Tuesday, January 13, 2009

SUKARNYA MENJADI PENJAGA

Lari dari hiruk-pikuk isu dunia, mari menenangkan sedikit pemikiran dengan kisah aku satu ketika dahulu. Satu pengalaman yang agak mahal bagi aku sehingga masih dikenang pada saat ini.

Ketika itu aku menjadi urusetia aktiviti perkhemahan di dalam hutan dengan bilangan peserta hampir 150 orang. Aku akui, bukan perkara yang mudah dalam memastikan keselamatan mereka. Kadangkala, urusetia sendiri perlu berkorban demi keselesaan pesrta. Khemah terbaik diberikan kepada peserta, tetapi urusetia pula hanya tidur di celahan akar pokok sahaja – berembun kedinginan. Apakan daya, jika masalah teknikal timbul dan tidak dapat dielakkan bersama.

Ketika beraktiviti di malam hari, peserta berjalan di atas jalan yang baik kondisinya, manakala urusetia pula terpaksa lalu dan duduk di dalam semak belukar demi memerhatikan keselamatan mereka. Habis digigit nyamuk kami semua. Baru mata nak terlelap, laporan kehilangan seorang peserta kami terima. Aduh~ kaget juga dibuatnya. Tidak lama kemudian, tiga das tembakan kedengaran diiringi salakan anjing yang hampir ratusan bilangannya aku rasa. Yang terlintas dalam fikiran kami hanyalah, “matilah budak ni”.

Terkocoh-kocoh kami keluar dari semak lalu menyusul asalnya bunyi tersebut. Dalam hati tidak putus berharap, agar peserta itu terselamat. Kaki lenguh berjalan mencari jejak jauh ke dalam hutan sehingga menghampiri kawasan perkampungan Orang Asli, tapi masih tak juga diketemui. Dalam longlainya langkah kami, tiba-tiba sebiji motor datang menghampiri kami lalu berhenti. Seperti aku kenal pakaian Si Pembonceng motor ini. SAH! Dengan senyum simpul yang langsung tidak bermakna itu, dialah peserta yang hilang tersebut. “Ini kawan kamu ka? Dia dah masuk kawasan kebun kami” bicara Si Penunggang motor tersebut. “Maaf ya tok, dia tak sengaja, tersesat” kami membalas. Rupanya peserta tersebut tersalah masuk simpang. Dugaan~

Ketika semua peserta sudah selamat tiba, mereka dibenarkan tidur. Manakala urusetia akan berjaga demi memastikan keselamatan mereka. Mata sudah membengkak menahan ngantuk, kedinginan malam di dalam hutan semakin menggigit-gigit tulang kami dan memaksa kami untuk menyalakan unggun api lalu memasak megi hehe..

Menjelang pagi, urusetialah yang membangkitkan mereka. Ketika mereka bersuka-ria beraktiviti, itulah kalanya kami mencuri-curi masa untuk melelapkan mata.

Sungguh tidak dijangka, hujan akan turun membasahi bumi. Aduhai, bertambah kesejukanlah kami. Peserta diarah duduk di dalam khemah masing-masing. Urusetia pula bagaimana? Khemah pun tiada! Kami meredah hujan dari satu khemah ke satu khemah untuk menghulurkan makanan dan minuman. Perut pasti bertambah rancak menyanyi ketika cuaca sejuk begini. Dan itulah tugas kami. Untuk keselamatan baju agar tidak lencun dibasahi hujan, kami menebuk plastik sampah yang berwarna hitam di bahagian bawah dan sisinya untuk melepaskan kepala dan tangan lalu disarung menjadi ‘ala-ala’ baju hujan. Memandangkan baju hujan ciptaan kecemasan kami itu tidak berpenutup kepala, kami ambil pula plastik bertangkai berwarna merah untuk disarungkan di kepala pula. Nak tengok macam mana? Haha..cubalah sendiri. Pakaian seragam ‘ultramen’ pun tak secanggih ciptaan kami.

Ketika di dalam bas perjalanan pulang, peserta selesa duduk di atas empuknya kerusi, manakala urusetia hanya duduk di tengah laluan di dalam bas sahaja. Tanpa mengendahkan kaki-kaki wangi tersebut, berbantalkan beg, kami semua lena dibuai mimpi sehingga sampai ke desinasi.

p/s: orang ramai nak jadi urusetia ya, walhal itulah tugas paling berat ketika berprogram yang sebenarnya.

p/p/s: akan menjadi penjaga peserta lagi pada awal Febuari nanti. Kali ini, ke Gunung Jerai pula. Apakah yang bakal tejadi ya?

