Friday, January 30, 2009

COGITO ALLAH SUM - sambungan al-kisah

Seperti yang dijanjikan, entri ini adalah sambungan kepada entri yang lepas. Iaitu, jawapan kepada dua soalan tersebut. Ini adalah jawapan yang ayah Rayyan berikan (aku tidak berani mengedit di satu bahagian pun, takut tersalah ertinya nanti).

“Anakku Rayyan, pertanyaan pedang dan perisai itu hampir sama seperti permainan angka. Antara pedang dan perisai, sudah tentu kedua-duanya mempunyai kekuatan yang berbeza, namun kedua-duanya mempunyai fungsi kekuatan yang maksimum. Pedang kekuatannya mampu membelah dan menembus sebarang benda, sedangkan perisai pula tidak mampu ditembusi oleh sebarang benda.”

Hehe..macam mana, boleh faham tak? Yang ini baru mukadimah kepada jawapan yang diberikan, belum masuk isinya lagi. Jadi, apa pula perkaitannya dengan permainan angka? Hairan bukan. Dan ini adalah jawapannya..

“Dalam permainan angka ini, jika diandaikan kekuatan pedang itu adalah 5 mata, maka kekuatan perisai juga adalah 5 mata. Tetapi, disebabkan perisai dan pedang mempunyai kekuatan yang berlawanan, iaitu pedang mampu menembusi dan perisai tidak mampu ditembusi, maka nilai mata kedua-duanya haruslah dibezakan. Misalnya, kekuatan pedang adalah +5 mata manakala perisai pula adalah -5 mata atau sebaliknya. Oleh itu, jika keduanya beradu kekuatan, maka operasi lawan dalam pengiraan logik matematik menjadi : +5+(-5)=0. Ha, nilai kosong menunjukkan bahawa tiada hasil atau boleh juga ditafsirkan sebagai kita meminta Tuhan untuk ‘tidak membuat apa-apa’, maka kita pun tidak akan mendapat sebarang hasil.”

Ok, tamat bahagian satu. Boleh faham tak? Kalau kurang jelas, cuba baca perlahan-lahan dan fahamkan satu demi satu. Pasti boleh! Baiklah, ayuh bergerak ke soalan yang seterusnya ya..

“Orang yang tanya sedemikian, seharusnya memahami terlebih dahulu erti kata ‘MAHA’. Dalam terminology bahasa, erti kata ‘MAHA’ itu sama dengan maksud ‘tidak terhingga’, sedangkan umum mengetahui ‘tidak terhingga’ itu untuk suatu nilai yang amat besar atau nilai yang paling besar. Akhir dari suatu nilai yang menunjukkan bahawa tiada nilai yang lebih besar lagi, selain dari ‘tidak terhingga’. Adakah nilai ang lebih besar dari ‘tidak terhingga’?

“Tidak ayah”. Jawab Rayyan. Sama seperti membuat soalan matematik juga. Kita tak pernah tahu nilai infiniti itu berapa kan. Ok, mari sambung lagi..

“Ha, seperti itulah kita harus mengerti bahawa kata ‘MAHA’ itu sebagai satu nilai yang tidak terbatas. Maka, jika ada yang bertanya sama ada Tuhan mampu menciptakan makhluk yang lebih hebat dari diri-Nya, maka persoalan tersebut memberi erti kata ‘MAHA’ adalah tebatas. Padahal, telah ditekankan sebelum ini bahawa erti kata ‘MAHA’ sejajar dengan erti kata ‘tidak terhingga’. Persoalan tersebut adalah seperti pertanyaan orang yang tidak rasioanal, kerana dia menanyakan suatu nilai yang sememangnya tidak terbatas nilainya.”

Hummm..adakah jawapan yang diberikan jelas? Harap-harap dapat menyedarkan kita semua betapa besarnya nilai sesuatu ilmu itu.

