Thursday, May 28, 2009

DUNIA PENDIDIKAN KITA

Sedikit amaran awal, entri ini saya anggap sebagai entri emosi yang mungkin mengalami sedikit kecelaruan idea.

Setelusnya, saya sedikit tersentak ketika saya turun padang dalam satu program bersama pelajar sekolah pada bulan lepas. Mengapa?

Saya bertanya, ‘adakah kamu faham apa yang guru ajar?’

Mereka membalas serentak, ‘tidak!’

Katanya, kaedah yang guru itu sendiri gunakan kadangkala ‘syok sendiri’. Seperti gayanya, mereka ini terjun ke bidang pendidikan ini kerana terpaksa. Kekurangan oksigen di darat, cuba mencari di lautan. Rupa-rupanya hanya menyesakkan dada. Semakin sukar untuk mencari guru yang benar-benar telus dan ikhlas mencurah ilmu. Bagaimana pula jika guru itu sendiri menggunakan bahasa kasar, mengugut pelajar? Bukankah ini hanya akan membuatkan pelajar itu sendiri hilang hormat kepada mereka? Bahasa yang tinggi mampu mencerminkan status diri yang tinggi juga. Terkadang, hanya melalui pertuturan, kita sudah bisa menilai di manakah kedudukan seseorang individu tersebut.

Saya bertanya lagi, ‘mungkin kamu sendiri yang degil, sehinggakan guru pun jelak’

Mereka membalas, ‘habis tu, kami tak faham, buat bising marah, tidur je la’

Wah, mudah sekali mereka membidas kata-kata saya. Wahai adik-adikku sekalian, ilmu itu tidak datang bergolek. Ilmuan terbilang pun mencari ilmu. Membuka mata lalu berfikir itu adalah senaman minda. Kamu meruntun teknologi canggih, tetapi untuk apa?

Guru itu tinggi martabatnya, seharusnya guru itu sendiri tahu di mana nilai kedudukan mereka. Jika tidak setimpal tanggungjawab yang digalas, pasti Tuhan sendiri pun tidak akan menjanjikan ganjaran yang lumayan dengan kedudukan yang mulia.

Pada hari pertama program, sudah ada pelajar yang mengalami kecederaan sehingga terpaksa dihantar pulang. Alangkah terkejutnya kami, bila kedua ibu bapa pelajar berkenaan datang memaki kami. Akal waras saya sama sekali tidak dapat menerima setiap bait kata mereka. Lupakah mereka kepada ‘takdir’? Mengertikah mereka kepada ‘kemalangan’? Itu semua di luar jangkaan dan kawalan yang tiada siapa pun mampu menghenti dan mengubahnya.

Adakah ini salah satu penyebab kepada sikap pelajar yang sering memberontak? Kemahuan mereka sendiri disekat. Dikawal dengan kadar ‘terlalu’ teliti. Saya sendiri melihat bagaimana tertekannya wajah pelajar berkenaan bilamana kami meminta dia pulang. Adakah mereka tidak bahagia berada di rumah?

Mungkin kita sering mengkagumi kepetahan anak-anak kecil warga Barat. Dalam rancangan Kimora, anak kecil yang baru berumur 5 tahun sudah reti menasihati Si Ibu apa yang harus diucapkan dalam majlis penganugerahan. Sedangkan di Malaysia, baru ingin berbuat demikian dalam rancangan Tom Tom Bak, sudah dikritik keras yang kononnya menghidangkan aktiviti hedoisme. Mengapa?

Cuba kita selidik sedikit. Anak di Malaysia, bila bercakap sedikit, disuruhnya diam. Bila mereka baru ingin bangun melangkah, diberinya amaran, ‘ayoo..ada momok’. Bukankah ini hanya membantutkan perkembangan minda mereka. Jika di Barat, anak kecil yang baru pandai berlari dicampaknya ke dalam kolam renang. Bertarunglah bagaimana sekalipun anak itu, jika belum wujudnya tanda hampir lemas, Si Ibu atau Si Bapa tidak akan datang selamatkan. Pernah tonton rancangan ‘America’s Funniest Home Video’? Lihatlah bagaimana bebasnya anak-anak mereka mengeksplorasi dunia imaginasi.

Saya sendiri naik segan dengan kebolehan pelajar asing di universiti. Umur mereka jauh lebih muda, sudah sekuliah dengan kita yang tua. Tetapi, setiap hujah mereka walau secara spontan mampu mengkelukan setiap lidah yang sedang berbicara. Itu adalah kelemahan modul pembelajaran negara. Kita dididik untuk duduk, mendengar dan menerima. Sedangkan mereka dididik untuk mencari dan kongsi bersama.

