Sunday, February 8, 2009

KEMBALI DENGAN VIRUS


Salam semua..

Sebelum itu, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan kalian dalam entri yang lepas. Oh ya, seperti yang aku nyatakan di ruangan komen, 'pendakian' yang dimaksudkan bukanlah 'pendakian kehidupan' tetapi memang mendaki gunung di Kedah ini. Mendaki setinggi melebihi 3000 kaki dan memakan masa hampir 7 jam - sungguh meletihkan. Tapi, maaf sebab aku tak bisa bercerita mengenainya di sini. Insyaallah aku akan ceritakan di dalam entri akan datang.

Alhamdulillah walaupun keadaan aku kurang sihat ketika itu, tapi sampai juga di puncak gunung. Malangnya, aku turun kembali ke darat dengan virus selesema dan mungkin juga demam. Dengan segala otot yang kekejangan, aku dan semua ahli kembara berjalan seolah-olah robot yang salah tetapannya. Apakan daya, 50 markah ada di situ - wajib pergi!

Dan kini, aku kembali mengadap helaian nota untuk menduduki peperiksaan pertengahan semester yang bakal menjelang tiba. Ohhh~ dengan mata aku yang sentiasa berair (termasuklah hidung), agak tidak menyelesakan untuk aku belajar.

Dugaan sekali lagi. Aku pasrah~

p/s: Maaf, aku akan cuba untuk mengeluarkan entri yang lebih menarik dan berkualiti nanti. Sedang berperang dengan diri sendiri ;<

23 comments:

alien said...

get well soon..
seb baik virus jenis nie x merebak melalui internet..
kalo tidak, aku sekali akan selesema ..
hehehe

Dhe said...

Semoga Anda Mampu Menghadapi Virus2 Tersebut... ^_^ Amin

Fakhzan Marwan said...

salam dik ,

moga2 kamu sehat dan diberi ganjaran yang sewajarnya atas kesabaran kamu menghadapi segala ujian..

mengapa perlu mohon maaf atas 'ketidakupayaan mengeluarkan entri berkualiti?'

ini blog adik, ya, tulis sahaja apa2 yang terbuku...:D..dan selalunya akak rasa, setiap tulisan iliana ini membawa manafaat pada akak dan semua...:D

BalQis said...

50 markah untuk mendaki gunung? Huhuhu....
Tabah, ya Iliana...

Saya doakan semoga kamu cepat sembuh... memang susah nak baca buku kalau tengah demam selesema ni, kan...

take care, take care....

DzuLagiL said...

salam,
setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan...
tetapkan niat...
salam imtihan!

Tirana said...

Semoga cepat sembuh...Jaga diri baik-baik dan banyakkan rehat..

iliana said...

alien:
mudah-mudahan akan sihat sebelum peperiksaan..boleh ke? exam rabu ni..wahhh~
ehehehe..xpe xpe, jangan risau..sebab akan diposkan virus tu ;p

Dhe:
iya, mudah-mudahan..rasanya macam nak bawa sahaja kotak tisu ke kelas..terima kasih ya mendoakan (^_^)

iliana said...

fakhzan marwan:
salam kak,
mudah-mudahan akan sihat segera..
oh, saya sangat risau bila pengunjung datang dan membaca benda yang entah apa-apa. sehingga kerisauan itu membuatkan saya terlupa bahawa ini rumah saya heee (^_^)

kalau benar ia membawa manfaat, syukur alhamdulillah

balqis:
iya, pendakian ini membawa 50 markah..owh~ sungguh tabah..walaupun sudah macam robot gaya jalannya huhuhu

terima kasih atas doa..sungguh menghargainya

iliana said...

dzulagil:
semoga ianya sungguh bermanfaat buat saya..dan saya tetap akan menghargainya..untuk terus sihat dan kuat hee ;p

tirana:
terima kasih atas doa..
owhhh~ saya memang menanti saat rehat itu untuk tiba

alien said...

insya`allah sihat..
jgn pos virus tue..
igt lagi antrax?
wuhu~
karang kene tangkap..hehe

Syahidah said...

semoga cepat sembuh ya..

OJENG said...

semoga cepat sembuh.
ehhe.
mana aci!!
anda da naik gunung!!
arghh!!kite lum naik gunung!!
warghh

yEm... said...

salam...

saya akui, mmg sukar utk study dengan keadaan selsema. apa yg selalu saya buat adalah, saya akan makan ubat+tidur demi memulihkan selsema dengan cepat. apabila sudah agak sihat, bolehlah diteruskan usaha mengulangkaji...kalau study ms selsema teruk, susah nak masuk@ingat. jadi 'bed-time story' la jawabnye.. hehe..

semoga Allah memberi kesembuhan buat kamu, Iliana.. ^^

iliana said...

alien:
kena tangkap??? walaweiii..takpe la kalau macam tu..cancel je la wehehehe

syahidah:
terima kasih ya (^_^)

yem:
salam,
terima kasih atas kesudian mengunjung..tapi, bolehkah kiranya saya memperoleh sebarang e-mail atau apa-apa sahaja link yang ada?

oh ya, saya memang impikan sedemikian..malang sekali, kerja itu bertimbun-timbun membuatkan waktu rehat saya agak terhad..insyaallah lepas minggu ini, akan rehat sedikit..semoga saya terus tabah ('',)

Ibnurashidi said...

Salam...

Syafakillah..rabbuna yuashfik..
Sabar ya...saya orang kedah tapi belum lagi pernah mendaki gunung jerai..oh..perlu try lepas ni.

en_me said...

siannyerrr selesema.. tp bestnyerr daki gunung tewww.. kannns

iliana said...

ibnurashidi:
salam,
owh~ awak orang kedah ke? di mana? gunung jerai tu katanya gunung terendah di kedah..tapi, letihnya aduhai..agak mencabar juga kerana terlalu ramai yang sakit..perjalanan agak perlahan..

p/s:cuba jangan tak cuba heee ;p

en-me:
best???? pengalaman memang best. tapi, sakit tu yang tak best hoho

Aisar said...

yez!..yez!..ini virus datang lg..hek!hek!hek!...

Yunus Badawi said...

Rehat secukupnya hari ini dan esok insyaAllah Rabu dah ready nak ambil exam.
jgn terlalu risau kalau n3 tak berkualiti. Itu mungkin perasaan e-leeyana aje. Yg penting kita ikhlas dan seronok dgn apa yg kita tulis. Inikan blog e-leeyana.

iliana said...

aisar:
chait...suka ya tok cucu sakit..

en.YB:
alhamdulillah dah reda sakitnya..rehat seketika berblog hehe..lupa pula esok tiada kelas..ada masa lebih untuk 'study' yahuuuu...

AsadulQalb said...

baca entry ini pun dengan mata merah,hidung berair,badan berpanas..dalam bahasa mudahnya,berdemam selesema.

warungkampung said...

selamat sembuh cik iliana! (^-^)V

iliana said...

asadulqalb:
wahh~ demam selesema juga ke? meh meh, biar saya tarik komen en.luqman sikit ya - semoga sembuh hehe..

warungkampung:
dah kebah dah pun demamnya..habis segala jenis ubat saya telan..berkesan berkesan ehehe (^_^)