Sunday, January 25, 2009

COGITO ALLAH SUM


Kali ini, aku ingin mempersembahkan sebuah buku yang bertajuk ‘Cogito ALLAH Sum’ yang ditulis oleh seorang mahasiswa muda (22 tahun) dari Universiti Gajayana Malang, Indonesia – Lalu Mohammad Zaenudin. Menurut penulis, buku ini diinspirasikan melalui sebuah buku yang bertajuk ‘Cogito Ergo Sum’ yang memfatwakan ‘Gott ist tot..’ dalam membentuk ‘Manusia Super’. Sebuah buku yang berinformasi. Dengan sinopsis kecil “semakin aku berfikir, ternyata Allah semakin ada..” telah berjaya menusuk kalbu aku untuk memiliki buku ini. Dan kini, aku ingin kongsikan bersama..

Buku ini mengunakan perkataan mudah namun membawa maksud yang mendalam. Di mana, pada awalnya sahaja, akal aku sendiri tidak mampu menggapai apakah maksud penulis. Terutamanya watak Haji Mustafa (ayah kepada Rayyan) yang berkarisma dan bijaksana dalam setiap pertuturan katanya. Contohnya, “..bila kamu sudah sedar meninggalkan sejadahmu, maka segeralah kamu mengambilnya kembali dengan benang cinta yang penuh ketulusan..” ketika dia menasihati Rayyan. Siapa pula Si Rayyan tu?

Rayyan merupakan pelajar yang berubah daripada seorang yang berpegangan agama kepada seorang ‘free thinker’. Kerana Rayyan terlalu fikirkan mengenai kewujudan Tuhan dan menolak kewujudan-Nya setelah mendapati Tuhan itu tidak muncul dihadapannya. Dan ketika itu, Rayyan juga merupakan aktivis ‘free thinker’ yang disegani dan berpengaruh di kampus.

Kehidupan Rayyan dipenuhi dugaan. Bermula dengan cinta tiga segi antara Ain dan Haikal (sahabat karibnya), kemudian jatuh cinta dengan Aini (tunang orang), kepada kaki botol dan sebagainya. Memang malang sekali nasib Rayyan yang terkapai-kapai tiada tempat untuk mengadu dan meluah rasa. Dan dari situlah pengembaraan Rayyan bermula untuk mengenali Tuhan.

Seorang demi seorang insan berpendidikan agama yang Rayyan temui untuk menuntut ilmu agama. Sehinggalah daia bertemu dengan Pak Haji yang membantu Rayyan ketika dipukul penduduk kampung kerana tertidur di dalam masjid dalam keadaan mabuk dan berkasut.

“..Tuhan, jika benar Engkau ada, satu sahaja permintaanku. Janganlah Engkau cabut nyawaku di saat aku sedang mencari-Mu. Walau diri ini masih belum meyakini-Mu sepenuh jiwaku sama ada Engkau wujud atau tidak. Tetapi percayalah, cahaya harapan dalam mencari-Mu pada akhir-akhir ini semakin terang..”

Dengan izin-Nya, akhirnya Rayyan kembali ke pangkuan agama. Dan ketika itu, sahabat ‘free thinker’ dia mula mencari dan bertanyakan pelbagai soalan kepada Rayyan mengenai kepercayaan Tuhan. Maka, soalan demi soalan ditembak ke arah Rayyan sehinggalah dua soalan terakhir yang tak mampu untuk Rayyan menjawabnya. Lalu pertaruhan pun termetrai antara mereka, iaitu Rayyan perlu menjadi ‘free thinker’ kembali sekiranya dia tidak boleh memberikan jawapannya dalam masa seminggu.

Soalan tersebut adalah :

“..sekiranya wujud Tuhan dengan segala sifat Maha-Nya, bolehkah Tuhan menciptakan perisai yang teramat kuat sehingga tidak ada satu pedang pun yang boleh menembusinya. Dan mampukah Tuhan mencipta pedang yang mampu menembusi segala-galanya?..”

“..Tuhan adalah Maha Pencipta. Bolehkah Tuhan menciptakan makhluk yang lebih kuat, hebat dan lebih berkuasa dari diri-Nya?..”

Bersusah payah Rayyan mencari jawapannya sehinggalah dia bertemu dengan Pak Haji dengan harapan beliau dapat membantu Rayyan. Namun, kata nasihat Pak Haji telah menggemparkan jiwa Rayyan apabila Pak Haji menyuruhnya menemui ilmuan agama hebat yang tak disangka-sangka adalah ayahnya sendiri. Insan yang Rayyan anggap sebagai bodoh kerana sanggup melakukan perkara yang tak pasti (beribadah), namun ternyata dirinya sendirilah yang bodoh sebenarnya.

Maka, apakah pula jawapan yang diberikan oleh ayah Rayyan? Dengan itu, aku ingin mengajak kalian untuk bersama-sama berfikir mengenainya terlebih dahulu sebelum aku beritahu apa jawapan tersebut hehehe..jika ada yang dah turut baca buku ini, mungkin boleh bantu aku untuk menjawab – ohh~ aku sangat berterima kasih. Maaf ya, aku bertindak sedikit zalim dalam entri kali ini. Nanti aku akan beritahu juga, jangan risau ya..

22 comments:

Suka Bebel said...

Tuhan sentiasa ada di hati kita selagi kita inga padaNya

alien said...

lum bace.. inysa`allah, akan dicari buku itu..

duOne_sTarz said...

sya xkan cari buku iyu sbb xsuke membaca novel..tapi dari bacaan blog wak...mcm best aje novel tu??

