Monday, April 20, 2009

‘HANTU’ YANG GAGAL?

“Yana, kain telekong ada tak?”

“Ada. Nak buat apa? Orang lelaki sembahyang pakai telekong ke?”

“Alaaa~ untuk aktiviti malam ni la”

Bersungguh benar muka urusetia kem Polibridged seorang ni. Sampai nak pakai telekong. Pasti ada idea nakal yang dia nak kenakan peserta.

Jam menunjukkan tepat pukul 12 malam. Peserta mula dilepaskan seorang demi seorang. Melalui jalan gelap sejauh 1km tanpa sebarang pencahayaan tambahan. Jika jiwa tak kental, pasti akan berpatah balik ke kem. Malam itu juga, segala surah hafalan akan keluar dari mulut. Aktiviti ini akan selesai seawal subuh nanti.

Untuk kali itu, saya hanya bertugas di dapur kem, tak ikut serta menjaga checkpoint – bosan~ selang beberapa jam, pasti akan ada yang balik ke kem untuk ambil makanan, dengan kedinginan pagi, perut akan cepat berbunyi minta diisi.

Tiba-tiba, sahabat yang minta telekong tadi datang dengan muka masam.

“Eh, tak jaga checkpoint ke?” Saya bertanya.

“Malas la!”

“Kenapa?”

“Aku pakai telekong duduk la atas kayu nak takutkan budak-budak tu. Sekali ada mamat-mamat askar lalu sound aku.”

“Laa..kes merajuk la ni. Diorang cakap apa?”

“Tak nak la cerita”

“Cakap je la”

“Dah la lalu gelak-gelak. Tak cukup tu nak cakap pula ‘weiii…mana ada hantu gemuk’”

Reaksi saya? “Sabar ye Qishi. Diorang memang macam tu” sambil berlalu ke air terjun untuk ambil air. Maaf, tipu je tu sebenarnya, sebab tujuan utamanya adalah nak lepaskan tak tahannya geli hati saya.

Moral cerita : jangan la suka sangat nak mendajalkan orang, nanti kena pada diri sendiri.

17 comments:

Akhi Farid Rashidi said...

Salam,

Tak baik kenakan sesiapa pun. Dan satu lagi, memakai pakaian wanita haram hukumnya kerana menyerupai wanita.

Tidak kiralah lelaki mahu menjadi wanita atau wanita mahu menjadi lelaki.

Tomboi VS Sotong = TomTong

sultan said...

haha... adoi... apasal la aku takde kat situ skali...

good one...

Permata Nusantara said...

haha..ya...sy pun tak pernah menonton di tv ada wujud hantu gemok....hihi

iliana said...

--> Akhi Farid Rashidi

Salam,
betul tu. spenjang perkhemahan tu, saya pun tak sampai hati nak kenakan orang.

peringatan yang baik sekali itu ustaz..terima kasih (^_^) mungkin itu pengajaran buat dia~
TomTong???? (tahan gelak)

--> sultan

sebab tahu nanti hang dok wat sesuatu lagi diluar jangkaan

--> permata nusantara

hantu dalam kartun Casper..kan ada satu yang gemuk..tapi, kartun la..versi rakaman, belum jumpa lagi hehe

SangMentari said...

Lawaklah entri ini. Baik balasnya baik. Jahat tentu balasnya jahat juga.

kuIna Jentayutiara said...

pengajrnnya.. wlu apapun yg nak kita lakukn kena ada ilmu.. even nk bermain & berjenaka..

™سوفي said...

Salam Illiana...

terima kasih sudi bertamu.

saya follow kamu

Akmal said...

aih dah lah tak jadi, kantoi pulak tu hehehe :D
mesti muka dia sedih gile kan???
:P

Nuansa Hati said...

oooo qishi ker....??
kuikuikui!!!!
Tu la nak dajal org.... kan dah kene blek....!!!!

iliana said...

--> Sang Mentari

jika ianya mampu membuat kamu ketawa, diharap dapat memadam sedikit duka ya

--> kuIna jentayutiara

yalah kak..saya pun risau..jikalah dia yang kena balik..kan lagi parah..kena histeria ke..

--> sufy

salam kembali..terima kasih juga buat kamu ya (^_^)

--> Akmal

sedih memang sedih~ sebabnya, sampai saya grad pun dia masih dok ingat kisah tu hehe ;p

--> Nuasa Hati

alamak kantoiii~ jangan khabar kat dia yang kes ni masuk internet..syhhh~

Dhe said...

wekekekke..
dah macam pocong lah..

BalQis said...

Kih, kih, kih....

Habis kotor telekung kamu Iliana...

Beraninya dia ya, mahu menjadi hantu. kalau disergah hantu betul-betul tak ke naya...

iliana said...

--> Dhe

tak tahulah saya bagaimana rupa dia..tak muat rasanya nak ikat telekong tu

--> Balqis

itulah~ tapi, dah duduk dalam hutan, memang comot sikit la telekong tu..

oh ya, lagi satu pengkantoinya adalah dia tak pakai kainnya..sebab tak muat nak ikat kot hehe ;p

suara said...

Salam dik Eleeyana...

Tergelak kak su membacanya.

Ada kala gurauan membuah dendam. Fahami kemungkinan itu buat kak su mmg tak berani nak mengenakan.

Tapi nasib baik dlm kes teman eleeyana tu, tak de yg ambil serius...

syrup said...

nak jadi apa pun kena kira aspek kegagalan tu..huhu..harap dia usaha lagi..

Jackster® said...

haha menarik!

~*puding caramel*~ said...

sebenarnya entri ini lawak... ^^