Tuesday, January 6, 2009

SUGAR BABES

Salam hormat kepada semua. Sebelum aku meneruskan bicara, pernah tak anda mendengar istilah di atas? Aku harap pernah (maka mudahlah untuk aku bercerita hehe). Sugar babes (sugar baby) yang dipelihara atau ditaja oleh sugar daddy. Aku yakin, bahawa anda telah lali dengan dua istilah ini kan. Untuk itu, izinkan aku untuk berkongsi rasa.

Nafsu manusia untuk hidup dengan senang atau mewah itu semestinya ada. Masalah beratnya adalah jika ada yang menggunakan jalan pintas untuk kecapinya. Bermula dengan keinginan dalaman, sehinggalah berdasarkan faktor persekitaran, Si Gadis terus mencari jalan. Duit pinjaman atau biasiswa atau pama* sudah habis dibelanja untuk bergaya seperti anak orang kaya, kali ini bagaimana pula?

Aku sedih bila mendengar cerita bahawa asalnya Si Gadis hanyalah dari kampong (aku juga hanya gadis kampung). Si Ayah hanyalah penoreh getah, Si Ibu pula pencuci pinggan, namun setiap helai pakaian yang tergantung di badan seolah-olah Si Gadis berdarah bangsawan. Tidakkah terfikir, berapa kerat tulang Si Ibu, berapa kolah keringat Si Ayah untuk memberi pendidikan kepada Si Anak? Namun, sewenang-wenangnya dihabiskan dengan begitu sahaja. Aku tersangatlah loya bila mendengar, “I tak biasa la pakai bra murah ni.” Bagi kami (merujuk kepada Si Pencerita), tiada masalahnya pun, asalkan ada dan selesa daripada tiada, duduknya pun hanya di dalam sahaja. Lagi menjengkelkan bila yang berbicara itu bukannya anak jutawan mana pun. (maaf, jika contoh agak kurang bersesuaian. Namun, inilah realitinya).

Lagi kritikal bagi aku, apabila ada yang malu untuk memberitahu atau mengaku bahawa Si Polan itu adalah ayah atau ibu dia. Ataupun, bila ditanya asal dari mana, seboleh-boleh ingin lari sejuta langkah berpaling muka tidak mahu menjawab. Kenapa? Hina sangatkah mereka sebagai ibu bapa yang telah membesarkan kita? Sedarlah wahai Si Gadis, engkau ke sini dengan duit siapa? Sepatutnya engkau berbangga! Bukannya satu kerja yang berat untuk sekadar mengharumkan nama mereka.

(Terimbas nasihat pensyarah Sir Ahmad bin Ali dalam kelas e-Comm2 yang lalu. Kami bahasakan beliau ‘Ayah’ dan kami sebagai ‘Anak Ayah’. Setiap bait katanya penuh nasihat yang berjaya membuatkan kami menitiskan air mata. Nasihat yang tulus dari hati. Sungguh, aku merindui ‘Ayah’)

Mereka membanting tulang mahu memberi wang kepada Si Anak bagi memastikan Si Anak dapat belajar. Betapa bangganya mereka pabila berjaya menyekolahkan Si Anak sehingga ke menara gading. Namun, jauh di sini, hakikatnya Si Anak hanya tahu bermandi manda dalam madu dunia. Apakah reaksi Si Ibu, apakah lagak Si Ayah jika dapat tahu? Pasti berkecai hatinya, pasti kering air matanya.

Si Gadis masih lagi membuta dalam menjalani kehidupan. Pasti ligat akalnya mencari jalan. Aku hairan, penting sangatkah bergaya di setiap kaca mata manusia? Adakah dengan bergaya atau bermewah seperti itu dapat memberi 4.0 dalam keputusan peperiksaan? Aku tengok, tak juga! Apa yang dicari dalam hidupmu sebenarnya wahai Si Gadis? Penting sangatkan ia sehingga sanggup meletakkan diri kamu di tempat yang sehina itu? Tiada jalan lain lagikah yang halal dari yang haram itu? Mengapa akalmu tidak setinggi tempat di mana kamu berada ketika ini?

