Monday, April 6, 2009

RAHSIA MENCARI PASANGAN (ep.2)


Salam pertemuan kembali di dalam topik yang sama. Maaf jika saya agak terlewat menyambung al-kisah entri yang lalu ya.

Dalam mencari pasangan, kita perlu jelas bahawa Adam dan Hawa itu berbeza. Ada yang sering mancari perbezaan antara Si Adam dan Si Hawa sehingga menyebabkan mereka tidak bertemu di satu titik pertemuan. Tetapi, jika kita faham akan kewujudan perbezaan ini, maka akan mudahlah untuk mencari titik keserasian.

Bezanya Adam dan Hawa itu disebabkan ciptaan Allah s.w.t sendiri, malahan, dari segi biologikal juga sudah jelas dan nyata. Misalnya, kulit perempuan lebih nipis dari kulit lelaki. Sebab itu, perempuan perlu bertacap lebih, berbedak dan macam-macam lagi. Kulit lelaki pula tabal dan kasar, sukar untuk berkedut, tetapi ramai yang salah faham bahawa walaupun kulit lelaki tebal, sebenarnya mereka itu juga pemalu.

Sifat pemalu itu bukanlah ditujukan kepada sebelah jantina sahaja (perempuan), tetapi lelaki juga. Kerana, menurut Islam, sifat pemalu itu merupakan salah satu daripada cabang iman.

Menurut satu kajian, daya penglihatan perempuan dan lelaki juga berbeza. Di mana, lelaki boleh melihat sekitar 60 darjah sahaja, manakala perempuan boleh melihat sekitar 120 darjah. Sebab itulah, jika perempuan menjeling, mereka (termasuk saya, sepatutnya gunakan istilah kami kan hehe) boleh lihat apa ang berlaku di belakang. Tetapi, lelaki perlu memusingkan badan sekali untuk tujuan yang sama. Kenapa berbeza ya? Kerana, Allah s.w.t mencipta lelaki untuk menjadi pemburu, seorang yang berpandangan jauh untuk meminpin. Manakala perempuan lebih kepada pendidik dan pengasuh.

Begitu juga dengan pemikiran lelaki dan perempuan – berbeza. Lelaki lebih kepada rasional dan logik. Menurut kajian yang sama, sebenarnya perempuan dianugerahkan daya instinct yang kuat, di mana hanya berdasarkan penglihatan, seorang perempuan boleh tahu apakah isi dalamnya. Tetapi, akibat emosi yang terlalu tinggi, anugerah itu tenggelam. Kerana itulah, besarnya pengorbanan seorang ibu itu amatlah besar. Seorang ulama’ pernah berkata,

Jika seorang anak menggendong ibunya ketika di Mekah untuk sebulan menunaikan haji, itupun masih belum terbalas setitis susu ibu.

Lelaki berfikir secara ringkas, berbanding perempuan yang lebih kompleks. Lelaki membina rumah untuk berlindung, tetapi perempuan pasti akan datang untuk menghias. Keunikan ini saling melengkapi. Lelaki gemar befikir dan kurang bercakap dan tidak membicarakan tentang masalah. Menurut kaum Adam ini, mengadu masalah mereka boleh mencabar kewibawan mereka sebagai lelaki. Maka, jika mereka menyatakan sesuatu masalah, itu bermakna, mereka memang memerlukan bantuan. Sebab itulah, kita biasa lihat dahi lelaki terus sehingga ke tengkuk – begitu luas kan.

Jauh bezanya dengan perempuan. Perempuan gemar bercakap sehingga kadangkala boleh bertanya kembali, “eh, saya cakap apa ya tadi?”. Sebenarnya, perempuan menggunakan kaedah bercakap banyak ini untuk menunjukkan kasih-sayang dan membunuh kesunyian suasana kerana sifat lelaki yang kurang bercakap.

Dalam mencari titik persamaan ini, perempuan perlu berhati-hati dalam menegur lelaki. Perlu berlapik dan beralas. Tapi, itu tidak bermakna kamu boleh menegur perempuan dengan selamba je ya, maksudnya di sini adalah sensitiviti lelaki dalam hal ini lagi kritikal. Jika lelaki ingin menjauhkan diri, perempuan tidak harus mengejar. Sebaliknya membiarkan sementara waktu kerana tindakan mengejar tersebut boleh membawa kepada terputusnya hubungan. Terbalik dengan perempuan yang gemar dipujuk dirayu.

