Sunday, March 1, 2009

ANAK BELAJAR DARI KEHIDUPAN

Salam ketemu semua..
Kali ini, saya ingin kongsikan sebuah sajak yang diberi oleh pensyarah Bahasa Melayu Pengurusan, Cik Za ketika saya berada di semester 1. Malangnya, saya tak tahu siapakah penulisnya yang asal. Sekadar selingan entri dan selamat membaca..
Jika anak dibesarkan dengan celaan,
dia belajar memaki.
Jika anak dibesarkan dengan permusuhan,
dia belajar berkelahi.
Jika anak dibesarkan dengan cemuhan,
dia belajar merendah diri.
Jika anak dibesarkan dengan penghinaan,
dia belajar menyesali diri.
Jika anak dibesarkan dengan toleransi,
dia belajar menahan diri.
Jika anak dibesarkan dengan dorongan,
dia belajar percayakan diri.
Jika anak dibesarkan dengan pujian,
dia belajar menghargai.
Jika anak dibesarkan dengan perilaku mulia,
dia belajar keadilan.
Jika anak dibesarkan dengan keamanan,
dia belajar menaruh kepercayaan.
Jika anak dibesarkan dengan dokongan,
dia belajar menaingi diri.
Jika anak dibesarkan dengan kasih sayang dan persahabatan,
dia belajar menemukan cinta dalam kehidupan.

17 comments:

DAMAI said...

salam e-leeyana...

semoga menjadi ibu yang mithali...semoga setiap zuriat yang lahir dari kamu menjadi pejuang agama Allah ini...ameen ^^

iliana said...

salam damai

mudah-mudahan - insyaallah - aminn~
tapi damai, jauh lagi tu. saya belum terfikir akannya lagi. saya letakkan di sini kerana minat sahabat lain dalam hal-hal kekeluargaan ni. kalau nak ikutkan, saya pun tak berpengalaman lagi hehehe ;p

p/s : semoga damai juga begitu ya. sebab saya asyik terbau nasi minyak je di blog damai hee~

SangMentari said...

Anak harus disemai erti hidup seawal usia yang mungkin. Umpamanya sehelai kain putih. Andai nasrani maka nasranilah ia. Andai yahudi maka yahudilah ia. Ibu bapalah yang harus mencorakkanya...terima kasih atas perkongsian

Ibnurashidi said...

Salam...

Nampaknya sajak yang ringkas tapi padat..baik isinya.

Belajarlah menjadi solehah pasti anak-anakmu kelak persis cahaya bulan dilangit..

Nur said...

Sangat benar Iliana,

kalau dibesarkan dengan segala2 yang negative, negative lah yang kita dapat, tapi ada banyak jua keadaan yang negative itu membuatkan kita lebih berjaya!

apa2pun, akak percaya, du'a itu, terutamanya dari Sang Ibu dan Ayah, punya magis yang tiada taranya!

:D

Dhe said...

seorang anak berlaku atas apa yang diajarkan padanya,
jika dia diajar kebaikan, maka kebaikan pula yang melekat padanya dan yang kelak akan diajarkannya kepada penerusnya.
begitu juga kejelekan (keburukan), jika diajarkan keburukan, maka keburukan pula yang dia ikuti.

artikel yang bagus buat inspirasi hidup ^^

terima kasih ya, iliana ^_^

iliana said...

--> sang mentari

hehe..saya tahu, sebab ramai sahabat maya saya ni dah mula menyimpan cita untuk membina masjid. jadi, apa kata saya kongsikan ini kan (simpan sebagai hadiah).

oh ya..jika mencorak kain putih itu, bukanlah satu perkara yang mudah~

--> ibnurashidi

salam

saya sangat suka akan sajak ini
errr...insyaallah, saya juga akan cuba untuk menjadi yang terbaik.
ohh~ jangan bicara 'anak-anakmu' dengan saya. tak tahu la mengapa, mungkin saya belum bersedia walau hanya dengan mendengar dan membacanya. seram sejuk~

--> nur

salam kak Fakhzan

itulah, zaman moden ni, ibu bapa sendiri melepas tangan dari menjaga zuriat sendiri. diakhirnya, anak itu terabai lalu membawa haluan sendiri.

kak Fakhzan,
saya sangat gentar jika saya membuat ibu (terutamanya) terluka hati. kerana hati yang terluka itu mampu membawa kepada kata-kata yang tak sepatutnya.

