Thursday, March 5, 2009

KESILAPAN TUKANG TILIK

Salam ziarah semua..

Percayakah kalian dengan tilik nasib? Walaupun ramai yang sedia maklum bahawa ianya adalah salah dari sisi agama, namun masih berduyun juga yang sanggup beratur sepanjang 1km untuk menilik nasib mereka. Untuk apa ya? Saja nak tahu ke? Sebabnya, jika dah tahu sekalipun bukannya kita bisa mengubahnya, tak begitu Jeton?

Lantas, apa yang mereka cari sebenarnya? Mungkin dengan meneruskan pembacaan entri ini, persepsi kalian akan berubah sedikit mengenai tilik nasib ini – insyaallah

Mungkin kita biasa dengar istilah Feng Shui. Ya, ianya berkait rapat dengan orang Cina. Sehinggakan letaknya arah katil, mahupun pasu bunga mempunai aturannya yang tersendiri bagi memperolehi ‘ong’. Baiklah, untuk lebih lanjut mengenai Feng Shui ini, bolehlah kalian cuba cari sendiri di internet ya hehe..

Sebagai ahli pemasar, semestinya satu kewajipan untuk saya ambil tahu semua hal kepercayaan ini. Bukan apa, ianya boleh menjadi sangat sensitif bagi sesetengah individu. Makanya, dalam bab ini, keluarlah al-kisah ini..

Orang Cina pecaya bahawa nombor 4 membawa nasib malang. Sebabnya, sebutan nombor 4 ini dalam bahasa mandarin adalah ‘si’ yang turut membawa maksud ‘mati’. Pernah tak kalian lihat mana-mana bangunan bertingkat yang jika masuk sahaja ke lif bangunan berkenaan, tiada nombor 4 digunakan? Misalnya, lepas 3 terus 5 dan lepas 13 terus 15. Itu adalah kepercayaan mereka.

Dalam kes lain, ada seorang pembeli kereta yang mengalami kemalangan setelah beberapa minggu sahaja menggunakan kereta berkenaan. Lalu, orang ini pun merujuk kepada pengamal Feng Shui untuk membuang bala. Menurut pengamal Feng Shui tersebut, ianya berkaitan dengan nombor plat kereta itu yang mempunyai angka 4. Lalu, nasihat untuk pengguna tersebut adalah menukar nombor 4 kepada 2.

Nak tahu apa terjadi lepas itu? Tunggu ya, entri akan datang saya sambung hehe..gurau je..

Hanya selang beberapa minggu sahaja selepas dia tukar nombor plat kereta tersebut dia mengalami kemalangan lagi. Namun, bukan kemalangan yang biasa. Jadi, kemalangan yang membawa kepada nilai jutaan ringgit ke? Bukan bukan. Kemalangan yang membawa kepada pertemuan jodoh? Pun bukan juga. Tetapi, kemalangan ini membawa kepada maut. Di mana, pengguna tersebut meninggal dunia.

Jadi, mahukah anda, anda dan anda mempercayai benda ini lagi? Fikir-fikirkanlah..


p/s : entri ini tiada niat sedikit pun untuk mengganggu mana-mana sensitiviti kepercayaan ya. Sekadar perkongsian.

27 comments:

KhairiL's said...

sapa yg percaya dgn penilik naseb sama la dgn org yg maen no ekor....


mengharapkan tuah dtg...tp x de usah utk memajukan diri...


ehhh...btul ke apa yg ditulis ni
klu silap tlg perbetulkan

iliana said...

hummm tak juga..sebabnya, ada juga yang berusaha untuk mengubahnya..

apa pun, ianya salah kerana kita diseru untuk memperbaiki diri sepanjang masa..dan nasib itu, Dia Maha Berkuasa untuk mengubahnya..

Dhe said...

iya.. entahlah, wallahualam
daku tak pernah pula percaya pada tukang tilik,
maaf^^
karena bagiku nasib dan jalan hidupku ada di tangan-NYA, hanya Allah yang tahu, walau nasib itu harus daku yang berusaha akannya..

iliana said...

bagus la jika begitu Dhe..kerana ianya khurafat..segalanya itu ditentukan oleh Dia. walau A kata tukang tilik itu, jika Dia ingin mengubahnya, akan berubah juga..

13may said...

999 - nombor kecemasan..jgn lupa tau :)

SangMentari said...