“Ilmu dan pemahaman kita tentang Dia diumpamanakn seperti setitis air di tengah lautan yang luas. Ianya jauh sekali dari sempurna. Namun, sekali lagi bukan bererti kita harus berdiam diri, malahan kita mestilah menuntut ilmu sebanyak mungkin. Kerana, jika kita berhenti berfikir dan merasa puas dengan ilmu yang dimiliki, maka sama ertinya dengan menganggap diri kita telah sempurna. Keadaan ini bertentangan dengan fitrah manusia yang diciptakan untuk terus berfikir dan memperbaiki kelemahan.”
Dalam buku ini juga ada mengingatkan bahawa jangan terlalu mudah menghela nafas lega hanya dengan berjaya menjawab soalan tersebut. Kerana, mungkin pada masa akan datang, akan ada soalan yang lebih hebat dari ini. Jadi, sentiasalah mempersiapkan diri dengan ilmu di dada agar kita dapat menyangkal segala tohmahan dan soalan seperti ini.
p/s : Harap berpuas hati (^_^)

38 comments:

alien said...

penuh puitis dan dalam pengertiannya..

warungkampung said...

wah cik Iliana, tukar 'baju' blog nampak!
saya sokong semangat ingin tahu saudari Iliana utk lebih mendalami perkara ini, lebih2 lg mungkin satu hari nanti kita akan terjumpa org 'free thinker',maka kenalah bersedia bukan?
mungkin soalan kedua itu boleh kita tukar sedikit menjadi satu soalan yg sedikit berbeza, tetapi tak kurang peningnya kita nak jawab!
"Bolehkah Allah yang Maha Pencipta mencipta satu batu yang amat besar dan amat berat sehingga Dia sendiri tak mampu untuk angkat??"
Kasi tuan rumah atau readers lain cuba berfikir dan menjawab dulu, nanti saya bagi jawapan yg saya pernah belajar. :)

etomyam said...

waa bagus sekali informasi di sini...

iliana said...

alien:
itu la. mula-mula saya baca buku ni ingatkan tiada apa-apa. tapi, meleset jauh tanggapan saya rupa-rupanya.

warungkampung:
hehe..nampak sangat en.luqman lama tak ke sini. tipu je, memang baru tukar pun. atas permintaan ramai ;p
iya saudara luqman, tepat sekali. sebenarnya saya dah beberapa kali terkena dengan soalan tajam dari 'free thinker' dan juga penganut lain. malu juga bila tak dapat nak jawab. mujur ada kawan-kawan sudi membantu.

alamak, saya mula-mula buat macam ni, saya terkena balik? oyooo...baiklah, bagi sedikit masa untuk berfikir dan sama-sama fikirkan..(bertafakur)

etomyam:
informasi yang diterima harus dikongsi bersama untuk manfaat semua.

ajaa~ said...

wau buku ni dasat..
jadi kan fikiran lebih panjg..

betul ape iliyana cakap. kita faham apa yg dimaksudkan, tpi xtau nak ceritakan camne.
thank~

iliana said...

ajaa~:
hehe..buku yang mengajak orang sama berfikir..saya suka!

kadang-kadang tu faham untuk diri sendiri memang mudah. tapi, nak fahamkan orang lain, itu susah. alamak, takde bakat untuk jadi cikgu nampaknya ni ;p

suara said...

Salam dik eleeyana...
Bagi kak su, free thinker yg kak su kenal adalah orang yg tak mahu berfikir dan malas nak berdebat, apatah lagi nak beribadat.

Melontarkan soalan tak tercapai dek akal hanyalah kerana nak menarik mrk yg berpegangan agama agar menyertai mereka. Soalan itu adalah mainan syaitan.

Moga kita dijauhi dari keraguan akan keEsaan Allah Al-Malik

iliana said...

suara:
salam kembali kak su..
tapi, kalau ikut pengalaman, yang free thinker ini kadangkala terjadi akibat terlalu fikirkan tentang Tuhan. dan akhirnya dia tak mempercayainya.

kalau nak kata mereka ini malas berfikir, hakikatnya, mereka ni juga ada penyebaran ajaran free thinker. contohnya melalui penulisan buku the secrets yang dulu mengenai pengalaman, sekarang siap ada modul untuk jadi free thinker lagi..

tapi, ada juga free thinker yang disebabkan malas..

nahmy said...

halus & penuh dgn metafora...tp rasanya mudah gak utk difahami. apa yg penting asal saja setiap karektor dan penceritaan menjadikan kita berterusan utk menimba ilmu, dan utk berterusan berusaha mendekatkan diri kpd Nya...maka ianya perlu diberikan perhatian..

t.kasih cik e-lee..

