Wednesday, February 25, 2009

SALAHKAH AKU BERBAJU KURUNG?

Salam penuh keharmonian semua

Oh ya, sebelum itu, ingin aku ambil sedikit ruang di sini untuk menitip jutaan terima kasih di atas kesudian kalian berkongsi rasa dalam entri yang lepas. Ya, aku akan cuba untuk mengatasinya – ianya hanyalah secebis rasa yang mengganggu jiwa. Ayuh bergerak ke topik perbincangan kali ini (chewahh..macam dalam kelas la pula)

Tajuk kali ini jauh meninggalkan permainan perasaan, tetapi ianya adalah ‘sikap’. Satu tamparan hebat yang aku terima ketika berada di luar kawasan hari itu. Seorang sahabat ada berpesan kepada aku,

“Jangan pakai baju kurung kalau nak pergi shopping complex di sana”

Aku terfikir, KENAPA?

Dan perlegaran persoalan itu aku biarkan. Mengapa TAK BOLEH? Bukankah itu pakaian harian? Lalu, seperti biasa, aku dan empat lagi sahabat seangkatan tujuan ke sana berbaju kurung ke Jaya Jusco. Sedang kami leka membelek barang di satu sudut, suara sumbang ini memecah gegendang telinga,

“Ada ke patut, pakai baju kurung sampai malam nak pergi dating? Dah takde baju lain ke?”

Kami tersentak lalu berpandangan sesama sendiri. Bagaikan api membara yang disirami minyak tanah, kami lantas keluar dengan hati yang sangat panas. Jika ingin diikutkan rasa, nak sahaja aku ke sana lalu berkata,

“Kenapa? Kau cemburu ke sebab tak dapat pakai baju kurung masuk kerja?”

Memandangkan mereka (ya, ‘mereka’, bukannya ‘dia’) berkerja dalam pakaian berbentuk uniform. Dah la menuduh kami ber'dating' (kami semua perempuan, dua orang je lelaki). Semudah ABC mereka membuat persepsi. Nyahkan rasa marah itu dan ayuh berfikir sejenak.

Adakah berbaju kurung itu satu masalah yang besar yang menjijikkan setiap mata yang memandang sehingga bisa mendatangkan ketidakselesaan? Bukankah baju kurung merupakan pakaian rasmi dalam banyak hal dan ianya juga merupakan pakaian kebangsaan Malaysia. Apakah penilaian mereka terhadap baju kurung itu sendiri sebenarnya?

Sungguh, aku tidak faham akan pemikiran sedemikian rupa. Dalam kita sibuk mempersoal isu bahasa, ini juga merupakan satu fenomena pemusnah identiti sesuatu bangsa. Lagi pula, yang berkata itu merupakan bangsa Melayu itu sendiri. Nampaknya, semakin parah kecederaan dalaman bangsa kita. Adakah semua tradisi dan identiti ini mampu dikekalkan sehingga ke akhir zaman dengan sikap sebegini? Memandang rendah tradisi sebagai kuno dan kolot? Apakah jenis pemikiran ini?

37 comments:

Dhe said...

(Woot)

apa salahnya mengenakan baju kurung??
dah aneh2 la orang2 sekarang.

jika berpergian dan hendak ke satu tempat, apakah itu harus mempunyai baju yang khusus??
*setahu saya, cuma jika hendak shalat saja yang berbeda, menggunakan baju bersih dan pantas di hadapan-NYA*

lagi pula, baju kurung adalah baju yang nyaman digunakan, dan tak terlihat mewah atau jua norak (kuno).

saya saja di Indonesia, sering juga la berbaju kurung.
apalagi Malaysia..

orang2 yang memandang salah berbaju kurung, dia nya yang tak tahu harga sebuah tradisi ^^

alien said...

berbaju kurung bukan saja ikut budaya melayu..
baju kurung kan labuh..
bertepatan ngn agama islam yg menyuruh muslimat memakai pakaian labuh..menutup aurat..
jika mereka menghina mereka yg berbaju kurung..atau memandang rendah..
menunjukkan pemahaman mereka terhadap agamanya masih kurang..hanya islam pada nama, tidak pada amalan..

kan manis kalau wanita itu berbaju kurung..

