Saturday, February 21, 2009

FIKIR-FIKIRLAH

Salam semua..

Berita gembira buat aku kerana sudah tamat menduduki peperiksaan pertengahan semester – Alhamdulillah. Penat itu pastinya. Di kala itu aku perlu belajar dan di kala itu juga aku perlu turun bermesyuarat sehingga lewat pagi. Tekanan yang dialami – maksimum. Namun, bila difikirkan balik, itulah namanya mahasiswi. Itu tanggungjawab aku kan – perlu hadapi.

Jom terus ke misi utama entri kali ini..

Hari Valentine dah pun berlalu. Dan kali ini, mari kita selongkar bersama disebalik hari kejadian. ‘Hari Kekasih’, itu namanya. Semua pasangan menjadi merpati dua sejoli. Hari yang sesuai untuk melepaskan gelora di jiwa. Maka, semua hotel murah, kereta sewa, panggung wayang ‘full booked’. Mengapa perlu begitu ya? Yang paling menyedihkan, ianya diumpamakan seperti hari ‘melepas nafsu’.

Bila Teruna bertemu Dara, dan mula bermanja-manja, nafsu pun menggodak jiwa lalu syaitan datang membisik jahat. Dan akhirnya, terlayarlah kapal di lautan asmara. Yang disangkakan membahagiakan itu, membawa petaka rupanya. Bila ada yang datang lalu mencekup dan disumbat dalam bilik berpagar besi. Ketika itu, baru nak menangis, melaung-laung. Kenapa sedih sangat?

Kerana mereka sudah pun berada di tahun akhir pembelajaran. Ya, mengikut Akta Universiti, pelajar yang melakukan kesalahan demikian akan secara automatiknya dibuang universiti. Maka, sia-sialah pengorbanan wang ringgit, penatnya bersengkang mata, letihnya membuang tenaga. Semuanya hilang sekelip mata. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Alahai, ruginya..

Lagi menyedihkan adalah, tindakan mereka yang melakukan kesalahan ini, semua pelajar menanggung malu. Bilamana ianya terpampang di dada akhbar. Ada satu kes, sepasang kekasih menunggang motor di kawasan kampus (mengikut peraturan, berlainan jantina tidak dibenarkan sama-sekali berbuat demikian). Masalahnya, bukan sekadar membonceng, siap melakukan aksi ‘panas’ lagi tu. Rapat-serapat-rapatnya, erat-seerat-eratnya tangan merangkul si kekasih. Meluncur laju dengan bangganya memintas setiap kereta. Tanpa disedari, yang dipintas itu adalah Naib Canselor Universiti. Cari nahas namanya tu..tak pasal-pasal, undang-undang makin ketat..ayooo~

Sahabat sekalian, ingatlah. Dalam bertindak, harus difikirkan dulu. Ingat tak analisis SWOT tu? Praktikkannya. Tak salah kan? Untuk apa sibuk nak merakam gambar ‘seksi’ diri sendiri? Dikala bahagia, ‘semuanya untukmu sayang’. Esok lusa kalau jodoh itu tak berpanjangan, pasti merana. Dah bagi semua, satu kerugian paling besar kan.

Entri ini sebagai peringatan untuk diri aku sendiri. Aku sentiasa beringat, aku membawa nama agama, aku membawa nama keluarga, aku membawa nama negara, aku membawa nama universiti dan aku juga membawa nama aku sendiri. Walau kadangkala tergelincir tersasar dari landasan, pantaslah kembali ikut laluannya.
p/s : maaf, aku masih ketandusan idea dalam menulis dek kerana terkesannya peperiksaan yang lalu

10 comments:

nahmy said...

alhamdulillah & tahniah krn berjaya menduduki peperiksaan tu. mmg bener...yg muda-muda ni selalau sgt 'terikut-ikut' something yg bukan dr agama sendiri & yg bukan dr adat tatasusila sendiri.

sbyk mana & sekerap manapun 'enforcement' yg pihak berpatutan tu buat pastinya tidak berkesan...sebaliknya 'kesedaran' yg timbul dr dlm diri individu itu sendiri yg patut semua pihak berikan sedikit penekanan. media yg mempromosi budaya 'hedonism', dgn hiburan yg melampau-lampau juga sedikit-sbyk memberikan pengaruh...wallahualam.

Ibnurashidi said...

Salam..

Baguslah jika sudah berjaya menyelesaikan hutang dengan pihak IPT. Moga kecemerlangan menjadi milik kamu.

Bercakap soal 'panas' ini, telinga saya tak semena-mena menjadi berdesing. Lalu seperti gunung berapi mahu meletup!