--> Dhe

mungkin inspirasi ini jugalah yang membuatkan pensyarah saya ingin kongsikan bersama. malangnya, disuruh kami menghuraikan maksudnya. mudah difahami tapi sukar menjelaskan dalam kata.

harap ianya bermanfaat kepada semua (^_^)

perokoksoleh said...

saalam.....

apa yang membuatkanku terfikir..
pengajaran ibuku baik2x sahaja dengan sulaman agama,
namun mengapa anak2x tetap sengal sepertiku dan adikberadikku??
confius3x...

Srikandi said...

salam kaka yana.. saya nak tambah sikit, tapi tak tahu ada kaitan atau tak.. :D

cikgu saya kata;

Yang membawa pada kesakitan dan kepahitan, itu ialah didikan.
Yang membawa pada keseronokan dan kesenangan, itu ialah kerosakan.


just sharing. tak boleh lupa ayat ni. sangat bermakna :)

Srikandi said...

salam kak yana.. saya nak tambah sikit, tapi tak tahu ada kaitan atau tak.. :D

cikgu saya kata;

Yang membawa pada kesakitan dan kepahitan, itu ialah didikan.
Yang membawa pada keseronokan dan kesenangan, itu ialah kerosakan.


just sharing. tak boleh lupa ayat ni. sangat bermakna :)

iliana said...

--> perokoksoleh

salam kembali

itu saya tak berani nak kata sangat. sebabnya, itu adalah kepakaran Allah s.w.t yang maha mengetahui kan.

(rasa tak layak nak kata bab ini jika dibandingkan dengan ilmu agama kamu. tapi, anggap sahaja sebagai pendapat peribadi ya)

saya penah terbaca, keperibadian atau bentuknya seorang anak itu juga bergantung kepada siapa kita dan keturunan kita sejak lahir lagi. kadangkala, kesilapan mereka terbalas kepada anak-anak. apa pun, secara peribadinya, bukankah kita semua berakal fikiran untuk membuat pilihan.

p/s: kalau salah tanggapan ini, harap diabaikan sahaja ya

--> srikandi

salam dik

ya, itu juga ada benarnya.
kerana, ada sesetengah manusia hanya akan tersedar setelah diberi pengajaran. manusia akan lebih berhati-hati setelah buat kesilapan.

tapi,

apa yang perlu difikirkan adalah, manusia itu berbeza-beza. jika lihat disekolah pun, jika dirotan, ada yang insaf dan ada juga yang semakin meliar. maka, ibu bapa itu sendiri harus tahu bagaimana citarasa pendidikan anak-anak.

p/s: wahhh~ saya hanya berkata menurut teori ya, pengalaman masih 0 huhuhu~

en_me said...

hi akak e-leeyana tewww.. salamms dr me dikejauhannnns

izman said...

aku suka dengan bait2 kata nya.

iliana said...

--> en_me

salam kembali dari saya yang jauh di mata, dekat di hati hehe

--> izman

boleh ambil dan dipraktikkan..

Ahmad Azrin Aziz said...

:)

yEm ^^ said...

salam iliana...

mengikut teori, apa yang sajak tu sampaikan memang betul... tapi, kite sebagai manusia, tak boleh la nak salahkan ibu bapa kite pula kalau perangai kita tak berapa cantik... manusia kan dikurniakan akal dan fikiran... sentiasalah berusaha untuk menjadi lebih baik.ingatlah yang apabila kite menuding 1 jari kearah orang lain, 4 lagi jari menuding ke diri sendiri.. =). betul tak??

p/s:maaf yer cik iliana sebab agak lambat meninggalkan komentar...banyak sgt kerja yg datang disaat2 akhir ini.. semoga beroleh kekuatan...

iliana said...

--> ahmad azrin aziz

senyum kembali (^_^)

--> yEm^^

salam kembali yEm^^
ehh~ tak mengapa, saya tidak memaksa orang untuk berkomentar di sini..apa pun, terima kasih atas kesudian menitip kata ya (^_^)

oh, saya sangat setuju. manusia itu sendiri dikurniakan akal untuk bertimbang sebarang satu dua detik sebelum melangkah kan..wajib tu!

p/s : semoga kesibukan kamu akan terbalas dengan kebaikan nanti