Saturday, January 3, 2009

DOA BUAT MEREKA


Dengan lafaz bismillah, aku memulakan bicara untuk entri kali ini. Walaupun aku sedia tahu bahawa sudah terlalu banyak blogger yang mengutarakan isu ini, atas saranan beberapa pihak untuk aku turut serta menyebarkan maklumat ini secara serius amat digalakkan. Maka, atas dasar rasa tanggungjawab, aku cuba sedaya upaya untuk menaip entri ini. Maka, turutilah ia dengan sebuah pembacaan yang penuh rasa tanggungjawab juga.

Tarikh 27 Disember 2008 yang lalu merupakan satu titik permulaan untuk umat Islam turun beramai-ramai berjihad di atas satu medan perang yang masih penuh kekaburan apakah motif utamanya. Benarkah tujuan utamanya adalah bagi melenyapkan Hamas? Walau beribu tentera yang turun membina benteng pertahanan, walaupun ribuaan demonstrasi jalanan dilaksanakan, walaupun jutaan e-mail disebarkan bagi menyuarakan bahawa kecewanya kita ke atas tindakan Israel, itu belumlah memadai untuk menggoyah mereka lalu berundur diri.

Umat Islam dimusuhi dan difitnah dengan melabelkan kita sebagai pengganas. Lagi memburukkan keadaan, bila ada yang menyangka bahawa penganut Islam ingin menakluk Barat. Lalu, mereka terlebih dahulu membuat perancangan tindakan untuk menyerang sebelum diserang walaupun perkara ini belumlah terbukti kesahihannya. Adakah hipotesis itu yang menyaran kepada tindakan Israel? Kerana, kita sedia maklum bertapa akrabnya hubungan diplomatik antara Israel dengan Amerika Syarikat. Walaupun jika benar itulah perancangan pasukan gerakan radikal Islam, adakah ia setara dengan tindakan Israel sekarang? (untuk maklumat lanjut, sila taip kata kunci ‘Obsession: Radical Islam's War against the West’ di enjin pencarian anda. Di youtube juga ada).

Selamilah hingga ke dasar mengenai punca ini, kerana hanya melalui akar umbinya sahaja kita mampu mencari jalan penyelesaiannya – insyaallah.

Tatkala kita bergembira menyaksi warna-warni bunga api ditambah dengan pembakaran mercun lalu kita menjerit kegembiraan dengan lafaz, “HAPPY NEW YEAR!” ketahuilah, bahawa tatkala itu jugalah saudara seIslam kita yang berada di Palestin sedang melihat terangnya cahaya letupan bom lalau mereka juga menjerit, tetapi dengan lafaz, “ALLAHU AKBAR! LAILLAHAILLALLAH!”. Secara kasarnya, situasi yang dilalui adalah sama. Namun, kita bergembira tetapi mereka berduka.

Jika kita sukar untuk memahami kesinambungan penyembelihan ini, sekurang-kurangnya cubalah kita rasai penderitaan mereka. Lalu, berdoalah untuk kesejahteraan mereka dan semua saudara seagama kita. Jika kita tidak mampu membanting tulang mengangkat senjata, bantinglah tulang kita untuk sujud dan mengangkat tangan memohon kepada-Nya.

Kini, telalu banyak manusia yang bertopengkan kebaikan, tetapi hakikat yang sebenar adalah disebaliknya. Apakah rasanya jika orang yang kita gantungkan sekalung harapan, tetapi dialah sebenarnya pencetus penderitaan itu. Dan itulah apa yang diperkatakan mengenai Mesir yang membuka laluan kepada Israel – wallahualam min sawaf. Kita sukar untuk mengenalpasti musuh dalam selimut. Tetapi, yang pasti adalah musuh itu takkan mampu terus mendiamkan diri di dalam selimut jika kita semua bersatu dengan teguh.
Dan kini, ramai penggiat politik Islam memukul canang untuk kita semua bersatu membentuk khilafah. Namun, adakah ramai yang mampu mendengar bunyi pukulan itu? Aku ada letakkan link web khilafah di bahagian kiri blog, silalah klik di situ untuk memahami mengenai konsep ini. Walaupun ilmu politik aku terlalu tipis, dan aku juga bukanlah penggiat politik, namun tiada salahnya untuk turut menggerakkan jentera yang mampu mendatangkan faedah yang berlipat ganda.

