Thursday, February 12, 2009

MUHASABAH DIRI : FAKTA ATAU AUTA?

Baiklah semua, sebelum meneruskan pengembaraan di atas skrin monitor untuk membaca, ingin aku peringatkan, bahawasanya, entri ini mungkin benar dan mungkin tidak. Ianya aku letakkan di sini untuk dibincang dan direnung bersama. Semoga ada sesuatu di sebaliknya..Insyaallah..

Aku kurang pasti mengenai isu ‘Planet Nibiru’. Isu ini sebenarnya sudah lama namun, baru kini aku tergerak untuk menampalnya di sini untuk dikongsi bersama. Kehidupan kita di dunia ini terlalu kerdil di dalam berjuta galaksi. Dalam galaksi pula ada sistem solar yang berpaksi dan menurut arah ketetapan. Semuanya indah, teratur dan kemas sekali.

Namun, penemuan beberapa ahli astronomi mengenai telah ada beberapa planet yang berputar secara songsang dan mengalami kemunculan matahari dari arah bertentangan (Barat). Dalam masa yang sama, planet Nibiru atau juga dikenali sebagai planet X turut ditemui.



Planet ini dikatakan asalnya berwarna merah. Kenapa dengan planet ni? Kan memang banyak planet di dunia ni. Ya, benarlah itu. Malangnya, planet ini dijangkakan akan berlanggar (dan ada yang mengatakan hanya sekadar melintasi) Bumi. Menurut ramalan para saintis, dijangkakan bahawa fenomena ini akan terjadi dalam tempoh masa 50 tahun (tahun ditemui : 2003). Namun, ada yang menjangkakan bahawa fenomena ini akan terjadi pada tahun 2012. Wallahualam min sawaf..

Lintasan ini mampu membari impak yang sangat dahsyat ke atas Bumi dan segala isinya. Di mana, tsunami gergasi, pencairan ais di kutub, gempa bumi sekuat 9 skala ritcher, paras air laut akan meningkat sehingga bisa menenggelamkan daratan dan sebagainya. Gangguan elektromagnetik akibat graviti Nibiru dan pemanasan ekstrim juga akan berlaku. Dan peningakatan suhu inilah yang akan mengaktifkan semua gunung berapi dan manusia akan diancam oleh laharnya.

Dalam kecelaruan manusia dalam mencerna kebenaran akan Nibiru ini, ada pula yang mengatakah bahawa NASA telah menutup planet ini dari pengetahuan ramai manusia. Maka, ramailah yang berprasangka, mengapa NASA berbuat demikian? Manusia kini sukar untuk mempercayai NASA sejak terbongkarnya penipuan ‘Misi Apollo’ mereka. Apa pun, mari lihat klip video ini dahulu..



Penilaian anda? Terpulang. Makanya, mengapa mereka bertindak demikian? Ada yang menyatakan ianya untuk terus melekakan umat Islam. Agar kita terus-terusan bergembira menikmati keindahan dunia. Bila kita tak tahu mengenainya, kita akan terus bermain di padang sendiri. Sedangkan mereka, sedang giat bersedia. Renungkan~
Lebih mengkagumkan adalah apabila terkeluarnya fakta yang menyatakan bahawa pengetahuan mengenai kemunculan planet ini sebenarnya telah diketahui sejak zaman purba kala lagi. Di mana, ianya tercatat di dinding-dinding gua. Ayuh lihat klip video ini pula..



Bukti saintifik yang benar-benar meyakinkan itu memang tiada. Atau, ianya disembunyikan? Sehingga timbulnya sedikit perbalahan mengenainya. Ada yang kata YA dan ada juga yang kata TIDAK. Lagi-lagi apabila ada yang mengaitkannya dengan terjadinya hari Kiamat pada hari tersebut. Hanya Allah s.w.t yang Maha Mengetahui.