Orang lelaki juga mudah memutuskan sesuatu perhubungan kerana perempuan yang menyaggah minat mereka. Misalnya, lelaki gemar memancing, perempuan larang untuk pergi. Tetapi, lelaki lebih mudah tertarik jika ada persamaan antara kedua-dua jantina ini. Sebab itulah, pentingnya mencari titik pertemuan dan persamaan ini.

p/s : jangan cuba mengenal lelaki secara keseluruhan, kerana ini akan menyebabkan penolakan sebuah penerimaan. Lelaki kenal perempuan 40% sahaja, manakala perempuan boleh mengenal lelaki sebanyak 70% dalam masa seminggu. Manakala lagi 30% itu biarkan misteri sebagai daya tarikan.

p/p/s : nak saya sambung lagi ke topik ini? Kalau nak, boleh je hehe..kalau tak, saya akan tukar kepada topik lain.

27 comments:

MDFarid said...

Salam...

Banyak tips yang terkeluar ya? Apapun, sebagai info ianya bagus.

Mempunyai pandangan yang boleh tengok belakang? Wahh..macammana tu? Hati-hati dan lihat baik-baik ya.

Kulit nipis sebab itulah berbedak? Ohh, kalau tak berbedak apa akan jadi? kulit tak kuatkah?:)

Satu lagi, perempuan suka banyak bercakap. Jadi pesanan saya, hati-hati berbicara. Sebab kerana mulut badan binasa. Maksud saya soal mengumpat atau seangkatan dengannya. Ini saya selalu tengok berlaku. Hati-hati ya kalian.

Wardatul Shaukah said...

salam buat kak yana.

wah! berbicara soal mencari pasangan :p

"Lelaki berfikir secara ringkas, berbanding perempuan yang lebih kompleks."

ini ikut juga keadaan. apa yang saya lihat, lelaki berfikir secara ringkas dengan perkara yang kurang penting, dan mereka sangat berfikiran kompleks dalam perkara yang sangat penting dalam hidup mereka, biarpun perkara penting dalam hidup mereka itu hanya sedikit.

perempuan pula lebih berfikiran kompleks dengan perkara yang kurang pentingnya. kadang2 perempuan terlalu berfikiran kompleks dengan perkara yang remeh - perempuan selalu bermain dengan emosional.

tapi, yang buruknya, dengan perkara yang paling penting dalam hidup dan melibatkan hidup @ mati atau risiko besar tentang suatu perkara, nampaknya perempuan selalu berfikiran ringkas dan mengambil jalan yang mudah. sehingga mereka tidak sedar risiko besar yang bakal diterima.

hurm. siapa yang faham dengan apa yang saya katakan ni, tahniah! :)

iliana said...

--> MDFarid

salam kembali (^_^)

tips ni sebenarnya mudah je kan, tapi, ramai yang terlepas pandang..dan lumrah kejadian manusia ini harus saling ingat-mengingatkan

takde la sampai betul-betul belakang ya..haishh~

owh~ berbedak itu sekadar untuk melindungi kulit sahaja, dari sinaran UV, ultraungu ultraman dan macam-macam lagi ultra..tapi, kalau terlebih bedak tu, hurmm lain la sebabnya kot

dengar tu semua, hati-hati ketika bercakap hehe..(sekadar memanjangkan peringatan ustaz je)

--> Wardatul Shaukah

salam adik (^_^)V

(panjang sekali komentarnya) baguss~

owhh~ betul tu..cumanya, saya ambil dari data kajian secara keseluruhan..macam ni maksudnya,

dalam berfikir, lelaki lebih fokus (sebab tu saya katakan ianya ringkas). manakala perempuan pula, mereka sukar untuk fokus kerana kelebihan perempuan, boleh melakukan banyak perkara dalam satu masa (sebab itu saya katakan ianya kompleks)

contohnya,
kita lihat sorang perempuan dan sorang lelaki yang nak keluar rumah. lelaki akan terus menuju ke pintu. manakala, perempuan, dalam masa nak sampai ke pintu tu, boleh nampak habuk nak lap dulu, nampak pasu senget nak betulkan dulu..

tapi, ianya adalah secara majoriti ya maksudnya, bukan setiap lelaki dan perempuan itu begini sifatnya.

fuhh~ terpanjang la pula balas komentar kamu hihihi

kuIna Jentayutiara said...

info yg bagus...

pencinta bahasa said...

salam kak yana..
info yang menarik..lelaki dan perempuan mmg berbeza..perbezaan itulah yang membuat sepasangan itu slg melengkapi..seperti magnet, hanya kutub yg berlainan dpt menarik satu sama lain..