33 comments:

alien said...

menjadi urusetia yg betanggungjawab sukar..
biase aku tgk drg jadi urusetia utk mencari populariti.. buat kerje sambil lewa..
aku ada pengalaman camnie..
sedih aku..

Yunus Badawi said...

Di dalam kesukaran itulah kita boleh banyak belajar. Ianya akan berguna bila e-leeyana melangkah ke dunia sebenar selepas tamat pengajian nanti.

apei budak kampung said...

gua penah jadi urusetia rumah merah masa hari sukan sekolah dulu. perhh penat weh..

e-leeyana said...

alien:

hehe..memang tak dinafikan ada yang jadi urusetia untuk 'glamor'. dan urusetia yang macam tu la yang banyak membawa masalah.
tapi, nak buat macam mana. lain kali jangan ambil diorang jadi urusetia lagi je la..

e-leeyana said...

en.YB:

insyaallah en.YB..itulah pengalaman yang sangat berharga kan. dari peserta kepada urusetia. lepas ni, apa pula?? hehe jeng..jeng..jeng..

e-leeyana said...

apei budak kampung:

salam kenal ya..

memang penat pun jadi urusetia. bayangkanlah, kami ber'camping selama 3 hari, 3 hari tu la kami tak mandi (opsss~ kantoi) dan selama 3 hari tu, cuma 3 jam je kami tidur. memang penat..

DAMAI said...

salam sayang buat kamu e-leeyana..

wah2..damai kagum sebenarnya dengan e-leeyana...banyak kali pergi aktiviti ke'hutan'an,pasti e-leeyana seorang yang berani dan berjiwa kental...cemburunya ^^

sememangnya tugas menjadi seorang penjaga bukan mudah...sedikit leka,banyak perkara buruk boleh berlaku...namun,tahniah buat e-leeyana kerana mampu menjadi penjaga yang baik..bangga dengan kamu ^^

insafi diri...lelah letih sudah diri menjadi penjaga hanya untuk beberapa kerat manusia..sedangkan Allah,mentadbir sekalian alam,dari sekecil2 hingga sebesar2 makhluk ciptaan-Nya tanpa kecacatan sedikitpun...maha suci hanya bagi-Mu Ya Allah...

teruskan juangmu e-leeyana...kalau ada pengalaman yang best2,silalah tulis lagi...damai suka ^^

jaga diri ^^

e-leeyana said...

salam sayang buat Damai..

ya, sungguh Maha Agung pencipta sekalian alam kan, jika nak dibandingkan dengan diri ini, aduh kerdilnya..

memang saya suka aktiviti lasak. nampak je macam sopan (sopan ke saya ni hehe?).

insyaallah saya akan ceritakan lagi di masa akan datang. koleksi banyak, tapi nak sampaikan tu susah juga. kalau tiada mood untuk menaip, tak menjadi hehe..

OJENG said...

huhu.teringat lak zaman2 sekolah.masa busy ngam keg camnih.rindu lah plak.huhu.skang duk hostel-makan pi kuliah cahtting tido je.huhu.

e-leeyana said...

eh..why not..buat je la camping..anjurkan sendiri, buat paperwork hehe..tapi, komitmen tinggi la..takpe, janji ada pengalaman kan..itu yang penting

Yunus Badawi said...

Lepas ni jadi facilitator dan lepas tu boleh bukak kem latihan sendiri. Nak gah lagi dapat kontrak buat kem PLKN!

BurungBelatuk said...

Memang sukar jadik penjaga,,,yang paling senang aku nengok penjaga@guard kat area kedai aku tuh...pegi pagi tutup lampu pastu blah.malam datang on balik lampu. tau2 kat post kosong...hu2...anyway, aku dah kembali. Sudi2 la singgah kat blog aku k...

sultan said...

apa bakal terjadi? harap2 x ujan la kat gunung jerai tu. nnt x pasal2 kena bertukar jd ultraman skali lg...

duOne_sTarz said...

ade x org tanye... " no tefelon berape??" kui3

Fakhzan Marwan said...

akak nyampah jadi urusetia, tambah2 kalau jadik secretary,VVIP akak yang jaga! makkkkkk!