Walau apapun ia, kita sebagai umat-Nya, haruslah sedar dari lena. Dalam ketidakpastian mengenai Nibiru ini, masih ada juga yang pasti – iaitu kiamat pasti akan berlaku. Mungkin ini adalah amaran dan peringatan daripada Allah s.w.t untuk kita yang dah lama sangat terleka. Benar atau tidak, ianya bukanlah permasalahan utama yang harus dibicara. Yang harus dibahaskan adalah, di mana kita ketika ini?

Jika entri ini mampu menyedarkan, ayuh kita bangun bersama. Fakta atau auta, itu belakang kira.

31 comments:

e-leeyana said...

ehem ehem...boleh tak kalau aku jadi orang pertama yang komen entri sendiri?

aku sangat risau akan pandangan kalian mengenai entri ini. Ya, aku mengambil risiko dengan meletakkan fakta yang masih belum pasti. tapi, memandangkan ianya 'tidak pasti', kita seharusnya mengambil tahu mengenainya bukan. itu pada hemat aku.

maaf, entri kali ini sedikit celaru. dek kerana penaipan langsung tanpa edit atau pembacaan semula. ahhh~ apa kena dengan aku ni? maaf banyak-banyak ya..

FarhanaLicious said...

yup. auta atau fakta tu lain kira. sebab kita sendiri pun tau yang Kiamat itu pasti. cuma masa saja tak tau. benda ni boleh jadi kan satu pengajaran dan petanda buat kita. thanks sangat sangat buat entri ni. memang nak tau dari dulu. tapi info yg dapat kurang jelas. ;]

perokoksoleh said...

huhuhu...

aku memilih auta...lalala
sebab mengikut penmahamanku yang cetek ini...
kehancuran bumi bukan berlaku dgn perlanggaran planet dgn planet melainkan dalam cerita ultramen taro sahaja,hehehe...

dan ok la cik yana keluarkan..
mungkin ada baiknya kerana kita sedar umur dunia nie pendek sependek rokok yg hanya dengan putungnya...

rasanya yahudi bukan sembunyi untuk umat islam terus leka sbb umat islam memang leka...lalalala

ps:nampaknya keadaan cik yana seperti aku,mungkin anda sedang dilema oleh sesuatu perkara,lalala...

iliana said...

farhanalicious:
ya, memang motif utama entri ini adalah untuk membari pengajaran kepada kita semua.

perokoksoleh:
ya, saya pun terfikir akan sesuatu. adakah kisah ini tercatat dalam al-Quran? maaf la. sebabnya, saya ni amat cetek juga dalam ilmu pentafsiran.

heh, saya terkena balik? dilema oh dilema..

oh ya, kita kan memang leka dan terusan leka..jom la kejutkan mereka dan diri sendiri juga hehehe

p/s: tau pun rokok tu pendek je..dah tu, ape yang best sangat? muskil muskil

-mfaiz83- said...

thankz leeyana..fakta atau auta hanya Dia sahaja yang Maha Mengetahui..ada bagusnya perasaan khuatir dan risau dengan fakta sebegini supaya kita tidak terleka kerana manusia ini cepat lupa..
sama2 lah kita ingat mengingati. mengenai fakta yang leyana cuba jelaskan tadi apa pun mungkin wallahualam.
sesungguhnya kiamat itu benar dan kita sebagai umat Islam wajib percaya pada kiamat..
salam!

alien said...

kiamat akan terjadi.. itu sudah pasti..
bila.. hanya ALLAH yg menegtahui..

berbalik pada entri ini,
persoalannya bukan kenapa NASA sembunyikan..
Tapi, kenapa kita perlu bergantung pada NASA?
Bangsa mereka sibuk meneroka alam, mengkaji langit, mengkaji hidupan.. untuk menambah ilmu agar maju kehadapan..

Tapi bangsa kita sibuk ke uji bakat, mendidik anak mencintai hiburan.. bukan ke arah ilmu.
Kenapa?

Yang sedihnya,
Umat islam sendiri saling berbalah dan mementingkan diri.
Yg bukan islam menambah ilmu sesama mereka..
Kenapa tiada pertubuhan dari kalangan muslim yg bertindak seperti NASA..kenapa perlu NASA..
memberi maklumat dan perkembangan pasal sains angkasa?
Padahal tokoh islam ramai yg berpengetahuan tentang ilmu angkasa..