Setiap kejayaan itu didahului dengan pengorbanan.

Saya sering ingat kisah Pakcik saya yang asalnya hanyalah guru lepasan maktab yang sering dipandang rendah oleh guru-guru lepasan universiti. Bagaimana susahnya beliau dalam mencari ilmu. Ke kafe hanya membeli nasi satu polisterin, diisinya kuah, lalu dibawa ke hostel. Makan beramai-ramai, seramai empat orang, berlaukkan telur yang direbus sendiri. Bagaimana beliau sanggup menyekat wang saku demi membeli sebuah buku. Dan kini, beliau sudahpun bergelar Dr. Falsafah.

Lihat kembali pengorbanan chef terkemuka Malaysia, Chef Wan. Sanggup memakan lebihan makanan orang di tempat dia membuat kerja lebih masa dalam menyara hidup di perantauan. Bagaimana Sir Colonel berusaha sebanyak hampir 100 kali dalam mendapatkan kelulusan penggunaan resepi ayam gorengnya. Dan lihatlah kembali bagaimana tokoh-tokoh dan ilmuan terbilang sanggup merantau demi mencari guru untuk menuntut ilmu.

Kita sebenarnya telah berada di dalam zon selesa. Terlalu selesa sehinggakan kita hilang semua deria rasa.
P/S : akhirnya berjaya meng'update' Lukisan Alam..fiuhh~

25 comments:

SRISUFI said...

Sanggup memakan lebihan makanan orang di tempat dia membuat kerja lebih masa dalam menyara hidup di perantauan.

saya suka ayat ini....benar

PENGORBANAN PENTING UNTUK SEBUAH KEMANISAN

hope kamu baik2 aje ye

suara said...

Salam rindu dik eleeyana...

Kak su baru berkesempatan nak menjelajah semua entry yang tertinggal. Huhu...

Kalau segalanya diserahkan pd Allah, pasti hati lebih terbuka menerima hakikat kajadian... perpisahan, kemalangan dan kematian terutamanya.

fusarium solani said...

Salam,
Adik,

Hakikatnya kini, ibu dan ayah para pelajar itu adalah hasil kepada sistem pendidikan sudu, suap dan telan. Maka anak-anak yang dibangku sekolah hanyalah bubur nasi yang mampu dihias dengan cebisan dunia tanpa sempadan.

Rotan-logi tidak lagi dalam kamus hidup pelajar dan guru. Walhal dalam mendidik anak dirumah sunat adanya rotan!

Seperkara lagi ini jugalah hasil apabila teras utama Islam iaitu Iqra' dan solat tidak lagi dititik beratkan.

Ya, pelajar kini hasil sistem yang kurang fikir dan amal.

p/s:(Kakakku seorang guru yang asalnya berbasikal lebih sepuluh batu sehari untuk ke sekolah!. Penat, letih, tidak faham? Cikgu tak pandai mengajar? Bukan faktor utama. Paling utama ialah setiap anak kecil harus mengerti untuk apa dia belajar?)

pencinta bahasa said...

salam kak yana..
memang dekat sekolah murid-murid memang nak kena suap je..kalau tak faham salahkan cikgu..ada satu cerita ni, ada seorang ibu bagi seorang pelajar ni serang cikgu-cikgu sebab anak dia gagal dalam peperiksaan..
memang sekarang ni murid-murid terlalu dimanjakan, termasuk saya..huhu..kalau masa darjah 1 dulu,tak siap kerja rumah pun dah kene rotan..sekarang ni kesalahan besar pun tak ada apa-apa tindakan..

SangMentari said...

Masih kurang mengerti mengapa profesyen pendidik ini sering disalahertikan. Tidakkan mereka lupa siapa dan dari manakah mereka bermula?

Aduh, jangan jadi kacang lupakan kulit!

zafi said...

hakikatnya tepuk dada tanya selera...
bagaimana ibu bapa bertindak itu cara masing2... nak dikatakan membantutkan pemikiran kanak2 tidak juga... kreativiti anak bukan dinilai dari satu sudut sahaja... di negara barat misalnya memang kanak2 bebas explore mcm2 benda dari kecil... ye betul... mereka bijak mereka pandai... TAPI hanya waktu kecil... bila dah besar lain jadinya... Hormat pd ibu bapa ilang entah ke mana... adab sopan tidak dijaga...
bagaimna pon caranya... semua kene main peranan...
pendidik... jgn sekdar melepaskan batuk di tangga
ibu bapa... curahkan kasih sayang pd anak2 krn mereka amat memerlukan perhatian
kerajaan... mantapkan lagi sistem pendidikan..
anak2... belajar untuk berfikir... menilai dan menghargai...
kita doakan semua baik2 saja! amin!
take care!

iliana said...

