Tuesday, January 20, 2009

SEDIKIT NOTA LETIH

Salam semua..
Aku tak tahu bagaimana harus aku berbicara dalam meluah rasa yang terbuku di dada. Satu impak tekanan jiwa (tapi belum sampai tahap sakit jiwa) yang telah meragut kewarasan akal dan emosi aku. Sungguh, aku cuba untuk tidak menjadi naga berapi ketika bersua muka dalam majlis syura. Majlis yang diadakan untuk menyelesai dan membincang masalah bisa bertukar kepada disebaliknya.
Ingin aku ingatkan, jikalau kita dah diberi kepercayaan tanggungjawab di atas sesuatu perkara, hendaklah kita melunaskannya. Bukan sekadar melepaskan batuk ditangga yang akibatnya, orang lain yang sengsara. Apa yang aku bicarakan ini? Ahhh~ sungguh, benak aku sangat tepu, mata aku kian layu, jiwa aku semakin mendayu sayu.
Jikalau satu hari mempunya 34 jam, alangkah bahagianya aku. Namun, itu adalah mustahil. Sudah tercatat dalam al-Quran, di antara tanda akhir zaman adalah manusia akan semakin sibuk dengan urusan hariannya. Ya, aku merasainya. Sungguh, aku letih ketika ini.
Teman, maaf sekiranya aku membuat omongan kosong kali ini. Masa itu terlalu mencemburui aku sehinggakan aku tidak mempunyai sedikit pun masa untuk bersantai. Aku letih dan mungkin selepas ini, aku akan semakin letih...
p/s: perhatian kepada semua, jika anda ada cadangan lagu yang bersesuain untuk dijadikan tema program 'Kem Kecemerlangan Kepimpinan' dengan slogan kata 'Segalanya Bermula di Sini', sila maklumkan kepada aku ya. Aku ketandusan idea...

17 comments:

ajaa~ said...

oo...
cian nye letih yea..
memg skang makin bizy, dunia akir zaman??

duOne_sTarz said...

maksudnya dier xde mase nk tulis blog ^^

Tirana said...

Berehatlah seketika untuk menghilangkan segala keletihan..tarik nafas panjang-panjang...

suara said...

Salam Eleeyana...
Kak su faham benar erti kesibukan yg melemahkan dan meletihkan. Tapi satu yg kak su pegang, selalu meminta pada Allah. Mohonlah agar diberi kelapangan dan keupayaan untuk menjalankan amanah. Sesungguhnya Allah yg memberi kita masa.

Erm... Teringat catatan prof kamil (penulis buku travelog haji dan travelog dakwah) tentang masa dan kesibukannya.

FarhanaLicious said...

tau takpa. semua nya tak sempat nak buat dlm masa 1 hari. tau tau aje dah malam.

Yunus Badawi said...

Cukuplah 24 jam sehari semalam. Kalau 34 jam lagi letihlah. Kalau nak minum Milo utk tambah tenaga pun dah kena boikot.
psst - gunakan lagu Seha tu tak boleh ke?

Sifu Mirza said...

yana...

jika kita letih sebaik selepas beribadah.. tandanya Alhamdulillah diberkati & dirahmati insya Allah gerak kerja kita...

jika kita 'blank' seketika..

itu tandanya Allah mahukan kita berehat barang sebentar...

:-)

yana said...

salam... kerje apa pon, kalo kite niatkan kerana Allah, itu pon dikira sebagai ibadah... jadi, pulihkanlah semangat anda kembali yer.. =)
(akhirnya terbuka juga hati nk tulis komen kat sini.selama ni pembaca senyap je..hehe..)

13 said...

salam membalas ziarah..setelah sekian lama =p

BurungBelatuk said...

manusia memg begitu...nak lagi kau melibatkan duit, rambang atau gelap terus mata tuh...payah nak cari orang yang betul2 amanah...

aYuNi said...

keletihan mmg menjadi teman setia kita e-leeyana.... semoga kamo tabah ya!

meo188 said...

wah... rehat2... layan komik jom!!!

Suka Bebel said...

muda muda lagi dah letih ke?jauh lagi perjalanan tu.hhee

iliana said...

ajaa~ :
hehe..maintain letih lagi. walaupun dah bercuti.. (^_^)

duOne_sTarz:
masa untuk menulis tu tiada masalah. sebab ada backup yang dah ditulis lama dulu. cuma nak membalas komen dan lawatan rakan blog tu yang terhad.

tirana:
alhamdulillah..lepas cuti ni kurang sikit letihnya. mudah-mudahan cukup tenaga. aminn~

iliana said...

suara:
salam kembali kak su
terima kasih atas peringatan kembali. al-maklum la, biasanya dalam kesibukan pasti banyak yang terlupa. mudah-mudahan saya tak terleka.

farhanalicious:
hehe..nak buat macam mana. pasrah je la. kalau dah ini la yang perlu dihadapi. sabar~

Yunus Badawi:
owh~ ya tak ya juga kan. inilah namanya berfikir gunakan nafsu. menyesal menyesal. insyaallah saya akan cari lagu 'seha' tu.. terima kasih ya (^_^)

iliana said...

sifu mirza:
terima kasih. wahh~ saya akan manfaatkan komen sifu.

yana:
iya, harap-harap niat saya maintain di jalan-Nya. owh~ terima kasih yana (nama gelaran sama hehe) kerana sudi komen di sini.

13:
insyaallah saya akan membalas ziarah saudara kembali. hehe terima kasih ya

iliana said...

burung belatuk:
hehehe..manusia oh manusia..nasib baik ang ni kerja amal, tak melibatkan duit langsung.

ayuni:
doa-doa kan la semoga saya terus tabah (^_^)

meo188:
komik itu sentiasa ada hehe..alamak pecah rahsia

suka bebel:
gulppp...uiiii...