Monday, February 16, 2009

KITA DAN ANALISIS SWOT

Hari ini kita belajar analisis SWOT pula ya. Bagi sesiapa yang tidak tahu mengenainya, tak mengapa. Kerana aku akan kaitkannya dengan kehidupan kita, bukan dalam ilmu perniagaan (sikit-sikit ada la).

“Kamu Ninja Turtle, cuba ceritakan macam mana kamu pilih girlfriend

Terpinga-pinga juga dia dibuatnya. Sememangnya topik pembelajaran pada hari itu adalah mengenai analisis SWOT (Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman). Ya, teori ini sudah sebati bagi pelajar jurusan perniagaan.

“Mula-mula, saya kena tahu dulu apa kekuatan dia (kelebihan). Misalnya, cantik, pandai dan sopan-santun. Sebelum saya mengayat dia, saya kena la juga tahu apa kelemahan dia (kekurangan). Mana la tahu kan, luar nampak cantik, sekali dalam buruk”

“Dalam apa?!” Jerkah Si Pensyarah (En.Azmi).

“Bukan dalam yang ‘tu’ la encik. Macam mana ya..errm..maksudnya kadang-kadang perempuan ni nampak je lawa, tapi perangai tak lawa mana pun. Macam tu la”

“Nasib baik. Kamu jangan nak pandai-pandai ye, sibuk nak tahu cantik ke buruk ke dalam perempuan tu selagi belum kahwin. Hah, sambung yang peluang dengan ancaman pula”

“Ok, lepas kita puas hati, barulah saya kena tengok apa peluang yang saya ada. Kira macam tengok pada diri sendiri balik la. Kalau saya mengayat dia, agak-agaknya dia akan terpikat tak. Tapi, kena juga tengok ancaman yang ada. Kena tahu, dia dah ada boyfriend ke, ada ramai peminat kea tau mak bapak dia garang ke”

Sebenarnya, dalam kehidupan kita ni, tak boleh nak main ‘hentam’ je. Setiap langkah dan keputusan yang diambil, seharusnya menjalani analisis SWOT ini terlebih dahulu. Contoh aplikasi, aku dah pun nyatakannya di atas.Kita perlu nilai, praktikal atau tidak. Bagi mengelakkan kerugian.

Maaf, entri pendek je kali ni dan agak entah apa-apa. Sekadar mencoret sebarang dua kata. Kalau tak minat untuk baca, tak mengapa (^_^)
p/s : Ninja Turtle itu pensyarah aku gunakan untuk panggil seorang pelajar lelaki yang berasal dari Terengganu. EN.Azmi sememangnya pensyarah yang sempoi. DI bawah, aku sertakan sekeping gambarnya.
p/p/s : Hidung aku asyik berdarah akhir-akhir ini. Kenapa ya Doktor?

33 comments:

alien said...

memang sempoi~
rilek jer bersila atas meja..

KhairiL's said...

kecian org ganu...
ninja turtle dpt nama

iliana said...

alien:
hehehe..yang tu baru satu..kalau nak diceritakan uniknya pensyarah ni, memang kelakar..bukan belajar, tapi kena menyanyi..bukan tugasan, tapi kena berjalan-jalan..pergi menoreh getah la, ke dusun la..menarik~

khairil's:
owh, jangan salah sangka ya..sebab pensyarah tu memang selamba orangnya..

yEm ^^ said...

salam iliana...

baca entri kamu ni mengingatkan saya masa belajar subjek pengurusan semester lepas... sesungguhnya, subjek itu memang menjadi beban yang amat berat untuk dipikul oleh kami (bukan plajar bisnes) kerana terlau banyak teori yg diperkenal kan tapi tidak tahu cara utk mengaplikasikan teori2 tersebut. salah satunya SWOT yang kamu bicarakan di entri kali ini... rupanya, bleh diaplikasikan pada kehidupan eh.. ingatkan untuk bisnes je.. hehehe...

p/s: hidung kamu yg berdarah tu, mungkin disebabkan cuaca yg panas skrg nih... kalau dah terlalu kerap, rajin2 kan diri jumpe doctor yer...

