Monday, April 27, 2009

AMARAN BUAT SI MUSLIM

Salam semua (^_^) entri ini mungkin sedikit panjang, sesuai dengan kepanjangan waktu penyepian Lukisan Alam selepas ini (mungkin). Ya, saya bakal menamatkan peperiksaan akhir semesta dan terus ke Perak atas satu program universiti dan kemudiannya, akan meneruskan gaya santai di rumah sehingga bulan Julai. Jika ada kesempatan dan ada dayanya, insyaallah, akan saya khabarkan sesuatu di sini nanti. (fuhhh~ mukadimah pun dah 30km).

Sebenarnya, saya mula terhentam dek pembacaan lalu. Sebuah buku nipis dan murah sahaja harganya yang bertajuk ‘ONLINE DENGAN TUHAN’ tulisan Zulkifli Khair. Ini buku tersebut :


Buku ini secara keseluruhannya, memang mengejutkuan kita dari terus ketiduran. Ringkas, tapi sungguh menyentak akal yang sering leka ini. Di sini, ingin saya kongsikan sedikit isinya. Maaflah jika mungkin saya akan mengorek isi utamanya yang menarik. Bukan apa, saya percaya, tak semua mampu menemui buku ini bukan. Jadi, lebih elok saya kongsikan sedikit.

“Kita sering mengkagumi sifat kolam renang yang tersergam indah, tapi kita lupa mengkagumi air yang mengisinya”

Itu kenyataan pertama yang saya ingat sehingga kini. Ya, manusia itu gemar mengadili dan menilai sesuatu secara zahir. Apa yang tersirat disebaliknya, seringkali dilepas pandang.

“Kita teruja dengan sistem WiFi kini. Padahal, Tuhan menurunkan wahyu kepada para Rasul tanpa sebarang alat sekalipun”

Begitu juga dengan turunya Al-Quran. Di dalamnya, tersirat 1001 rahsia dunia. Tapi, kita sering membaca tapi tidak cuba memahaminya. Itulah kesilapan terbesar manusia yang beragama Islam. Kita berpegang kepada Al-Quran, tetapi kita tidak tahu apa yang dipegang sebenarnya. Dan, secara tidak sedar, Zionis terutamanya, terus melancarkan serangan kepada kita. Mereka menjauhkan umat Islam dari Al-Quran. Seperti Gladstone pernah berkata,

“Selama Al-Quran ini berada di tangan kaum Muslimin, selama itu Eropah tidak mungkin menguasai Timur, selama itu juga Eropah tidak hidup aman”

Bemula dari sana, walaupun kelas agama itu masih wujud, tetapi mereka hanya diajar membaca bukan memahami Al-Quran. Ketahuilah, bahawa kehebatan tamadun Islam terletak kepada keakraban umat dengan Al-Quran. Saya gemar pernyataan Prof. Kamil di dalam buku 'Travelog Dakwah' yang mendidik kita untuk mengaji biarpun satu muka surat sehari, asalkan tahu apa yang dibacanya.




Begitu juga dengan taktik mereka yang giat berusaha untuk meruntuhkan sistem khalifah. Mereka memecah-belahkan umat, tapi kita tidak perasan akannya. Bagaimana umat seagama (Islam) sering membeza-bezakan sesama Islam sendiri? Muslim Malaysia lebih hebat dari Muslim Singapura, Muslim Yaman lebih hebat dari Muslim Bangladesh, Muslim Indonesia lebih hebat dari Muslim Turki.

Kini, Zionis memperkenalkan pula keluarga ‘jantan-jantan’ dan ‘betina-betina’ (homoseksual). Mereka cuba mensahihkan kewujudan hormon homo di dalam diri setiap individu. Padahal, tipu belaka. Yang mengecewakan adalah kewujudan kelab gay Muslim yang bernama Fitrah (contohnya).

Menurut kajian Hanan Dover, 82% dari responden Muslim yang ditemuinya mengatakan bahawa homoseksual TIDAK HARAM! Beliau turut menyelar rancangan TV seperti Big Brother, Sex and the City dan sebagainya, namun beliau digam selepas memberi ucapan tersebut.