:D


hehehhehe, berazam takmo jadik dah lepas nih!

e-leeyana said...

en.YB:

uishh tinggi cita-cita itu. insyaallah..doa-doakanlah ye hehe..

e-leeyana said...

burung belatuk:

welcome back hehe..
owh, kalau yang itu, ada lagi pekerja ang lebih relaks dari itu. iaitu, hanya perlu memanaskan 400 buah kereta milik kerabat diraja mana entah (tak ingat). itu sahaja tugas dia setiap hari..

fuhhh~ memang ganas kerabat diraja tu kan

e-leeyana said...

sultan:

gulpp...alamak, hilang keayuan palsu saya nanti. aduh..tidakkk...cukuplah sekali pengalaman itu

e-leeyana said...

duone:

huh, nombor telefon? err...er...er...biarlah rahsia hehe..ade ke tak ye? owh..itu semua tersimpan rapi..

e-leeyana said...

fakhzan:

memang penat jadi urusetia. tapi, apa kan daya, kalau dah orang mencari untuk membantu mereka. terpaksalah berkorban huhu..

lepas ni, saya nak ambil jawatan bawah-bawah je. senang dan hepiii~

en_me said...

tanggungjawab tewww..

e-leeyana said...

salam kenal en.Me..

errr..yup, since orang dah bagi kepercayaan, wajib untuk penuhinya kan..ohhh~ kehidupan hehe

suara said...

Salam e-leeyana...
Kak su pernah gak pegi camping dalam hutan sekali. Kem bina semangat. Tdo dlm khemah beralaskan daun-daun kering. Mandi pun kat sungai je. Memang best sgt.

Yang susah sikit ialah nak solat. Dengan aktiviti yang tak menentu dan pakaian yang tak begitu bersih, rasa serba tak kena.

Bila fikirkan itu, mmg rasa serik nak pegi lagi. Tapi rindu dgn alam semulajadi dan cabarannya...

Sifu Mirza said...

waaa yana...

bolehlah jadi urusetia program saya...

:-)

Ibnurashidi said...

Bicara tentang penjaga dan urusetia ya..saya hanya pernah menjadi Ajk biasa saja..belum sempat untuk berjungle trcking secara serius..mungkin nanti..

Apapun hati2 ya dihutan..kerana hutan itu punya khazanah bermacam..

Syahidah said...

Oh kita punya minat yang sama..cuma sejak kebelakangan ini keterbatasan masa membuatkan saya agak menjauhkan diri daripada aktiviti masuk hutan..Bukit Bendera ,Pantai Kerachut (pulau pinang)..sekali mendaki puncak tinggi di Perak..Korbu dan Gayong..

ajaa~ said...

waah..
memg susah jadi urusetia nieh!
kita jea yg banyk korban..

*tpi e-leeyana memg baik ati~

e-leeyana said...

kak su:

salam kembali..
kalau difikirkan solat, itu memanglah agak menyukarkan. tapi, ustazah saya ada berkata, selagi tak nampak sendiri najis atau apa-apa yang membatalkan dengan mata kasar, kita perlu yakin untuk bersolat.

memanglah kadangkala tak selesa. tapi, solat jugalah

e-leeyana said...

sifu mirza:

hu hu hu...program apa tu sifu? kalau kursus kahwin saya tak boleh la hehe

e-leeyana said...

ibnurashdi:

pengalaman itu yang penting kan. ya, tepat sekali! memandangka itu bukanlah kawasan kita, tahap keberhatian serta-merta menigkat kepada 200% kali ganda. terutamanya kata-kata..

e-leeyana said...

syahidah:

berbicara tentang gunung korbu, UUM ada sejarah hitamnya sendiri. dulu, ada program yang dipanggil G-7, iaitu menawan 7 gunung tertinggi di Malaysia. dan salah seorang perserta meninggal dunia di gunug tersebut kerana sesak nafas.

e-leeyana said...

ajaa~:

terima kasih sebab bersusah payah untuk memberi komen di sini..

apa pun, ni baru cerita ang baik-baik je hehe..

ajaa~ said...

oo..ok..
hehei..
xsusah sangat pun..