DzuLagiL said...

salam,
entri yg menarik...
teruskan berkarya...
agak terkesan...

perokoksoleh said...

salam......hehehe
kutidak menjawabnya kerana tidak ingin men-spoilkan suspend yg dicipta cik yana,hahaah...
owhhh....
ada lagi satu soalan besh dari ahchong kepada aku,cik yana cuba jawab...

"kater orang ISLAM xsembah berhala tapi asal orang islam semua sembah batu kat mekkah??"

teori jawapn seperti yg dikatakan,tidak mengunakan dalil..tetapi mngunakan akal..lalala

warungkampung said...

kak Su, saya pun rasa free thinker ni ada dua golongan, yg tanya semata2 nak uji dan ajak join mereka, tak pun mmg sbb ingin tahu. lebih kurang pelajar tanya cikgu juga la, ada yg tanya sbb mmg tak tau, tp ada juga spesis yg tanya sbb saja nak uji cikgu!
kalo tak silap saya, mmg telah diasaskan satu ilmu dlm Islam utk kaunter soalan2 free thinkers ini. ia dipanggil ilmu mantik.

iliana said...

nahmy:
saya pernah baca tulisan faisal tehrani. dia kata, dalam penulisan, jangan terlalu ingin bermain dengan kata sehinggakan pembaca tak dapat memahaminya. jadi, walaupun buku ini menggunakan bahasa mudah, tapi impaknya besar. kagum kagum..

cadangan saya, buku seperti ini harus ditambah lambakannya di pasaran (^_^)

dzulagil:
insyaallah akan istiqamah di sini. teruskan kunjungan ya. terima kasih dan salam kenal ;>

iliana said...

perokoksoleh:
salam kembali..
yek la tu untuk tidak men-spoilkan saya. erm..maka, saya juga tidak mahu men-spoilkan awak dengan tunggu awak menjawab sendiri soalan itu juga hehehe..

p/s: akan difikirkan juga. aduhh~ kenapa la ada pengajuan soalan kembali di ruang ni huhuhu

warungkampung:
ilmu mantiq? 'perokoksoleh' juga pernah ajukan ilmu tersebut dalam entri lepas. tapi, saya tidak tahu pasal ilmu ini. owhh~ masih banyak yang perlu saya belajar nampaknya.

en_me said...

hi cek iliana tewww.. salam dari me dikejauhannnns

Ibnurashidi said...

Ilmu mantiq itu ialah ilmu kalam..dalam ilmu mantiq ia menyebut manusia sebagai hayawannun natiq..iaitu haiwan yang boleh berkata-kata..

iliana said...

en-me:
salam kembali en-me..jauhhhhhnyeeee en-me itew hehe

ibnurashidi:
terima kasih kerana sudi berkongsi. tapi, errr...maaf, saya masih lagi kurang faham mengenai ilmu ini. mungkin ada sesiapa yang boleh menjelaskannya lagi?

ajaa~ said...

nati ada lagi cite camtu..
kongsi k..
thank!