Bagaimana pula dengan kewujudan game, konsert, gadget dan lain-lain? Ya, itu semua berunsurkan hiburan yang terus melekakan. Dan ini pernyataan mereka di Persidangan Zionis Ke-2 di Basle, Switzerland,

“Kita mesti berkerja keras bagi meruntuhkan akhlak dan moral manusia daripada segala segi lapangan, supaya dengan itu mudahlah kita menguasai mereka. Sesungguhnya Freud itu orang kita, dan kita akan terus mempromosikan teori perhubungan seks di bawah cahaya matahari, supaya hal itu kekal dalam pandangan kaum muda sebagai sesuatu yang suci, dan jadilah tugasnya yang utama bagi mengenyangkan naluri seksnya semata, dan ketika itu runtuhlah akhlaknya”

Ini adalah apa yang dikongsikan oleh penulis dalam satu bab sahaja. Yang selebihnya, mungkin kamu bisa membacanya sendiri. Oh ya, buku ini boleh dibeli secara online di web PTS publication.

p/s : kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui 1001 sejarah dunia Islam yang menarik, bolehlah kalian ke web MuslimHeritage yang saya linkkan di sebelah.

p/p/s : saya mencari buku '1001 Inventions: Muslim Heritage in Our World'. Tapi, masih belum ketemuinya. Penasaran sekali saya dengan buku itu~

18 comments:

nahmy said...

alhamdulillah atas catatan ilmiah ini..mmg betul kita org islam kena berwaspada selalu..cuma selalunya kita alpa.. semoga berpesa-pesan camni akan sentiasa wujud.

~*puding caramel*~ said...

menarik dua buku ini.
buku-buku ini boleh di cari di mana ya? boleh lah saya cari ketika pulang ke malaysia nanti

yang tajuknya online dengan Tuhan itu macam seakan2 buku yang pernah saya baca akrab dengan Tuhan..tapi isi nya banyak tentang bagaimana untuk mendekatkan diri kepada manusia..satu keakraban itu bukan antara sesama makhluk saja. malah juga pada Penciptanya

semoga berjaya dengan peperiksaan! ^^

SuFy said...

salam, astaghfirullah..mari kita bermuhasabah diri..ingat pada Yang Maha Esa...dan minta spy orang yg cuba menenggelamkan manusia ke dasar yang hina akan beroleh balasan dari Allah

iliana said...

--> nahmy

insyaallah akan dikongsikan bersama..sebenarnya ada banyak yang ingin saya kongsikan, tetapi terkadang terhalang akan kesahihannya..

--> ~*puding caramel*~

buku ini memang menarik ^^
biasanya di popular ada.tapi, kalau nak ke kedai yang Islamic, Badan bookstore banyak buku-buku begini.

ya, saya juga pernah terdengar tajuk buku 'Akrab Dengan Tuhan' tu, tapi, saya tak baca sebab tak terjumpa hehe~

terima kasih^^ kamu juga, semoga berjaya hendaknya..

--> SuFy

salam..setakat ini, itu memang dah ternyata. tapi, yang masih tergantung belum terlaksana, banyak lagi dan ianya 10x lebih zalim terhadap manusia..insyaallah, akan saya kongsikan nanti ^^

sofi al-muqri' said...

bacaan di kala kekalutan exam~
fuh..

sempat lagi ya diskusi buku di kala exam.. tp tak mengapa, bermanfaat..
alhamdulillah

utk pengetahuan saudari Leeyana,

sy ada 2 buah buku berkaitan zionisme dan sejarahnya, serta hungungkaitnya dgn freemasonry, orientalisme & kristianisasi..


1) Zionisme Orde Barat Menghancurkan Islam
[Hj Mohd Hanif Hj Ismail]

2) Gerakan Freemasonry, Orientalisme, Kristianisasi : Musuh Dalam Menghancurkan Islam
[Hj. Nik Azran Muhamed & Hj. Mohd Mahadi Hj. Isa]

Kedua buah buku tersebut ditulis oleh ustaz-ustaz lepasan Al-Azhar; mungkin sudah ada di pasaran Malaysia. Di sini persatan pelajar Al-Azhar menjualnya.

Komen sy, buku-buku ini agak teliti dan terperinci dlm membincangkan permulaan sejarah zionisme dan sekutunya, sebermula perancangan mereka dlm menjatuhkan Khilafah Ustmaniah Turki.

Tp, maaf.. sy tak pasti akan keberadaan buku-buku ini di Malaysia dan bagaimana mahu mendapatkannya..

~sekadar perkongsian balas drpd sy~

iliana said...

--> sofi al-muqri'

hehehe..dah lama dah habis baca buku tu. tapi, baru nak kongsikan..

buku tu dalam bahasa apa? kalau bahasa arab, saya tak faham hehe~

kalau ada di sini pun, pasti hanya di kedai buku terpilih..saya ada juga cari buku tentang freemason tulisan Harun Yahya, tapi tak jumpa-jumpa..

nak juga beli buku yang kamu nyatakan, tapi, kalau tak jumpa pasrah je laaa...mungkin boleh dijadikan entri di blog kamu untuk dikongsikan bersama ^^

Faridrashidi said...

Salam,

Bagi saya entri ini tidaklah panjang kerana saya mampu membaca sekali harung..hehe.

Perlukah saya menulis entri tentang persoalan “Kita sering mengkagumi sifat kolam renang yang tersergam indah, tapi kita lupa mengkagumi air yang mengisinya” ?


