Saturday, May 16, 2009

C.I.K.G.U

Salam pertemuan kembali semua~

Maaf di atas penyepian Lukisan Alam akhir-akhir ini. Nampaknya, penulis semakin ketandusan idea dan keletihan akibat dihempap bebanan tanggungjawab. Ya, waktu cuti saya semakin pendek kerana proses penghantaran laporan projek yang rumit. Atas dasar pengalaman yang tak ternilai mahalnya, saya akui dan turuti juga.

Sempena Hari Guru yang bakal menjelang tiba, saya secara tiba-tiba ingin menceritakan pengalaman saya belajar dengan seorang guru matematik di peringkat rendah dahulu. Guru yang saya paling ingat dan berterima kasih kepadanya. Cikgu Zairi namanya.

Seorang yang sangat garang – itu yang mampu saya ringkaskan. Rotan itu sentiasa. Adat guru ini, berdiri sahaja memberi ucap salam, murid tidak dibenarkan duduk serta-merta. Apa yang harus dilakukan? Kami perlu menjawab sifir secara spontan dalam masa 5 saat. Tak dapat jawab, berdiri atas kerusi. Tak dapat jawab lagi, berdiri atas meja. Untuk kali ini, talian hayat sudah pun habis digunakan. Jika masih juga tidak dapat menjawab, hidangan rotan pelbagai saiz terpampang di depan mata. Pilih sahaja ikut suka.

Berbirat tangan sehingga ke rumah itu sudah lumrah. Tapi, jangan salah sangka ya. Sifir yang ditanya bukannya sifir 1 hingga 12. Tetapi, jika tidak silap saya, sifir yang harus kami hafal adalah 1 hingga 69. Sebenarnya, cikgu bukannya suruh kami menghafal, tetapi mencongat secara pantas.

Yang paling melekat di dalam memori saya adalah di satu ketika kami disoal bertubi-tubi dan menanti saat dirotan. Malangnya, rotan tiada ketika itu. Kenapa saya cakap ‘malang’ bukannya ‘bertuah’? Kerana, rotan telah digantikan dengan getah bungkusan (yang warna putih, saya tak tahu apa namanya). Masing-masing menadah mulut dan zappppp~ hinggaplah getah tersebut di tepi mulut kami. Kesannya, waktu rehat terpaksa berlalu begitu sahaja (puasa). Mana taknya, mulut bengkak, macam mana nak makan.

Setiap kali ujian, target markah lulus kami mencecah sehingga 97% ke atas. Maksudnya, bagi sesiapa yang mendapat markah rendah dari itu, akan dihukum. Maka, pelbagai strategi yang digunakan untuk meloloskan diri dari terhukum (tak perlu rasanya saya menceritakan apakah formula yang kami gunakan).

Namun, satu keanehan, kerana ibu kami pada waktu itu tidak marah sedikit pun. Jauh bezanya dengan ibu zaman sekarang. Anak-anak terlalu dimanjakan. Saya percaya, untuk subjek sebegini, kadangkala kekerasan itu adalah perlu.

Kesannya, untuk UPSR, subjek matematik kami hanya memakan masa selama 30 minit untuk menjawab semua soalan. Dan, pelajar paling nakal sekolah, yang memperoleh semua subjek D pun, matematik adalah A. Pelajar itulah yang pernah dirotan sehingga patah rotan tersebut.
Terima kasih Cikgu Zairi.

p/s : maaf kawan-kawan. Saya tak dapat untuk ikut serta majlis Hari Guru yang kalian anjurkan Isnin ini kerana saya masih di universiti lagi huhu..

14 comments:

pencinta bahasa said...

salam..
sibuk rupanya..:D
cikgu matematik saya di skola rendah yang mengajar saya dr darjah satu sampai enam pun sama..ketika darjah dua, kami diarah untuk menghafal sifir.siapa yang gagal akan dipukul dengan pembaris besi..sakitt..hehe..disebabkan cikgu tersebut,kelas saya semua mendapat A untuk matematik dalam UPSR..terima kasih cikgu..