Kerana Valentinelah saya pernah melihat kelibat dua lembaga dengan kelakuan yang agak pelik suatu ketika dahulu di Malaysia.

iliana said...

--> nahmy

alhamdulillah segalanya lancar walaupun sukar huhuhu (mana ada xam yang senang kan).

betul tu,
pengaruh luar itu kuat sekali. dan terikut-ikut tu, bagi saya, disebabkuan kurangnya jati diri sendiri. wah, budaya 'hedonism', budaya yang menganjurkan aspek hiburan kan (sem lepas ambil subjek sains dan etika hehe). apa pun, kekuatan diri sendiri itu masih tidak ada sebenarnya kan..

--> ibnurashidi

salam kembali..

aminn~ mudah-mudahan ada kecemerlangan di situ..

eh, jangan meletup, nanti berkecai (^_^). biar perkataan 'mahu' tu ya, makanya tak meletup lagi.

jika bukan hari valentine pun, dah teruk, inikan pula pada hari tersebut..alangkan dalam bas pun, ditempat orang ramai, duduknya di sebelah orang tua pun dah tak reti nak segan. kadangkala tu, naik motor, yang daranya tu, tangan entah diletakkan di mana pada teruna tu. memang sakit mata memandang. menyampah pun ada..'apalah yang mereka cari sebenarnya'..

DAMAI said...

salam buat seorang mahasiswi yang baru sudah peperiksaan ^^

bagus...bagus entri ni...

bila akal letak kat kepala lutut macam tu lah jadinya...nauzubillah...

sememangnya lelaki memerlukan perempuan dan begitu juga sebaliknya,namun haruslah keperluan itu didahulukan dengan ikatan yang sah dan halal....huhu

semoga Allah ampunkan kita dan mereka...semoga kita dijauhkan dari perkara ini....ameen ^^

perokoksoleh said...

hahaha.....
valentine nie standard...
dulu-dulu...
kawan2xku ramai yg meraikannya..
aku pula menjadi tukang tengok..
tengok free..saper xmou,hehehe

ps:lelaki yang x pikir akhirat xperlu pikir sebb macammanapun dia tetap begitu...lalalaa
ibarat tupai menebuk kelapa..
tupai masih still tupai,hehehe

iliana said...

--> damai

salam kembali buat yang sedang berjuang di sana (^_^)

ya, ianya bagai cas positif dan negatif. sekali tersentuh, wah~ ibarat terkena renjatan elektrik. tapi, suka. alamak..

ya, minta-minta iman kita sentiasa dipelihara oleh-Nya aminn~

--> perokoksoleh

tapi, yang tak bestnya, pusat hiburan dan maksiat semakin mencanak-canak pertumbuhannya..di singapura, siap ada taman khas untuk berasmaradana. apa kes? malaysia pula, biasa la..ikuttt~

p/s : tau xpe..lelaki maintain lelaki..yang jd mangsanya, perempuan..cuba tgk video2 yg teruk tu..jarang kn terpampang muka lelaki..yg dok berguling-guling PEREMPUAN..sedarlah wahai kamu semua..


alamak..maaf, t'paksa gunakan bhs sms..xsmpt nk taip pnuh2 heee~

yEm ^^ said...

salama iliana... semoga kamu sentiasa berade dalam rahmatNya... (^_^)

hurm... sekarang ni semacam sudah menjadi satu kebiasaan @ trend yang 'couple' itu seolah2 bnda wajib...
media massa pula semakin galak mempromosi 'cinta murahan' seperti ini.. dan remaja seperti kita yang sangat mudah terpengaruh, terus terikut tanpa memikirkan akibatnya...

ya Allah, Kau lindungilah kami semua daripada melakukan perkara2 yang mendatangkan kemurkaanMu... amiin...

Dhe said...

Wah!! iliana..

selamat yah!!!
alhamdulillah..
semoga tak lupa untuk terus bersyukur pada-NYA

^^

ashley said...

Salam,
lama tak jengok..

Yang muda sentiasa diGamit GoDaaN tetapi jika Anda BejaYa dalam perjuangan, ganjaran AkHirAT LumAYan

MaNa saTu Yang Di PilIh?
Yang ManA ataU AbaDi?

iliana said...

--> yEm

salam iliyana
ya, bagi saya pemikiran dan jati diri mereka itu terlalu lemah. sehinggakan terlalu mudah mengikut anasir luar walau tidak digahami apakah ertinya.

--> Dhe

salam ketemu..
hehe Insyaallah..semoga kesejahteraan kamu juga terjaga ya di sana (^_^)

--> ashley

salam,
mungkin mereka memilih kenikmatan sehingga lupa segala-galanya.