DAMAI said...

salam sayang dari ukraine ^^

sememangnya sesuatu persoalan itu perlu dikaji dalam2 bg mendapatkan maksud yang tersirat di sebalik berlakunya perkara itu...

namun,dalam beberapa hal,kita disuruh agar terus menerima tanpa banyak soal kerana andai kita terus hendak mengkaji,boleh membawa kepada kesesatan...

sebagai contoh....kita memang disuruh untuk mengenal seekor harimau..bagaimana sifatnya...ciri2nya...tetapi,jangan sampai satu tahap kita mempertikaikan "mengapa Allah jadikan harimau?...kan mampu memberi mudharat pada manusia.."

alhamdulillah...damai faham apa yang cuba penulis sampaikan...terima kasih ya e-leeyana kerana memberi ilmu yang bermanfaat ini...

sayang kamu ^^

iliana said...

ajaa~:
insyaallah..kalau awak ada cerita menarik pun, jangan lupa untuk dikongsikan bersama

Damai:
salam sayang juga buat Damai
rindu sekali dengan Damai

terima kasih Damai atas peringatan tu. insyaallah saya tidak sampai ketahap itu. tapi, usaha untuk lebih kenal, dekat dan cintakan Allah itu sentiasa ada.

dan ini juga antara usaha dalam mempersiapkan diri agar tidak gentar dalam menghadapi soalan-soalan berkenaan Islam..

semoga Damai sentiasa damai ya (^_^)

iliana said...

humm...boleh tak saya nak try jawab 2 soalan tu.

warungkampung:
saya rasa konsepnya sama macam dalam jawapan entri ni. masakan Allah berbeuat sesuatu mengatasi sifat Maha-Nya..

saya tak berani nak jawab panjang-panjang takut tersilap kata

perokoksoleh:
saya postpone dulu jawapan yang ni..payah payah

warungkampung said...

salam Iliana,
huhu, maaf terbiar soalan lama tak berjawab. ini jawapan yang saya belajar dari Yusuf Estes, bekas paderi amerika jadi imam untuk menjawab soalan itu (boleh tgk video2 dia psl soklan2 camni. bes!):
terma BERAT adalah salah satu contoh hasil kesimpulan pemerhatian manusia terhadap alam semulajadi. ianya merupakan FENOMENA ALAM. dan oleh kerana umat Islam percaya dan yakin bahawa alam ini dicipta oleh Allah Maha Pencipta, maka BERAT itu sendiri merupakan SEBAHAGIAN daripada ciptaan alam ini. oleh itu, tidak layak untuk PENCIPTA di'masuk'kan ke dalam konteks ciptaanNya!
senang cerita, soalan itu sendiri tak releven! manusia 'cipta' game, tak releven la suruh manusia masuk dalam game!

kena faham yang soalan2 camni memang tujuan memerangkap. banyak main dengan kata-kata. TAPI elok kita tanya yang lebih ARIF, dan elak dari menjawab jika tak tahu. lebih baik berdiam daripada tersalah pula!

bab Kaabah itu, yang saya belajar (ingin saya streskan di sini yang saya bukan jurusan agama), kaabah hanya simbol penyatuan, titik yang menyatukan semua umat Islam untuk menyembah Allah yang Esa. maka jika Kaabah dirobohkan PUN, kita tetap akan solat ke arah yang sama!
'batu' itu hanya simbol penyatuan. itu sebab kita selalu sebut kita solat MENGHADAP kaabah, bukan MENYEMBAH kaabah!

mungkin ibnu rashidi boleh berikan tambahan pendapat utk soalan-soalan ni. :)

saya cadangkan Iliana cuba rajin2 tgk Yusuf Estes, Zakir Naik dan Ahmed Deedat dlm youtube. boleh belajar banyak dr diorg nih.

Allah Knows Best

perokoksoleh said...

waaAAA...
xaci xaci....
warung kopi dah jawab..
btoll la..
adusss,spoill la cik kopi..hahaha

sambungn...

orang kafir ingin meruntuhkan kaabah..dan ingin membunuh saudara kita...
hnya ada satu pilihan..
hendak lawan kafir runtuhkan kaabah or kafir yg ingn bunuh muslim???

jawapan ini jawab masing2x la...hahaha,kang ruangan comment nie jadi "aku bertanya dan korang menjawab",hahaha(sorry cik yana)

owhhh....
ilmu mantiq?
ilmu yang best...ini sahaja yg mampu aku ungkapkan dalam dunia internet inii...hehehe

untuk keterangan lanjut sila hubungi:syarikat buku pustaka iman sdn. bhd.
lalaalala~~~

warungkampung said...

mohon maaf perokoksoleh, tuan rumah sendiri mintak tolong jawabkan! :p
kesian dia, agaknya dah perah otak dah, tak dapat-dapat jawapan...huhu
takpa2,soklan yang ke-2 tu saya bagi tuan rumah jawab. :D

SangPelangi.com said...