Teknologi yg mahal?
Tiada pakar?
Ia semua alasan, kerana kita tidak berusaha ke arah itu..
Kita lebih rela menyerahkan kepada mereka?
Kalau mereka tipu.. tertipulah kita..
sampai bila?

sekian..

P/s; komen panjang sangat..huhuhu

iliana said...

mfaiz83:
salam kembali
iya, mengenai berlakunya hari kiamat itu, hanya Dia yang tahu. sedangkan Rasul juga tidak tahu, inikan pula kita manusia biasa. mudah-mudahan entri ini dapat menjadi penggerak melampaui motif utamanya. menyedarkan mereka yang terlalu taksub akan Nibiru ini barangkali

alien:
wahh~ alien menjadi serius la...takut takut..memang patut alien bagi komen panjang. sebab, bukankah angkasa itu kepakaran kamu ;p

baiklah (serius)

memang benar komentar kamu
kita terlalu menyerah. sedangkan Allah juga tidak suka umat-Nya terlalu menyerah tanpa usaha. kita terlalu bergantung kepada mereka. mereka hancur, kita pun hancur.

namun, tidak mustahil juga untuk Nasa menyembunyikan sesuatu bukan. apapun, Dia lebih mengetahui segalanya..

mudah-mudahan kita mengambil iktibar dari lemahnya kita ni. sehinggakan tak tahu mengenai banyak perkara dek kerana kekuasaan mereka..

ayuh, bangkitlah!!

perokoksoleh said...

salam....

lalala...
hanya perokok sahaja yang mengetahui kenikmatan rokok...
dan perokok ini semuanya ingin berhenti cuma masa itu lama atau sekejap shaja...hehehee

ps:aku juga pelik melihat segelintir kawan2ku yg asyik dgn sahabat dunia maya sehingga lupa sahabat disebelah,ishk2...

aku juga pelik kenapa orang memandang hina kepada perokok2 walau mereka tetap dalam mperjuangankn ISLAM..lalalala

DAMAI said...

salam sayang buat kamu e-leeyana..

segala rahsia sesungguhnya hanya dalam pengetahuan Allah...namun,tidak salah rasanya untuk kita sesekali mengambil iktibar atas setiap penemuan yang dicapai....asal sahaja ianya tidak menyesatkan ^^

tahniah e-leeyana....entri yang berani...jangan takut kerana kami yang membaca ini juga butuhkan
ilmu2 sebegini ^^

teruskan menulis sayangku...chaiyo!!

iliana said...

perokoksoleh:
salam kembali..
hanya perokok tahu nikmatnya merokok??? oyooo~ memang la..dan hanya orang sekeliling (yang tak merokok) yang tahu seksanya menjadi mangsa menyedut asap rokok lalalalala~

owh~ kalau saya, kandangkala bukan malas nak ambil tahu hal kawan sebelah, tapi sebab tiada benda nak diperkata hehehe..(kadangkala je la).

p/s: ada ke yang memandang hina pada perokok? zalim namanya tu. sedangkan yang 'lebih' dari merokok pun kita harus muliakan. kalau ada, mungkin mereka 'perasan bagus' opsss~

damai:
salam damai sayang (^_^)

ya damai,
entri ini saya anggap ianya sekadar sebagai pemangkin dalam menyedarkan. sesungguhnya, segalanya hanya di bawah kekuasaan Sang Pencipta. mungkin juga jika ianya benar sekalipun, jika Allah tidak mengizinkan, tidak akan berlaku juga. dan sebaliknya.

oleh itu, saya sekadar ingin berkongsi dan memotovasi diri sendiri juga. sesungguhnya, ilmu saya masih lagi kontang, setandus kemarau.

p/s: damai juga, teruskan menulis tau ('',)

nahmy said...

betul @ tak entri...jgn risau kr ia di extract dr sumber lain. yg penting semangat berkongsi ilmu tu ada...

iliana said...

oh, sememangnya ia banyak cedokan dari sumber lain. al-maklum la, saya memang cukup berhati-hati jika ianya melibatkan 'fakta'. proses penapsan tu ada, tapi tak tahu la jika penapis itu masih 'terkoyak'..

terima ksih ya en.nahmy dalam mengurangkan sdikit kerisauan saya.

