Saturday, March 14, 2009

KITA, WARNA DAN AURA

AWAS! ENTRI AGAK PANJANG LEBAR

Saya yakin, bahawa kalian sedia maklum mengenai istilah aura ni kan. Aura ni merupakan salah satu aspek dalaman yang mampu memberi kesan kepada luaran. Tapi, apa yang ingin saya kongsikan di sini (bak kata Luqman, ‘belanja’) adalah mengenai aura warna. Ehh~ sabar, ini bukan aura yang biasa kita dengar ya, tapi ‘sedikit’ luar biasa (ya, sedikit je, tak banyak pun). Kalau nak tahu, silalah terus membaca, kalau tak nak, tak mengapa..

Pada awalnya, saya ingin merungkai permainan aura warna diri kita sendiri. Malangnya, maklumat yang saya terima terlalu sedikit, jadi, untuk di peringkat awal, saya belanja air suam sahaja dulu ya (sebagai mukadimah).

Sebenarnya, kita mempunyai warna yang tersendiri. Di mana, warna tersebut terlah ada sejak kita lahir sehinggalah kita tiada nanti. Warna ini mengelilingi kita sepertimana lapisan ozon yang melapisi Bumi. Manusia hanya mempunyai empat jenis warna sahaja, iaitu putih, hijau, pink dan biru. Setiap warna ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Misalnya, warna putih yang mempunyai hubungan positif dengan persekitaran.
Baiklah, nasi lemak dah sampai. Kali ni saya nak belanja makan pula ya..

Ini pula adalah apa yang ditemui oleh ‘Hukum Kronologi Berulang’ yang berkait rapat dengan Hukum Keseimbangan. Menurut hukum ini, hari juga mempunyai warna tersendiri yang mampu mendominasi hari tersebut. Berikut adalah warna-warna tersebut :

ISNIN = PUTIH

Warna putih merupakan warna yang merangsang kelenjar Pineal dan kelenjar Pitutary. Menurut teori warna putih ini, seseorang itu perlu mempunyai tidur yang cukup untuk menghadapi hari Isnin. Kerana tidur yang tak cukup akan membuatkan badan terasa lemah dan malas untuk berkerja atau ke kelas. Hari Isnin merupakan hari yang baik untuk pencetusan idea baru di mana kekuatan hari Isnin adalah lebih reatif dan efisyen.

Jika diperhatikan, pada hari Isnin juga, pohon bunga yang berwarna putih juga akan lebih mekar berbanding hari lain. Begitu juga jika ingin menanam pokot itu, pokok berbunga putih akan lebih sukar untuk hidup jika ditanam pada hari lain.

Bagi doktor dan pesakit pula, rawatan yang sesuai dijalankan pada hari ini adalah penyakit lemah semangat, kelesuan, tiada keyakinan diri, halusinasi, nyanyuk dan beberapa penyakit lain yang berkaitan dengan kelenjar Pitutary dan Pineal. (Apakah kelenjar tersebut, silalah rujuk kepada para doktor ya).

SELASA = PINK

Warna pink pula mempunyai perkaitan dengan bahagian Thalamus. Thalamus berperanan sebagai penjaga kasih sayang dan penghayatan. Hari ini juga merupakan hari yang paling sesuai untuk beremosi (bukan marah-marah ya), tapi untuk meluahkan perasaan kasih sayang. Hari ini juga sesuai untuk mengembara atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana jika berlaku kesesatan sekalipun, ianya dapat diimbangi dengan daya penghayatan yang tinggi pada hari ini.