--> SRISUFI
jika banar jalan yang dipilih, insyaallah akan berhasil juga di akhirnya. ramai yang mengimpikan kejayaan, tetapi gentar meletakkan pengorbanan.

--> suara
salam bertemu Kak Su ^^
hakikat itu sememangnya kadangkala terlalu pahit untuk ditelan. tetapi, itulah kehidupan.

iliana said...

--> fusarium solani
salam kembali,
kadangkala perasaan sayang itu terlampau sehingga lupa apa yang wajar dilakukan sebenarnya. tetapi, ada juga yang terus mencampakkan anak 100% kepada pihak ke-3 dalam mendidik. ya, semangat dan kemahuan dalam diri itu sangat penting dalam menggerak diri.

--> pencinta bahasa
salam ^^
mungkin saya juga dalam golongan manja. owh~ tidak. terkadang tu, malu sendiri dengan pelajar lain yang jauh lebih petah dalam berkata dan berfakta juga. (terasa randahnya diri)

iliana said...

--> Sang Mentari
kehidupan yang kian menghimpit, tersepit dan penuh persaingan. ada yang memilih profesyen ini hanya sebagai langkah keselamatan sahaja, bukan nawaitu. tapi, yang menyedihkan, yang bernawaitu mendidik itu semakin tandus, tandus sekali.

--> zafi
betul tu. apa pun, mix and match itu perlu demi melahirkan yang terbaik. agaknya, bagaimana ya langkah terbaik? yang sopan lemah pemikiran, yang tak beradab pintar belaka. nampaknya, sukar juga menjadi pendidik ni ya. apa pun, jika kita susuli dengan keihlasan, insyaallah akan ada keberkatan. amin~
take care too ^^

Syahidah said...

Salam

siapa sebenarnya yang perlu berubah?

Itu yang perlu kita kenal pasti.

Ataupun semua pihak mesti berubah?

Cukupkah perkongsian intelektual atas kertas mahupun amatur seperti kita dalam ruang maya?

Siapa yang mendengar rintihan ini?

Anak bangsa sendiri tidak ada lagi adab sopan.Dunia pendidikan kita seolah-olah hala tuju sebenar tidak terlihat....

Jangan dilupakan dosa semalam hanya kerana anak didik memberontak lantas kita menghukum mereka dengan mengatakan mereka telah melakukan kesalahan..

P/s : Kak yana, setahu saya pelajar UUM turut turun padang dalam aktiviti latihan dakwah dalam lapangan.selain USM, maktab tunku bainun dll. seperti di sekitar bandar Sg Petani dan utara tanah air..mendekati dan berdepan sendiri dengan remaja..sambutan kemerdekaan, awal tahun Januari dan malam merdeka..rekod dan punca peningkatan anak luar nikah bermula di situ..

memandangkan Kak Yana biasa berdepan dengan remaja.maaf luar topik...hehe

Syahidah said...

http://darahmerdeka.wordpress.com/2009/05/14/guru-terbangsat/

mari baca!

iliana said...

--> sahidah

salam kembali ^^

kesannya pasti tidak akan terasa jika hanya sebelah pihak membuka mata. maka, haruslah kita bergerak bersama.

nak bersuara secara lantang, terkadang tersekat kerana AUKU. kita inginkan perubahan, dikatanya kita melebihi sempadan dan hak mahasiswi.

maka, berprogram turun dan berhadapan sendiri dengan mereka, lalu kongsi bersama dan hulur sedikit bimbingan, mungkin itu salah satu cara.

kami dah pun menghantar laporan kepada pihak sekolah itu sendiri dengan harapan mereka mampu tersedar. tapi, itu diluar bisang kuasa kami untuk mendesak mereka agar berubah.

p/s : UUM juga ada, tapi di bawah kelolaah Rakan Masjid jika tak silap saya. manakala saya biasa bergerak di bawah kelolaan Dewan Penginapan Pelajar dan Kaunseling Universiti. maka, mungkin caranya sedikit berbeza tetapi motifnya sama.

oh ya, terima kasih banyak atas linknya ya ^^

nahmy said...