BalQis said...

Salam Iliana, hehe... (apa nama pendek kamu ya?)

Terima kasih kerana berkongsi fakta/auta ini. Suka juga bidang2 astrologi ni, huhu... tapi punya phobia kepada kawasan yang terbuka/terlampau luas yang kita tak nampak penghujungnya di mana (Maha Suci Allah yang menciptakan langit dan bumi dengan segala keindahannya) macam cth space/ laut dalam yang luas etc..

Tetapi apa pun, yang penting ada atau tidak planet itu, kita sebagai Umat Islam sudah sedia maklum tentang kedatangan hari kiamat, cuma tidak tahu bila sahaja... jadi tiadalah alasan apa pun yang sepatutnya mengahalang kita dari terus meleka-lekakan diri dan buat tak tahu jer walaupun kita dah tahu kiamat tu akan tetap dtg dan terjadi...(isk, isk, isk, akulah ni)

Terima kasih atas peringatan ini, Iliana... Terima kasih...

iliana said...

salam damai..

nama pendek saya? eh, ini ada ujian psikologi ke ni? erm nama glamer saya 'yana' hehehe ;p

seperti yang kita maklum (turut boleh rujuk dalam entri 'kisah nelayan jepun'), manusia ini perlu ada pemangkin atau pendesak baru akan bergerak pantas. kita tahu bahawa kiamat itu akan terjadi. tapi, kita masih dok goyang kaki sebab tiada apa yang mendesak (sangkanya lama lagi). kehadiran planet Nibiru ini (walau tak tahu akan kesahihannya), ia mungkin berkesan dalam mendesak manusia untuk sedar.

kita tolak tepi benar atau tidak. yang kita ambil adalah nilai positifnya dalam meningkatkan iman diri..insyaallah..

ayaaa...saya sungguh risau dalam berapinya kata sendiri. takut-takut diri sendiri tak mampu melepasi..bantulah hamba-Mu ini ya Allah..

alien said...

aku minat gak sains angkasa nie..
selalu tgk kat astro jer..
biase rancangan peberet kat astro tu pasal kaji2 la, xkira kaji bagunan ke binatang ke..
cume dulu xberpeluang ke aliran sains..
mungkin zaman sekolahku, aku xbersungguh..main2 jer.. hehehe

kan kita di ajar suruh perhatikan kejadian alam..
dalam quran ada tertulis..
maksud die lebih kurang camnie..
>perhatikan kejadian alam.. disitu terdapat tanda2 kekuasaanKU..

iliana said...

wahhh...maka, besarlah makna 'lukisan alam' ni kan kui kui kui...

saya suka sains untuk diketahui. tapi, untuk dipelajarai itu susah sikit la..dan saya juga suka tengok rancangan 'the sign of the creator' dan 'national geographic'..asalkan yang melibatkan alam la..angkasa laaagiiii saya suka (^_^)

yEm ^^ said...

salam iliana...^^

kiamat tu pasti... sudah cukupkah amalan aku untuk dibawa ke sana??? aduh....

entri ini mmg sgt sesuai utk kite (termasuk aku) yg sering terleka dengan nikmat dunia yg hanya sementara ini... isk3x...

terima kasih sbb berkongsi cerita ttg planet nibiru ini. mmg benar, fakta atau auta itu blakang kira...
iktibar dari cerita ini yang penting...

izman said...

apapun aku percaya kiamat itu pasti. persoalannya ialah bila? namun tanda2 kiamat dah mula banyak

iliana said...

yEm:
salam iliyana..
iyalah, kadangkala kita ni suka fikirkan yang negatif terlebih dahulu baru yang positif. kalau saya, saya suka cara sebaliknya...

owhh~ kita harus bersama-sama memukul beduk dalam mengejutkan mereka semua yang masih terlena di Subuh hari..

izman:
kita beriman kepada hari kiamat dan YA bahawa kiamat itu pasti. tanda amaran sudah banyak memuncul diri. tapi, malangnya, masih juga tidak mahu menyedarkan diri..sob sob sob

en_me said...

me insaf dgn kekurangan n kelemahan diri me yg inih..

iliana said...

tiada yang sempurna di dunia ini melainkan Sang Pencipta..tapi, adakah hakikat itu disedari semua? hummmm....