FarhanaLicious said...

wah
teringat zaman sekolah.
selalunya cikgu math yang garang kan.
hu hu hu

neem said...

salam..
cikgu math saya paling cute n mcm budak2. tu cikgu zaman sekolah menengah. kalu sekolah rendah cikgu kat Bangkok. mmg latihan sgt2 lah byk..

Saya suka math. subjek math lah paling best bagi saya..

syg cikgu!

.::N.hasnah.Z::. said...

salam ziarah :)

teringat sewaktu sekolah menengah, cikgu math yang pada mulanya steady dan cool akan mula menunjukkan taringnya pabila sampai saja tajuk berkaitan graf. Hampir keseluruhan kelas dapat buah tangan di pp. Alahmdulillah saya terkecuali, (graf saya lawa, agaknya.. lol)

ape-ape pun, kerna ketegasan merekalah, kita berjaya sampai ke tahap sekarang. :) Terima kasih cikgu-cikguku :D

Anonymous said...

hrmmmmm....btolll2...kikiki....bagus la ko tulis cmni...insaf sejenak...

Yunus Badawi said...

Salam Iliana,
Maaf kerana dah lama tak dtg sini. Iliana pun sibuk sekarang. Mmg banyak kenangan bersama guru2 kerana selain ibubapa, merekalah yg kita jumpa hampir setiap hari.

Guru matematik saya masa darjah 6, Mr Lim lagi ganas. Dia pakai iron ruler utk memukul tangan murid2 yg tak dapat jawab soalannya huhuhu

arsaili said...

salam..sama2 lagi kita berdoa moga guru2 kita sentiasa dirahmati ALLAH

etomyam said...

Semoga cikgu terus diberkati Nya..amiin

duOne_sTarz said...

salam...

SELAMAT HARI GURU,,
ANDA MENJADIKAN KAMI HIDUP LEBIH SEMPURNA

Permata Nusantara said...

cikgu matematik saya semua garang...dari sekola rendah smpailah tamat spm...huk3....

~*puding caramel*~ said...

saya juga sama seperti permata nusantara. cikgu matematik saya dari sekolah rendah sampai matrikulasi garang. kenapa ya rasanya?

Faridrashidi said...

Salam,

Tak tahulah kenapa..saya selalu saja fail matematik. Tetapi denda juga selalu juga kena. Adakah saya tak boleh mendakap ilmu mate?

Ohh, saya cuba menahan gelak bila teringat kisah cikgu matematik saya yang santai ketika tingkatan 3. Kenapa? ya, begitu cool mengajar tanpa sebarang buku. Tekniknya mudah, masuk ajar, duduk dan buka klinik pertanyaan sambil rilex.. hahaha. Saya suka cikgu itu. Perkataan yang saya ingat.. P.O.L.I.G.O.N

Rupa-rupanya guru itu pernah mengajar ibu saya. Patutlah nampak hensem dan berpengalaman. :)

zafi said...

ketika darjah empat saya pernah ditampar oleh cikgu seisi kelas...
- cikgu bhs melayu saya yg amat garang...kerana seorang pelajar yg tidak siap kerja sekolahnya.. semua jadi mangsa... namun saya pasrah!
ketika darjah empat juga saya ditampar oleh penolong kanan sekolah
- ditampar kerana kesalahan org lain...saya terima tamparan tersebut dengan senyuman selaku penolong ketua kelas!

Moralnya - apa pon hukuman yg kita terima ada hikmahnya di belakang hari... Tuhan itu maha mengetahui!

su said...

Salam...

Jadi cikgu math ni nak x nak kene wat garang...

garang bukan nak mendera tp nak mendidik...

hasilnye nanti mak pak juga tersenyum...

mmg skrg mak pak suke menyerang, tp kita nyatakan sebab kenape kita wat camtukan...hehe..