Wednesday, February 4, 2009

SALAM PERJUANGAN

Salam semua..

Ini hanyalah berita ringkas langsung dari siaran 'Lukisan Alam'. Memohon sedikit kekuatan dari sesiapa sahaja yang sudi memberi. Lepas garang-garang dalam entri lepas, kali ni lain pula modenya ya hehe..Nak buat macam mana, aku acap kali rasa seolah-olah ingin tertewas di medan perjuangan semester ini. Lemah sekali aku - keletihan seperti dalam entri lepas juga. Tanggungjawab semuanya tu Iliana (bisik bagi kekuatan diri sendiri).

Kapan ya agaknya aku mampu memperoleh rehat yang berkualiti? Layakkah aku untuk berehat? Ya Tuhan, sungguh aku tak berdaya. Kaki aku berat tak mampu diangkat, kepala aku pusing tak mampu berfikir, tangan aku pula - hanya ini kudrat yang masih bertenaga.

Tapi, inikan kemanisan kehidupan yang tak wajar untuk aku persiakan. Jika aku tak menghargainya, adakah ianya lagi pada esok hari? Sahabat, fail entri aku dah pun kosong. Wah, apa yang harus aku letakkan di sini nanti? Mungkin kamu fikir aku punyai banyak waktu kerana pasti terisi 'Lukisan Alam' ni kan hehe..Tapi, hakikatnya adalah ini semua entah abad berapa la aku dah sediakan (tinggal klik untuk post je).

Baiklah, dengan keprihatinan semua, doakan keselamatan aku sepanjang pendakian nanti. Dengan badan selemah ini, yang aku sangkakan akan dibatalkan perjalanannya, di saat akhir, ia diteruskan. Hancur musnah harapan aku untuk berehat seketika. Nampaknya, tenaga aku diperah untuk entah kali keberapa.
p/s: errrr....entri minta kesian lagi nampak gayanya ni..ehehe..takpe, aku masih maintain tenang..alhamdulillah itulah kekuatan aku berbanding yang lain barangkali (perasan lagi..sekadar memujuk diri sendiri sebenarnya)

27 comments:

alien said...

anda kuat..
pernah dgr peribahas "dimana ada kemahuan disitu ada jalan"..
terus berusaha..
ganbatte!!

Sifu Mirza said...

salam yana...

remain focus on your priority/ies..

80% of your energy should utilize for the priorities task..

then balance 20% of your energy can entertain other matters...

awak penat sebab layan bebenda yg bukan priorities..

so yana.. susun balik priorities awak & set back your focusing...

:-)

selamat maju jaya..

iliana said...

alien:
ya ya..saya kuat hehe..
pernah dengar pepatah tu..
san setiap kejayaan tu pasti ada pengorbanan disebaliknya kan..

sifu mirza:
salam sifu..
thanks for your advice..
sebenarnya saya dah susun cantik-cantik semua kepentingan utama..malang sekali bila ada tugas di saat akhir yang tiba-tiba saya terima..memang menghancurkan penjadualan saya..

p/s:layan blog or internet hakikatnya untuk mengelakkan saya dari mengantuk atau tertidur..sebabnya, kalau dah tidur, tiba-tiba ada yang panggil, memang mengganggu emosi saya..

insyaallah sifu, saya akan double check kembali penyusunan saya..yang penting, saya harus keluarkan tugas yang saya rasa saya memang perlu keluarkan..owhh~ saya bukan super women untuk lakukan semua..saya terlupa akan itu..

BalQis said...

Oh, Iliana...

kelelahan kadangakala pada akhirnya akan memberikan kepuasan kalau kita benar-benar menghargainya...
walau tidak kecukupan masa memang seringkali akan berlaku, nak buat macam manakan....

aarrghhh... saya pun sama sebenarnya, jum kita sama-sama tabahkan hati, jum!!!

(awal-awal ingat nak bagi sedikit kekuatan, last-lastnya turut sama teremosilah pulak, hihihi)

~PakKaramu~ said...

Salam zirarah

iliana said...

balqis:
iya...marilah sama-sama kuatkan diri..owh, kamu juga kesuntukan masa rupanya..huhuhu..

iya, saya lakukan semua ini dengan harapan ada sinaran kepuasan dihujungnya..insyaallah..

patut la lama sekali sepi baru kisu ya..

pakkaramu:
salam ziarah
terima kasih atas kesudian menjengah ke sini

en_me said...

good luck my dear illiana tewww.. salammms dr me dikejauhaannns

Yunus Badawi said...

It's all in your mind. If you think you can, you can.

perokoksoleh said...

lalalala..~~
cuma yang ingin aku samapaikan...

"pentingkan perkara yang penting dari perkara yang tidak penting"

btol ker nie??hhohohoho...

ps:akupun nak salaam ziarah gak..
salam ziarah cik yana,hehehe

Ibnurashidi said...

salam...

Biasalah tu, terkadang kita merancang lain tetapi lain pula yang bertandang..wamakaru wamakarullah wallahhu khairul makirin..kita meracang Allah menentukan..

Apapun, jangan sampai menjejaskan kesihatan ya..

KhairiL's said...

chaiyok² anda mampu megubahnya
hehe

Fakhzan Marwan said...