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

salam ziarah..sebenarnya x salh berbaju kurung..itu pakaian formal..kemana-mana blh pakai

Srikandi said...

heh. pedulikan mereka kak yana. di sini, baju kurung tu lah menjadi kebanggaan pelajar-pelajar Malaysia. kalau datang ke sini, baju kurung itu merupakan simbol kesopanan, dan menunjukkan orang Malaysia itu sangat sopan imej nya. apa lagi bila kami katakan yang baju kurung itu adalah baju formal @ baju kebangsaan.

bila kamu sampai ke sini, baru kamu sedar betapa bangganya kita mengenakan baju kurung yang sopan itu.

p/s: orang Indonesia tak pakai baju kurung. so, org2 yg pakai baju kurung kat sini hanya orang Malaysia saja :)

KhairiL's said...

org mmg x boley tgk kita senang
mesti nk ngumpat...
apa salahnya kalu pakai baju kurung pegi mall..
nmpk sopan jer

yEm ^^ said...

kebetulan, saya baru je balik daripada shopping complex di KL dengan berbaju kurung...seingat saya, tak ade pula orang yang berpandangan serong. jika ada sekalipun, saya peduli apa.. saya bangga keluar bershopping dengan baju kurung..sopan je..cewah.. =p

FarhanaLicious said...

maybe dia pelik kot. dia disini bermaksud mereka yang jenis suka berbaju moden kot. suka keluar pakai jeans, skirt, ke apa apa pesen baju zaman sekarang la. dan kebetulan pulak ada dak laki kan, tu yg dorang pikir korang berdating kot. biasalah kalau ada pempuan n laki. tade mende len org akan terpikir,dating aje la. apa pun, biar kan je apa dorang nak kata. maybe pasni timbul trend berbaju kurung ke mall lak ke? hehe

13may said...

camtu punya orang pun ada ka???


ishh ishhh....apa la nak jadi dunia la nih...

azman said...

lain kali make sure hang pakai baju kurung brand chanel, gucci, versace dan juak-juaknya.
kalo menda2 tu belum ada dalam pasaran, hang jd pioneer nya.


jangan lupa simpan tag harga atau resit sekali, khusus untuk org2 yang mcm depa..

iliana said...

--> dhe

itu la. saya fikir, itulah baju yang paling selesa. tak ketat dan selesa dipakai. oh, kamu sungguh membuka minda saya mengenai pakaian solat itu. terima kasih (^_^)

--> alien

itu apa yang kita fikir, tapi saya pun masih tak faham dengan apa yang mereka fikirkan sebenarnya. mungkin sebab nampak kolot kot. dan ianya disebabkan oleh orang yang turut berfikir bahawa menurut perintah agama itu adalah orang yang kolot..

--> mardhatillah

salam ziarah
terima kasih sudi menziarah ya (^_^)
ya, baju kurung itu satu pakaian yang fleksibel bukan..

iliana said...

--> srikandi

oh ya, saya juga melihat bagaimana pelajar luar sibuk nak meneganakan baju kurung di badan mereka dan sikit punya bangga. inikan pula kita? sungguh, mereka tak tahu apa rasanya berbaju kurung

--> khairil's

itu kita yang fikir, tapi bukan mereka. agaknya mereka tak pernah pakai baju kurung kot hehe ;p

--> yEm

sopan??? hehehehe...saya pun tak pernah dipandang serong macam tu sekali. tapi kali ini lain pula kesnya. sungguh terkilan

iliana said...

--> farhanalicious

oh yea..saya memang akan terus berbaju kurung jika berpeluang hehehe..ayuh ramai-ramai berbaju kurung untuk membina trend baru ;p

--> 13 may

ada la mr.13may..saya pun baru je terjumpa spesis ni. patutu dimasukkan ke dalam zoo ni kan..

--> azman

kamu membuatkan saya ingin ketaa guling-guling..haduiii...kalaulah jenama itu ada jual baju kurung, pasti naik taraf terus baju ni kan..takpun, gantung tag harga, jangan buang..hehe

kEy said...

hmm....salam singgah~
idea yg agak menarik~
mari usulkan.
hukhuk~

abuyon said...

Salam. Itu baru baju kurung, kalau bertudung labuh lagi la ...

iliana said...