Janganlah dikejar kebahagiaan yang sementara itu. Sehingga sanggup menjual diri semurah ini. Cuba kau lihat, kerana satu kemewahan yang engkau tagihkan, banyak kemewahan lain yang engkau rugikan. Cubalah engkau fikir jauh sedikit, dengan begini, siapakah engkau di akhirnya? Adakah sugar daddy yang ingin menaja wanita tua? Dan ketika itu, barulah engkau terkais-kais mencari sumber yang lainnya. Belum tiba masanya untuk engkau semewah itu. Panjatlah sendiri tangga di hadapan ini, kibarkanlah bendera di puncaknya. Janganlah engkau menumbangkannya. Jika terhempap diri sendiri, engkau juga yang parah.

*pama (tajaan kewangan dari papa dan mama)

p/s : marilah kita saling ingat-mengingatkan. Semoga aku dan kalian dijauhkan dari bertingkah laku sedemikian.
p/p/s: kepada sesiapa yang tahu mana-mana syarikat yang boleh membuat penajaan, sila e-mailkan pada aku ya..

30 comments:

faridmw said...

salam... mcm penah dgr... semoga berbahagia selalu..

SangMentari said...

Apa ada pada gaya dan kecantikan jika jiwa kosong. Entri ini memang bagus untuk mereka yang sentiasa hidup dalam bayang-bayang sendiri.Tak pernah berpijak di bumi yang nyata.

Fakhzan Marwan said...

salam,

benar kah ada lagi gadis sebegitu? layaknya macam cerita dolo2 sahaja.

tak sangka, uishhhhh, maklumlah, akak ini mungkin naive sedikit!

Syahidah said...

Oh ada ya lagi yang begini...moga insaf..kalau dia tahu peristiwa di Palestin..hayati..tak mungkin sanggupu buat begitu..

Suka Bebel said...

manusia makin kalah dengan nafsu sebab semakin hampir dengan bisikan syaitan akibat menjauhkan diri dari tikar sembahyang

e-leeyana said...

faridmw:

salam..lama menyepi Si Farid ini..semoga berbahagia juga buat sahabat di sana

e-leeyana said...

sang mentari:

terlalu banyak lambakan manusia seperti ini. dan ianya terlalu menjengkelkan saya dan mungkin semua juga. lebih pilu bila fikirkan ibu bapa mereka

e-leeyana said...

fakhzan marwan:

salam,

ada kak..kadang-kadang tu bukan niat kita nak menjaga tepi kain orang. tetapi, belanga itu terpecah dengan sendirinya di akhir permainan mereka sendiri.

akibatnya, sendiri yang malu dan mahu mengelak diri..

e-leeyana said...

syahidah:

biasanya mereka ini sudah buta hati. selagi tiada musibah melanda, mereka takkan berundur. tapi, mudah-mudahan mereka segera sedar.

e-leeyana said...

suka bebel:

ya, tepat sekali. dan golongan ini sering dikaitkan dengan 'culture shock' kan. pucuk pangkalnya adalah hati mereka yang sebenar.

ajaa~ said...

jauhkan lah dari kita2..
camna boleh ada sugar babie tu??
dorg pk dorg lawa lah tu..
leh jual semua..
arh!!sya pun benci lah!!!

13may said...

hmmm...mcm mcm...


salam...apa kabar?

take care :)

DAMAI said...

salam buat kamu e-leeyana...

hmm entri yang bagus...namun,damai tak berani nak komen banyak2 hehe apa yang pentin,semoga kita semua dijauhkan dari sikap sebegitu...ameen ^^

semakin panjang perjalanan,semakin ramai jenis manusia yang akan kita jumpa...moga mana yang baik,kita contohi...dan mana yang memerlukan pimpinan kita,kita bantu mereka ^^

sayang kamu !!

e-leeyana said...

ajaa~ :

mungkin mereka terlalu kejarkan dunia glamor. lagi satu, mereka nak orang lain pandang mereka. seperti yang saya pernah dengar, mereka mahu semua mata tertumpu pada mereka seandainya mereka melintasi kawasan tersebut. malangnya, cara sebegitu agak cetek pemikirannya..

semoga kita dijauhkan..aminn~

salam kenal ya

e-leeyana said...

