Thursday, May 7, 2009

DARI FANTASI KE REALITI

Salam pertemuan kembali semua (^_^)

Minta ampun minta maaf di atas penyepian Lukisan Alam akhir-akhir ini (errr…ada yang kisah ke?). Ya, hari ini merupakan hari tamatnya saya menduduki tempoh peperiksaan akhir semesta. Dan, pada hari esok, 8 Mei, saya akan bertolak ke SMK Sayong, Kuala Kangsar, Perak atas urusan pengendalian Khemah Kecemerlangan Kepimpinan 09 selama tiga hari. Seterusnya, akan bercuti semesta sehingga Julai. Owhh~ seronoknya..

Baiklah, tajuk ini agak sedikit santai dan tidak berfakta seperti sebelumnya, disebabkan oleh kekangan masa yang terus-terusan menghambat saya untuk bergerak pantas. Ianya bersumberkan sedikit isi ketika saya berhujah di hadapan umum, tapi, bukanlah tajuk ini ya, tajuk asalnya adalah ‘Technology Have Made a Better World’.

Saya mula berfikir, adakah teknologi pada masa kini sebenarnya memihak kepada kebaikan berbanding keburukan? Jika tujuan asalnya adalah memudahkan urusan harian manusia, adakah itu masih lagi tujuannya pada masa kini? Bagi saya, TIDAK!

Saya timbulkan sedikit persoalan mudah, mengapa orang zaman dahulu makan sebakul durian pun masih sihat, sedangkan pada zaman moden kini makan hanya sebiji pun sudah bisa meningkatkan tekanan darah tinggi? Itu adalah kerana suntikan hormon yang katanya mampu mencantikkan buah dan lebih enak rasanya. Kita terlupa, yang enak itu sakit, yang pahit itu ubat.

Jika di kampung-kampung pula, kita sibuk mencari ayam Bandar yang gemuk-gemuk dan banyak isinya. Sedangkan si peladang ayam itu sendiri makan ayam kampung yang dilabelkan sebagai liat dan sukar untuk dimasak. Mengapa?

Kita mengejar rasa hedoisme dalam kehidupan, mencari kelazatan hidup, keenakan tekak. Tapi, kita tidak tahu apa yang terkandung di dalam makanan tersebut. Yang katanya bagus untuk kesihatan oleh Barat, itulah helah. Impian New World Order untuk melenyapkan 95% penduduk Bumi demi mencapai cita-cita satu pemerintah dunia masih lagi belum tercapai.

Yahudi yang menyebarkan virus, dan mereka juga yang mencipta vaksinnya. Kita semua menderu mengejar mahukan penawarnya, lalu mereka untung. Keuntungan itulah penyumbang kepada pembangunan teknologi mereka. Menurut beberapa sumber, banyak virus yang bakal dilancarkan oleh mereka, kita tak tahu bila.

Teknologi terus berkembang, senjata canggih mula tercipta. Tujuan asalnya adalah sebagai benteng pertahanan negara. Tapi kini, ianya sudahpun merentasi segala sempadan dunia. Dari darat ke udara. Masih lagi tidak mencukupi, dibawanya pula ke angkasa. Satelit bersenjatakan laser bisa menembak satelit lainnya yang berawangan di angkasa. Lalu dinamakan Perang Satelit atau Perang Bintang.

Lantas, saya terimbas filem Star Wars dan yang seangkatan dengannya. Di akhir imaginasi saya, saya tutup dengan kisah animasi Final Fantasy. Saya tidak ingat untuk siri apa, tetapi di satu babak itu, manusia hanya tinggal berapa orang sahaja dan hidupnya di dalam kapsul di angkasa. Mereka sibuk turun ke Bumi mencari hidupan, dan sanggup berperang hanya demi satu anak pokok yang baru bersemai. Adakah ini pengakhiran Bumi?

Pemanasan global diakibatkan oleh teknologi. Kesannya, dijangkakan beberapa tahun akan datang, suhu dunia akan meningkat sehingga 49 darjah celsius. Akibatnya, banyak hutan yang dikagumi ramai turut akan lesap, terbakar kepanasan. Begitu juga dengan manusia.

Kegairahan manusia dalam mencari nama, terlalu menikam diri sendiri. Bangunan pencakar langit dibina demi mendapatkan kedudukan teratas dalam carta. Bangunan Spinning Tower misalnya di Dubai. Kita Nampak keindahan strukturnya, lalu ternganga melihat keajaiban bangunan tersebut apabila berpusing. Tapi, pernahkah kita terfikir impaknya ke atas tanah setiap kali ianya berpusing?