--> key

salam singgah juga buat kamu ya..
ayuh, kita sama-sama mengusulkannya..nak buat seorang, tak larat hehe ;p

--> abuyon

salam kunjung ya (^_^)
ya la..saya tertarik bila berjumpa dengan pemakai purdah..satu hari nanti, jika ada keizinan-Nya, saya juga ingin memakainya..

nahmy said...

takpe le dik. inile dunia kita. inilah juga zamannya. kesian kat mrk sbb tak berlakunya 'hijrah' pd minda mrk. bukan baju, bukan rumah, bukan kereta...atau bukan hartabenda yg lain yg jadi salah...tapi cara fikir kita.

kita akan maju bila kita dah tak memikirkan apa yg org lain nak buat..SELAGI!! yg pertamanya tak melanggari syariat, tatasusila kehidupan manusia yg berakal dan akhirnya undang-undang. itu aje. berbaju kurunglah wlu nak sampai ke subuh esok asal saja..aurat yg ditutup. gitule...wallahualam.

Yunus Badawi said...

Mungkin "mereka" dah selalu sgt tengok budak2 pompuan berbaju kurung tapi perangai tak melambangkan kemurniaan pakaian yg dipakai.
Tapi cara "mereka" nak menegur itu perlu diperbaiki supaya org tak berasa kecil hati.

iliana said...

--> nahmy

betul juga ya. mungkin minda mereka masih terlalu sempit ruangnya sehinggakan pemikiran sebegini masih digunapakai. ataupun, memang dah tak ada kerja lain kot hehe

--> yunus badawi

ya tak ya juga. nampaknya en.YB telah membawa saya ke suatu tempat yang lebih jauh. terima kasih

mungkin juga. tapi, apa salah saya ketika itu sehinggakan mahu diperkata sedemikian? mungkin saya yang terlepas pandang.

satu perkara, kadangkala manusia zaman sekarang ni, suka-suka je pakai tapi tak melambangkan cara pemakaian itu. ini dah mencemarkan keperibadian yang asalnya. dan penilaian generik seringkali dibuat pada mata mereka.

suara said...

Salam Eleeyana...

Setiap orang punya pendapat masing-masing... pedulikan mereka yang mahu mengatur cara kita.

Berbanggalah bila menyarungkan pakaian kebangsaan yang manis dan sopan. paling penting ia menutup aurat.

ajaa~ said...

em.. myb dia xsuka kat baju kurung kot..

**janji iliyana pakai baju kurung menambahkan ke'manis'an lagi..

SangMentari said...

Jangan marah sangat. Saja mereka itu nak mengusik.

p/s mana ada lelaki yang tak suka anak dara berbaju kurung. haha... pedulikan sahaja mereka.

iliana said...

--> suara

salam kak su

ya, saya memang sedang belajar untuk memekakkan telinga sekarang ini (^_^)

--> ajaa~

tak suka baju kurung? patut dibuang negara tu hehe..

--> sang mentari

saya tak marah, terkilan je. eh, yang menegur tu bukan 'lelaki' la tapi 'perempuan'

nahwanNUR said...

Assalamualaikum.

Sebenarnya persoalan berkisar penuh pada sensitiviti masyarakat kita sekarang yang semakin serong dan songsang. Erm, seakan kasar bukan bunyinya. Tapi ini realiti keatas kesan serangan mentaliti para kuffar. Ana baru membaca artikel tentang kesan globalisasi ke atas kejadian jenayah dunia. Antara isi yang menarik adalah salah satu gerakan bawah sedar para kuffar dalam globalisasi adalah kemasukan dan penjualan ‘hiburan’ yang melebihi 50% atas strategi barat menyelesaikan krisis ekonomi mereka suatu masa dahulu dan sehingga kini. Dan kesannya adalah kemusnahan kepada ‘budaya’ suatu Negara setelah membabi buta ia menerima kemasukan budaya 'Sifilis (sekularismi, liberalismi, dan pluralismi). Sekaligus ini menghapuskan diversiti budaya dunia, dan secara tanpa sedar, budaya islam semakin lebur dan hancur di tangan islam itu sendiri.

Dan banyak lagi yang perlu difikirkan.

p/s: teruskan apa sahaja usaha adik untuk melakukan kebaikan, moga berkat ikhlas dan sabar dengan hemah kita mampu menjadi dakwah bil hal buat manusia sekeliling. Senyum lah saat mereka mengatakan begitu kerana yakin bahawa dengan menutup aurat sebaik yang digariskan ALLAH swt, insyaALLAH kita dalam lindunganNya (itu janjiNya). Dan khabarkan kepada mereka berita gembira itu juga, dan berdoalah semoga setiap hati ini terbuka memartabatkan islam yang syumul itu semula.