Jadi, jika kalian memakai pakaian berwarna pink, kuasa pujukan juga akan bertambah kuat. Jangan pula pakai warna merah ya (maaf la kaum Adam sekalian ya hehe) kerana mereka yang dipujuk akan menentang semula. Nampaknya, ahli bomba perlu menukar pakaian warna pink pada hari ini jika menghadapi situasi ingin memujuk orang yang sedang tunggu untuk terjun bunuh diri heh heh heh..(bayangkan bomba warna pink~)

Rawatan yang sesuai dijalankan pada hari ini adalah migrain, attention-deficit / hyperactivity disorder (kanak-kanak yang bermasalah) atau yang berkaitan dengan bahagian otak Thalamus. (Yang ni pun jangan tanya saya ya)

RABU = BIRU

Untuk hari ini, ia merangsang kelenjarTiroid dan mempunyai hubungan yang baik dengan muzik. Kalau ikut ilmu kedoktoran, pada hari ini, paras hormone thyroxine akan dirembes dalam kadar yang optimum menjadikan segala yang dihasratkan oleh hati dapat diluahkan dengan kata-kata secara lebih berkesan. Oleh itu, hari ini merupakan hari yang terbaik untuk berucap, bercakap, behujah, bersidang, berpidato dan apa-apa sahaja la ang berkaitan dengan ‘percakapan’.

Rujukan para doktor, hari ini kalian sesuai untuk merawat penyakit beguk, tongsel, kerongkong dan semua yang berkaitan dengan tiroid.

KHAMIS = KUNING / OREN

Warna kuning mampu merangsang sistem penghadaman, manakala warna oren adalah warna kesuburan. Pada hari ini, kalian tidak digalakkan untuk makan terlalu banyak pada waktu siang untuk bagi peluang kepada sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya. Maka, sistem penghadaman dapat menghadan segala sisa makanan dalam badan untuk menjadi zat dan tenaga. Pada hari ini juga, asid folik yang amat sukar untuk dihasilkan pada hari biasa tapi akan aktif pada hari ini. Maka, sesuai untuk berdiet pada hari ini huhuhu..

Warna oren juga meransang sistem kesuburan lelaki dan wanita. Oleh itu, sesuai untuk pasangan suami isteri. Cuba kita pandang balik kepada ajaran Islam. Ada benarnya kan – subhanallah
JUMAAT = HIJAU
Warna hijau pula mempunyai tenaga yang baik terhadap jantung dan paru-paru. Pada hari Jumaat, klorofil juga akan aktif membebaskan oksigen. Maka, hari ini juga merupakan hari yang sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah. Biasanya, pada hari lain kita akan mudah terasa lemas jika berada dalam kesesakan orang ramai. Dan fungsi pernafasan yang baik pada hari ini membolehkan kita berhimpit-himpitan di dalam masjid untuk menunaikan solat Jumaat – bagus sekali kombinasi ini dengan Islam.

Hari ini merupakan hari yang sesuai untuk menjalankan rawatan kardiovaskular dan paru-paru kerana paras oksigen dalam atmosfera yang tinggi.

SABTU = MERAH

Mempunyai hubungan dengan usus, otot, darah, tulang dan saraf. Hari sabtu merupakan hari yang paling sesuai untuk bersosial dan menjalankan aktiviti lasak (kebanyakan ko-kurikulum dijalankan pada hari ini kan).

AHAD = HITAM

Pada hari ini, zarah-zarah akan tertumpu kepada satu kawasan sahaja berbanding hari lain yang bergerak secara rawak. Dan gerakan zarah ini akan menyamai zarah dalam air walaupun ianya zarah dalam atmosfera. Maka, sepatutnya, warna pada hari ini adalah warna putih, namun menjadi hitam kerana pergerakan zarah yang menyamai sifat air.

Hari Ahad merupakan hari yang paling sesuai untuk beristirehat. Sebaik-baiknya bercuti pada hari ini (tapi, di UUM ni, kuliah hari Ahad sedih~). Memandangkan penyerakan zarah yang tidak stabil, pemakaian warna hitam akan mengelakkan diri dari terdedah kepada gelombang asing.

Dengan itu, tamatlah penulisan entri terpanjang dalam sejarah Lukisan Alam. Kalian penat membaca, saya penat menaip hehe. Tapi, atas dasar berkongsi ilmu, ianya bukanlah satu bebanan. Kiranya, ala-ala membalas dendam kerana tak sempat menaip entri dalam tempoh masa yang agak lama (lama ke? Entah la)

p/s : ianya hanyalah menurut teori yang dinyatakan. Namun, Allah s.w.t juga yang menentukan segalanya. Wallahulam..