WAJIB BELI! huhu.
Terima kasih ya atas kupasan kamu. (tapi, kamu membongkar bahagian terpenting dalam cerita ini. Aduhh..)

iliana said...

warungkampung:
alamak..jangan bocor rahsia saya minta buka jawapan awal-awal. bukan apa, lepas ni saya akan bertapa di atas gunug seketika. takut apa-apa terjadi, rugi besar saya.

saya selalu tengok Yusof Estes tu dalam tv je. sebabnya, saya kurang buka YouTube. Insyaallah saya akan rajin ke sana bila ada masa untuk menimba ilmu dari situ.

bab ilmu mantiq tu, saya dah cuba search di internet. tapi, mungkin akan lebih jelas jika ada yang dapat menjelaskannya lagi.

apa pun, terima kasih (^_^)

perokoksoleh:
ini dah hukum kena jadi forum dah ni hehehe. heh, suka betuk awak kenakan saya ye..sebar sabar..

tapi, takpe. saya suka macam ni. bertanya dan menjawab itu kan satu proses berfikir. dan banyak berfikir perkara yang berfaedah itu kan digalakkan Islam.

soalan tu..macam biasa, akan difikirkan dan dijawab sebelum saya bertapa di atas gunung nanti hehe

iliana said...

warungkampung:
nak tanya kawan-kawan jurusan agama di Mesir sana, semua offline. maklum la, minggu peperiksaan..kalau nak ikut ilmu cetek saya ni, bahaya bahaya

sangpelangi:
tapi, buku ini tak sehebat bahasa kamu ya Irfan. saya suka sebab mesej yang ingin disampaikan penulis.

jangan risau, ini baru kupasan 10% sahaja. nak lebih terkesan, kena baca sendiri juga. siap ada perkaitan dengan al-Quran dan banyak lagi.

beli jangan tak beli..hehe

ajaa~ said...

owh semstinya kita berkongsi k..

Syahidah said...

kalau ada yang hadiah buku seronok kan?..teruskan bacaan kamu..bagus..bagus..saya kalau hurai buku ni tak pandai sangat..tapi suka membaca..

Syahidah said...

kalau ada yang hadiah buku seronok kan?..teruskan bacaan kamu..bagus..bagus..saya kalau hurai buku ni tak pandai sangat..tapi suka membaca..

iliana said...

ajaa~:
hehehe...selamat berkongsi juga

syahidah:
hadiahkan? boleh je, silalah bagi alamat..nanti saya poskan ;p

saya pun bukannya berbakat besar dalam bidang penulisan mahupun pencerapan, sekadar menulis semula apa yang saya faham..

13may said...

pandai kamu hurai :)

iliana said...

ehem ehem...seperti yang dijanjikan, saya nak cuba menjawab soalan perokoksoleh tentang dilema nak pertahankan yang mana satu..

ini sekadar pendapat saya ya setelah mencari di merata-rata tempat (tak la merata sangat, tapi sekadar yang termampu)..harap tak lari dari konteks Islam..Insyaallah

(mukadimah je dah berjela..sabar2..saya nerves sket nak jawab bab2 mcm ni)

kalau saya, saya akan pilih lawan orang yang nak bunuh Islam.

tapi, sebelum tu, ingin aku tekankah bahawa, kedua-duanya adalah sama iaitu jihad fi sabilillah..insyaallah mudah2an syahid jika tewas..

merujuk kembali kpd jwpn 'warungkampung', kaabah itu hanyalah sebagai satu titik penyatuan dan panduan solat. jika ianya roboh sekalipun, kita tetap mengadap ke arah yang sama.