ALLAHumma yassir wala tuassir ya kareem :)

Nur said...

hehehe...kata2 paling best kat sini,

yang kau asyik2 pakai baju kurung/skirt kat sini ni naper?

rasa nak lempang kan? :D

*ganas ok, but just imagine, yang tegur akak itu, adalah seorang senior, yang tgh study islamic banking/finance!

iliana said...

--> nahwan nur

waalaikummussalam

tepat itu kak. saya pun merasai pengaruh luar yang terlalu kuat menggiyah identiti dan iman mereka sehingga jauh dibawa leka. insyaallah saya akan terus tetap dengan pendirian saya. aminn~

--> nur

owh, itu sungguh melukakan bukan. itulah sikap manusia, terlalu mudah lupa. minta dijauhkan dari kita semua dan biarlah ianya terus segar terpelihara. aminn~

DAMAI said...

salam buat gadis yang memakai baju kurung ^^

wah..sudah banyak yang memberi komen di sini...damai terlambat ya ^^

kalau yang pakai baju kurung sudah diperkatakan sedemikian...yang berjubah apa pula agaknya kata2 buat mereka ya??

doakan untuk mereka ya sayang...mungkin mereka terlupa sekejap erti menutup aurat yang sepatutnya ^^

teruskan keayuan kamu e-leeyana ^^

TokNabe said...

Manis orang perempuan berbaju kurung ni... :D

iliana said...

--> damai

salam sayang damai. eh, takpe, saya tak pernah kira siapa cepat siapa lambat.

damai, saya pernah bertanya pada seorang sabahat, 'apa pendapat kau jika aku memakai jubah?' dia kehairanan. jauh di sudut hati, saya memang menggemari pakaian itu. saya pernah pakai, tapi dikata seperti ibu mengandung. aduhhh~

--> toknabe

semoga kayuan pakaian itu mengayuakan keperibadiannya juga (^_^)

Permata Nusantara said...

Salam iliana....
Baju kurung? sy sukee..tp sy mengaku agak jarang pakai...hee...namun, setiap kali mengenakan baju kurung...terasa seperti perempuan melayu terakhir plak...tetiba jadi bangga...xtahu kenapa...hee..mungkin baju kurung juga ada aura tersendiri...

p/s: mungkin org yg mnenegur tu xpenah pakai bju kurung kot....dia xtahu betapa berbeza dan istimewanya bju kurung itu....atau dia sebenarnya cemburu melihat keanggunan kamu dan rakan2 mengenakan bju kurung..(^_^)

iliana said...

salam permata nusantara

baju kurung ni selesa dipakai. tapi, kena sesuai juga dengan tempatnya. macam saya ni, dalam bidang pengurusan memang dilatih untuk pakai baju kurung sepanjang masa. eh, takde la 24 jam, maksudnya, masa kuliah hehe..jadi, dah terbiasa.

saya pun fikir macam tu. mungkin mereka tak dapat nak pakai baju kurung seperti kami ;p cemburu barangkali

khairaummah said...

baju kurung membuatkan sesetengah orang merasa terkurung...

Hafizan said...

ya Allah...
lamenye tak comment kat blog nie.rindunyer huhu....

alaa..pedulikan jer org tue.biase la tue.mesti die jeles sbb takde baju kurung kn?kn?kn?

lawa ape kalo pompuan pakai baju kurung...

iliana said...

--> khairaummah

terkurung? kenapa ya?

--> hafizan

wahhh~ lama sekali tak ketemu. kemana menghilang?

hehe..baju kurung kan sopan..mungkin mrk dengki kot ;p

Hafizan said...

tak hilang ke mana pun.cume terlampau bizi utk semester akhir nie. nak layan blog sendiri pun takde masa hehe...

iliana said...

larrr ye ke..mesti bz dgn peers skali kan..takpe, peluang semester akhir ni harus dihargai. blog ni, lps abs bljr, pn msh blh kn..

Hafizan said...

eh takla. dh tak bizi langsung dgn peers. skrg nie tgh bizi nk abeskn project2 & assigment huhuhu...

iliana said...

owhhh~

wah, di akhir semester memang mencabar sekali kan..semoga sukses (^_^)

sahabat kamu di Jepun mahu pulang nampaknya, pasti terubat rindu. teringat kisah kamu yang berpura-pura kesakitan akibat dipukul bantal hehe..gelak sakan saya baca..hebat idea kamu (^_^)