Wednesday, April 8, 2009

BEREHAT SEBENTAR

Salam senyuman manis dari saya buat semua

Senyuman penenang jiwa, pembuka hari yang mengidamkan 1001 keindahan, ketenangan dan penuh kerahmatan dari-Nya, insyaallah. Ya, peperiksaan akhir kian menghampiri, akal saya semakin ligat berfikir, memahami dan menghafal setiap istilah saintifik yang terkadang masih tidak jelas akan maksudnya. Mohon jasa baik kalian, turut mendoakan kejayaan saya agar setiap soalan peperiksaan itu mampu saya hadapi dengan hati yang tenang dan lancar.

Sebelum itu, ingin saya titipkan sedikit kisah untuk renungan bersama..

Mungkin kisah ini ada juga hubung kaitnya dengan entri yang lepas-lepas. Salahkan bercinta? Bagi saya, tiada salahnya, tetapi jika dan hanya jika kita mengikut peraturan-Nya. Masih tetap menjaga mana yang boleh dan mana yang tidak. Kerana, ada setengah individu, meletakkan pacarnya sebagai pemangkin utama pembelajaran, bak kata pensyarah saya ‘vitamin’.

Tetapi, ada juga yang sebaliknya. Jika dulu, menjaga auratnya, tetapi setelah berpacaran, saya yang lihat pun, terkeluar biji mata. Kes ini memang terjadi. Ada seorang teman saya, dahulunya saya sengan dengan dia, bertudung labuh, berstokin walau ke kafe, tetapi, setelah berpacaran, semuanya terdedah. Sungguh saya terkejut melihat perubahan itu. Mungkin bukan salah berpacaran, tetapi diri sendiri.

Ingatlah, bila berpasangan, komitmen juga akan meningkat. Saya selalu fikir, dengan adanya komitmen ketika ini, mampukah saya menambah lagi? Jika, disebabkan hadirnya komitmen baru ini mengundang kepada kejatuhan peratusan kualiti komitmen yang lain, cubalah hindarkan. Tetapi, itu bukanlah bermaksud saya anti-cinta ya. Cuma, mungkin belum sesuai masanya. Jika itu adalah jodoh saya, nak elak bagaimana sekalipun, ia tetap terjadi. Dan bukanlah juga saya bermaksud untuk menghalang sesiapa bercinta. Ini, hanya sekadar ingatan kepada diri sendiri juga, untuk lebih berhati-hati.

Baiklah sahabat semua, saya akan meneruskan perjuangan dalam kembara ilmu sekeping sijil, tertulisnya ijazah sarjana muda. Bagi sesiapa yang turut menduduki peperiksaan tidak lama nanti, semoga berjaya saya ucapkan ya. Ayuh, sama-sama kita menimba ilmu, membentuk diri yang berkualiti demi agama terutamanya. Aminn~

13 comments:

MDFarid said...

Salam...

Semoga hidayah Allah menyelubungi gadis itu..pintu taubat sentiasa terbuka selagi belum kiamat dan nyawa ditarik Allah.

Selamat berjuang!

FarhanaLicious said...

macam mana boleh jadi macam tu. pelik betul

Isma Ae said...

Sakit hati saya baca petikan ini.
Benar?
''Ada seorang teman saya, dahulunya saya sengan dengan dia, bertudung labuh, berstokin walau ke kafe, tetapi, setelah berpacaran, semuanya terdedah.''

Terima kasih kerana kamu telah mengguna Bahasa Melayu dengan baik. Masih ramai lagi anak-anak Melayu rupanya yang menghormati Bahasa Melayu.Lega hati saya.

pencinta bahasa said...

salam..
kes2 seperti itu sudah sering berlaku..semoga Allah memelihara iman kita semua daripada melakukan perkara2 yang terkutuk..

p/s:saya doakan semoga kak yana dapat menghadapi peperiksaan dengan lancar dan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat..amin..=D

BalQis said...

Salam...

Sampai begitu? Dahsyat ya, panahan cinta ini. Segala ilmu kalau ada pun sudah tak berguna apabila terkean panahan cinta ini. Syaitan berjaya dalam tugasnya di sini.

Apa pun semoga gadis tersebut sedar dan kemabli ke pangkal jalan, insyaAllah...

Kamu akan hadapi peperiksaan, ya?

Selamat ebrusaha ke arah kejayaan buat kamu. Doa saya akans entiasa mengiringi InsyaAllah!

SyrupusSimplex said...

manusia kalau Allah nak palingkan hatinya sekejap saja.

Jangan fikir yang baik sentiasa kekal baik bila sedikit ujian Allah diberikan padanya.
Semoga kita sentiasa dipeliharaNya.

YaAllah,peliharalah hati2 kami agar tetap denganMu dan jauhilah kami dari godaan syaitan

Dhe said...

manusia memang sering berubah-rubah pemikirannya, bila hari ini katakan A bisa jadi besok berubah B.

dahulu, saya kadang-kadang tak berjilbab, tapi setelah sering membaca postingan illiana, rasa hati tergugah. saya hendak jadi orang yang komitmen, semoga Allah menjaga hati saya dari hal-hal yang tidak DIA kehendaki.

yEm ^^ said...

salam....

selamat berusaha dalam mencari redhaNya di sepanjang peperiksaan nnti yer.. peringatan buat diri saya juga... =)

(tetiba sedih plak, sbb ni exam last... huhu~)

13may said...

fokus mana yang penting dulu...:)

meo188 said...

tidoq2 cukup...

Rantong said...

Sertai rancangan terbaru berjudul: "Who Wants To Be A MillionaireBlogger.Net" 24 jam sehari, 7 hari seminggu, hanya di kaca screen komputer anda...

ajaa~ said...

o ok...aja dah dapt komen dah..
aja xda pasangan skang..so xtau sagt,,hiiii

Ibnurashidi said...

Salam...

saya dengan rasminya ingin menjemput tuan rumah dan sesiapa saja ke blog saya yg baru..

http://www.faridrashidi.com