Friday, January 16, 2009

CHEMANDEA HARIMAU – versi pertandingan

Entri kali ini merupakan rentetan dari kisan CHEMANDEA HARIMAU – versi latihan (sudikanlah ke sana sekiranya belum baca).

Seperti biasa, setiap tamatnya latihan silat, aku akan diuji terlebih dahulu untuk mengesahkan penaiktarafan tali pinggang. Bermula daripada warna merah dan diakhiri dengan warna putih (tali pinggang silat adalah berbeza bagi setiap jenisnya). Setelah itu, aku akan mengikuti latihan khas untuk persediaan ke pertandingan. Yang ini, lebih kepada latihan stamina berbanding ketika latihan silat yang biasa. Kami perlu menegapkan badan dan kekuda agar tidak mudah tumbang ketika diserang musuh.

Kategori pertama yang aku sertai adalah kategori marshal. Untuk kategori ini, aku bergerak secara berkumpulan dan membuat aksi-aksi seni silat. Berpakaian ala-ala pahlawan zaman dahulu kala, kami masuk ke gelanggang dengan alunan muzik asli dan dikelilingi oleh empat orang juri. Bagi mana-mana peserta yang mampu beraksi secara seragam, itu adalah bonus bagi mereka. Dan kami pun mulakan aksi kami..jeng..jeng..jeng..di permulaan, memang cantik, tapi di pertengahan entah macam mana (aku di bahagian depan sekali) tidak dengar arahan dek kerana alunan muzik yang membingitkan dan ketinggalan untuk membuat langkah yang seterusnya. Ouchhh~ malu sekali apabila disorak bergema sedewan. Tapi, di akhir rancangan, kami terpilih untuk ke peringkat negeri – yea yea~

Adat pertandingan silat yang mementingkan talian silaturrahim biasanya akan dimulakan dengan adat bertegur sapa. Di mana, setiap peserta akan membina bulatan yang besar kemudian bergerak dalam bulatan tersebut dan bersalaman mengikut adat silat – iaitu merapatkan kedua tapak tangan dan diletakkan diparas dagu serta leher kemudian sedikit tunduk. Begitu juga diakhir pertandingan.

Aksi yang paling aku minati adalah bagi kategori tempur dan olahraga. Mengapa? Kerana untuk kategori tempur, senjata akan digunakan dan segala aksi ‘terbang’ seperti di dalam tv akan muncul. Ada yang memanjat, ada yang berguling, ada yang tertonggeng dan segala macam aksi. Yang kelakarnya adalah, peserta perlu berlawan dalam pakaian tradisi (bersamping, bertanjak dan berbaju layar). Dengan aksi selincah itu, pastinya aka nada yang terburai ikatannya. Di akhir persembahan pasti samping entah ke mana, tanjak pun entah ke mana. Dan kadangkala ada yang tersungkur dek terpijak samping sendiri yang dah terlepas ikatannya. Namun, hilaian ketawa pasti akan bertukar dengan bunyi-bunyian yang menerujakan apabila aksi mereka mampu menghasilkan api. Ehhh..bukan macam dalam cerita ‘ultramen’ mahupun ‘dragon ballz’ yang menggunakan teknik kame hame ha ye. Yang ini, api akan terhasil daripada perlagaan dua senjata yang digunakan – bonus mark! Kerana itu membuktikan kesungguhan mereka beraksi.

Kategori olahraga adalah kategori terakhir dalam pertandingan silat. Kenapa ya? Mengikut hemat aku, mungkin kerana ianya paling lasak. Dua peserta akan turun ke gelanggang dengan pakaian teras (baju silat dan bertali pinggang), kemudian akan meyarungkan ‘pad’ dan pertempuran sebanyak tiga pusingan akan dimulakan. Di situ, akan adalah peserta yang gentar sehingga asyik melangkah ke belakang berpusing-pusing di sekitar gelanggang sehingga diarahkan keluar gelanggang dan diisytihar kalah.

Ada yang mereka macam-macam teknik menakutkan lawan atau ‘psyco’ mereka. Contohnya dengan membuat wajah garang dan bengis dan ada juga yang tersenyum memanjang. Walaupun dah berkali-kali jatuh, dia pasti bangkit dengan senyuman. Lawan pula pasti akan tak puas hati dan tindakan itu akan menewaskan mereka dengan sendirinya. Ada juga yang terlalu berkasar sehingga ada yang patah gigi, patah kaki, pitam dan sebagainya. Pastinya mereka ini akan dikejarkan ke hospital oleh paramedik dan kemenangan diisytiharkan kepada pihak lawan yang di gelanggang.

p/s : kategori silat ada dua iaitu seni (marshal, solo, tempur dan jurus wajib) dan olahraga (mengikut kategori berat badan).

p/p/s : maaf, entri ini dah banyak kali aku taip untuk menyampaikan keseronokan ketika bertanding, namun sukar sekali. Maka, merasainya sendiri itu adalah lebih berkesan barangkali. Aku sarankan, jengah-jengahlah mana-mana pertandingan silat yang sedang dilangsungkan – pasti anda akan teruja!