SangMentari said...

sama ada fakta mahupun auta,
entri ini betul-betul memberi kesedaran kepadaku... kiamat semakin hampir

Sifu Mirza said...

antara fakta yang saya tahu yana...

jumlah pasir-pasir di bumi sama banyak dengan jumlah bintang-bintang di angkasa...

:-)

Srikandi said...

entry ini membuatkan saya berasa terlalu kerdil. apatah lagi melihat segala macam planet, kita bagaikan debu yang pasti akan hancur bila dihempap. itu baru berasa kecil di sisi planet. belum di sisi Pencipta. tulisan yang agak matang dan menyedarkan. mabruk.. ;)

Ibnurashidi said...

Fakta atau Auta?hanya Allah sahaja yang mengetahui perkara ghaib dan bila akan datangnya hari kiamat...apapun teruskan beribadat kerana tanda-tanda kecil dan besar kiamat sudah banyak muncul.

duOne_sTarz said...

berlaja ttg kekuasan Allah.tahniah

iliana said...

sang mentari:
alhamdulillah jika begitu. nampaknya, anda menerima mesej utama entri ini..

sifu mirza:
hah, ye ke? (sedang berimaginasi)..subhanallah..terima atas perkongsian ya sifu

srikandi:
jangan memuji saya, kerana ianya hanyalah cedokan fakta dari sumber. mereka yang selayaknya menerima pujian ini. sahabat, mendengar istilah 'pasir' itu, saya terfikir akan sesuatu. lebih baik kita menjadi pasir daripada buih di tengah lautan kan..

ibnurashidi:
saya turut berpesan pada teman,
sesungguhnya dalam segala apa usaha manusia, diakhirnya kita tetap meminta perkenan dari-Nya. sungguhpun Nibiru ini adalah fakta, jika Dia tidak mengizinkan, tetap tidak akan terjadi..dan sebaliknya..oh saudara, sesungguhnya saya masih belum layak untuk membalas komentar kamu dengan ayat sebegini rupa. kerana jika dibandingkan ilmu agama antara saya dengan kamu, kamu jauh lebih baik berbanding saya..harap sudi berkongsi

duone_starz:
harap kita dapat belajar bersama-sama ya (^_^)

Yunus Badawi said...

Org Barat pandai war2kan satu2 perkara itu sehingga satu dunia kelam kabut. Contohnya Y2K dulu. Bila org dah panik, merekapun boleh jual sesuatu utk keuntungan.
Cuma satu pandangan dari saya.

iliana said...

tepat sekali..
baru sahaja habis buat revision dengan pensyarah mengenai topik ini. sebenarnya banyak benda yang Barat buat dunia kelam kabut. tapi, apa pun, penyediaan payung sebelum hujan tu penting..dalam entri ini, ayuhlah kita sediakan bekalan akhirat segera

BaBbliNg BaR0nNESs said...

Assalammualaikum

think i've heard this somewhere
but uv sparked my interest bout it..
evnthough its 'xpasti'
definitely it'l make me search for more
thanx ya 4 sharing d knowledge.. ^_^

syukran jazilan...

iliana said...

waalaikuussalam w.b.t

this planet exist long time ago..but we never want to learn from it. since, it is such a big reminder to us, why not, the existent matter, no need to think about it too much right. the most important thing now is the ‘iman’ inner selves. it is going to be weaker and weaker every single day.

thanks for visiting and reading and comment and and and hehehe...

salam kenal ya (^_^)