Pernah dengar akan bangunan yang bakal didirikan di Penang yang diberi nama Penang Global City Centre? Saya tidak tahu samada ianya akan terus dibina ataupun tidak. Bangunan yang berteraskan bandar sci-fi dan dijangkakan akan memakan masa selama 15 tahun untuk siap.

Jika nak tahu bangunan yang lainnya, taip sahaja ‘Top 9 Unique Structure’ di enjin carian kamu. Setakat ini sahaja omongan kosong saya ya. Oh ya, maaflah jika saya menyatakan ‘TIDAK’ untuk teknologi. Sebenarnya setiap perkara itu ada buruk dan baiknya, ianya tergantung kepada setiap tangan yang menyentuhnya. Cumanya, hujah ini adalah kerana saya berada di pihak pembangkang hehe~

Jumpa lagi ya~


25 comments:

KhairiL's said...

betul apa yg ditulis tu


P/s: slmt bercuti² M'sia

Permata Nusantara said...

haha...tiba2 saya teringat filem WALL-E......hehe...bumi musnah...pencemaran sana sini...tiada lg hidupan di bumi..manusia hidup di angkasa dan tidak mampu berjalan...mereka kangen pulang ke bumi...justeru menghantar EVA (ye ke nama die cmni eja?) untuk mengesan hidupan seperti daun hijau atau pokok kecil...bg membuktikan bumi sudah selamat didiami semula....hehe...bes lah cite tuh....rase cm nk tgok smula...huhu...(^_^)

Syahidah said...

Kalau ceita yang cari anak pokok tu..tajuknya WALL-E barangkali..

Kak Yana..ramai dah balik kampung..UUM lewat sedikit ya dengan kami musim peperiksaan..huhu..

BalQis said...

Salam Iliana,

Semua benda pun ada baik dan buruknya. Memang teknologi yang sedia ada dibina untuk mencari kebaikan. Mencari lebih dan lebih lagi kesempurnaan. Memperbaiki yang lemah dan memantapkan yang kurang. Mencantikkan yang hodoh dan seterusnyalah.. hehe...

Silapnya kadang-kadang sifat manusia yang tamak haloba, dan pentingkan diri sendiri. Maka berlumba-lumbalah membina yang terlebih dan lebih tinggi lagi dalam negara masing-masing. Ya, akulah yang paling berkuasa! (Ini juga permainan si zionis keparat itukan?) Kemudian, pasal makanan pula, tidak cukup dengan apa yang ada, mahu yang lebih power kononnya. Maka terciptalah bahan-bahan synthetic penambah daya tarik makanan tersebut. Demi sebuah 'kehidupan yang lebih baik' teknologi disalah guna, bumi yang uzur menajdi mangsanya.

Cintailah alam semesta! Eheh...

pencinta bahasa said...

salam..
sdh lame sy trtunggu-tunggu entry dr kak yana..rindu pulak..hehe..

sy setuju dgn ape yg kak yana ckp..Allah sendiri benci kpd sesiapa yang membuat bencana dan kerosakan di bumi ini..tp saya juga setuju dgn Balqis yg teknologi ada baiknya..

seronok mendengar(m'baca) dr kak yana..

SangMentari said...

Setuju dengan kamu. Kejarlah kemajuan selagi tidak mendatangkan kesan pada muka bumi. Tapi ungkapan ini seakan tidak lagi relevan. Semakin canggih teknologi, tentu juga semakin banyak kesan sampingan terhadap alam bukan.

ajaa~ said...

dunia sekarang...
selamatkan bumi kita.hihi~

zafi said...

enjoy hari2 anda! :)

nahmy said...

begitulah citer manusia dgn dunia & kemajuan. tiada batasan...tidak mengenal penat. cuma alhamdulillah...akhirnya dunia sendiri akan penat dgn keletah manusia dan akan 'karam'. apakah yg akan manusia buat dikala itu??...masih menyalahkan org lain..

arsaili said...

salam moga sukses dalam exam...

duOne_sTarz said...

wah..bagus la tulisan kmo...tahniah

Iliana said...