-mfaiz83- said...

macam-macam cara nak tarik perhatian student :)

Srikandi said...

hehe. saya tergelak membaca entry kak yana pada kali ni. (panggil kak yana takpe kan?) =)

kata Tuhan mudah, yang baik untuk baik. yang jelik untuk jelik. kita cuma usaha saja ;)

suka tengok lecturer yang sempoi tapi banyak ilmunya. tabik..

Srikandi said...

oh ya, banyakkan minum air suam dan banyakkan berehat. jangan terlalu berada di bawah panas matahari. badan di dalam kita panas, itu yg menyebabkan selalu keluar darah dari hidung. take care! ;)

Uwais said...

salam...

waHH...
mmng sempoi la lecture tue..
teirngat aku masa jadi cikgu..
hidung berdarah minum air dan bubuh vaseline,lalalala...

ps:pengolahan ayat kali ini nampak lain dgn sebelum2x ini,hehehe...

dr. K.I.A.H. said...

salam...

waHH...
mmng sempoi la lecture tue..
teirngat aku masa jadi cikgu..
hidung berdarah minum air dan bubuh vaseline,lalalala...

ps:pengolahan ayat kali ini nampak lain dgn sebelum2x ini,hehehe...

Suka Bebel said...

perghhh!aku guna kaedah ni tanpa mengetahui wujudnya kaedah ni.macamana tu?hehe...Konsep macam ni aku selalu guna sebenarnya, baru ari ni tahu aku di jalan yang lurus.hehe

nahmy said...

analisa swot!! mmg satu kaedah yg bagus...& sering saya gunakan dlm sesi latihan & seminar yg saya kendalikan. utk diri sendiri pun bagus juga klu sekali-sekala buat...sbg checklist diri...

iliana said...

--> yEm:

salam iliyana..

sebenarnya banyak teori dalam bidang perniagaan boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian..

p/s: itulah, harap-harap sebab itu..jangan sebab lain..jumpa doktor??? alamakk~

iliana said...

--> mfaiz:

hehe..itulah kan..tapi, pembelajaran begini lagi mudah kami faham..dan majoritinya memperoleh A untuk subjek ini hee~

--> srikandi

ehh~ jangan risau..saya dah bisa mengaku bahawa umur saya dah meningkat hehe ;p

ya, saya juga kagum dengan dia..nampak bersahaja, pakai beg pun beg pasar malam je..tapi, ilmunya fiuhh~

iliana said...

--> srikandi

terima kasih ya atas nasihat..mungkin terlalu panas dan penat ;p

--> uwais

salam..

pengolahan ayat berbeza? makin enak dibaca ke tak? saja je buat ayat 'selamba' agar kena dengan 'tema' hehe..minum air + vaseline? selamat ke? eh, pelik betul ni..kalau dulu jadi cikgu, sekarang jadi apa ya?

terima kasih ya atas nasihat..

iliana said...

--> suka bebel

hahaha..alahai ketawa guling-guling dibuatnya..biasa la, benda ni amalan harian, antara sedar atau tak je..

--> nahmy

selalu buat seminar untuk analisis swot? wahh~ besar juga kegunaan analisis ini rupanya ya hehe

NedDy said...

wah.. ni bkn sempoi jerk nih..dah gler2 sempoi nih, siap dok bersila atas meja lagih..hahaha....

iliana said...

hehehe..sempoi tahap dewa dah ni kot..tapi beeessstttt

kuIna Jentayutiara said...

yg penting ilmu yg dicurahkn tu mendpt manafaat wlau apa cara penyampaian..

skrng cuaca panas byk minum air putih ya.. take care!

Syahidah said...

Kak Yana

Cuaca memang panas sekarang ni..rumput-rumput kat USM ni kering..hehe..jagalah kesihatan..huhu mujur ada srikandi beri cadangan..tak tahu sangat nak bagi nasihat..hehe

Sangmentari said...

salam iliana
terkejut gila bila tengok gambar pensyarah tu. memang sempoi habis...

p/s Kurangkan aktiviti luar. Terutama ketika panasnya cuaca di Malaysia sekarang ni.

iliana said...

--> jentayutiara:

oh ya,
memang tepat sekali kata kamu..
terima kasih atas nasihat ya

--> syahidah:

ye dik..di sini bukan setakat kering, siap dah terbakar lagi..cuaca kemarau melanda..insyaallah akan dijaga kesihatan..kamu juga jaga diri ya (^_^)

--> sang mentari

salam kembali

jangan terkejut, kerana itulah kenyataannya hehe ;p

p/s: macam mana la nak kurangkan aktiviti luar tu..boleh saya katakan, 'mustahil'..sungguh susah..