“Tidaklah sama antara mu’min yang duduk (yang tidak turut berperang) yang tidak mempunyai uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk satu darjat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar” (QS An Nisa : 95)

Jika hari ini hari mereka, mungkin esok lusa hari kita pula…

28 comments:

Tirana said...

Mudah-mudahan Allah merahmati rakyat dan bumi Palestin.

K-A!R-yL said...

Allahuakbar..

fiezafadilla said...

sama2lah kita doa untuk kesejahteraan umat Islam kat sana....
salam kunjungan..

DAMAI said...

salam e-leeyana syg..

memang sungguh bersemangat kamu ini...(meskipun hanya melalui tulisan,damai dapat lihat dan rasai semangat itu..)

teruskan doamu wahai sahabat...di samping doa buat para mujahid di Palestin,kirimkanlah juga doa buat sekalian umat Islam yang lain,agar berani bangkit bersatu membela nasib Palestin...ameen..

e-leeyana said...

tirana :

mudah-mudahan Allah merahmati mereka khasnya dan semua umat Islam amnya..aminn~

e-leeyana said...

K-A!R-yL :

aduhh~ susah sekali nak taip nama samaran kamu ini hehe..terima kasih atas sokongan kamu juga..

e-leeyana said...

fiezafadilla :

salam kunjungan juga buat kamu

jangan putus berdoa..selemah-lemah jihad yang mampu kita laksanakan ketika ini adalah berdoa untuk mereka..

e-leeyana said...

damai :

salam damai sayang (^_^)

terima kasih atas pujian walaupun saya sedar ianya bukanlah seberapa..hanya inilah yang saya mampu..alang-alang mempunyai bahan ang boleh digunakan, apalah salahnya menyelitkan sedikit usaha murni ini kan..menyambung usaha yang lain juga

ya, semoga mereka itu akan terus sejahtera dan tidak berputus asa dalam mempertahankan agama..aminn~

warkahraudhah said...

Jazakallah atas tulisan kasih dan sayang untuk saudara-saudara di palestin.Semoga kita semua tidak putus-putus berdoa dan melafazkan qunut nazilah.

Semoga tentera-tentera Allah akan menghancurkan musuh-musuhNya.Rejim israel tidak kenal erti perikemanusian...adakah mereka hanya mengenal bahasa perang?-Sungguh azab Allah itu amat berat.Allahuakbar.

Syabas untuk kamu kerna bertindak untuk rakyat palestin,biarpun dalam rangka dan ruang kita yang kecil.

e-leeyana said...

warkahraudhah:

jika kecil ruang ini mampu berkuasa besar alangkah bagusnya bukan. dan jika setiap ruang yang sekecil ini juga mampu bersaudara dengan semangat bersatu yang utuh pasti kita mampu menggerakkannya dengan satu kuasa yang menakjubkan. tapi, apa kan daya, masih ramai yang memilih untuk menjadikan ruang kecil ini dengan omongan kosong. saya juga begitu. nampaknya, perlu ditukar alirannya..

p/s : terima kasih melawat ya

SangMentari said...

Kagum melihat semangat anak muda seperti kamu. Semoga Islam terus tertegak di bumi Palestin. Sama-samalah kita membela nasib mereka.Inyaallah...

salam dari cairo

e-leeyana said...

terima kasih atas lawatan balas..err..muda ke? dah agak tua juga ni rasanya..

apa pun, mudah-mudahan nasib mereka di sana terbela dan kita mampu membela mereka..aminn~

salam dari Malaysia (^_^)

Yunus Badawi said...

Tahniah e-leeyana kerana meluangkan masa utk berkongsi rasa dgn pembaca blog anda.
Marilah kita berdoa agar Allah turunkan bala kepada mereka yg zalim.

Syahidah said...

