Friday, April 3, 2009

RAHSIA MENCARI PASANGAN (ep.1)


Salam semua..


Tak dinafikan, manusia ini terlalu sensitif dengan soal jodoh. Bila jejak sahaja umur ke angka 20-an, pasti diri mula ligat mencari pasangan. Bilamana umur mencecah 30-an pula, orang mula berpandangan serong pada dia. Katanya tak laku la, memilih sangat la, terlalu banyak syarat la dan macam-macam lagi. Itulah prejudisnya manusia dengan persekitaran. Sehingga mereka lupa, bahawa soal jodoh itu di bawah kuasa Sang Pencipta yang manusia tidak bisa mengubahnya.


Bila menghadiri kenduri-kendara, pasti akan ada makcik-makcik atau pakcik-pakcik yang mengajukan soalan,


“Tak kawin lagi ke?”


“Tak lagi”


“Bila nak kahwin?”


Hurmm…nak jawab apa ya? Jawab sahaja la, “Tolonglah cari”


Apakah tujuan mereka bertanya jika hanya sekadar suka-suka? Alang-alang sudah bertanya, apa salahnya tolong cari sekali. Barulah seronok menjawab soalan macam tu.


Jika dahulu, apabila Tok Kadi datang bertanya, “kamu setuju atau tidak?”


Si Dara pasti akan diam sahaja. Itu tandanya Si Dara setuju la kan. Tapi, jika dilihat fenomena sekarang, Si Dara pula yang membawa Si Teruna ke rumah dan bertanya,


“mak, mak..cuba mak tengok. Mak setuju ke tak?” Yang Si Emak pula yang diam.


“Bang, bang..mak diam je tu, tandanya setuju la tu”. Pulak dah..sudah terbalik nampaknya.


Hakikatnya, budaya di Malaysia yang penuh kesantunan dan rasa malu dalam diri. Si Dara dituntut untuk menyembunyikan diri jika ada Si Teruna bertandang ke rumah. Namun, satu masalah besarnya adalah bila umur mencecah 30-an, Si Emak menyuruh pula Si Anak membuang rasa malu itu untuk mencari pasangan. Bagaimana hendak dibuang tradisi diri dalam sekelip mata? Dari pemalu kepada tak malu? Jika perempuan, memang biasalah konflik ini. Tapi, macam mana pula dengan lelaki yang pemalu? Jika ramai sangat lelaki yang pemalu, terpaksalah berubah untuk perempuan pula yang jadi tak berapa nak malu.


Masalah utamanya adalah apabila hati mahu, tetapi tidak mahu menyatakannya. Perkara ini juga pernah terjadi di zaman Nabi lagi sehingga timbulnya perkataan taarif di dalam al-Quran. Taarif bermaksud memberi isyarat, di mana pihak tertentu perlu memberi isyarat kepada orang yang diidamkan.


Ada satu kisah ini, seorang wanita berkenan dengan seorang jejaka, tetapi, tidak juga datang kepada dia. Sehingga, satu hari itu, Si Wanita datang bertemu Si Jejaka dan berkata,


“Eh, semalam ada orang datang meminang aku tau. Tapi, aku tak tahu nak pilih yang mana satu”


Lalu, dengan terkejutnya Si Jejaka bertanya, “habis tu, siapa yang engkau pilih?”


“Sebenarnya aku pilih engkau”. Dengan selamba sahaja Si Wanita menjawab.


Saya percaya, tidak ramai yang berani berkata sejujur ini kan. Apa pun, masalah akan bertambah rumit sekiranya dah berterus-terang ke tahap maksimum sekalipun, pihak satu lagi masih juga buat tidak tahu. Bak kata modennya, ‘buat dek’. Susah susah~


..bersambung..

30 comments:

sofi al-muqri' said...

erm??

kene tunggu dan baca sambungan post la dulu nampaknya..

baru boleh buat konklusi..
(^_^)

SyrupusSimplex said...

rasa malu yang menebal dalam diri memang lumrah wanita.
sukar sekali meluahkan apa yang kita mahu.padahal kita punya hak untuk memilih kehidupan sendiri..
konklusi part 1..huhu..salam kenal..

izman said...

la bersambung pulak...

soalan sama " kamu dah ada jodoh ke?"

iliana said...

--> sofi

hehehe..ceritanya panjang..kalau nak dihabiskan dalam satu entri, takut kamu bosan membaca..

tapi, kalau ada sebarang komentar awal, mugkin saya boleh cedok sikit letak dalam entri seterusnya hehe ;p

--> syrupusSimplex

salam kenal syrupus..
ya, dalam Islam, wanita juga berhak memilih..maka, tiada salahnya jika wanita bertindak seperti lelaki..tetapi, adat dan budaya kita yang meletakkan satu garisan dalam diri kita..kesannya, diri sendiri yang merana..Islam tak suruh pun buat macam tu kan..

