Monday, February 2, 2009

KISAH NELAYAN JEPUN

Baiklah murid-murid sekalian, kali ini cikgu ingin bercerita mengenai nelayan di Jepun. Sila duduk diam-diam dan jangan mengantuk ya, kalau mengantuk, cikgu sebat – zasss.

Berpuluh-pluh tahun dahulu, di mana cikgu pun tak pasti nilai yang sebenarnya, nelayan-nelayan di Jepun biasanya berlayar berbulan-bulan lamanya ke tengah lautan untuk menangkap ikan segar – ikan tuna misalnya. Maka, dengan gembiranya mereka membawa pulang semua hasil tangkapan tersebut ke darat. Tapi, setibanya di darat, para nelayan Jepun ini mengalami masalah lain pula, iaitu kesegaran ikan. Murid-murid pasti tahu kan, bahawa orang Jepun gemar makanan segar, tetapi nelayan-nelayan tersebut tidak dapat memastikan kesegaran hasil tangkapan mereka dek kerana tempoh pelayaran yang lama.

Maka, apa yang nelayan Jepun ini lakukan murid-murid?

Mereka pun letak banyak ketulan ais di dalam peti-peti kayu supaya kesegaran ikan dapat dikekalkan apabila diletakkan di dalam peti berkenaan. Tetapi, kesegarannya tetap tidak sama. Orang-orang Jepun tidak berpuas hati kerana ikan tersebut telah mati apabila tiba di daratan. Langkah lainnya adalah, mereka membawa akuarium yang besar di dalam kapalnya. Apabila ikan ditangkap, mereka akan meletakkan ikan itu ke dalam akuarium tersebut. Pandai bukan?
Malangnya, orang Jepun masih tak berpuas hati. Kenapa ya? Kerana, walaupun ikan itu tidak mati, tetapi ianya masih tak segar dan sedap kerana hanya duduk bodoh di dalam akuarium – tidak bergerak, tidak aktif menyebabkan daging ikan itu tidak cukup enak.

Akhirnya, nelayan-nelayan tersebut mendapat satu idea yang telah mengubah hasil pendapatan mereka lalu terus berkembang dengan pesatnya. Murid-murid nak tahu taka pa yang nelayan-nelayan tersebut lakukan? Cubalah teka..hehe akhir-akhir ni cikgu suka pula main teka-teki ya. Ok ok, cikgu nak syok sendiri kali ini, biar cikgu bercerita sendiri ya, murid-murid dengar je (baca).

Mereka telah melakukan sesuatu yang amat memeranjatkan untuk memastikan kesegaran ikan tersebut walaupun telah melalui pelayaran yang jauh. Apalah yang mereka lakukan ya? Mereka telah membuat satu akuarium yang sangat besar di dalam kapal mereka (lebih besar dari sebelumnya), dan semua hasil tangkapan mereka akan diletakkan di dalam akuarium tersebut. Cuma bezanya adalah, mereka turut meletakkan seekor ikan jerung di dalamnya pada waktu-waktu tertentu. Maka, dengan adanya ikan jerung itu, ikan-ikan lain tidak akan duduk bodoh sahaja tetapi ada sedikit tekanan untuk berenang aktif kerana dikejar. Maka, ikan tersebut kekal segar dan enak dimakan. Bijak bijak..

Maka, apakah moralnya yang dapat murid-murid rumuskan? Ok, biar cikgu juga yang jawab.

Hidup ini penuh dengan persoalan dan permasalahan yang memerlukan kita untuk mencari jalan penyelesaian. Ramai yang mudah menyerah kalah di dalam mengejar impian, baru diuji sedikit dan berputus asa. Orang-orang Jepun ini pergi all-the-way berbulan-bulan lamanya untuk menangkap ikan, ingat senang ke nak tangkap ikan di tengah lautan? (walaupun cikgu tak berpengalaman, tapi cikgu yakin bahawa ianya adalah sangat mencabar). Dah la susah menghadapi rintangan di tengah laut – ombak, angin, cuaca dan macam-macam lagi, balik sahaja ke darat, orang pula tak berpuas hati. Tapi, mereka tetap cuba mencari jalan penyelesaian.

