Saturday, February 28, 2009

MENYOKONG ITU TAK SALAH KAN

Salam penuh keharmonian semua

Kehangatan rasa kekejaman tentera Zionis yang lalu masih lagi berbara – saya rasa. Dan kini, kita masih lagi melancarkan serangan ‘boikot’ barangan Israel dan US. Namun, kali ini, saya ingin kongsikan sedikit perkara yang boleh saya katakan amat membanggakan saya. Buat kalian, saya kurang pasti.

GENG



Baru-baru ini, eh, dah lama la juga rasanya, saya menonton sebuah filem animasi tempatan yang bertajuk ‘GENG’. Ya, itu adalah rentetan kisah Upin dan Ipin yang amat digemari ramai sehingga ke seberang. Teman sebilik saya yang berasal dari Indonesia turut memperakui keunikan cerita itu berjaya memikat segenap lapisan masyarakat untuk terus mengikutinya. Ohhh~ tahniah untuk Les Corpaque Production atas kejayaan itu.

Cerita GENG ini amat menarik. Dari awal penceritaannya sudah bisa memecah perut para penonton. Permainan wataknya sungguh menjadi. Saya tak boleh nak ceritakan bagaimana bestnya cerita ini kerana kalian perlu tontonnya sendiri – memang berbaloi. Saya pernah melihat proses pembikinan cerita ini di kaca televisyen lama dahulu. Satu lagi perkara yang mengkagumkan saya. Setiap ahli kumpulan pembikinan ini sungguh harmoni, mesra dan sempoi. Mereka berkerja keras, tapi penuh dengan keriangan. Mungkin, kejayaan cerita ini berkaitan dengan keharmonian mereka semua. Masih muda lagi tu. Semoga berjaya mencapai target RM10juta buat Les Corpaque ya. Ayuh, tonton kerana ianya bukan filem animasi yang biasa.

RFC



Baiklah, perkara kedua yang agak membanggakan saya adalah kewujudan syarikat RFC. Apa itu RFC? Radix Fried Chicken keluaran HPA. Ianya sebuah perniagaan Islam yang saya percaya mampu menyaingi KFC, Mc Donald dan lain-lain lagi. Tatkala kaki melangkah, bagunan dua tingkat ang bertemakan warna oren (asalnya merah, tapi disaman oleh KFC) tersergam indah membuahkan rasa bangga.

Ianya lain sekali! Semua pekerjanya bertudung dan berbaju labuh. Bahan makanannya 100% keluaran tempatan dan organik (keluaran HPA). Masa makan tu, memang la agak terasa liat sedikit ayamnya, tapi jika difikir balik, bukankah ianya bagus untuk kesihatan? Ayam yang digunakan adalah ayam yang tidak disuntik dengan hormon langsung.

Dan satu perkara ang mencuri pemerhatian kami adalah siapakah yang datang bertandang di situ? Kita tahu, pengamal Islam dalam kehidupan tidak akan semudah ABC menerima makanan luar. Lagi-lagi yang dicurigai status HALALnya. Namun, kehadiran RFC ini berjaya membawa fenomena baru. Di situ, saya boleh nampak ramainya pemakai ketayap, pemakai tudung labuh, pemakai jubah, pemakai kain pelekat pun ada makan di situ. Suasana RFC sangat Islamik.

Syabas saya ucapkan!

Jadi, bagi sesiapa yang ingin mencuba, bolehlah berkunjung di Kedah ya. Sebabnya, RFC ini baru ada dua cawangan sahaja di Malaysia ini, iaitu di Sungai Petani dan Alor Star. Nak saya poskan? Ohh~ mana bisa, kerana kalian perlu merasai sendiri suasana itu.

Sekian sahaja sedikit perkongsian dari saya kali ini. Terpaksa buat dua info sekali dalam satu entri kerana akhir-akhir ini saya agak malas menulis. Dek penangan buku yang saya borong masa pameran buku hari tu. Oh ya, bagi peminat buku Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman, kini ada sambungannya ya, tajuknya adalah Travelog Dakwah : Meniti Hari Esok.
Selamat menonton, selamat mencuba dan selamat membaca (^_^)

29 comments:

KhairiL's said...

maap nk mencelah

'org kata' RFC mmg 100% kluaran org Islam tp rasa dia x sedap

Dhe said...

walau tak begitu mengerti, hehehe..
tapi sekurang-kurangnya dhe sedikit lebih tahu tentang produk2 keluaran org islam.

lihat itu semua, berkeinginan untuk ke malaysia ne ^^

iliana said...