ikt pemerhatian sy, bab kaabah ni, org lain lg ske meniru utk meng'konfiuskan' org lain. misalnya bangunan apple tu. knp mrk buat replika ala-ala kaabah, bukan menyerang kaabah?

oleh itu, saya dapat merumuskan bahawa tujuan utama mereka adalah menyesatkan dan melenyapkan umat Islam. sedangkan mrk xkn dpt m'capai motif tu dgn sekadar menyerang kaabah shj. sbb bg mrk, apa yg mrk tahu, kaabah itu sekadar batu shj. lagi pun, kita bisa kembali mendirikan kaabah tersebut kan. kalau ikut sejarah pun, kaabah yang berdiri skrg ni pn hsl beberapa kali pembinaannya.

oleh sebab itu, saya pilih lwn org yg nk bunuh saudara sesama Islam..

kerana, kalau ramai yang umat Islam yang tertewas di medan perang, maka akan berkuranganlah tentera kita. lagipun, nyawa manusia tak bisa dihidupkan semula.

tenaga 1 vs 1, dan 100 vs 1, pasti berbaza impaknya. kalau dibiarkan mrk menentang sorang2, pasti mudah utk t'tewas. manakala jika kita ada sama, bergabung tenaga dalam membentuk pasukan tentera yg lebih besar kuantitinya, pasti akan lebih kuat kuasanya kan.

lagipun, manusia perlu berlawan dengan manusia - itu fitrahnya. kerana kaabah tak mampu melawan mereka. sebaliknya, manusia juga yang perlu melawan mrk.

setakat itu sahaja ulasan atau jawapan dari saya buat masa ini. dah macam jawab soalan peperiksaan la pula. bezanya tidak ada sokongan nas, dalil, sunnah awat apa sahaja hehe..

kalau saya tersilap, tolong perbetulkan ya. sesungguhnya saya hanya menjawab mengikut pemikiran logik sahaja dek kerana pengetahuan dari sudut agama yang masih tipis.

wallahualam..

bittaufiq wannajah fid dunya wal akhirah

Fakhzan Marwan said...

ya,

Maha....teringat ada nama seorang student, ar-rab...terperanjat kami, bukan kah itu bermaksud Tuhan? huh...terkasima...aduh...mak bapak yang tak belajar bahasa arabkah?

perokoksoleh said...

hahaah......panjang erkkk

btollah tue...
sebab darah umat islam lebih bernilai...
manakala kaabah hanyalah simbolik dan dimuliakan allah namun kita perlu tahu yang orang islam lebih mulia...lalalalala~~~

owhh..rumah bentuk kaabah tue aku ada tngok dalam email..
wahh...xtahu pula itu untuk melarikan akidah orang islam..
xsilap aku bnyak dah umat islam yang lari kehidupan beragama dengan berpegang dengan ajaran barat laknatullah...lalalala~~

ps:kehidupan ini ibarat game DOTA,jika anda tidak bertindak..anda akan musnah,hehehe...

iliana said...

13May:
terima kasih atas pujian.
apa pun, saya masih lagi dalam proses pembelajaran

fakhzan marwan:
owh, bab nama ni memang harus berhati-hati. ada orang cakap, kadangkala individu tersebut tak mampu menanggung bebanan nama tersebut. sejauh mana kesahihannya, wallahualam min sawaf..

prokoksoleh:
owh..mengapakah ramai yang suka mengaitkan fkta dengan game hehe..mungkin game itu tercipta berdasarkan realiti kehidupan manusia. diserang-berfikir-bertindak-menyerang=berjaya/gagal

alhamdulillah kalau betul hehe..lulus untuk soalan ni.

Syahidah said...

huhu..dah jumpa buku ni..ada di Popular..terima kasih..

hmm..saya panggil kak boleh tak..hehe..

iliana said...

dah jumpa? alhamdulillah..selamat membaca ya..kalau tak se'best yang disangka, maaf ya ('',)

boleh je..tiada masalah untuk panggil saya kakak. kalau dulu macam janggal. tapi, sekarang ok je..dah dapat terima hakikat bahawa umur dah pun meningkat hehe ;p