Srikandi said...

"semakin aku berfikir, ternyata Allah semakin ada.."

terkesan dan sangat suka ayat ni. insya Allah nanti saya akan cari. syukran atas berkongsi ;)

wassalam.

ajaa~ said...

em..
xdapat jawapanya..
kebesaran Allah xleh dipikir dengan akal fikiran, akal fikiran ternyata memg pendek..

*nak cari gak buka camnie, kat mana ada yea??

DAMAI said...

salam rindu buat kamu e-leeyana..

aduh...bagaimana boleh damai memberi jawapan sedang diri ini jauh di perantauan...hmm nampaknya,kenelah tunggu e-leeyana sendiri yang beri jawapan ^^

perokoksoleh said...

salam liya...
macam best la novel nie.
jawapannya tuk soklan akhir tue tidak mengunakan dalil tetapi mengunakan akal..
tol tak,lalala~~...
asal dapat menguasai ilmu mantiq..
jawapannya adalah rahsia....lalala

nahmy said...

menarikk..setidak2nya satu lg 'avenue' utk mendekatkan diri dgnNya bila membaca citer2 camni.

Ibnurashidi said...

Saya amat respek pada penulis islamik indonesia..pemikiran mereka sungguh terkehadapan dalam menulis cerita-cerita bermutu..

Fakhzan Marwan said...

Wah!

Ayah nya sendiri! MasyaAllah, menunjukkan iman itu tidak dapat diwarisi bukan?

Ah, akak suka bahasa indon! Indah! :D

perokoksoleh said...

sebenarnya penulis tempatan juga ada yg hebat cuma kita yang tidak sedar..
contohnya faisal tehrani..

Sifu Mirza said...

saya selalu tidak lupa pada bait terakhir satu puisi A.Samad Said...

"Tuhan,

Terlalu banyak yang telah kau beri...

Terlalu sedikit yang aku balas...

Ampunilah dosa-dosaku.."

;-)

izman said...

nanti saya akan cari buku ini.

[S]itie [B]Um [B]Um said...

mcm best je.. huhu!

iliana said...

suka bebel:
mudah-mudahan kita pun sentisa mengingati DIA sebagai pencipta kita. kalau fikir manusia sekarang, takut~

alien:
selamat mencari ya

duOne_sTarz:
saya pun bukan peminat novel sebenarnya. tapi, entah macam mana, baca je tajuk buku ni dah terpikat. dan memang berbaloi..

iliana said...

srikandi:
ya, terkesan juga pada diri saya sendiri. selamat mencari ya.

ajaa~:
kadangkala kita faham tapi untuk sampaikan tu yang susah. lagi-lagi bila tidak berkeyakinan.

p/s: buku tu saya beli di Popular. banyak lagi. di bahagian Islam

damai:
salam sayang kembali Damai
eceh eceh..nak tunggu jawapan la tu..selamat menunggu. tapi dikala saya balas komen ni, saya dah bagi jawapannya pun hehe

iliana said...

perokoksoleh:
huk aloh. mana aci macam ni. tak kira tak kira. jawapan anda tidak diterima sama sekali hehe

nahmy:
tepat sekali. bukankah manusia ni terlalu mudah lupa. jadi, mesti ada sesuatu untuk sentiasa mengingatkan.

ibnurashidi:
saya pun. tapi, malangnya, kenapa tak bagi penulis tempatan ya? ada, tapi terlalu sedikit bilangannya. mudah-mudahan penulis tempatan pun mampu menghasilkan karya yang penuh manfaat kepada pembacanya seperti ini

iliana said...

fakhzan marwan:
kalau baca buku ni, di awalnya lagi dia tahu ayahnya hebat. cuma disebabkan dia 'free thinker', dia menganggap ayahnya disebaliknya.

p/s: saya pun suka bahasa Indonesia. bahasa pasar mereka dah macam bahasa sastera kita

perokoksoleh:
yup..ada juga sebenarnya. oh ya, faisal tehrani itu sudah besar namanya dan harus dicontohi penulis kita kan.

iliana said...

sifu mirza:
sekali lagi sifu mengingatkan saya. terima kasih ya sifu ;>

izman:
cari jangan tak cari hehe..tapi, kalau tak best jangan salahkan saya ya. bagi saya best hehe

siti bum bum:
err..saya takut best bagi saya je. tapi, kalau nak cuba baca sendiri tak salah kan..

Lalu_Mohammad_Zaenudin said...

Assalamu'alaiukum wr. wb.
Saya Lalu Mohammad Zaenudin. sebelumnya terima kasih pada sahabat-ahabat di negeri 'jiran' Malaysia atas respon positifnya pada novel "Cogito Allah Sum!"..., saya terharu sekali... sekali lagi terima kaih atas komentarnya...
Bila ada masukan atas karya saya tersebut, saya menunggu di email ayenk_blackgreen@yahoo.com, semoga ada hikmah besar dari buku tersebut untuk sahabat-sahabat.
wassalamu'alaikum...
n.b. karya terbaru saya :
1. Rahasia Lautan Takbir
2. Bunda, aku kembali (novel)
3. Bila Neraka jadi Syurga (dalam masa penulisan he3...)

iliana said...

waalaikumsalam..

terima kasih..sangat terharu apabila penulis buku ini sendiri sudi ke sini dan menitip komentar..semoga terus istiqamah dalam penulisan ya..

vcopower said...

allah itu dekat.
kaish sayang nya tak terbelah bagi
kepada semua makhluqnya