--> kahiril's

memang dari segi rasa kurang. tapi, apa yang saya tahu, mereka ni tak gunakan bahan kimia dan bahan utamanya adalah bahan organik. makanan organik ni, kalau nak dimakan, bukan calang-calang orang boleh telan. seperti ubat, pahit tapi menyihatkan hehe..

p/s: tak mengapa, kita bagi peluang untuk diperbaiki. sebab baru berapa bulan je kan dibuka

--> dhe

hehehe, owh..maaf ya, mungkin cara penyampaian saya kurang menarik.

jemput datang ke sini. di UUM ni, ramai sekali teman dari Indonesia. jangan segan ya

p/s: jika dhe nak lihat sedikit cerita Geng itu, klik sahaja pada gambarnya. mungkin di situ dhe boleh faham sedikit

warungkampung said...

Pernah mencuba RFC ketika berkungjung di Perlis. Member dari kedah bwk bekalan ke tempat kami. memang sedap!

iliana said...

wah, yang jauh dah cuba, yang dekat ni pun baru berpeluang nak merasa. ayooo~ malu sungguh..

Dhe said...

bukan..bukan tak menarik iliana..
sungguh,..
tulisan2 mu semua menarik, maka aku senang datang kesini untuk baca-baca...

tak mengerti, karena bahasanya, illiana sayank ^^ (heheh.. kan melayu indonesia ama malaysia banyak berbeda)

maaf yah ^^,
jangan sebut2 lagi tak menarik, tulisan-tulisan mu inspirasi dan begitu menarik ^_^

hehe..
dhe sering kok nonton upin dan ipin. dan sangat suka itu filem.

yang judul GENG ini la yang belum :D, dhe cuba nonton la nanti

Yunus Badawi said...

Kalau bukan kita yg menyokong produk keluaran org kita siapa lagi?
Yg pengusahanya pula, produk mestilah berkualiti dan boleh diterima ramai. Kalau unik lagi baik.

DAMAI said...

salam buat kamu yang sudah rasa ayam di RFC...

aduhai,jauhnya RFC...macam mana damai nak rasa ni hihi

semoga bila damai balik nanti,sudah ada cawangan RFC di selangor ^^

~~tentang komen entri sebelum ini...sejujurnya,damai juga pernah digelar sebagai ibu mengandung waktu mula2 memilih untuk berjubah...kenalah tahan telinga sedikit...alhamdulillah sekarang orang2 itu sudah tidak kedengaran lagi suaranya ^^ ~~

iliana said...

--> dhe

alamak, jangan rasa bersalah ya. saya juga tak bermaksud begitu. saya cuma bercanda.

owh, kamu boleh nonton sikit ceritanya di website yang saya link kan dengan gambar tu.

--> yunus badawi

betul tu. di sini, ada myFC. tapi, disebabkan tidak serius, ianya agak sukar untuk menyaingi yang lain. jauh bezanya dengan RFC ni

--> damai

salam damai

aduhai damai, jangan berkata begitu ya. buat saya seperti nak ke Ukraine hantarkan buat Damai

oh ya ka..kalau macam tu, insyaallah, suatu hari nanti saya akan cuba memakainya (^_^)

yEm ^^ said...

salam...

alamak, dua2 pon saya tak merasa lg.. RFC jauh sangat.. Geng pulak, tak sempat lagi nak tonton dek kerana kengkangan masa...

ah, jelesnya sebab awak dah beli dulu buku travelog dakwah:meniti hari esok (oleh muhd kamil ibrahim kan??)... memang dah masuk dalam list buku harus dibeli.. tapi belum berkesempatan juga..hurm...

Akmal said...

RFC? tak try lagi tu huhu :D
Masalah produk orang kita ni satu aje. Quality control.

SangMentari said...

Semoga rfc ni mampu menyaingi kfc...insyaallah. Cuma, kenapa ya diambil namanya hampir sama dengan kfc?

iliana said...

--> yEm

salam..

hehehe..takpe takpe, masih sempat lagi untuk menonton..apa kata, buat lawatan ke UUM..nanti saya bawak pergi RFC ;p 2 in 1..oh, ha'ah buku Muhd Kamil Ibrahim..saya jumpa akhir tahun lepas, tapi tak beli..masa pameran buku hari tu, dah alang-alang jumpa lagi, beli terus..wahh~ gembira sungguh

--> Akmal

owh..itu memang la tak dapat den nak tolong. pengurusan tu sendiri kena sedar akan kepentingan kualiti berbanding kuantiti. apa pun, cuba dulu~ jemput datang ke Utara na..