1) Zionisme Orde Barat Menghancurkan Islam
[Hj Mohd Hanif Hj Ismail]

2) Gerakan Freemasonry, Orientalisme, Kristianisasi : Musuh Dalam Menghancurkan Islam
[Hj. Nik Azran Muhamed & Hj. Mohd Mahadi Hj. Isa]

Buku di atas saya sudah baca. Karangan dalam bahasa melayu. Jangan risau untuk memahaminya.:)

Syukran atas komentar kamu ya.

iliana said...

--> Faridrashidi

sala kembali ^^

aduh ustaz, sebenarnya, memang panjang nak saya taipkan (ada kisah ke-2) tapinya, bila saya baca balik, macam terrrrlalu panjang. jadi, saya buat entri lain nanti..ustaz perli saya ni..tau la saya ke sana 2x baru habis..haishhh~

hurmmm~ mengikut firasat patik, OK juga kalau ustaz buat entri itu. sebab, ustaz lagi pakar bab-bab keagamaan.

ohh~ ye ke..alamak, nak la buku tu..dah, tambah lagi dua buku yang saya nak. yang satu tu pun tak dapat lagi huhuhu ;p

Gaijin said...

salam... nice post...

kn dh selalu d ingatkan yg yahudi dan nasrani xkan redha ke atas umat Islam sehingga lah kita mengikut jejak langkah mereka...

setiap masa pasti ada agenda baru yg d bawa oleh dua kaum ni...

so, berwaspada lah...

once again, nice blog... keep it up..

WASSALAM...

pencinta bahasa said...

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelaj mereka mendapat azab seksa yang amat besar.
[al-Baqarah:114]

salam..
info yang menarik..
pada zaman fitnah ini macam-macam boleh terjadi. memang menjadi matlamat orang yahudi dan nasrani untuk menjatuhkan aqidah umat Islam
dan tidak ada yg dpt merubah pendirian mereka seperti yang disifatkan dalam al-Quran:

Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan da juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.
[al-Baqarah:74]

pesana buat para muslimin pula:

Kebenaran (yang datangnya kepadamu dan disembunyikan oleh kaum Yahudi dan Nasrani) itu (wahai Muhammad), adalah datangnya dari Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu.
[al-Baqarah:147]

p/s:good luck 4 the exam..=D

13may said...

selamat maju jaya :)

perokoksoleh said...

salam....
lama xsinggah,sudah berubah???huhuhu....

owhh,kita serupa puding caramel...
akupun pernah baca buku begitu tapi lupa tahjuknya,lalala

kiranya jika cikyana pandang aku yang sedang merokok...
lihatlah bagaimana asap rokok itu hilang selepas dihembus...
janganlah hanya melihat kehenseman wajahku shj yang sedang menghembus asap,hehee...

Ezainy said...

Ramai juga pengunjung dari mesir di blog kamu ya iliana. Apapun, memang benar kita ini kadang-kadang banyak membaca Al-Quran tetapi kurang memahami. Kita banyak melihat tapi jarang mengkaji. Selalu mendengar tapi sukar meneliti. Moga kita sentiasa diberi petunjuk dan panduan yang betul. Selamat bercuti..(^_~)

zafi said...

itu sebab ilmu tanpa amal ibarat pohon yg tak berbuah...
baca tanpa mengetahui isi tersurat mahupun tersirat adalah satu kerugian! :)
best of luck in ur exam!

BalQis said...

Assalamualaikum,

Wah, buku yang menarik sekali. Rasa-rasanya ada jual di pasaran sekarang tak, maksud saya tanpa membeli online.

Memang banyak sungguh perancangan zionis ini. Kenapalah kita masih terleka? Aduhailah hati-hati yang lemah.

Selamat bercuti, ya Iliana. Moga pulang nanti, bawa banyak pengalaman dan ilmu-ilmu yang menarik, InsyaAllah!!

Anak Pendang Sekeluarga said...

Allah swt dah janji akan anugerahkan khalifah/dunia ini kepada org mukmin..dan org yang jaga amal soleh..tp asbab kelemahan saya,,org mukmin dan amal soleh belum wujud lagi,,,maka Allah akan bagi pd org kafir,,biar org kafir tindas org Islam...org islam sibuk dengan syurga org kafir,sebab itu org kafir marah dan tindas org Islam...

kuIna LadyInRed said...

salam dear

nice info...

org islam ramai musuh tp musuh utama adalah org islam itu sendiri yg menjauhkn diri dr Quran & tuhan.

DAMAI said...

salam sayang dan rindu banget buat kamu ^^

eh,xdelah panjang pun...hormon adrenalin sedang tinggi membuak membaca,tup2 sudah sampai ke pengakhirannya :D

entri yang bagus...Damai suka baca entri2 kamu..ayat2 yang ringkas dan mudah untuk difahami...

semoga kamu,Damai dan semua sahabat menjadi muslim yang benar2 kenal apa itu Islam...ameen ^^