Salam Yana,


Perjuangan...bukan kah ini jua satu perjuangan? Nah, teruskan perjuangan mu hingga ke akhir, tapinya, jangan dipaksa sehingga hilang kudrat, hanya kau sahaja yang mengerti tentang kekuatan diri...apa ertinya pendakian itu kalau tidak bukan kerana Rabbul Izzati, bukan?

:D

All the best aiii...

ajaa~ said...

sem baru memg sungguh penat..
hop kuat k!!

duOne_sTarz said...

anda mesti ingat ade org laen lagi bz daripada anda...^^ so,bangun dan teruskan wahai lukisan alam

FarhanaLicious said...

yup. bila time tensen ni memang macam macam benda -ve yg kuar masuk dalam kepala. tapi bila pikir pikir balik, ni sume kenangan bes dalam hidup kita. macam iliana ckp, kemanisan hidup. ;]

nahmy said...

rasanya dah byk komen2 bernas yg u dpt tuh...semuanya menggiur dan menarik. bg saya itula namanya...manusia, feeling down tu biasale...feeling kekosongan pun biasa gak. lumrah tu..benda yg sama juga berlaku pada pelukis hebat dunia...tandus ilham. tp 'pernahkah' langit mendung tak berarak pergi? pernahkah ombak besar tak pernah reda2?.. cepat & lambat shj yg tentukan...relaxxx...tarik nafas dlm2...& ingatkan Dia.

e-leeyana said...

balik dari gunung nanti saya akan balas semua ya...entah kenapa berat sekali hati saya nak kesana..takut sekali...walhal saya dah biasa lakukannya...keletihan barangkali..

jumpa lagi nanti ya...sudikanlah terus ke sini..baca entri yang lepas hehe..

p/s:doakan keselamatan saya di sepanjang pendakian..ramai yang sangka pendakian yang dimaksudkan adalah kehidupan..taklah, ini mendaki gunung betul-betul..3 hari saya akan ke sana..dah siap kemas, cuba intai di sini untuk ambil semua kekuatan yang diberi oleh kalian..

terima kasih banyak-banyak ya (^_^)

izman said...

ko daki gunung mane? harap berjaya.

alien said...

die pergi daki gunung daik bercabang tiga..

syahidah said...

Kakkkkkkkkk..hehe..nampaknya mahu mendaki bersama masyarakat realiti..huhu..semoga dalam perjalanan nanti baik-baik sahaja ya..

saya masih mahu membezakan masyarakat realiti dan masyarakat maya...tetapi ternyata saya salah..masyarakat maya pun dapat memberi diri ini kekuatan..oh sama-sama tabahkan hati..sibukkan diri..oh kepada Allah jua kita perlukan pertolongan bukan..

iliana said...

en-me:
terima kasih en-me..hehe..alhamdulillah ok

en.YB:
yup..i already done my best..huarghhh so tired

perokoksoleh:
hang nak ziarah ceq yang kedemaman mendaki gunung ni ke? haha..tinkiu tinkiu

ibnurashidi:
salam,
malang sekali kesihatan sayalah yang pertama sekali terjejas..kurang vitamin agaknya badan saya ni

iliana said...

khairil's:
owh...itu bukan di atas kuasa saya la..apa pun, usaha tu penting ehehe

fakhzan marwan:
alhamdulillah ianya masih lagi ditahap kemampuan diri saya..terima kasih ya kak

ajaa~:
terima kasih..semoga terus ok sampai bila2..

iliana said...

duone-starz:
wahh~ terkadang saya terlupa akan ayat itu..terima kasih mengingatkan saya kembali

farhanalicious:
sebenanrnya tiada yang pahit pun di dalam hidup ni..semuanya manis belaka. tapi akan jadi pahit bila orang memandangnya dari sudut negatif tu

nahmy:
hehehe..boleh tahan la banyaknya tu..tinkiu tinkiu..tak tahu nak balas bagaimana ;p

iliana said...

izman:
gunung jerai..wahhh~ agak parah juga rupanya nak sampai ke puncak tu..tapi, alhamdulillah berjaya juga walaupun menggigil kaki..

alien:
heh, mane ade gunung daik bercabang tiga..bukan lorh..pandai2 je ye

13may said...

jaga diri :)

salihin said...

hmmm...

mengeluh aeh..

leeyana..

relax..cool..but so relax n so cool..ockay..

just imagine if,people did can see their future..wut wud they'll do..probably sit back,relax n do nothing,or sebaliknye..

sow,to be true,we didnt have any of that..n we will not gonna be given dat ability to see..rite?

be patient..
do thgs like u used to do,dnnot make it or let it bring u down..
and as people usually said,take it as ur challenge....n be +ve,optimist too..

along with it..pray hard for His guidance,protection n strength,n success daat never last..
believe in HIM,I'Allah u'll find it so amusiing, so great, on HIS plans
lies infront of u..hmm?

we'll pray u'll u get thru it ockay?!

I'Allah..

iliana said...

13may:
tinkiu..

salihin:
thanks 4 your support...
insyaallah i will do my best on it and anything after this too..
how come i easily forgot about my own way of thinking (being +ve)..tiredness can change people ability to think right..oh my GOD, please give me an extra strenght..