengkaji akan bermula. ya, semoga lagi banyak kebatilan akan terbongkar seperti kejayaan Apollo.

--> -mfaiz83-
insyaallah jika ada kudrat akan terus menulis hehe..
p/s : sama-samalah kita mengasah mata pena ya ^^

Sifu Mirza said...

salam yana...

sangat-sangat suka dengan info ini..

terima kasih yana...

moga terus hebat...

:-)

saufi said...

erk..!!
info baru..!!

dari mana ye saudari Iliana dptkan info ni? dari buku atau sumber internet..

tak pernah terjumpa sblm ni..
ah, kene byk membaca drpd menonton..
(T_T)

iliana said...

--> sifu mirza
salam kembali ^^
alhamdulillah jika ianya mampu memberikan satu maklimat baru kepada semua (^_^)

--> saufi
kalau ditanya dari mana, saya dapat dari seorang sahabat tanah seberang. terkadang saya mencemburui keghairahan mereka dalam membaca. dan kami saling bertukar bahan bacaan.

hehe..teringat ayat dari blog Wan Rausyanfikir..

"orang zaman sekarang suka mencari maklumat dari internet berbanding buku yang lebih kukuh faktanya"

jom baca buku ramai-ramai ^^

Syahidah said...

kak yana..apa judul buku tu..huhu

iliana said...

salam Syahidah..saya juga kurang pasti kerana buku itu dibawa oleh rakan saya. buku itu sudah tidak ada pada saya. tapi, jika tak silap, 'Dracula, Pembantaian Umat Islam dalam Perang Salib'

p/s : versi bahasa inggerisnya saya tidak tahu hehe

zafi said...

sources : cari sahaja di mana2.. tak kira buku, journal, makalah, majalah etc..
info ini menarik!

ICe said...

wah..info yang menarik. kalau boleh detailkan mungkin kita boleh bincang buat Komik-M. kan?

iliana said...

--> zafi
rasanya dalam internet pun banyak juga. kadang-kadang saya suka baca ulasan penulis blog dari buku. sebab satu penyampaian fakta, satu penyampaian kefahaman. pendekatan yang berbeza.

terima kasih (^_^)V

--> ICe
komik??? mungkin satu idea yang bagus juga. penyampaian dalam bentuk yang berbeza. kumpulan sasaran juga berbeza. tapi, motif sama hehe..

Farid Rashidi said...

Salam,

Kesinambungan peperangan tentera salib ini masih tidak berkesudahan sehingga kini, buktinya lihat saja siri pembantaian oleh dracula yg merajalela di kalangan Yahudi dan Kristian ke atas umat Islam. Tidak pernah terhenti bukan? tidak ada bezanya bedilan bom dengan sula krna keduanya menyebabkan umat Islam syahid Insya'Allah!

Iliana said...

salam kembali ya akhi Farid ^^
benar, sebenarnya tiada bezanya, yang lain hanya dari segi kaedah sahaja. semoga semakin banyak penyelewengan sejarah akan terbongkar selepas ini..