20 comments:

Nur said...

SubhanAllah!

Segala yang dihasratkan oleh hati dapat diluahkan dengan kata-kata secara lebih berkesan. Oleh itu, hari ini merupakan hari yang terbaik untuk berucap, bercakap, behujah, bersidang, berpidato dan apa-apa sahaja la ang berkaitan dengan ‘percakapan’.

Hari Rabu, hari bertemu supervisor...kalau theory ini benar, alhamdulillah! Allah itu Memang Sang Maha Pengasih!

Syukran fr the best entry..:D hari ini masih Sabtu, jom jalan2? hahahahahhaha

akizaki said...

nice entry..
mmg agak panjang..
but still, x ckup pnjang..

DAMAI said...

salam buat seorang pakar warna ^^

entri yang menarik ( Damai memang suka lah bab2 kaji mengkaji sifat manusia ni )....

wah,nampaknya hijau terletak pada hari jumaat...sukanya ^^

~~ya,kamu memang sudah lama tidak menulis...buat Damai rindu hendak membaca tulisan kamu ^^ ~~

iliana said...

--> nur

Allahuakbar kak..

ini sekadar panduan ya. kalau tak kena tu, maaf huhu..ianya sekadar hasil kajian..

apa pun, tak salah mencuba untuk memberi yang terbaik buat diri sendiri kan (^_^)/

p/s : jalan-jalan? hadehh sadis bunyinya tu~

--> akizaki

tak cukup panjang? waaa~ kalau panjang lagi, boleh jadi assignment atau tesis tu hehe ;p

p/s : salam kenal

--> damai

salam buat yang menjenguk
(saya bukan pakar)

berkat hijau dengan Jumaat..
hijau selalu dikaitkan dengan Islam
manakala Jumaat pula hari mulia dalam Islam..
baik sekali kombinasinya kan..

p/s : lama ke? err..takut lepas ni ada yang lagi lama saya tak dapat menulis..2 bulan barangkali hehe ;p

p/p/s : terima kasih kerana tetap ke sini ya Damai..sayang Damai

yEm ^^ said...

Iliana, terima kasih ye... bak kate kamu, aura biru telah mencuri pandangan saya untuk pemilihan warna pakaian untuk ke interview yg jatuh pada hari rabu... hehehe...

Dhe said...

dhe hari selasa saja^^
warna pink, semangat.. semangat ^_^

iliana said...

--> yEm^^

ehehe itu bukanlah apa-apa..hanya satu cadangan ringan sahaja..semoga ianya membantu hari tu ya (^_^)

--> Dhe

eh, kenapa hari selasa aja? sebab lahir hari selasa ke? samalah kita hehe

Yunus Badawi said...

Terima kasih di atas n3 yg informatif ini.
Memandangkan hari Ahad paling sesuai utk istirehat, saya tak nak komen panjang2 sbb nak pergi istirehat hehehe

iliana said...

perkh..makan hati tu enYB..
di utara ni, ahad sama dengan hari isnin..hari pertama dalam minggu..
wahhh~

SangMentari said...

Wah, macam-macam warna ada di sini ya.

p/s saya mencari-cari warna purple, tapi tak ketemu (atau Allah sedang lindungkan pandangan saya.. hehe).

iliana said...

aduh Sang Mentari..warna yang tiada dalam senarai yang dicari..
mungkin aura warna purple itu sedikit sekali kesannya dalam kehidupan hehe ;p

Ibnurashidi said...

Salam...

Nampaknya perihal warna saya cenderung kepada biru..dan juga ungu..hermm, sedang berfikir adakah punya persamaannya.

iliana said...

