Saturday, March 7, 2009

NIKMATNYA CINTA ITU

Assalammualaikum, salam sejahtera, salam kerinduan, salam ukhwah buat semua..

“Aku bersaksi, bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad pesuruh-Nya”

Jika itulah kepercayaan kamu, maka Allah tidak akan mensia-siakan kamu. Sembahlah Dia dengan khusyuk, ingatlah Dia dikala kamu senang mahupun susah kerana Dialah yang akan membimbing tanganmu, yang akan menjadi penyuluh jalanmu yang kegelapan – insyaallah.

Sahabat sekalian,

Percayakah kamu kepada CINTA? Cinta itu wujud, mustahil untuk kita menafikannya. Sujud kita mengaadap-Nya, itulah cinta, senyum dikala bertemu, itulah cinta, memberi salam, itulah cinta dan berkasih sayang, itulah cinta. Jangan sesekali takut untuk rasa cinta. Sesungguhnya, Allah menciptakan matahari dan diberi-Nya cahaya, Allah menciptakan bunga dan diberi-Nya wangi, Allah menciptakan mata dan diberi-Nya penglihatan, begitu jugalah Allah menciptakan hati dan diberinya CINTA.

Hati yang diisi dengan rasa cinta itu amat tinggi nilainya. Jangan sesekali dinodai dengan rasa benci. Pupuklah ia dengan rasa kasih yang tak terperi. Peliharalah hati itu agar tidak dicabut oleh Allah rasa kasih itu pergi dari hati.

“Cinta adalah iradat Allah yang dikirim-Nya ke dunia agar ia tumbuh”. Jika kita meletakkannya di atas tanah yang tandus, tumbuhnya akan menyiksa orang lain. Jika ianya datang dari hati yang keruh dan rendah budinya, ia akan membawa kerosakan. Namun, jika ia hinggap di sekeping hati yang suci, ia akan mewarisi kemuliaan, keikhlasan dan taat kepada Ilahi.

Cinta itu sewajarnya bukan untuk menjadi pelemah hati, bukan juga sebagai pembawa kepada putus asa, jauh lagi sebagai pembawa sendu tangisan. Tetapi, cinta itu penghidup harapan, penguat hati untuk berjuang. Cinta itu tak bergantung kepada wang. Mahalnya cinta itu lebih dari timbunan emas, lebih dari segenggam berlian.

Nikmat Ilahi itu ada di mana-mana. Tetapi, nafsu tidak pernah berasa puas dengan kenikmatan yang ada. Yang ada dalam genggamannya tidak dilihat, yang digenggam orang lain yang diimpikan. Tiada satupun nikmat di dunia ini melebihi nikmatnya cinta. Kerana, tanpa cinta, maka binasalah kita.

Cinta itu tidak perlu dicari. Sebenarnya, ia telah ada dalam diri sendiri. Cinta itu harus dibaja, jika tidak ia akan mati. Cinta itu bukan hanya atas nama Teruna dan Dara, tetapi atas nama nikmat yang sejati.

p/s : manusia, semakin ketandusan rasa cinta. Terlalu menginginkan permusuhan. Adakah cinta itu sudah hilang? Mudah-mudahan, ianya hanyalah kepudaran.

19 comments:

DAMAI said...

salam buat kamu yang berbicara tentang cinta ^^

teringat Damai nasyid "cinta" nyanyian mestica dan inteam (kalau tak silap)

"cinta...yang sejati hanya cintakan Illahi....cinta ayah bonda tulus suci selamanya....cintakan saudara masa berada hanya sementara...cinta sesama insan suburkan dengan ketaqwaan"

segalanya perlu cinta...tanpa cinta,sesuatu yang dilakukan pasti akan terasa hambar dan membosankan...bagai makanan yang kurang masinnya dan minuman yang kurang manisnya....

hargailah perasaan cinta kerana dengannya kita bisa hidup bahagia di syurga....tetapi,berhati-hati juga akan bahang cinta itu takut2 kerananya kita menjadi penghuni neraka...nauzubillah....

Nur said...

Rata2 ramai sudah dihilangkan nikmat cinta,

moga2 kamu Iliana, dan saya , dan sekalian semua, masih diberi nikmat teragungini, yang menjadikan kita manusia dalam erti kata sebenar...

kerana cinta itu sahaja yang mampu menghidup kan hati!

:D

yEm ^^ said...

salam buat kamu yang jauuuh di utara Malaysia.. =)
berbicara tentang cinta pula yer kali ini...

dalam kan maksud dan kesan cinta.. kalau tiada cinta, hambar lah hidup ini.. segala2nya memerlukan cinta...