Saya sendiri kurang mempercayainya. Sebab itu saya memilih angka 44 untuk tajuk buku saya...haha

iliana said...

--> 13 May

hehehe..yang tu mesti la ingat..tapi lagi ingat no.telefon emak kot ;p

--> Sang Mentari

eh eh eh..sempat pula buat promosi di sini ya. ke nak pelajar marketing ni (saya la tu) tolong pasarkan hehe ;p

yEm ^^ said...

tertanya2 juga, mengapa orang jumpe tukang tilik yer... macam tak best je kalau semua benda dimasa hadapan kite dah tahu dari awal...

erm, macamana kalau tukang tilik itu meramal yang kite akan dapat 'durian runtuh' dalam masa setahun. adakah kite hanya duduk dan menanti durian itu runtuh??
situasi lain.. kalau tukang tilik menilik yang kite akan mengalami kemalangan, adakah kita hanya duduk dirumah kerana takut kemalangan daripada berlaku??
hurm~

iliana said...

muskil kan...

saya pun sebenarnya tukang tilik juga hehe..tapi, saya tak suka menilik orang..sekadar melihat dan tahu untuk diri sendiri sahaja..cukuplah sekadar itu..

saya tulis entri ni pun sebab bila ada yang tahu, sibuk nak saya tilik mereka..untuk apa??? layankan je la walaupun tak suka..

wahhh~ apa hukumnya untuk saya ya? tolongg~

duOne_sTarz said...

hii,,sye rase rg yg suke maen tilik2 nasib nie, orangnya malas dan xpercaya kepada diri sendri...
mbazir duit dah la satu hal...

Sifu Mirza said...

zaman dulu yana, semasa islam mula-mula disebarkan... ada di antara umat islam yang masih menyimpan patung2 kecil...

kununnya ia sebagai perhiasan rumah... namun pada hakikatnya ia tidak ubah seperti tangkal2 yang umat islam dewasa ini gunakan..

apa beza mereka yang dulu dan sekarang?..

namun persamaan yang boleh dilihat ialah mereka itu sama sahaja dalam perbuatan mensyirikkan Allah...

:-)

iliana said...

--> duone starz

yup..betul tu..ataupun, orang yang tak berkeyakinan diri..takut untuk menghadapi dunia realiti

--> sifu mirza

wahhh~
betul juga ya..kadangkala tu, amalan nya sahaja yang berbeza..namun, membawa kepada maksud yang sama..ohhh~ perlu lebih berhati-hati ni..

DAMAI said...

salam e-leeyana yang comel ^^

Dari Aisyah r.a katanya:.”Ramai orang bertanya kepada Rasulullah SAW tentang kerja-kerja yang dilakukan oleh tukang tenung. Jawab baginda:”Mereka itu tidak benar.” Mereka bertanya lagi:” Kadang-kadang apa yang mereka katakan itu memang benar terjadi. Bagaimana itu?” Jawab Rasulullah SAW, “Ucapan yang benar (dari langit) terdengar oleh bangsa jin lalu dibisikkan ke telinga tukang-tukang tenung seperti ayam betina. Dan mereka tokok tambahkan dengan seratus pembohongan, bahkan lebih.”

(Muslim)

~~Damai tidak pernah jumpa tukang tilik...tapi suka juga baca horoskop hihi...~~

iliana said...

salam damai yang mendamaikan (^_^)

wah, terima kasih atas perkongsian ya damai. semoga dengan komentar tersebut, segalanya akan lebih jelas.

saya pun gemar baca horoskop, tapi biasanya saya baca selepas tarikh tersebut hehe..baca boleh, ambil tahu boleh, percaya jangan ;p

nahmy said...

susah nak cakap zaman skrg ni...ada org islam yg lebih percaya pada feng shui tu dari Quran yg ada depan mata. sbb? pd diorng Quran cuma citer halal-haram, camna nak jadi baik & camna nak dpt 'kehidupan' yg lebih baik di alam yg berikutnya. diorng asyik2 pikir alam yg sekrang je...mcmlah takkan mati2.

tp satu lg...Quran pun ada citer psl nak 'senang' hidup di alam ni...cuma kenalah kita 'bongkar' rahsianya tu...wallahualam.