--> Sang Mentari

mudah-mudahan, ayuh doakan bersama

hummm...mungkin lagi mudah dalam konteks persaingan. lagipun, produk utamanya adalah ayam goreng. kalau nak dimelayukan jadi 'Ayam Goreng Radix'. alamak..kurang nilai komersil pula bunyinya. lagipun, langkah ni akan mudah untuk ke pasaran luar satu hari nanti (insyaallah).

yEm ^^ said...

buat lawatan ke UUM???
macam menarik... tapi banyak sangat kerja la sekarang ni... rasa macam nak bahagi 2 badan ni, pastu bahagi2 kan kerja...yg 1 pegi UUM, 1 lagi duduk sini buat kerja... boleh ke??? hehe..

ALIT said...

lama tak bertandang... baru dapat kesempatan masuk cyber.. cara santai... anyway GENG.. khabarnya setanding PIXAR.. tergerak gak nak nonton.. belum sempat.. dulu cicak man pun CGI tempatan jugak.. RFC..hmm tapi kabonye KFC pun melayu punya jugak... CEOnya muka sebijik cam Kol Saunders KFC.. sendiri bikin.. cuma dapat lesen dari US...

iliana said...

--> yEm

takpe, insyaallah nanti akan sampai juga. tak la best mana pun uum ni. cumanya suasana tenang (dalam hutan la katakan hehe)

--> Alit

wah, salam ketemu kembali.
lama betul menyepi. kemana kamu dah pergi? oh, ye ke? KFC tu milik orang Melayu? hummm...

mr.panda said...

dengarnya ada rfc di padang besar?..mau juga ntuk mencuba rfc tapi tidak berkesempatan..

iliana said...

Eh, ada RFC di Padang Besar ke? saya pun kurang pasti..

Selamat mencuba (^_^)

nahmy said...

alhamdulillah...semoga usaha-usaha camni terus berkembang-biak. cuma yg saya dgr sapa-sapa nak 'program franchise'nya kena siapkan 1 juta RM. apapun teruskanlah...

iliana said...

rm1juta? ye ke? bukan ke ada rate modal tertendu sebagai syarat pendaftaran sesebuah syarikat? ke dah naik? rasanya tetap.

alamak nampaknya kena buka semula buku 'usahawan' untuk pemeriksaan semula sebab lupa hehe ;p

duOne_sTarz said...

RFC?? xtry lagi nie..isk3

Nur said...

Wah!

Jauh nyer nak rasa RFC ni, tapi apa2 pun, akan diusahakan ke sana, sebab selain mahu makan RFC ini, mau jua makan laksa ...hehehheheh

iliana said...

--> duone starz

hehehe..takpe, mudah-mudahan akan dapat merasa

--> nur

wah kak sudah tukar nama ni saya asyik terkeliru je.
nak makan laksa? hehehe laksa Penang ya..uiiii sodap tu (^_^)

Ibnurashidi said...

salam...

RFC kena saman dengan KFC ke?betul?
Saya tengok mula2 pun agak musykil..sebab warnanya merah..apapun, tahniahlah buat mereka..

P/S: rasa ayamnya macammana ya?

iliana said...

salam kembali

ya, mula-mula kena saman (yang cawangan Sungai Petani). bila di Alor Star, ditukar warnanya kepada oren.

rasanya ayamnya? alamak, ni yang takut nak cerita. takut berkeroncong perut orang nun di sana hehe..

ok ok, saya ceria sikit.

ayam tu macam ayam kfc. tapi, menurut pakatan ramai yang memperakuinya, ianya kurang minyak berbanding ayam kfc (jadi, kurang la kolestrol kan). kemudian, dagingnya agak liat. kami difahamkan bahawa ayam tu ayam tidak disuntik dengan hormon. sebab tu macam tu (bagus untuk kesihatan juga). tapi, kebenaran hakiki, wallahualam min sawaf

p/s : balik nanti boleh la cuba kan

Hafizan said...

sesungguhnye cerita geng itu amat la best.rase mcm nk tgk lg jer...

iliana said...

betul betul betul..
saya tengok 2x tuu~ hahaha kantoi

izman said...

jauhnya nak gi sana kalau aku nak makan rfc. aku support hpa, aku ahli hpa tau.

iliana said...

ala..jauh ke..alang-alang tu, boleh la datang jenguk kenangan lama di uum hehe..

waaaa~ bagus bagus..teruskan menyokong