Ikan pula dapat dimakan dengan lebih segar bukan? Samalah juga dengan manusia. Kalau hidup macam ikan mati, tak bermaya, tak aktif, hidup kita pun tak menarik. Ramai orang tak perasan, betapa bosannya hidup tanpa cita-cita dan kaedah untuk merealisasikannya.

Hidup ini perlu ada tekanan – bak ikan jerung yang mengejar ikan-ikan tersebut. Tekanan kadangkala penting untuk menggerakkan kita ke hadapan dengan lebih pantas. Contohnya, kalau orang nak kahwin tapi tidak ada satu tarikh yang ditetapkan, mesti dia akan duduk goyang kaki dan bukan bergerak ke arahnya. Samalah juga seperti berlumba lari tanpa garisan penamat. Tak tahu nak berlari sampai mana, siapa pula pemenangnya?

Maka, rotan cikgu ini juga membawa fungsi yang sama. Maka, janganlah murid-murid suka-suka nak buat aduan dib alai polis ke kementerian ke cakap cikgu suka-suka pukul kamu. Pasti ada sebabnya.
p/s : berlatih untuk mengadap 120 orang pelajar sekolah bulan Mei nanti hehe..
p/p/s: maaf, entri ini ala-ala bukan hasil rencah minda sendiri. Waktu itu terlalu mencemburui cikgu..Jangan marah ye~

23 comments:

KhairiL's said...

btul²...
pnai ye ckgu yer

alien said...

cikgu!!
saya ngantuk la..
rotan la saya..

Dhe said...

mau kopi paste tilusannya untuk di print dan dibaca sambil tidur boleh tak??

oiya.. :D

td dhe dah add linknya di blogroll..
*kirain tukeran link gt, eh tahunya di follow**

hehe.. makasih yah!! dhe juga follow deh blognya

*salam pertemanan dari indonesia ya*

iliana said...

khairil's:
bukan cikgu yang pandai..eh eh..salah..cikgu memang pandai, saya yang tak berapa pandai hehe..

alien:
meh tangan..nak rotan saiz brape? dulu saya macam tu la..sebelum dirotan, akan terbentang variasi saiz rotan..pilih je nak yang mana hehe

Dhe:
bisa aja Dhe..Dhe bisa faham ya tulisan Malaysia..bagus sekali..

kalau di 'follow', mudah untuk dikemaskan..

salam pertemanan dari malaysia (^_^)

Fakhzan Marwan said...

:D

are u a teacher? i mean, u study to become a teacher?

my engineer friend once told me that a pressure is too importance to be ignored, especially concerning the water tap...without a right pressure, the water will be slow and we wont want it right? :D

selamat bersedia!

BalQis said...

Cikgu!!!

Sementara ikanjerung tu tak digunakan, dia simpan kat mana ikan jerung tu cikgu?

Pastukan, berapa minit dia lepaskan ikan jerung tu< takut nantis emua ikan habis dibahamnya.... hehe..

memang betapa besarnyalah akuarium yang dibina tukan cikgu, memandangkan si jerung dan ikan-ikan boleh main aci ligan dalam tu, huhu....

tak kisahlah kan cikgu... asalkan nelayan2 tu dah berusaha sebaik mungkin! Huhu...

Sebenarnya saya tanya soalan-soalan ni sebab saya riiiiinnndu sangat dekat cikgu, hehehehe....
Dapat baca blog cikgu ni, hilang sikit rindu saya, hehe....

semoga cikgu tabah hadapi anak-anak murid tu semua, kalau ada yang malas-malas macam saya, rotan jer cikgu, kasi feel sikit tekanan tu, huhu....

oklah, cikgu, semoga berjaya!!

en_me said...

hi chekgu ittewww.. salammz dr me dikejauhannns

izman said...

bagusnya. kalau semua ikan dimakan oleh jerung, diorang buleh makan jerung pulak ye. bijak.2x

Shemmi said...

takutnya rotan cikguu..x sempat nk ngntuk sbb ketakutan....ngee..

sultan said...

cikgooo... hafiz amik pemadam saya...!!!

alien said...

saya da x ngantuk cikgu..
hehehe..
tekanan memang boleh jadikan kita maju..
kekadang idea2 yg bernas muncul ketika kita tertekan..