Permata Nusantara said...

owh..mmg 4 dlm bahasa mandarin beerti 'mati'....tp bg sy...pantang maut sebelum ajal kan??

saya lahir pada 4hb, plat no kereta keluarga sy semuanya 9494 (ada dua angka 4), plat no. skuter sy juga ada angka 4...heee...tiada masalah...alhamdulillah...jadi kesimpulannya....tiada apa perlu dirisaukn dgn angka 4..heee...(^_~)

iliana said...

--> nahmy

ya,

malang sekali, mereka lebih mempercayai dukun, pawang, bomoh dan lain-lain lagi sebagai rujukan sehingga mengenepikan al-Quran. dikatanya sebagai 'kolot'. sebenarnya, Islam itu sagar sepanjang zaman

--> permata nusantara

betul tu.
tiada apa yang perlu dirisaukan. saya pun pelik, mengapa masih ada yang mempercayainya sedangkan berjuta manusia yang menggunakan angka 4 tapi tiada apa-apa. mungkin ada 1 atau 2 sahaja yang bernasib malang, tapi kebetulannya sahaja ka..

p/s : mungkin kita perlu buat statistik kemalangan jalan raya untuk rekodkan nombor apa yang terbanyak hehe~

Ibnurashidi said...

Salam...

Tajuk 'kesilapan tukang tilik' seperti kerja tukang tilik betul tapi ada satu kesilapan telah berlaku..macammana tu?

Apapun, usahlah percaya perkara karut sebegini..firman Allah SWT:

"Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah*, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan." (Al-Maidah: 90)

*Al Azlaam ertinya: anak panah yang belum dipakai bulu. Orang Arab Jahiliyah menggunakan anak panah yang belum pakai bulu untuk menentukan apakah mereka akan melakukan suatu perbuatan atau tidak. Caranya ialah: mereka ambil tiga buah anak panah yang belum pakai bulu. Setelah ditulis masing-masing yaitu dengan: lakukanlah, jangan lakukan, sedang yang ketiga tidak ditulis apa-apa, diletakkan dalam sebuah tempat dan disimpan dalam Ka'bah. Bila mereka hendak melakukan sesuatu maka mereka meminta supaya juru kunci Ka'bah mengambil sebuah anak panah itu. Terserahlah nanti apakah mereka akan melakukan atau tidak melakukan sesuatu, sesuai dengan tulisan anak panah yang diambil itu. Kalau yang terambil anak panah yang tidak ada tulisannya, maka undian diulang sekali lagi.

iliana said...

salam kembali..

oh ya, entri ini saya tujukan kepada mereka yang masih mempercayai bahawa golongan 'itu' adalah benar. harap tidak membawa kearah salah fahaman..adakah saya harus menukarnya?

terima kasih atas perkongsian yang sungguh bermakna..

sebenarnya, saya sendiri kurang pasti dari mana datangnya ilmu menilik nasib ni..

Hafizan said...

org yg pcaya pd tukang tlik nie sebnanyer die tak caye pd diri sendiri. time die jumpa tukang tilik tue die mengharapkan si tukang tilik tu akan berkata yg baik2 utk nasib die.bile ape yg tukang tilik tu ckp tak jd kenyataan mula la kate tukang tilik tu penipu padahal die yg bodoh...ish manusia2...

iliana said...

hehe..

manusia tu terlalu suka bermimpi di siang hari. sehinggakan terlupa siapa kita yang sebenarnya. bila salah cakap penipu, bila benar, mula memuja..

aduhai~

kuIna Jentayutiara said...

sbagai muslim kita kena prcaya pd Qada & Qadar tuhan...

iliana said...

ya..betul tu..
jangan sampai menduakan Allah s.w.t

warungkampung said...

saudari tuan rumah,
izinkan saya untuk tidak bersetuju dengan artikel ini. untuk kita percaya atau tidak sesuatu perkara bukan sekadar dengan melihat satu-satu peristiwa.
jikalau kita pegang ke-tidak-percayaan kepada sesuatu itu atas sebab 'pernah ada orang buat,tapi last2 eksiden juga', bagaimana pula jika orang bukan Islam pandang kita yang 'makan makanan halal' tetapi 'last2 kena stroke juga'?
adakah pada ketika itu kita tidak akan percaya kepada kewajiban memakan makanan halal?
senang cerita, basically kita tidak boleh percaya tukang tilik bukan sebab2 kecil, tetapi kerana dilarang sendiri oleh Nabi s.a.w. (seperti hadis yang Damai tulis) dan termasuk cabang khurafat (seperti kata2 saudari). Jadi back to basic, samaada kita ini percaya dan sayang kepada Allah dan Rasul? jika ya, sama-samalah kita cuba ikuti perintah Allah dan tunjuk ajar Nabi saw. :)
dalam bab ini, saudari bukan keseorangan. saya dulu juga pernah kaku tak terjawab bila orang tanya balik 'kalo korang tak makan babi sebab dia kotor n makan tahi sendiri, aku yang berpengalaman ternak ayam boleh cakap yang ayam PUN makan tahi sendiri jugak! kenapa boleh makan pulak?'
nampak tak? jawapan seperti 'baik utk kesihatan' dll hanyalah 'bonus answer', bukan 'main answer'! er, tuan rumah boleh berikan 'main answer' tak untuk soalan 'kenapa orang Islam takleh makan babi'? :)