(menjenguk sebentar selepas penat menelaah nota2 untuk ujian Selasa ini.hehe..)

arsaili said...

salam...semoga rasa cinta tetap hadir...kita perlu keamanan sejagat

Syahidah said...

fitrah..itu fitrah..cuma hati-hati jangan bawa fitnah..=P..

oh cinta bahasa melayu..maaf keluar topik..itu tetap cinta bukan..nikmat berbahasa..

SangMentari said...

Cinta tidak pernah akan hilang selagi cinta kepada Dzatnya masih tetap subur... salam

Yunus Badawi said...

Cintailah sesiapa yg kita sayangi tetapi kita akan tetap berpisah dgnnya. Kerana sesungguhnya hanya cinta kpd Allah yg kekal.

Permata Nusantara said...

Tertiba teringat lirik lagu 'Suci Dalam Debu' nyanyian Saleem....

'Cinta Bukan hanya di mata....
Cinta hadir di dalam jiwa....'

Tak pernah cinta itu hadir dgn paksaan...Hargailah cinta yg hadir...untuk pencipta,ibu ayah dan sesama manusia.....(^_^)

Anak Pendang Sekeluarga said...

Salam,pada zaman nabi musa a.s,seorang pemuda telah minta nabi musa supaya Allah kasi perasaan cinta
pada Allah,nabi musa bagi tahu,kamu x mampu kot,dia cakap kalo x boleh kasi la perasaan cint ini sebesar biji sawi,pendekkan cerite,musa doa,,selang beberapa hari kemudian,nabi musa tanya Allah,dimanakah pemuda tadi,Allah beritahu,dia ada diatas bukit,nabi musa pergi diatas tersebut dan melihat pemuda tadi sedang berdiri sambil kepala di dongakkan ke langit..Allah beritahu nabi musa,kalo kamu potong kakinya dia tidak akan sedar...masyaAllah...
Salam ziarah,,sebuah blog yang menarik,,,jemput ziarah ke blog saya untuk tujuan muzakarah dan sila add blog saya sebagai rakan blog anda...Jazakallahkhair....

ibnurashidi said...

Cinta itu sesuatu yang suci jiwa benar jalannya. Cinta bakal mengundang kecelakaan jika nahkoda pelayaran kecundang di pukul badai gelora menggunung.

Oleh itu, peliharalah cinta supaya ia kekal suci bersih lagi murni.

nahmy said...

adakah cinta pernah hilang? sampai kena mencari cinta? atau ia mmg sentiasa wujud dlm diri insan...cuma kita je yg selalu 'terlepas pandang' atau mengambil mudah perasaan hebat yg Allah kurniakan itu? lebih hebat bila cinta itu kita perhebatkannya hanya kpdNya yg paling utama...wallahualam.

BalQis said...

Cinta itu cahaya sanubari, kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptanya cinta
di situ rindu bermula

cinta itu tak pernah meminta ...

(Ini intro kepada lagu Kak Maya)

Cinta! Tidak ada komen terbaik tentang cinta. Semoga cinta-cinta yang baik sering datang kepada kita.

iliana said...

salam kembali Damai..

cinta itu kelihatannya seperti madu, manisnya terasa, namun bisa juga menjadi racun, mampu membunuh atas kesilapan manusia..

terima kasih atas peringatan ya Damai..

iliana said...

ya, cinta itu seperti tongkat sakti yang menyokong hati dikala perit derita melanda..hanya dengan cinta, kita mampu melangkah mara ke hadapan - insyaallah

ajaa~ said...

aja,cinta tuk teruna xhadir lagi...

Pencari. said...

Inilah Cinta: Terbang tinggi ke langit
Setiap saat mencampakkan ratusan hijab
Pertama kali menyangkal hidup (zuhud),
Pada akhirnya (jiwa) berjalan tanpa kaki (tubuh)
Cinta memandang dunia telah raib
Dan tak mempedulikan yang nampak di mata

Ia memandang jauh ke sebalik dunia bentuk-bentuk
Menembus hakikat segala sesuatu
-Jalaludin Rumi

iliana said...

--> aja~

cinta teruna itu, atas kuasa Dia maha pencipta

--> pencari

indah sungut kata-kata ini..dalamnya menusuk kalbu, membuka minta, meneman jiwa..terima kasih ya

pencinta bahasa said...

CINTA..mmg nikmat Allah tramatlah banyk sehinggakan jika ingin dikira untk saat ini shj nilainya tdk trkira dn antrnya adlh cinta..cinta kpd Tuhan, cinta kpd Rasul, dan cinta kpd ibu bapa semakin pupus dlm kalangan masyarakat di saat cinta brdasarkan nafsu semata walaupun kalau diikutkan bkn CINTA namanya, semakin merebak lalu maksiat brleluasa..

iliana said...

ya, cinta itu yang membawa sinar kehidupan, namun cinta juga mungkin akan membawa mendungnya kehidupan..bijak menilai dan menghargai cinta, itulah yang diperlukan manusia

salam ziarah