OJENG said...

haha.
bagus tul entry yg ni.hehe
banyak pengajaran.huhu
tapi garang tul cikgu kite ni..errr.
aik.da tukar kulit baru daa blog?huhu.
nice.huhu

perokoksoleh said...

bila aku namapak perkataan jepun aku ingat komik...
dan bila best cter jepun nie..bnyak pengajaran macam komik jepun jerk...
lalalala~~

ps:cikgu2x...kenapa bulan mei br masuk sekolah???lalalala

iliana said...

fakhzan marwan:
nope, i'm not a teacher..tp, ini cuma latihan untuk salah satu program U yang memanggil saya untuk melibatkan diri..dah lama tak berdiri di hadapan ramai orang..entahkan bisa entahkan tidak..gentar itu masih ada...

balqis:
salam balqis..
saya pun kengen bangat sama kamu..aduh..kemana aja kamu pergi sih..sepi bangat..

owh~ yang itu mungkin diasaingkan terlebih dahulu ikan jerung itu sebelum diletakkan di dalam akuarium tersebut..jika dilepaskan pun mungkin hanya beberapa minit sahaja..kalau tak, alamatnya mati la semua ikan tuna tu dibaham habis..

takpe takpe, seperti yang saya maklumkan sebelum ini, saya suka orang bertanya kerana merangsang untuk berfikir..hehehe..

en_me:
hye en-me...salam juga dari saya

iliana said...

izman:
hehehe..ikan jerung boleh makan ke? errr...saya pun kurang pasti bab itu..mungkin yang dilepaskan tu bukanlah ikan jerung yang besar kot..i duno

shemmi:
ehh~ berkesan juga rupanya strategi rotan cikgu ni ya..tapi kan, kalau ikut sejarah dulu-dulu, cikgu tidur je walaupun ada rotan hehe..baik anak murid zaman sekarang ni kan...

sultan:
owh..cikgu hanya merotan pelajar yang tidur dalam kelas je hehehe..nanti cikgu bagi getah skrap buat pemadam baru ye ;p

iliana said...

alien:
wahhh~ bagus bagus..
betul tu, lumrah manusia, dah terhantuk baru nak teradah..dah jadi kanser baru nak cari penawar..itulah hakikatnya huhuhu

ojeng:
owhh..sebab bagus la saya berminat untuk kongsikannya bersama (^_^)
kulit blog ni ditukar dengan harapan akan membawa emosi dan semangat yang baru barangkali..

perokoksoleh:
komik?? itu kepakaran Dr.Kiah, bukan saya..takut nanti bankrup pula dr.Kiah tu kalau saya buat komik..

p/s: bukan jadi cikgu betul la..itu program semasa cuti semester nanti..nak bagi motivasi kepada adik-adik di bangku sekolah..

warungkampung said...

wah, cikgu dah mula guna rotan dah. gara-gara anak murid banyak tanya dlm entri lepas la nih..
nampak gayanya saya n perokoksoleh patut dirotan...ish ish

SangMentari said...

wah, garangnya cikgu
takut anak murid..

iliana said...

warungkampung:
rotan tu gimik je ehehehe...
hah, korang berdua ni memang..semua tajuk pun ingat komik ye..haishhh...
rasanya kamu tak sesuai gunakan rotan la..dahan pokok kot...gurau je..cikgu ni baik..jangan risau (wah perasan)

sang mentari:
cikgu kena pura-pura garang..
sebab, dulu cikgu berlembut,
anak murid pula yang garang..
mana aci~

Ibnurashidi said...

Salam...

Sekarang kalau tak silap sy swaktu blajar sains cikgu ada mengatakan ikan2 yg dtangkap akan dcmpur bahan awet mayat..Xingat apa istilahnya.Sbb tu ikan tahan brbulan2..

iliana said...

ibnurashidi:
ada...tapi, bahan pengawet ni kan tak bagus untuk kesihatan hehe

KakChik said...

cerita dari buku zabrina ni sangat kakchik suka. kakchik juga sering quote cerita ini jika bercakap tentang topik yg berkenaan.
ada kelakarnya tapi penuh pengajaran.

iliana said...

wahhh..buku apa tu kakchik..saya ni bila jauh dari pusat utama membeli belah buku memang agak ketinggalan sedikit..macam semua buku pun nak hehe..tamak tol..aishhhh...