Friday, May 22, 2009

PERLU KE?

Tangan saya lincah menyelak helaian majalah yang dihiasi pelbagai warna. Owh~ baru saya tersedar akan lamanya saya menutup diri dari isu semasa. Namun, itu bukanlah hal uatamanya. Dari kebundaran mata membaca tiap patah kata, ianya diakhiri dengan helaan nafas kecewa.

Mengapa?

Biasanya perkara yang sedikit mengecewakan ini berlaku di ruangan iklan. Iklan yang berunsurkan kecantikan. Dari boroi ke kempis, dari menggerutu ke licin, dari kasar ke halus, dari gelap ke cerah. Ya, semua orang pun mengidamkan kesempurnaan. Maka, bukanlah satu kesalahan mandatori bagi sesiapa yang menginginkan kecantikan.

Tapi, perlu ke?

Dari sopan ke gedik, dari menutup ke mendedah aurat? Mengapa jika terasa diri itu gemuk atau tidak cantik, baju yang dipakai sopan sekali. Bilamana dah kurus, habis semua keayuan yang dipegang hilang. Ahh~ bagaikan berbulu mata saya melihat perbezaan atara dua gambar yang dipaparkan. Sehinggakan ada yang pada asalnya berbaju kurung, terus berskirt pendek!

p/s : maaf sangat-sangat atas ketidaksempatan saya untuk mengunjung balas dan memberi respon kembali terhadap komentar. Insyaallah semua hutang ini akan saya bayar kelak..

15 comments:

payidnazmi said...

salam..
betollah..realiti umat akhir zaman..
apapun kita yang sedar haruslah kekalkan kesedaran dan sedarkan orang lain..
gerabak islam sentiasa bergerak..kita yang kene buat pilihan untuk sertai ataupun tidak..

farhanaLicious said...

tau takpa. kadang kadang geram gak tengok iklan macam tu. masa x berapa nak lawa, elok je pakai tudung. bila dah kurus elok, terus pakai kebaya ketat dengan tarbus aje.

Syahidah said...

perlu ker?..hehe..menarik tajuk tuh~

Farid Rashidi said...

Salam,

Ramai wanita masih keliru apa itu menutup aurat. Katanya bila memakai tudung itu sudah menutup aurat.

Jawapannya. Tak benar.

Aurat bukan pada tudung sahaja. Apa guna memakai tudung, tetapi lengan terdedah bila memakai tshirt lengan pendek. Atau memakai baju ketat, sendat, nipis, halus. Begitu juga dengan seluar.

Kaki juga jangan dilupa.

Aurat itu juga merangkumi semua kecuali tapak tangan dan muka.

Jadi, mari kita muhasabah kembali diri. Bagi saya, bukan sahaja iklan. Malah ada yang sukarela mengiklankan aurat sendiri juga ramai. Lihat saja pada gambar-gambar wanita Islam di Friendster, Myspace, blog, Facebooks..

Menggeleng...

SangMentari said...

Begitu hebatnya kuasa iklan dalam menawan manusia.

p/s bila Tuhan sudah bagi nikmat, selalu manusia lupa.

-mfaiz83- said...

manusia hanya mementingkan sarung, bukan isinya..

^_^

nahmy said...

sabarle, mmg dah resam dunia...cuma jgn kita terikut sekali dahle. sentiasale berpesan-pesan sesama kita. masa sihat, cantik, senang dan sebagainya...kita selalu alpa.

Fina said...

been here =)

TokNabe said...

Buah yang baik tu dari asal bertutup... begitu juga dengan manusia.

Tapi tak siapa yg sedar kot.

BalQis said...

Andaikan kesempurnaan yang telah diberi itu disempurnakan lagi dengan lebih menutup aurat, alangkah baiknya.

Tapi sayang, lumrah fikiran manusiawi - yang baik dan cantik itu harus ditayang, dipamerkan, ditunjuk, ditonjolkan - biar satu dunia tahu kesempurnaan yang telah dimiliki setelah keburukan.

Tapi juga, kdg2 bukanlah salah si pengguna - yang mengeluarkan produk pula beria-ria suruh pakai yang dedah-dedah sebagai testimoni untuk meyakinkan jualan dan produk mereka.

Hai...

suara said...

Setuju dgn Farid, ramai yang keliru erti menutup aurat yang sebenarnya. Dan sekarang ini, bercampur aduk dengan satu kaedah bertudung yang berpayung disebalik nama 'fesyen'.

iliana said...

--> payidnazmi
salam ^^
itulah, tanda akhir zaman itu semakin jelas. tapi, masih juga tidak mahu bangun dari terus bermimpi. owhh~ kita harus bersama-sama menaiki gerabak itu.

--> farhanaLicious
agaknya, pakai cermin mata hitam pun masih mampu tembus helaian tersebut kan hehe ;p

--> syahidah
terima kasih ^^ tajuk mesti menarik, isinya belum tentu lagi hehe

iliana said...

--> Farid Rashidi
salam,
benar tu. dulu, saya pun begitu. suka-suka sahaja menyarung tudung tapi lenan terdedah. sekarang, alhamdulillah, dah diperbaiki. yang paling mudah, sediakan sweater atau cardigan. kalau nak cepat pun sudah bisa sarungkan sahaja hehe..

--> Sang Mentari
lagi memeritkan bilamana sudah distereotypekan bahawa dunia publisiti mesti perlu begitu - dedah sana, dedah sini.

--> -mfaiz83-
buah yang ranum di luar, berulat di dalam.

iliana said...

--> nahmy
kalaulah semua dapat merasai keindahan beragama. alangkah indahnya kehidupan.

--> Fina
terima kasih atas kunjungan ^^

--> TokNabe
mungkin juga mereka itu sedar. tapi, keinginan mengatasi fikiran.

iliana said...

--> Balqis
aduh, lama sekali tidak dengar khabarnya..
setuju tu. kemahuan syarikat itu sendiri yang suruh berbuat begitu pun satu halnya juga. seperti wujudnya syarat bagi para ustazah, jika mahu muncul di kaca TV, tidak dibenarkan bertudung labih. apakah syarat itu?

--> suara
benar tu, kini orang bertudung kerana fesyen bukan ibadah. lagi kritikal nampaknya