benar kita dah berada di zon selesa tp kita dipimpin atau kita dtg sendiri ke zon selesa ni? kita sebenarnya dipimpin...jadi bukan 'destini' (zon selesa) yg jadi persoalan tp 'perjalanannya'. klu takde program cam tom-tombak tu tak bole ke kita cipta program cam 'backyard science' utk anak & adik-adik kita. kita sering 'terbelenggu' dgn matlamat mencari populariti dan menjadi tarikan hingga terlupa batas-batas tertentu..

iliana said...

semestinya kerana kita dipimpin. dengan itu, seharusnya pemimpin itu yang memulakan status perubahan. namun, diri sendiri itu juga perlu bertindak.

maaf ya, rancangan Tom Tom Bak itu hanalah sebagai satu contoh. bukanlah bermaksud hanya ada satu rancangan sahaja di Malaysia ini.

apa sekalipun, media adalah medium terhebat seantero dunia. adalah wajib untuk media itu tuurut memainkan peranai dalam menilai mana buruk dan baiknya.

wallahualam

Wardatul Shaukah said...

salam kak.

saya setuju. kita memang berada dalam zon yang sangat selesa. boleh kata, kita tinggal usaha sahaja. semua kemudahan kalau petik sudah ada depan mata. sebab tu yang buat diri kita semakin manja, kemudian menjadi semakin malas.

beza dengan orang tua-tua dulu sewaktu mereka muda. waktu itu kenikmatan kejayaan tu sangatlah dirasakan sebab terlalu banyak pengorbanan yg terpaksa dilakukan. orang2 dulu dahsyat lah perjuangan mereka kan..

p/s: blog kak yana dapat award sama dari saya dan Syahidah hehe :)

dkama said...

Salam ziarah... dkama sungguh tertarik ngan n3 nih... Sebenarnya negara kita dah semakin maju tapi teknik yang digunakan oleh tenaga pengajar still di takuk lama... diorang sepatutnya lebih berhemah dan berhikmah semasa mengajar... dkama nampak ramai anak bangsa kita yang pandai tapi malangnye skil untuk mengunakan kepandaian mereka telahpun dibunuh dari peringkat sekolah rendah lagi... jadi negara kita semakin maju kerana bangsa lain... PEACE...

Farid Rashidi said...

Salam,

Dalam masalah ini saya melihat dua perkara dari sudut positif dan negatif. Ibu bapa mengawal anak-anak ke arah kebaikan tak mengapa, tetapi kalau bertujuan bermanja sehingga membantutkan pemikiran itu yang jadi masalah.

Contoh cerita tom tom bak itu saya belum dapat tangkap. Adakah kamu bersetuju dengan rancangan itu?

iliana said...

--> wardatul shaukah
memang, semakin mudah, semakin malas pula jadinya kan. dan nilai kemanisan kejayaan itu semakin tawar dan hambar. seolah-olah tiada rasa apa pun.

p/s : hehehe..terima kasih banyak ya ^^

--> dkama
salam terima kasih atas kunungan dari saya (^_^)
benar juga ya komentar kamu. kaedah pembelajaran kita masih lagi tidak maju. dari segi kualiti penyampaian barangkali. terlalu mengikut modul yang disediakan sehingga menyebabkan pelajar tidak reti bagaimana mahu mengeluarkan diri dari gelung ilmu yang tersedia.

--> farid rashidi
salam ustaz,
tiada salahnya ibu bapa untuk mengawal kerana ia sememangnya perlu bagi memastikan anak-anak kenal etika kehidupan. namun, kongkongan terlampau membuatkan mereka terbantut.
cerita Tom Tom Bak itu tidaklah saya sokong 100% juga. sebab itu menggalakkan hedoisme. dengan itu, semoga persoalan 'mengapa' dihujungnya dapat dirungkai bersama.

the unknown said...

awak nie cikgu ke? ajak subjek ape ye?

iliana said...

hehe..taklah. saya bukan cikgu. saya masih belajar lagi. ini berdasarkan program unversiti.

the unknown said...

oic. awk amik kos ape?

iliana said...

saya ambil kos pemasaran. macam lari bidang ya penulisan saya hehe.

oh ya, terima kasih ya atas kesudian datang melawat dan meninggalkan jejak

the unknown said...

heh ok. sebenarnya penulis dtg dari pelbagai bidang. ade yg akauntan, ade yg arkitek, engineer dan pelbagai lagi. x salah kalo marketing person pun nak menulis. heh

faridmw said...

salam... semoga senyum ja dalam apa jua keadaan

iliana said...

--> the unknown
yup..i love wrting at all. satu kepuasan bila dapat berkongsi pengetahuan kan

--> faridmw
wah...rindu sekali dengan kehadiran kamu..semoga kamu juga sentiasa senyum ^^