Fakhzan Marwan said...

Salam,

Yeah, SWOT, teringat subject tuh, kene buat untuk industry beer! cit! tapi takper, senang jer...hahahhahaha...:D

moga2 sudah sembuh...

Yunus Badawi said...

Sempoi giler pensyarah ko tu. Dekan tau ke perangai dia tu?
Anyway kirim salam kat En Azmi kalau jumpa dia lain kali.

iliana said...

--> fakhzan marwan:

salam..
analisis swot memang mudah sebenarnya..kak fakhzan pasti pakar juga bab ni kan..rasanya la, sebab kurang pasti dengan modul pelajar ekonomi hehe..

p/s : alhamdulillah dah sembuh

--> yunus badawi

owh~ pensyarah ni memang sempoi..dekan tahu ke tak, itu saya tak pasti..tapi, yang penting, dia dah berjaya menambat hati kami..ramai pelajar sanggup tukar kelas dan ubah jadual semata-mata nakkan kelas dia..

insyaallah akan disampaikan dalam kelas 'international marketing' nanti..

suara said...

Salam eleeyana...
Hidung berdarah mungkin sbb badan panas. Cuma minum+makan buah kembang semangkuk. Baik untuk menyejukkan badan, terutama kalau yg rasa macam nak demam.

Kak su prefer makan kembang semangkuk ni berbanding ubat dari klinik... rasapun sedap kalau minum dengan air teh, atau sirap bandung suam.

SangPelangi.com said...

Perkh. Strategic Marketing. Inilah dia yang duduk di atas meja ni. Memang sempoi. Tengok sekali dah boleh buat member ni. Bagi aku emel dia. Haha.

ajaa~ said...

uie..
memg sempoi nya lect la..
siap duk atas meja tu.huhu~

**tips yg bagus nie.

perokoksoleh said...

hahaha..
uwais tue adalah dr. K.I.A.H,
dr KIah adalah perokok....hehhe

sekarang hnya pelajar,
pelajar yg suka main dan mengaji,lalalaa...

ps:minum air dan bubuh vaseline dileher(baru betul),lalala

iliana said...

--> suara

salam kak su,
owh ya, zon utara ni cuacanya panas kering..mungkin itulah puncanya..air kembang semangkuk? aduhai kak su, teringat mak saya selalu buatkan dulu masa demam..rinduuu~

--> sangpelangi.com

bukan setakat e-mail..website, no. telefon, no. ext, no. bilik, alamat rumah, no. fax semua boleh..hehe..dia memang ok..dalam sempoi dia, banyak juga nasihat dia..kagum sekali (^_^)

--> ajaa~

hehe..tips ni, bagus untuk diamalkan dalam membuat keputusan hee~

--> perokoksoleh

berapa punya banyak nama samaran daa~ ayooo~
lorh, ingatkan letak vaselin dalam air..tertipu~

duOne_sTarz said...

sempoi

Ibnurashidi said...

Salam...

Pensyarah bersila di atas meja??
No komen....

Apapun, antara faktor kecemerlangan ialah kesihatan yang baik. Jikalau kurang sihat, bagaimana mahu mendapat kecemerlangan yang sebenar. Bukan sahaja tubuh badan. Hati yang sakit juga mampu menghalang kecemerlangan zahir dan batin.

Fakhzan Marwan said...

Eh tak la!

Maksud akak, bukan senang aper, senang sebab industry beer tuh common sense jer bagi mat salleh2 nih, akak discuss dengan mereka...:D

iliana said...

--> duonestarz

hehehe saya suka gambar tu

--> ibnurashidi

salam kembali

ya, betul tu. tubuh badan yang tak sihat memang mengganggu perjalanan pembelajaran. hati yang sihat juga penting. pernah juga saya tak dapat belajar hanya kerana ada rasa marah dan sedih ketika itu..minta dijauhkan dari rasa tersebut..

--> fakhzan marwan

hehehe..tapi, sekurang-kurangnya dapat ilmu yang baru kan..wahhh~ sukanya!