iliana said...

salam kembali saudara pengunjung..

wahh..saya tidak kisah atas ketidak-samaan pendapat itu. bagus untuk membetulkan ketersilapan dan bagus juga untuk pencanggahan minda. pelajaran yang terbaik adalah daripada kesilapan sendiri dan sekelilingnya juga.

baiklah, entri ini bukanlah 'main answer' untuk tidak mempercayai tukang tilik. mungkin entri ini hanya 0.00000000001% sahaja. entri ini tergolong dalam golongan 'bonus answer'.

bagi sesetengah orang, penggunaan hadis, sunnah dan ayat al-Quran itu sendiri bukan perkara yang semudah ABC untuk dinyatakan. ya, saya bukan arif dalam bidang itu. mungkin saya sendiri akan dihentam semula hanya dengan meletakkan sepotong ayat yang saya sendiri kurang faham apakah maksudnya.

dan, saya menggunakan contoh 'feng shui' itu bermakna saya bukan tujukan kepada pembaca muslimin/mah sahaja. malahan semua juga.

berbalik kepada soalan yang sengaja tuan pengunjung ajukan tu (terima kasih ya, aishh) saya nak jawab juga. kalau jawapan dari segi 'main answer':

"hanya diharamkan keatas kamu, ialah bangkai, darah, daging babi, dan (haiwan) yang disembelih bukan dengan nama Allah. Tetapi barang siapa yang terpaksa (memakannya), sedang ia tiada aniaya dan tiada pula melampaui batas, maka tidak ada dosa terhadapnya.Sungguh Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" [al-baqarah;173]- memang perintah Allah s.w.t

jawapan dari segi 'bonus ansewr':

ada sejenis cacing dalam badannya yang direbus macam mana sekalipun tidak akan mati cacing itu dan akan kekal di dalam perut serta boleh menyebabkan kanser.

p/s : jika saya masih di laluan yang salah, tolong perbetulkan ya..

warungkampung said...

huhu kesian tuan rumah, terpaksa pergi mencari jawapan. maaf ye.
tapi memang benar, jawapannya ialah kerana itu 'Perintah Allah',tercatat di dalam alQuran. jadi jika nak ikut sesuatu perintah perlulah percaya dan yakin akan Tuhan yang memberi perintah itu dulu!
kelemahan besar menggunakan bonus answer ialah, ianya bersifat tidak tetap. kalo kita kata babi kotor, org boleh jawab blk 'kalo dari kecik kita jaga elok2, tiap2 hari mandikan dia, tempat dia dijamin bersih, time tu leh makan tak?'
maka takkan habis di situ...
senang cerita, ianya bukan semata-mata soal 'kesihatan',malah lebih besar, iaitu soal 'tauhid'! :)
'There is no God but Allah, And Muhammad s.a.w. is His messenger'

iliana said...

saya rasa, komen saya tu boleh dapat anugerah komen balasan terpanjang yang pernah saya tulis hehe..

takpe, hidup akan lebih pantas dengan adanya desakan. kalau Luqman tak tanya, mungkin saya pun tak berusaha untuk mencari.

ni dah macam kes pembolehubah bersandar dengan tak bersandar la ni ye. baiklah, mungkin lepas ni saya akan cuba sertakan dalil, nas ataupun apa sahaja yang lebih kukuh sebagai pemantapan entri. sebenarnya sebelum ni malas hehe (kantoi)..teringat pula kaedah jawab soalan untuk kertas Syariah dulu. takde bukti, SALAH!

back to school hehe ;p

thanks ye atas peringatan dan teguran membina lagi terbina tu..