Monday, February 9, 2009

KATA AYAH...


Semua anggota kejang kedinginan. Minda berputar laju, mengatur, menambah kosa kata. Bibir terkumat kamit melatih lidah menutur bicara. Ahh~ penangan apakah pagi ini hingga menggodak perut sekalian teman sekelas, terasa memulas-mulas. Itulah adat kami ketika menjelang tiba ujian ‘Impromptu Speech’. Di mana entah bila masanya nama kami akan dipanggil lalu diberi tajuk untuk dihujahkan selama 5 minit di hadapan kelas. Keringat mengalir dingin, kesejukan penghawa dingin menambah kesukaran kami yang kekejungan berfikir.

Seorang demi seorang dipanggil ke hadapan. Lega sekali tatkala usai berhujah. Duduk tersenyum melihat yang masih pucat lesi tak bernyawa wajah mereka. Dan tibalah nama seorang pelajar perempuan dipanggil, Aminah (bukan nama sebenar).

Lalu, Aminah pun melintasi kami ke meja pensyarah, Sir Ahmad bin Ali untuk mencabut soalan yang perlu dihujahkan. Langkahnya tersekat-sekat seolah-olah tidak keselesaan ke atas sesuatu. Tiba sahaja di hadapan meja Sir Ahmad, dia terus tunduk memeriksa sandalnya lalu mencabut dan menelitinya. Dan alangkah bingitnya kami berderai tertawa geli hati melihat dia yang setegar itu untuk mengetuk (membetulkan) sandalnya di atas meja pensyarah. Lantas dia tersedar bahawa itu adalah meja ‘pensyarah’ yang harus dihormati.

Usai semua berhujah, Sir Ahmad berdiri di hadapan kelas lalu membuka bicara..

“Dengar sini ya anak-anak. Ayah nak cakap”

Kami kembali tekun mendengar setiap kaitan bait kata dari ‘Ayah’.

“Aminah, apakah pekerjaan ibu bapa kamu?”

“Penoreh getah”.

“Tahniah kerana anda berani mengakuinya. Dari hujah kamu semua, ayah tahu dari mana asalnya kamu. Kampung atau bandar. Senang atau susah. Anak-anak, apa yang paling ayah risaukan adalah bila anak-anak ayah semua ini lupa diri bila di sini. Di kampung lain, di sini lain. Tak mahu mengaku susahnya keluarga kamu. Anak-anak pernah tak merasai betapa susahnya mereka mahu menyekolahkan kamu?”

Tatkala ini, ada yang sudah mula dituruni hujan deraian air mata. Bibir terkatup rapat. Tertunduk sepi.

“Mengapa perlu malu untuk menyatakan siapakah ibu bapa kamu? Jika ayah tanya, siapa yang besarkan kamu, siapa yang kamu nak jawab? Susah mana sekalipun mereka, walau tidak berpendidikan, mereka tetap insan yang membesarkan kamu”

“Mereka bersusah-payah nak lihat kamu berjaya. Tetapi, kamu tidak mahu mengakuinya. Anak-anak, kenapa perlu tipu diri sendiri di hadapan mereka yang terlihat lebih gah di mata? Mengapa perlu anak-anak berasa rendah diri ketika berdampingan dengan mereka yang kaya?”

“Sepatutnya anak-anak ayah ni semua bangga. Sebab, anak-anak dah berjaya menyamai mereka yang kaya. Dan yang kaya itu pula tak perlu berasa bongkak kerana mereka di sini pun sudah sama dengan anak-anak semua. Dengan duit sapa anak-anak ke sini? Dengan duit getah itu juga kan. Hargainya”.

Aku…menahan benteng pertahanan terusan air mata. Aduh~ pedih sekali. Langsung terimbas wajah ayah, wajah ibu, wajah keluarga nun di Johor sana. Terima kasih ibu, terima kasih ayah, terima kasih semua. Takkan aku persiakan semua jasa dan baja yang dicurah ke atas aku. Doakan kejayaan anakmu di sini untuk terus tabah dan bersemangat dalam menyelusuri ranjau kehidupan di kampus.

‘Ayah’, aku amat merindui ketenangan wajah dan setiap katamu. Sungguh mendamaikan tatkala mendengar. Alangkah ruginya aku kerana tidak lagi dihujani kata-kata nasihat itu dek kerana berlainan kelas. Ketika bertembung dengan ‘Ayah’, alangkah terubatnya rindu di hati. Melihat wajah tenangmu, aku juga kembali tenang. Terima kasih ‘Ayah’.

30 comments:

Syahidah said...