26 comments:

Yunus Badawi said...

Saya silat pulut mungkin bolehlah. Kalau yg terbang2 takut terbenam dlm tanah masa mendarat - maklumlah BMI dah tinggi. hehehe

FarhanaLicious said...

saya berharap sangat dapat belaja silat. boleh berlakon dalam niyang rapik.

alien said...

eje silat saya tahu la..
hehe..
kame hame ha~ tu dah biase buat..
fire ulteromen tue dah katam jurus die..

SangMentari said...

Betapa banyaknya seni yang terkandung di dalam silat itu ya.

p/s Iliana, tak sangka kamu seorang peminat silat.

Fakhzan Marwan said...

Salam,

HAri itu akak ada menghadiri pertandingan taekwando, memang dahsyat la! ada lawan tuh, tali pinggang hitam sama2, sekali sepak jer, lawan dia dah mengalah, mak aiiiii!!!

huh, ngeri dah nak tgk, sebab jantung akak yang nak jatuh! peserta relax jer! hehehheheh

DAMAI said...

salam e-leeyana,

wah..hebat betul e-leeyana ni...hehe

sebetulnya,damai tidak ada langsung mempelajari seni mempertahankan diri...bukan malas,cuma sahabat2 sering melarang kerana dikhuatiri tulang damai akan patah...hehe

apa2 pun,teruskan bercerita ya..damai suka baca pengalaman2 itu...menarik ^^

e-leeyana said...

enYB:

hehe..silat pulut tu silat apa ya? aduh enYB, kenyataan itu bisa membuat saya ketawa berguling-guling laaa~

e-leeyana said...

farhanalicious:

kalau ada minat, mudah la. tapi, untuk berlakon niyang rapik??? hoho..itu tak perlu belajar pun boleh..

e-leeyana said...

alien:

haiks...yang luar dah biasa buat dan dah katam jurus..yang tempatan punya bila lagi??? err..itu katam secara praktikal ke teori je? (tengok dekat tv) hehe..muskil~

e-leeyana said...

sang mentari:

owh~ minat itu timbul lewat sedikit hehe..tapi, sekali dah minat, memang tak mahu berhenti.

silat itu memang berseni. bagus untuk kesihatan hehe..

p/s: saya pun tak sangka saya minat silat ;p

e-leeyana said...

kak fakhzan:

itu 'psyco' je kot. sebab masa pertandingan, banyak juga taktik kotor yang akan muncul. kadang-kadang tak seberapa, tapi lagaknya macam parah. sebabnya, peserta akan pakai pelindung untuk mengelak kesakitan. atau mungkin peserta tu tak pakai kot..

nampaknya akak kena masuk dewan dengan pakai sunnies hehe..ala-ala kabur je gitu~

e-leeyana said...

damai:

salam kembali

takut patah tulang??? aisehh hehe..
mungkin damai lagi sesuai untuk jadi paramedik pertandingan daripada peserta kot..sesuai dengan jurusan damai..

tapi, kalau nak cuba, bagus juga. tapi, silat ni tidaklah lasak sangat..jangan khuatir..

Syahidah said...

huhu..tak tau nak kata apa tentang silat ni..hehe~..sebab tidak belajar..

Bagus ya belajar silat..

izman said...

baguslah ada srikandi mcm kamu yg masih sayang pd seni pusaka bangsa.

teruskan.

CRAZY BEAUTIFUL88 said...

silat belajar separuh jalan...

[S]itie [B]Um [B]Um said...

member ct sampai lebam lengannye bersilat. Sbb ade kes tak puas hati dan membalas dendam.

Ibnurashidi said...

salam..

Saya pernah sertai silat olahraga..tapi kurang berminat krn banyak dia punya protokol..

Kalau setakat nak belajar, memang seronok sebab belajar bukan nak cari pasal. Hanya untuk mempertahankan diri.

ajaa~ said...

oo...eleyana silat ke??

e-leeyana said...

syahidah :

apa pun yang dipelajari pastinya bagus hehe..

kalau ada masa, cuba la~

e-leeyana said...

en.Izman:

srikandi??? jauh lg tu..erm..tapi, mudah-mudahan tercapai huhu ;p

e-leeyana said...

crazy beautiful88 :

salam kenal..kenapa separuh jalan je?? apa pun, dah ada pengalaman pun kira ok la tu

e-leeyana said...

siti bum bum :

errr...itu kes lain tu hehe..itu dah kira kes gaduh bukan kes silat. tapi, kalau ada cara, tiada stamina pun susah juga..

salam kenal

e-leeyana said...

ibnurashidi:

ya ya..betul tu..belajar bukan untuk cari pasal. silat olahraga pun seronok juga. banyak protokol ke? hummm...

e-leeyana said...

ajaa~:

iya, saya belajar silat dulu. tapi 3 tahun je

ajaa~ said...

HUU..
LAMAA TU..
mesti dah teror kan..

e-leeyana said...

mane ade teror..sikit-sikit boleh la..kalau tgk badan org tu besar sangat, alamatnya lintang pukang juga saya pecut lari hehe