13May :

salam

dunia ni memang macam-macam pun..hehe..

khabar tak berapa nak baik..sedang deman n batuk n selesema n takde suara..hoho

e-leeyana said...

damai :

ya, sebab itu ramai yang risau jika melihat dari bangku sekolah lagi, ada yang bertindak liar. kerana, setelah mereka keluar nanti, lagi pelbagai ragam yang mereka jumpa. takut, makin parah jadinya.

sayang kamu juga Damai (^_^)

etomyam said...

laa ni bukan takat bebudak studeng simpan sugar cane...ehh, sugar daddy, yg dah keje n bini orang pun ada.....cuma x keluar berita jer...kenapa yer? manusia dan nafsu memang x pernah puas

FarhanaLicious said...

sugar babes. betul betul babes orang macam neh. sungguh membenci kan. sebagai seorang babe, saya malu dengan perangai sugar babes tu. harap mintak jauh dengan perangai macam tu. amin~

SangPelangi.com said...

Tergamam. Tiba sudah waktunya wang merajai segala.

p/s: PaMa itu jenama makanan bihun segera kesukaan ramai. Aku suka. Hehe.

OJENG said...

salam.
da banyak citer cam nh.member aku pon ade yg cam nih.
kesian mak bapak si gadis tue.
nak pakai bra xley blah nak mahal2.
oi.bwh rm 10 okey pa.hahha
opss!!
p/s:ini bukan mencarut.ini jawapn kpd contoh artikel tue.hehe

e-leeyana said...

etomyam:

sememangnya manusia tu sukar untuk berpuas hati dengan apa yang mereka sudah ada..maka, tak hairanlah..ya, yang keluar di berita tu mungkin baru 1% sahaja kan

e-leeyana said...

farhanalicious:

hummm...nak benci ke tak ye..patut benci ke tak ye..humm..ikutkan hati memang meluat..ikutkan akal, tak baik, baik kita bantu menyedarkan mereka..kasihan pada yang melahirkan tu..

semoga kita dijauhkan. aminn~

e-leeyana said...

sang pelangi :

ini baru duit. kalau dah bertukar kepada kuasa pula di kedudukan segalanya, lagi parah. semua negara berperang agaknya. jaga adik kau tu ye hehe..

p/s : aduhh~ lari topik ni..di jepun ada ke megi pama tu???

e-leeyana said...

ojeng:

hehehe..aduh, adakah perlu diubah contoh tu? tapi, itulah apa yang saya terdengar dan sangat meloyakan. takkanlah perkara sebegitu pun nak di gayakan. kadangkala, jenama ye yang glamor tapi, kualiti hancur juga. lagi best kalau itu adalah tiruan hehe

OJENG said...

tahu takpa.hehehe.apa ingat mentang2 jenama terkenal.kualiti sume bagus ke??huhu.menag membeli.alah memakai gitu.tara paham2 ka?.hahahah

Yunus Badawi said...

Kat UUM adake sugar babes ni? Boleh ke mereka bersaing dgn yg dari Siam?

ashley said...

Salam kenal nak..
semoga dirimu dilindungi oeh Allah hendaknya..

e-leeyana said...

ojeng:

p/s: yang berkualiti itulah ang menyumbang kepada Israel untuk menyembelih Islam kan..maka, carilah barang berkualiti yang lain

e-leeyana said...

en.YB:

haha..aduhai..saya belum bertaraf agen007 untuk menyiasat..tapi, tiada yang mustahil kan..owh ya, gadis-gadis siam di sini sopan-sopan belaka..kalah gadis malaysia..tapi, kesantunan mereka memang bisa mencairkan hati ramai pria..patut la ramai yang ke siam ye..

e-leeyana said...

ashley:

salam kenal juga buat kamu..

semoga diri kamu dan semua juga dilindungi Allah s.w.t (^_^)