SALAM...

wah, ini dah sama dengan Sang Mentari..persamaannya ya..hummm...saya pun tak pasti..mungkin kedua warna itu persis sekali..

nahmy said...

tahukah warna favorite kita bukan semestinya warna 'peribadi' kita...? sbb tu kadang-kala bila kita suka biru cthnya...maka kita pun pakai baju biru...tp kita seorng je yg rasa kita 'anggun' tp org yg melihat hanya nampak kita 'biasa' je...so nak tahu warna peribadi you??

Aisar said...

ahaa!..hari ahad mmg hari utk beristirehat..warna hitam..cool!..hari rockers ni klu warna hitam..hehehe!..

syahidah said...

ooooooooo...terima kasih info ni..

iliana said...

--> nahmy

betul betul...
ehhh...apa ya warna peribadi saya? nak tahu juga~

--> aisar

ahad = hari rockers????

--> syahidah

sama-sama kasih hehe

ajaa~ said...

salam,,
warna n hari nie ikut hari kita dilahirkan ke??

iliana said...

tidak...
warna ini mengikut harian biasa..
maksudnya, hari ini aura warnanya apa..humm..begitulah

Anonymous said...

[p]But, there's OTT runway appearance,Gucci Wallet to fail to get reproduction,Cheap Coach Handbags rather shows a more impressive phenomena, so all belonging to the rebirth about rut . It is always best to combine either classic colors into new haute couture designs or funky new colors to classic designs until you know how to use a combination of haute couture design and funky fresh colors properly . He or she libel so that you can currently being delivered back and forth country wide often before this is probably above it might not be across for ages and then . What makes Hermes bags and Hermes purses so popular? Hermes Outlet UK are made of only the highest quality [url=http://www.springhermeshandbags.co.uk]hermes handbags kelly uk[/url] exotic leather and lined with the very supple and softest goat skin that matches color with the outer leather . The difference of a real in the sham would be that the former does not have a handbag made from paper . You can call various other car accident attorneys to allows all your family their bits of advice everywhere over the your selected car accident [url=http://www.fashionhermesbagsuk.co.uk]hermes belts women


[/url] attorneys . In written literature, the very first mention of the purse happens in the 14th century . 00

Hermes JPG Birkin 42cm Handbag Dark coffee



Hermes Handbag - Top Grade, Mirror image Genuine leather - Togo leather made of - Double non-adjustable leather handles - Goden hardwar - Four protective feet - Internal zipper pocket and patch pocket - Leather-wrapped Hermes lock - Detachable leather bell holding two keys - Goatskin lining - Serial number inside - Made in France - Comes with:authenticity [url=http://www.springhermeshandbags.co.uk]hermes handbags outlet[/url] card,dust bag,and care booklet - Size:42cm X 18cm X 23cm

At www . To be one of many best-selling degrees of handbags, Harvey seatbelt purses usually are displayed through just about every single main travel luggage keep in the market; but, together with the cyberspace good a fabulous simply just classic technique of buying exactly what you might call for, the desire to time to yourself and then go out during the warmth and mud has fast become history at this time.[/p][p]In the case of Hermes bags and mulberry bags, they are always at the height of [url=http://www.springhermeshandbags.co.uk]hermes handbags sale

[/url] fashion so there is no need to worry that something you like will be outdated by the time you walk out of the boutique . Like me, I am very parical to Hermes . There are a legitimate couple of artisan carriers which will price tag a new rather penny . But if you have been insane on Hermes [url=http://www.springhermeshandbags.co.uk]cheap hermes handbags birkin[/url] Evelyne III and cannot find the money for the unique kinds, the
really copied replicas can be the greatest choice . Besides these bags are galvanized with gold or palladium so that they do not lose [url=http://www.springhermeshandbags.co.uk]hermes handbags birkin[/url] shine and brightness like silver material . This goes some way to explaining the cost of these purses, which are hand made in [url=http://www.fashionhermesbagsuk.co.uk]hermes purse[/url] France . It is just today that some paparazzi spotted her and took a series of pictures . The standard parameters of these bags are extremely strict that from amounts of bags manufactured, only few bags pass the standard test to be removed on the market.[/p]