--> KhairiL's
hehe tinkiu tinkiu ;p

--> Permata Nusantara
nak tahu satu rahsia tak? sebenarnyakan, saya masih belum berkesempatan untuk menonton cerita itu. sempena cuti ni, tak sabar nak curi masa untuk turut mengikuti kisah WALL-E. (walaupun dah jauh ditinggalkan huhu)

--> Syahidah
huhu..iya la..UUM mula exam lewat seminggu dari semua universiti Malaysia barangkali. ditambah dengan program ketika cuti, bertambah lewat la nikmat cuti saya..owh~ sedey~

Iliana said...

--> BalQis
salam kembali (^_^)/
betul betul betul! apabila akal berlawan dengan nafsu, dan nafsu yang menang, inilah jadinya. yang baik pun boleh bertukar jadi buruk. manusia~
p/s : sama-samalah selamatkan Bumi chewahh~

--> pencinta bahasa
salam kembali (^_^)/
terima kasih dik sebab sudi merindui penulisan saya yang tak seberapa ni. tak tahu bagaimana ingin membalasnya. ya, dalam al-Quran pun ada tercatat, walau hari itu adalah hari kiamat, jika kita menjumpai benih tumbuhan, tanamlah ia. sungguh pentingkan menjaga alam ini~

--> Sang Mentari
malangnya, walau dah beribu malah berjuta barangkali, yang menyeru untuk kita selamatkan alam, masih lagi yang bernafsu terhadap nama menulikan telinga..kiciwa~

Iliana said...

--> ajaa~
ya, perlu diselamatkan!

--> zafi
sedang menanti hari yang benar-benar sesuai untuk mengenjoykan diri huu~

--> nahmy
itulah pepatah kata, kecil-kecil, lama-lama jadi bukit. kadangkala, yang kecil pun (buang sampah jajan) bisa menjadi besar (banjir kilat)

Iliana said...

--> arsaili
alhamdulillah sudah berjaya melepasinya

--> duone starz
terima kasih duone. hanya sedikit perkongsian

izman said...

moga success exam dan gemilang dalam xtvt luar.

iliana said...

--> izman
terima kasih..insyaallah~

Faridrashidi said...

Salam,

Tangan manusia yang merosakkan bumi, bukan tangan alien mahupun serangga sebesar semut.

Hakikatnya manusia akan terus menerus melakukan kerosakan selagi mana yang dikatakan baik tidak mengambil alih.

Bagi saya, teknologi kena pada caranya tidak ada masalah namun yang menjadi masalah ialah menterbalikkan teknologi itu menjadi salah.

Dengar khabarnya Tsunami kedua akan berlaku Julai ini? benarkah persoalan ini? sohihkan ramalan ini?

HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI SEGALANYA.

iliana said...

salam kembali ya ustaz..

ramalan itu, saya kurang pasti..saya ada terima e-mail mengenai ramalan lalu (yang dikatakan tepat) dan ramalan akan datang sekali (sehingga 2049)..

tsunami akan berlaku lagi di Aceh..penyerangan virus yang hanya makan masa 2 jam untuk membunuh..pemanasan global yang melampau..dan banyak lagi..

apa sekalipun ia, segala-galanya adalah di bawah kuasa-Nya kan..saya hanya menganggapnya sebagai persediaan dan peringatan..subhanallah

Anonymous said...

Teknologi cuma alat, bukan matlamat.

BaBbliNg BaR0nNESs said...

Assalammualaikum..
wah...penulisan yg serius..
truskan usaha
go towards rethinking and landscaping of minds!

iliana said...

--> anonymous

i think i know who this person is..
yup, teknologi hanya alat. tp, dlm hidup, semua pun memerlukan alat. pernah dengar, Doktor itu adalah mekanik Tuhan? seperti itulah perumpamaannya..

--> Babling Baronnes

rasanya tak serius sangat kot hehe..mungkin impak peperiksaan hari tu.

oh ya, terima kasih atas kesudian datang singgah (^_^)

fatin aini said...

saya rase awak mesti kene bagi lukisan fantasi itulah untuk saye dan rakan lain tengok... bolehlah saye lukis mase perikse pertengahan tahun mingu depan... mmecehh..

fatin aini said...

saya rase awak mesti kene bagi lukisan fantasi itulah untuk saye dan rakan lain tengok... bolehlah saye lukis mase perikse pertengahan tahun mingu depan... mmecehh..

fatin aini said...

saya rase awak mesti kene bagi lukisan fantasi itulah untuk saye dan rakan lain tengok... bolehlah saye lukis mase perikse pertengahan tahun mingu depan... mmecehh..