--> izman

hehehe..bersambung la..takut berpinar en.izman baca nanti..

jawapan yang sama, "tolong la cari" haha

ajaa~ said...

bahaya nie,bek kita cari sendiri..
bes ugak kita jujur, gtau jea..sya syg awak..
ihik

iliana said...

adakah anda cukup berani? kalau saya, rasa pemalu itu terlalu la tinggi..susah tuu~

-mfaiz83- said...

Dulu mak ayah pilih calon menantu dan bawa calon menantunya ke rumah untuk anak daranya tengok;
"hah zaiton ni la calon suami kau"
zaiton hanya tertunduk malu..

Sekarang anak dara bawa balik calon menantu ke rumah untuk mak ayahnya tengok;
"hah mak,ayah, ni lar pakwe zaiton, ok tak?"
Mak ayah hanya tertunduk malu.

Zaman tidak berubah, hanya orang yang berubah :)

iliana said...

alahai..memang la kan..mungkin berpunca dari kehidupan yang semakin mencabar, individu bertindak lagi pantas dari biasa..

betul tu, zaman tak berubah..eh, bukan berubah juga ke..zaman mesoletik, paleolitik, logam, gangsa..sekarang ni zaman apa agaknya ya? hurmmm..

Ezainy said...

Malu adah mahkota zahiriah paling tinggi bagi seorang wanita.. Apalah ada pada si pendekar andai tiada keris bertanjak.. Siapa kan pula dara jika tiada tunduk rasa malu (^_~)

p/s: Sopan dan malu telah lama disarankan. Jadilah wanita muslimah semalu puteri Syuaib (Al=Qosos:25)

iliana said...

betul tu..
wanita seharusna ada rasa malu..tapi, dalam konteks mencari pasangan, bukanlah sampai perlu bergadai maruah diri sebagai seorang wanita..cumanya, perlu ada strategi (chewahh~) bagaimana harus menghadapi sesetengah situasi..

salam kunjung ya V(^_^)V

::azizi:: said...

aku pnh ayat power sorang minha yg aku admire secretly since sem 1, dia igt aku memain...huhu~ bila dia thu yg aku serius dari besfren dia, dia mara aku plak.. "nape x confes kt org?" "nape konfes kt besfren org?" la...aku plak yg kene mara...siot btol...hehehe

iliana said...

sebenarnya kan, semua orang pun suka sesuatu perkara yang jelas kan..apa pun, try and error tu tetap ada..kalau error, kena la jadi professional kan..jangan la dok berguling-guling pula hehe ;p

p/s : pengajarannya, berterus-terang je laa~

meo188 said...

Yipie, nak kawen!!!!

13may said...

aisehhh...ada sambungan plak...

hehhe hehe

Permata Nusantara said...

Menarik entri ini..hehe

ya memang benar perempuan semulajadinya punya rasa malu...jika sukakan seseorang pun dia sekadar berdiam diri....dan akhirnya juga memakan diri sendiri....tapi ada juga yg bg hint tp si Dia buat dek je..so bye2 la...haha...lepas tu baru nk kalut risau....peluang yang ada manfaatkan lah sebaiknya...

p/s: teringat kakak kata....'jangan terlalu jual mahal sgt...takut nanti tak terbeli'.....aduh...tapi kalau xda yg melekat dihati pun susah juga....tak kan nak paksa diri kan..hehe.....nk kena carik gam kuat kasi lekat...tp itu dulu lah....sekarang dah jumpe gam kuat itu...(^_^)...erm..iliana dah jumpe gam kuat tu? atau mmg dah melekat...hihi...gurau2....(^_~)

Dhe said...

ilianaa... (shout)
maafkan dhe, baru bisa berkunjung kembali ke blog illiana
setelah internet disconnect dua hari saja.

hmm..
kalau ada yang persoal pada saya
bila nak kawin dhe?
dhe akan jawab. bila saja nak dapat jodoh.

hehehehe

Iliana said...

--> meo

wahh~ siapa yang nak kahwin tu?

--> 13may

anda sudah berpacaran..bila lagi???? hehe

--> permata nusantara

wahhh~ gam kuat cap gajah ke? hehe..owhh~ kalau kamu susah, saya laaggiii susah..hehe..

betul tu, jangan jual mahal sangat dan jangan juga jual murah sangat..bahaya~

--> dhe

hehe..tak mengapa dhe..saya faham..lagipun, sedang musim peperiksaan kan..

hehe..jawapan paling selamat tu~

SangMentari said...