DzuLagiL said...

salam,
best gak entri nie...
menarik...


andai dia tercipta untukku...
huhu

iliana said...

--> kuina jentayutiara

ilmu walau sedikit harus dikongsikan bersama (^_^)V

--> pencinta bahasa

salam kembali dik

benar tu, kutub yang berbeza itu sama seperti perbezaan manusia..sekali bercantum seperti tidak mahu dilepaskan ;>

--> Dzulagil

salam kembali V(^_^)V

alamak~ keluar dah madah pujangga kamu..hehe kenapa tak selesaikan ayat tu?

SangMentari said...

Wanita baik untuk lelaki yang baik. Jika masih belum sempurna itu, maka tingkat-tingkatlah amalan kita, moga mendapat juga pasangan yang sekufu..(sekadar ingatan bersama)

p/s iliana, kenapa suara minda ya.. mana mencari sangmentari (di link lukisan alam)...

SyrupusSimplex said...

wah..
persoalan kompleks tentang hubungan lelaki dan wanita.

Sebagai manusia yang kompleks lelaki dan wanita tu bercabang2 jugala kepada banyak lagi sifat2 yang lain.ada juga lelaki yang mengalahkan sifat wanita itu sendiri dan juga sebaliknya.
saya setuju kalau dikatakan kita harus bijak mencari titik persamaan bagi memastikan hubungan lelaki dan wanita itu baik.

ye lah, bukan saja hubungan lelaki dan wanita, hubungan sesama rakan wanita pun kadangkala kompleks..

DAMAI said...

salam sayang iliana...

wah,lama sudah tidak ke sini...agak sibuk sedikit...huhu

banyak petua kamu ya iliana...macam sudah banyak pengalaman hihihi

masakan lelaki dan perempuan itu sifatnya sama...kalau sama,tak ada variasi lah kan...apa yang penting adalah kita pandai gunakan perbezaan itu untuk melengkapi kelebihan dan kekurangan masing2 ^^

~Damai suka topik ini...kalau kamu tidak keberatan,silalah sambung ya ^^~

iliana said...

--> sang mentari

dalam satu ceramah yang saya pernah dengar, mengikut kajian juga, biasanya lelaki yang baik akan dapat berpacaran dengan wanita yang baik. TAPI, tak ramai wanita yang baik akan mendapat lelaki yang baik juga..opss~ jangan salahkan saya, tapi salahkan kajian itu ya..dan yang menyatakannya adalah Dato Dr. Fadzilah Kamsah

p/s : hurmm..itu secara automatik..mungkin dia ikut nama blog kamu..sebab, dulu sang mentari je, sekarang dah panjang kan namanya.. (^_^)V

--> syrupus simplex

setuju dengan kata kamu..alangkah sesama wanita itupun masih sukar nak disamakan, inikan pula dengan makhluk yang jauh bezanya dengan kita..ternyata, manusia itu berbeza-beza sifatnya..

p/s : kebetulan entri ini fokus kepada mencari pasangan, jika saya masukkan antara sesama kaum sejenis, takut lain pula jadinya hehe ;p

--> Damai

salam damai yang dirindui (^^)

Errr...jauh sekali jika bertanyakan pengalaman dari saya..sungguh, saya tidak berpengalaman dalam hal ini..apa yang diceritakan adalah dari ceramah dan pembacaan saya sahaja..maklumlah, dengan umur begini, pasti ramai yang sibuk menjengah-jengah mencari pasangan hidup kan~ hehe~

p/s : insyaallah damai, saya akan sambungkan topik ini..

semalu said...

sngt menarik. kalau ada sambungan lg baik.

