Saturday, February 14, 2009

EKSPEDISI : MENAWAN PUNCAK GUNUNG JERAI 2009



Baiklah, setelah agak lama dan ramai juga yang mula bersuara bertayakan tentang aktiviti pendakian Gunung Jerai hari itu, setelah semua laporan disiapkan dan setelah semua bahan bukti dikumpulkan, kali ini, aku akan kongsikannya di sini pula. Harap sudi berkongsi menimba pengalaman bersama.


Program ini merupakan modul wajib bagi setiap ahli kelab Kembara UUM, di mana ianya membawa nilai markah sebanyak 50%. Setelah kami bertungkus-lumus menyelesaikan masalah demi masalah yang timbul, akhirnya pada 8 Febuari 2009 yang lalu, kami berjaya bergerak ke sana demi merealisasikan ekspedisi tersebut.


Kami bergerak dari UUM selewat jam 7.30 malam dan sampai di Titi Hayun pada jam 10.30 malam. Dalam kegelapan malam, kami bersama-sama mendirikan khemah di kawasan kaki gunung. Bagi persiapan untuk awal pagi keesokannya, malam itu juga, kami terus memasak untuk sarapan dan makan tengahari sekali. Memandangkan perjalanan yang bakal ditempuhi memakan masa yang agak lama dan meletihkan, tindakan sedemikian harus kami ambil. Walaupun terpaksa berjaga lewat malam.



Memasak menggunakan penunu Bunsen dengan periuk kenduri, memang tidak praktikal. Apinya terlalu perlahan dan tertumpu di tengah periuk sahaja. Ini mengakibatkan nasi yang kami masak jelantah, tapi, telankan juga. Tiada pilihan!



Keesokannya, pada jam 5.30 pagi, kami semua dikejutkan untuk persediaan pendakian. Bersarapan dan mengemas kembali semua peralatan serta khemah lalu bersedia untuk aktiviti seterusnya, iaitu pemanasan badan. Semua ok, kecuali ‘star jump’ sebanyak 100 kali, agak menyenakkan perut kami yang baru lepas diisi.


Pada jam 10.30 pagi, kami pun berlepas ke garisan permulaan pendakian. Di awal pendakian sahaja, ketahanan otot kaki kami sudah teruji. Mana taknya, kami perlu memanjat 1300 mata anak tangga! Baru sampai mata yang ke 500 sahaja, sudah ada peserta yang mengalami kekejangan. Ini membuatkan pendakian kami memakan masa yang lebih lama. Terkebetulannya, pada hari itu juga bersamaan dengan hari Thaipussam (aku tak perlu bercerita mengenainya, dengan harapan kalian mampu memahaminya sendiri).



Hanya berbekalkan sebotol kecil air dan dua biji roti, kami nekad meneruskan pendakian. Walaupun telah diberi kata pilihan, samada naik atau turun. Tidak disangka, pendakian ini rumit sekali. Bekalan air tidak mencukupi. Bagaikan kembara di tanah yang gersang. Maka, seorang demi seorang mengalami masalah kesihatan. Kekejangan otot itu jangan cakap la, tapi, ada juga yang hampir pitam. Nasib baik tidak pengsan. Kalau tidak, masalah juga untuk kami selesaikan masalah itu.



Perhentian demi perhentian, setelah 7 jam pendakian, akhirnya kami selamat sampai ke puncak Gunung Jerai. Dingin sekali dan kepuasan itu membuatkan segala keletihan terbayar. Menikmati permandangan alam semulajadi memang mendamaikan.



Petang itu, kami bermalam di Rimba Rekreasi dan beramai-ramai membakar barbeque. Dan akibat keletihan terlampau, seawal jam 10.30 malam, kami semua diberi keizinan untuk berehat. Kedinginan pada ketinggian lebih 3000 kaki memang membuatkan kami menggigil dalam khemah. Masakan aktiviti seperti ini kami akan membawa selimut tebal. Dengan apa yang ada, semuanya tidak mustahil untuk dijadikan pemanas badan.


Pada hari terakhir, kami mula berkemas untuk menuruni gunung pula. Kaki yang kekejangan itu, usahlah dipertikaikan. Memang sakit! Tapi, tiada pilihan. Masakan kami mahu terus tinggal di puncak gunung hanya dek kerana kaki yang keletihan. Nak tak nak, kami terpaksa juga melenjan kaki sendiri untuk menuruni gunung.




Perjalanan menuruni gunung tidak selama perjalanan mendaki. Mungkin kerana lebih mudah. Kami sampai di kaki gunung pada jam 12.00 tengah hari. Owhhhh~ letih sekali. Hanya itu yang mampu aku perkatakan. Akibatnya, aku mengalami deman selama 3 hari dan semua mengalami kekejangan otot kaki selama 3 hari juga. Pada hari kuliah, tatkala kami terserempak sesama ahli kembara, kami hanya tergelak ketawa. Kenapa pula ya? Kerana melihat gaya jalan orang kejang seolah-olah Robocop semuanya haha..



Namun, itu semua pengalaman manis kami. Ketika kami melintasi gunung tersebut, seolah-olah bermimpi bahawa kami sudah pun berada di atasnya. Soal letih itu kami tolak tepi, kerana yang lebih berharga adalah pengalaman itu sendiri.


Khas untuk tatapan kalian, dalam pendakian kali ini pastinya ada kecederaan yang paling teruk kan. Dan inilah dia kecederaan tersebut..