Jangan sampai dikata wanita murahan. Biar dikata sombong meninggi, jangan dibilang tiada harga diri...

iliana said...

hurmm..hehe..sebenarnya, wanita ni bukannya sombong ya sang mentari..tetapi, pemalu..itulah yang selalu disalah ertikan..

pencinta bahasa said...

salam..
btul2..perempuan slalu digelar sombong..bile buat x lyn sikit kt laki mulalah ckp smbg..tp peduli ape..hihihi..ada plk yg dgn laki bkn main ramah tp ble dgn kaum sndr sombong plk..x phm..tp zaman skrg ni mmg ssh nk cari perempuan yg btul2 malu(pd tempatnya).

iliana said...

hehe..malu (pada tempatnya)~

fuhh~ mendalam tu maksudnya. agak-agaknya la kan, saya ni dalam kategori pemalu bertempat ke tak bertempat? harus diselidik dan diperbaiki ni..

puterinurzahra said...

kalau bab perigi cari timba pula macam mane ye

zafi said...

hahahha im one of em!
well being single ade best n tak bestnya... what ever it is
kita tau apa yg kita buat! the choice is in our hands kan! kalau kita fikir sangat psl org lain payah nak hidup! enjoy your life...
Percayalah cinta itu akan datang dan pergi... Cinta dulu pd tuhan dan diri sendiri!

iliana said...

--> puterinurzahra

salam ukhwah ya puteri..
pendapat peribadi saya, istilah perigi cari timba itu tiada pun dalam agama..tetapi, disebabkan budaya..jika lihat pada sesetengah negara sekalipun, ada yang perempuan meminang lelaki..jadinya, lelaki pun perlu faham atas hak kebebasan masing-masing untuk mencari pasangan..bukan atas diskriminasi jantina..

--> zafi

prevously, one of my lect asked me one question, "do you believe in love?" for me, i have no pint on it..we believe about the existing of love, but do we trust love?

setiap perkara ada baik dan buruknya kan..jadi, fikir-fikirkanlah~

MDFarid said...

Salam...

Berbicara hal kahwin-kahwin ni..saya ingin bawakan satu kisah sahabat saya.

Sewaktu beliau nak kahwin mula dulu lebih kurang dalam tahun 2007 kalau tak silap saya. Dia ada kenal seorang Ustazah. Lalu satu hari dia call Ustazah tu..

"Moshii Moshii" eh..silap.(Ini ialah penambahan)

"Ustazah ado ore dok lagi..sayo takdok.."

"Takdok.."

Lepas tu mereka terus kahwin. Mudah jekan?

iliana said...

salam..

terkejut saya 'moshi moshi' tu..

wahh~ itulah kan, jika memang dah itu jodohnya, kenal sehari pun bisa berumahtangga, jika bukan, bercinta 20tahun pun tetap tak kemana..

BalQis said...

Salam...

Haha, ustaz farid memang klaka..

ehem... erm, masalah jodoh ni, yer?

hurm... Dekat Ukraine tak susah, bagitahu jer kat orang tgh, minat saper, nanti pepandailah org tgh tu tolong bagitahu dgn baik, kalau tak berminat, cakap tak.. kalau berminat, alhamdulillah. Cuti summer balik Malaysia terus buat nasi minyak, hehe...

Kenduri bakal banyak nak pergi ni, huhu...

iliana said...

haha..ustaz farid ni sekali sekala buat lawak memang lawak betul..suka kot dia dengan topik jodoh ni ;p

fuhh~ senang betul ya..tapi, rasanya yang macam tu lagi bagus kan..kurang maksiat hehe

arieos said...

salam...
salam singgah ya.
hahaha...rasa macam pernah terkena dulu..huhu

Anonymous said...

assalamualaikum..
persoalan jodoh.. saya rasa isu ini agak penting untuk dibicarakan dari satu sudut tertentu.. bagi saya.. jodoh adalah rahsia Allah..sesiapa pun bila ditanyakan mengenai jodoh.. pasti akan memberikan pendapat yang berbeza2..
apa pun permasalahan yang kita hadapi.. berbaliklah pada janji Allah.. setiap manusia itu telah pun diciptakan memiliki pasangan masing2..memang telah tersedia untuk kita seorang hamba bernama "insan".. cuma seandainya kita tidak menemuinya.. berkemungkinan belum tiba masanya atau mungkin jodoh kita ditakdirkan meninggal awal sebelum bertemu dengan kita.. itu kenyataan yang seharusnya diterima.. Allah Maha Mengetahui.. serahlah pada Allah.. DIA Maha Menghalusi setiap sesuatu..