Salam..seorang penemuduga pernah memberitahu beliau sangat kecewa dengan graduan masa kini pabila berjaya cukup mudah alpa dengan asal usul sendiri...bukankah lebih baik kita bersifat rendah diri ,jujur dan tak malu dengan siapa diri kita yang sebenar..

orang sakit ada jadual bergilir entri dikeluarkan...huhu saya tak mahu update blog lagi..=P

iliana said...

salam..

iya, tepat sekali..entri lepas juga saya anda bicarakan hal yang sama..apa yang nak ditakutkan dengan mengakui diri? ohhh~ manusia itu memang sukar kenal erti syukur..

hehehe..dah tak sakit sangat..berangan nak tidur untuk berehat sekejap, tapi asyik terbatuk-batuk memaksa saya bangun dari tidur..

p/s:ehhh~ mana boleh malas malas..

AsadulQalb said...

baru komen kat entry lepas, rupanya dia dah komen kat blog wa dulu..
tup tup..dah keluar entry baru.tak sempat baca, tapi komen dulu..
Tak larat,masih berdemam..adeh

Srikandi said...

kasih sayang dan pengorbanan ibu bapa terlalu besar dan tak mungkin kita balas biarpun dengan meletakkan jari jemari kita di bawah periuk nasi sewaktu membakarnya.. mengapa perlu kita malu untuk mengakui mereka ibu bapa kita kan??

argh... entri ni lebih membuatkan rindu dan sebak mengingatkan mak dan ayah di malaysia.. waaaa..

alien said...

bagi aku,
sampai bila na kerek..
na meninggi diri..berjaya je kerek..

padahal samapi ajal kita mati..
masuk ke bumi dalam tanah..
sama macam semua org..
siap org tolong pakaikan baju, mandikan lagi..time tu x kira la kita dato` ke tan sri ke ceo ke..

jadi buat kita hidup nie mmg r kene sedar dari mana asal usul kita..

Ibnurashidi said...

Salam...

Nampaknya kini kamu semakin matang menulis entri-entri berkesan. Bagus, teruskan perjuangan kamu.

Ya, usahlah dilupai segala jasa dan pengorbanan ibu ayah. Mungkin kamu boleh dengar lagu kumpulan Aeman tajuknya 'Anak Soleh'. Lihat klip lagi syahdu.

Akmal said...

apehal nak kerek2? :D
Salah ke masa kecik-kecik dulu kita asal dari kampung, main kejar ayam, masuk bendang, sawah?
In fact, boleh buat bangga lagi kot :)
Tak kira siapa pun kita, asal-usul kita, tak payah rasa malu, tak payah rasa segan. Nak-nak pulak kita orang Islam. Taqwa yang dinilai, bukan harta, bukan keturunan.

perokoksoleh said...

salam...

hhahahaa...
lawak la bila baca entry nie..
macam aku jerk jawapan tueh walau ayahku bukan penoreh..

bendahari kelas:ijat..ayah ko kerja aper??

perokok S:ayahku kerja toreh getah jerk..sebab tue xley bayar duit kelas,aku nie orang susah...lalala

bendari:tuehhh~~rokok bley,komik boleh....

ps:xtahu lak ada anak penoreh segan ngaku ayah sebb aku mengaku ayahku penoreh,hahahaa

iliana said...

asadulqalb:
ehehehe..takpe takpe..don't worry, orang demam memang macam tu. sabar sabar..saya dah cool down sket ehehe ('',)

srikandi:
iya, memang benar..tapi, itu fikir kita bukan mereka yang berfikir sedemikian. owhh~ bukan niat saya untuk membuatkan kamu merindui mereka, hanya sekadar berkongsi rasa

iliana said...

alien:
nak cakap apa ya..semua dah cakap dalam komen di atas ehehehe..jap jap bagi masa fikir..1 2 3..hah, itu bila kita mati nanti, tapi bagaimana jika masih bernyawa pun tidak sedar diri? hummm...

ibnurashidi:
salam,
wah nampaknya saya kena menulis ketika sakit baru mampu terkesan kot ;p
insyaallah saya akan cuba cari nanti..terima kasih ya atas perkongsian

iliana said...

akmal:
owh~ memang sikap manusia sedemikian rupa. terlalu mudah terlupa..memang kesal sekali dengan sikap begitu..minta dijauhkan..aminn~

perokoksoleh:
heh, itu alasan kamu je..itu dah kira kes lain..mana sama..ayoooo~ (tepuk dahi)

SangPelangi.com said...

Fuh. Siapalah agaknya Sir itu, butir lontarannya macam peluru yang mendamaikan. Menikam, tertusuk, tapi menginsafkan. Barulah namanya pendidik.

Yunus Badawi said...

Peringatan dari org mcm 'ayah' inilah yg akan menguatkan semangat utk belajar bersungguh2 demi mencapai kejayaan gilang gemilang.
Kalau timbul rasa malas ketika belajar, ingatlah kpd keluarga kita di kampung yg telah bersusah payah utk kita.

ajaa~ said...

rindu..kat maa n ayah kat kg..:(

Fakhzan Marwan said...