Walaupun sudah ramai blogger yang keluarkan entri begini..saya setuju kita ada tanggungjawab untuk menyampaikan kepada yang tidak tahu..saya sendiri sebelum ini tiada kefahaman langsung berkaitan isu Palestin..tetapi melihat realiti sambutan tahun baru di pulau pinang baru-baru ini membuatkan saya ingin memberitahu sesuatu melalui blog..walaupun sedikit..

nahmy said...

sama2 le kita panjatkan byk2 doa agar mereka dapat menempoh waktu sukar ini dgn baik. dan panjatkan juga doa agar musuh2 mereka diberikan balasan atas kekejaman mereka itu.

e-leeyana said...

en.YB:

ya, berusaha untuk mencuri masa. dah tak boleh nak mengadap laptop berjam-jam macam dulu. kena online dan baca sepantas kilat dan taip pun sepantas kilat..

ya, semoga doa kita semua mampu menyatukan hati setiap manusia..

e-leeyana said...

sahidah:

memang perlu dikongsikan kerana hakikatnya masih ramai yang tidak mahu ambil tahu akan banyak perkara. sangat kesal melihat mereka yang masih leka sedang saudara seagama kita sengsara di sana..bagaimana jika kita ditempat mereka?? pasti kecewa bukan..

salam perjuangan sahabat

e-leeyana said...

nahmy:

sekarang, bukan sekadar doa yang ditagihkan. tapi, keperibadian seorang muslim dan muslimah juga diperlukan. mereka menyeru kita sebagai penyambung usaha mereka yang bersabung nyawa mempertahan agama. bisakah kita menyahut seruan itu jika kita sendiri masih entah ke mana..

semoga kita dan semua sedar akannya..(aku sendiri pasti mencari)

Suka Bebel said...

alangkah indahnya dunia tanpa keganasan

malang sungguh bangsa islam yang sepatutnya paling kuat ditindas sebegitu rupa

tambah malang tak ramai yang peka
tunggu masa je yahudi nak jejak kaki ke negara lain

terus lalai, kita bakal terjebak sama.nauzubillah!

e-leeyana said...

ya, sebab itu la kita perlu membantu dalam aktiviti memberi kesedaran..

Islam satu agama yang kukuh, tapi umatnya yang menggoyahkannya..

bangkitlah saudara seagamaku..persiapkan senjatamu..kelak, kitalah yang akan sebegitu

3belas said...

salam membalas lawatan..

tunjukkan sokongan kita kepada palestin dan bantahan kita terhadap israel dengan apa cara sekalipun

salihin said...

peace upon our brothers n sisters..

e-leeyana said...

3belas :

terima kasih sudi membalas lawatan..

ya, semoga semua saudara seagama dapat bersatu bergabung tenaga luar dan dalam

e-leeyana said...

salihin :

peace to them too..may Allah bless all the Muslims..

warungkampung said...

Tahniah Iliana atas entri bermakna. Benar kata awak, tatkala awal tahun, kita menjerit, mereka pun menjerit. Cumanya perasaan ketika menjerit itu jauh bezanya, bagai langit dan bumi!

e-leeyana said...

itu la kan..sekarang ni, setiap kali saya dengar letupan bunga api, saya akan terbayang mereka di sana..sedih sekali..

TheDreamer said...

Salam.
Hai e-leeyana. How r u?
Sungguh berbeza ketika ketibaan Tahun Baru di Palestin dengan yang di Malaysia n kat seluruh dunia kn.Moga2 kite sume as Muslims dapat membantu saudara seIslam kita kat sane.
Muslims sekarang ni ramai je kat satu dunia, but selagi kita sume xbersatu n fight together this terror, its gonna be really hard to stop them kn. Moga kite sume akan terbuka mata kite kepada kekejaman ni.
Let's doa for the safety of our brothers n sisters kat sane.
Thank you for this post, sungguh bermakna n bagi semangat untuk terus berjuang.

e-leeyana said...

salam..
hye the dreamer a.k.a yeh too hehe..sihat je, demam dah reda alhamdulillah..

ya, semoga kita dapat bersatu dan bergerak sama maju dari perspektif Islam itu sendiri. bukannya maju dari segi zahir sahaja..batinnya sekali..