melihat pd apa yg berlaku skrg ni kajian dr fadhilah kamsah tu mmg ada kebenarannya n rasa bimbang juga.

persoalannya sudah semakin pupus ke lelaki2 yg baik di muka bumi Allah ni?hehehe

papepun tetap yakin lelaki yg baik utk perempuan yg baik n begitu juga sebaliknya.

nahmy said...

tips yg baik...wlupn agak terlewat utk org cam saya. apapun...alhamdulillah dgn jodoh saya skrg.

my-humble 2 cents word...jgn terlalu menkompleks benda yg mmg dah sedia kompleks. mcm org tua2 kata jodoh, maut, rezeki semuanya di tangan-Nya.

segala tips & panduan akan menjadikan kita lebih tersedia bila sesuatu yg tak terduga berlaku slps itu & bukan sangat utk kita bersedia bila membuat pilihan. hanya 'planning' yg selalunya akan membantu kita semasa hendak membuat pilihan...wallahualam.

iliana said...

--> semalu

salam perkenalan ya (^_^)
kalau ikut statistiknya, bilangan kaum Adam masih lagi melebihi kaum Hawa..cumanya, bilangan yang mati menagih dadah, merempit dll juga pun masih tinggi dari kaum Hawa..sebab itulah..

berdoalah~

--> nahmy

hehe..en.Nahmy, tapi, tips ni boleh lagi digunapakai untu refreash kembali kan..walau dah berumah tangga, tak semestinya akan serasi bersama kan..perbezaan itu tetap ada..

i

Syahidah said...

hmmm..

umi, kakak nak kawin?

apa?...kerja dulu..ptptn nak suruh suami bayar ke?

hmm..umi, kakak nak sambung belajarlah..

apa?..kerja dulu..ptptn siapa nak bayar..

saja2 mengarut di sini..

apa pun lelaki tak mungkin sama dengan wanita..lain sangat

iliana said...

hehehe..ptptn oh ptptn...
kalau fikirkan hutang tu, susah la nak mara nampaknya hehe ;p

pencinta bahasa said...

salam kak yana..
saya nak mintak tolong sikit boleh tak? nk mintak tolong teka umur saya..hihihi..teka je..=D

iliana said...

salam kembali..

hurmm..menurut firasat saya la kan, saya rasa 20-an..errr...alamak, saya ni selalu salah meneka..jadi, apa jawapannya ya?

warungkampung said...

salam,

ehem,ni kire dah 'lulus' dah nih..heh heh.

en_me said...

hmmm.. good info ghitewww

Anak Pendang Sekeluarga said...

"Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia." (Al-Anfaal 8:74)

Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya....dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq

iliana said...

--> warungkampung

salam..
errrkkkk...alamak (garu kepala) ;p

--> en_me

info yang wajar dikongsikan (^_^)

--> anak pedang sekeluarga

salam ziarah salam ukhwah ya anak pedang sekeluarga..
terima kasih atas komentar ringkas tapi mendalam maknanya..
insyaallah saya akan link kan blog kamu V(^_^)V

pencinta bahasa said...
This comment has been removed by the author.
iliana said...

errr...ye ke?
mak uiii...ingatkan dah 20-an..memang matang..fuhh~ terkesima

BalQis said...

Salam Iliana

Hurm, sambungannya nampak lebih menarik. Terima kasih berkongsi tip-tip ni semua.

Betul seperti apa yang diterangkan dalam Men from mars and Women from Venus oleh John Gray..


Tapi ada juga tip-tip yang saya tidak tahu seperti pandangan lelaki 60 darjah jer, dan perempuan sampai 120 darjah, huhu...
hebat2, ore perempuan ni, yer....

memula baca komen kat sini, saya mmg tak tahan dgn komen Ustaz farid, klako, klako... haish...

iliana said...

salam kembali Balqis

ada masa nanti, insyaallah saya akan ceritakan khusus tentang perempuan pula..

owhh~ yang itu, masa saya mula-mula tahu pun memang kagum..

aklina said...

salam yana

ckp psl l & p
kebtln bru bljr bab ni
mmg klu p'puan
complicated skt r
ngn cycle2 nye lg
tp masing2 ade peranan sediri
melengkpi each other etc
nywy nice info huhu