Ah, apakah semua nya sedang kangen bangat sama ayah bunda tercinta? :D Hana dari Indonesia dan Fathen jua semua sedang merindu...benar, kita ini tidak akan dapat hidup tanpa ayah bunda, dan bayangkan lah perasaan anak2 yatim...samaada yang telah kehilangan ibu bapa semasa masih muda sehingga tidak tahu wajah2 mereka, atau pun yang sudah besar dan mampu mengingati wajah ayah bunda...

padanlah Allah menyuruh kita bebuat baik dengan anak2 yatim, kerana ya, mereka ini simpai keramat!

nahwanNUR said...

Salam ziarah,

baru membaca tajuk tetapi ana belum sempat meratah keseluruhan entri ukhti. Namun rasa rindu pada ayah bunda di kampung terus menyuntik kalbu. 'Sakit' sekali rasanya. Namun, itulah penawar bagi pejuang penuntut ilmuNya..

Esok ana sambung baca insyaALLAH, bila berkelapangan :)Tahniah ukht

iliana said...

sang pelangi:
sir tu yang berambut putih di dalam gambar tu la hehe..sir sangat mengkagumkan aku..nasihatnya mengenai pemakanan secara Islam dan banyak lagi memang mendamaikan..sungguh aku berterima kasih kepada beliau..

en.YB:
memang seorang pendidik yang mendidik kan..walhal, bukan bidangnya sekalipun untuk berbicara tentang itu..selama kelas bersamanya, inilah kali pertama saya rasa sedih untuk berpisah..ohhh~ tidakk..jangan bersara sir..

iliana said...

ajaa~:
hehehe..rindu-rinduan yea~ sabar sabar

kak fakhzan:
ya kak..program di Perak nanti juga turut melibatkan anak-anak yatim. demi menghargai dan menghulur sedikit kasih buat mereka..semoga mereka juga tidak tersisih dan berjaya malah lebih lagi dari saya..insyaallah

iliana said...

nahwanNur:
salam,
oh, tak mengapa..saya faham kesibukan anda..jangan paksa baca jika tidak punya masa ya..terima kasih atas kesudian melawat (^_^)

alien said...

kalo idup x sedar diri..
err..
er..
lu pikir la sendiri.. hahaha

bila kita di mercu
yg menyokong kita ialah tiang2 yg kukuh
tiang2 kukuh itu adalah org bawahan yg membantu kita ke atas
jika tiang itu roboh
pada masa itu kita akan jatuh tersungkur..
jadi, jgn la lupa jasa si tiang.

iliana said...

alien:
bila sutudent bisnes bicara tetang kejuruteraan awam, hehehe..inilah jadinya..
tapi,
benarlah kata itu..dinding, tiang, lantai, semuanya harus berkerjasama kan..

BalQis said...

Iliana,

kawan kamu bernama Aminah itu, sampaiakn salam saya kepadanya, ya! Lucu benarlah dia... ya, mungkin terlupakan yang dihadapnnay seorang pensyarah kerana terlalu gementar mahu ke hadapan, entahlah... tapi luculah...

Takde bezanya, kaya ker miskin ker... sama sahaja....

Janganlah jadi si Tenggang, nak oi... =)

SangMentari said...

Iliana, tulisan kamu ini mengingatkan saya kepada besarnya pengorbanan insan dipanggil bapa. Sayangilah ayah kita selagi dia masih bernyawa...

iliana said...

balqis:
insyaallah..lepas kelas cuti yang lalu, tak pernah lagi saya terjumpa dia..tapi, dia memang penghibur kelas dikala semua diruntun kengantukan..

sang mentari:
iya, dalam ujian tu, ada yang dapat tajuk 'who understand me the best'. dia cuma ingin bagitahu 'ibu' yang paling memahami dia. namun, dia x mampu meneruskan sebarang bicara, hanya menagis di hadapan kelas. dan itulah membuatkan 'ayah' mengeluarkan kata sedemikian..

p/s: nak telefon ibu sebentar lagi heee..rinduuu~

Suka Bebel said...

aku tak pernah lupa sebab dari kecik memang idup susah.huhu

iliana said...

syukran kalau macam tu en.bebel..berpijak dibumi yang nyata itu lebih membahagiakan kan..

izman said...

ye, apa nak dimalukan siapa ibubapa kita. kerana dialah kita lahir dan jadi seperti sekarang.

'ayah' itu kita perlukan untuk sentiasa sedar siapa diri kita. di rumah atau sekolah, ayah dan 'ayah'lah yg mendidik kita.

iliana said...

en.izman kenal tak 'ayah' yang dimaksudkan? mana la tahu, pernah dididik oleh insan yang sama..hehehehe

perokoksoleh said...

oowhh....
sumer sebut ayah tp aku lebih sayangkan ibuku dari bapakku kerana lumrah alam..

ps:anak cintakan ibu lebih dari bapa
tp ibu pula cintakan suaminya dari sianak...
namun bapak lebih cintakan anaknya dari isterinya..percayalah kerana inilah cinta 3 segi dalam konsep keluarga ISLAM yg direka aku...hehehe

iliana said...

hehehehehe...apa da...persamaan apakah itu..muskil muskil...tp, betul gak kan..hummm