(Kasut Pengerusi kelab kembara hehe..)

Aku rasa, cukuplah setakat ini perkongsian aku. Nak diceritakan sepenuhnya, panjang sangat nanti jadinya. Semoga pengalaman ini mampu mengajar sesuatu buat kami semua. Insyaallah..
Kemaskini 15 Feb 2009 : ada yang minta aku tambah lagi gambar, termasuklah gambar di sekitar Gunung Jerai. Aku menggaru kepala yang tak gatal. Gambar gunung itu sama sahaja semuanya dan nak tambah gambar lain (ini dah kira banyak dah ni).

19 comments:

alien said...

seronok..
menikmati alam semulajadi~

iliana said...

seronok tu memang la seronok..tapi, mak aiiii

syamfuzz said...

ini ke kak liana? pasni blh la dtg unimas plk ye. wt aktiviti kt cni plk. yg smkc tu cmane? nk join x?

Fakhzan Marwan said...

gunung jerai adalah antara yang paling 'keras' sekali, kan?

:D

hebat...and i take a vow to not to go for camping again...hahahhaha

iliana said...

syamfuzz:
iya, yang inilah..
datang unimas? seperti yang diperkatakan, masa tu tak cukuplah dik..insyaallah satu hari nanti..
yang smkc tu, kalau kena pada masanya, ok juga kalau akak join kan ;p

fakhzan marwan:
eh, takde la kak..gunung jerai tu dah membangun..tak la keras sangat..gunung senyum tu memang popular dengan kisah mistiknya..

lorhh..kenapa tak nak pergi camping pula..best la even penat 'sikit' ;p hehe

KhairiL's said...

besh la dpt tawan gunung jerai

HAHA

Yunus Badawi said...

dulu rakan sekerja saya ada cadangkan kami naik Gunung Jerai ni. Tapi ada pula yg kata tempat tu keras.
Ada jumpa benda2 pelik tak masa e-leeyana ke sana?

iliana said...

khairil's:
memang la best..tapi, kalau orang tak minat, mesti ayat dia macam ni 'takmau dah naik gunung lagi~' hehehe

yunus badawi:
wah~ orang kedua bertanyakan kekerasan gunung jerai..setakat yang kami lalui, tiada sebarang gangguan pun. sedangkan 'rimba rekreasi' (tempat kami bermalam) tu sudah 2 tahun tidak berpenghuni..mungkin yang diganggu itu dah mengasari alam kot..berkata sesuatu barangkali..dan nawaitu pun penting juga..

nahmy said...

tahniah & syabas sbb berjaya menawan gunung jerai tuh...so lps ni gunung mana pulak nak ditawan tu?

iliana said...

hehehe tinkiu tinkiu..tak tahu la sem depan kena buat apa pula..harap-harap bukan everest la..sebab tak cukup haba ;p

FarhanaLicious said...

waah.. mesti bes gila. teringin nyaa!!

iliana said...

sebelum terasa bestnya, terasa dulu seksanya hehehe ;p

Syahidah said...

Hmmm..kak yana..pernah ke puncak korbu-gayung?..cubalah menarik..kelab saya buat underground 2 tahun lepas..kami 13 orang termasuk guider..Jerai pernah sampai di tempat yang boleh gelongsor-gelongsor tu ,sejukkkkk,apa nama lupa pula..tapi semua suka takutkan saya kata tempat tu keras dan berasap-asap ,kabus tebal..tu yang tak pernah pergi..hehe

DAMAI said...

salam pengembara alam yang comeyl ^^

e-leeyana...andai ada aktiviti ini di masa akan datang ( waktu damai dah ada di malaysia)..beritahu ya...mahu join ^^

iliana said...

syahidah:
salam..
eh, mana ada keras dik..rumours je tu kot..jangan la percaya sangat..kalau niatnya betul dan caranya betul, insyaallah tiada apa-apa..

owh~ gunung korbu..uum ada sejarah hitam disebaliknya..insyaallah nanti saya akan ceritakan (cerita secara underground juga hee~)

damai:
salam damaiku sayang (^_^) mana ada comel, tengok gambar tu, dah boleh gorang ikan dah minyak di muka hehe..

insyaallah..bagitahu la bila damai sudah pulang ya..di sini banyak buat aktiviti seperti ini..nak tak nak je untuk turut serta..

kuIna Jentayutiara said...

hiking melalui jln belakang yer... maksunya melalui trek tangga kenari kan... 1 lg trek ke puncak adalah melalui kaki gunung di Gurun.

next time ajak akak sama ya...

iliana said...

ya, tepat sekali..mesti dah pernah naik gunung jerai juga ni kan..insyaallah..

tapi, takkan nak naik gunung yang sama kot..gunung lain la pula ;p

Ibnurashidi said...

assalamualaikum...

Ohh, saya yang anak jati kedah pun belum meredah belukar mendaki gunung Jerai lagi. Gunung Thur Sinai yang memakan masa 4 jam pendakian pula yang saya tawan.

Insya'Allah lepas ni pasti didaki.

iliana said...

waalaikumusalam

wahh~ gunung thursina? teringin nak ke sana. biasa la tu. manusia ni, seringkali tak nampak apa yang di depan mata. saya pun mcam tu juga..gunung di johor, tak pernah pun naik lagi hehe