Saturday, January 10, 2009

APA SENJATA KITA?

Salam semua. Kali ini setelah aku mempunyai sedikit masa dan kebah dari demam selama hampir seminggu, aku kembali menaip untuk berkongsi pendapat. Rentetan daripada isu penyembelihan di Palestin. Selamat membaca ya..

Ketika aku berselimut kesejukan, akal aku ligat berfikir, adakah kehangatan mengenai isu ini akan berpanjangan? Atau sekadar di permulaan sahaja? Dan apakah maksud sebenar di sebalik kejadian ini? Sebagai seorang Islam, apakah yang sewajarnya kita lakukan? Ahhh~ senak sekali akal aku (sengaja nak fikirkan masalah dunia pula).

Seperti kejadian Tsunami, tanah runtuh, gempa bumi dan sebagainya, kita andaikan itu sebagai amaran daripada Sang Pencipta kepada umat-Nya. Bagi aku, begitu juga dengan kejadian ini. Allah s.w.t menurunkan amaran agar kita semua kembali kepada-Nya. Cuba kita lihat disekeliling kita, masih ramai yang beraksi di zaman purba – berpakaian tidak cukup meter kainnya. Bila ditanya “apa agama awak?”, sepantas kilat menjawab, “ISLAM”. Namun, itukah ciri-ciri seorang Islam?

Aku teringat cerita di slot cerekarama pada Maal Hijrah yang lalu, dia menyatakan “saya seorang Islam, tetapi saya bukan Islam yang baik”. Ya, apa yang dicari ketika ini adalah ‘Islam yang baik’ kerana dunia terlalu tandus akannya. Sekadar mengaku bergama Islam tetapi tidak menjurus kearahnya, bagi aku tiada maknanya, malah mereka hanya mencemarkan agama sahaja. Dan kerana itulah, agama lain hilang rasa hormat lalu mudahlah bagi mereka untuk menjatuhkan kita. Kita bercakap berapi-api memaki hamun mereka yang membunuh saudara seagama kita, tetapi kita sendiri pun entah apa-apa.

Banyak di ladang maya munculnya penulis-penulis bergama Islam yang bebas bersuara. Malang sekali suara mereka itu telah menyumbang kepada hinanya agama Islam di mata asing. Apa ertinya jika mereka menulis di bawah tajuk ‘rape me because I wear a short skirt’? memaparkan kebebasan sosial si penulis sehingga membawa gambaran seolah-olah agama Islam itu tidak berpegangan?

Secara realitinya lagi la parah. Bila institusi keluarga itu sendiri tidak mengamalkan unsur keagamaan dalam pendidikan kekeluargaan, sukarlah untuk anak itu mengikut acuan kebenaran. Ada seorang gadis yang terlalu bebas sehingga tidak pulang ke rumah, tidur dengan teman lelaki dan sebagainya seolah olah tiada siapa yang menghalangnya. Bila ditanya, “ibu bapa kamu tak marah ke?” lantas dibalas dengan jawapan yang sangat mengejutkan, “ibu saya cakap dia tak kisah saya nak buat apa sekalipun janji tak balik dengan perut yang membunting”. Sampai ke tahap itu sekali institusi kekeluargaan sekarang ini. Di mana harus diletakkan maruah agama jika Pak Lebai sendiri pun ditangkap basah di dalam tandas, yang berjubah dan bertudung litup itu sendiri pun membakar anak?

Aku tidak bermaksud untuk menghukum sama rata di atas contoh tersebut, hanya sekadar peringatan. Kerana, sekarang ini macam-macam ragam yang timbul. Ada yang ke kelas bertudung dan berjalan-jalan tidak pula bertudung. Bila ditanya kenapa, ada yang menjawab senang nak pergi kelas sebab tak perlu set rambut, sebab dah terbiasa dengan cara di sekolah yang mewajibkan bertudung, sebab rambut saya berwarna-warni macam pelangi dan banyak lagi. Tudung sekarang ini pun bukanlah sebahagian kewajipan tetapi ada yang meletakkannya sebagai fesyen semasa. Jika yang kelihatan sopan pun dah sebegitu, apakan lagi yang tidak sopan. Namun ada juga yang berpakaian terdedah lebih menjaga maruah agama berbanding mereka yang kelihatan sopan.

Dan lagi mengejutkan aku adalah apabila ada seorang lelaki Muslim (bukan dari Malaysia) yang berkata, “it’s mean nothing when you have a boyfriend or girlfriend but you can’t f**k them”. Naik merah muka aku menahan geram – hampir pecah pembuluh darah mungkin. Jika seorang sahabat berbangsa India mampu berpesan kepada aku untuk menjaga maruah, mengapa tidak kita sesama Muslim? Sudah terbalikkah dunia?

Aku terjumpa banyak blog asing yang mengutuk agama Islam dengan meletakkan lambang seperti ini misalnya :





Lalu mencari pelbagai kesalahan agama Islam dan mencacinya. Melihat kepada rakaman video yang bertajuk ‘an enterview with Mohammed’, apakah yang mampu kita lakukan? Nak marah ke? Nak serang mereka ke? Adakah itu wajar? Bertindak mengikut emosi itu adalah kemenangan bagi syaitan. Sebagai seorang Islam, kita haruslah bertindak dengan bijak. Berfikir baru bertindak dengan perancangan yang cukup sempurna.Sepertimana apa yang berlaku di Palestin di mana ramai yang datang mahu menghulurkan bantuan tenaga manusia untuk menyerang, apa yang diperkatakan oleh mereka (warga Palestin) adalah, “pulanglah kamu ke tanah air dan didiklah mereka semoga mereka dapat menyambung jihad kami setelah kami tiada nanti.”


Dan apa yang bermain difikiran aku adalah, ‘apakah senjata kita untuk menyerang mereka kelak?’

p/s: maaf aku tak dapat nak sertakan link blog tersebut. Jika ditaip pun kata kunci itu, mungkin sudah tidak ada lagi kerana sudah di’flag’. Tapi, aku percaya bahawa anda juga pernah menemui blog sedemikian.

28 comments:

arsaili said...

salam..semoga kita menjadi muslim yang baik..ameen

FarhanaLicious said...

ya. saya pun berharap agar dapat menghentikan semua ni. tapi apa yang kita boleh lakukan. dengan negara besar dan berpengaruh tu. keamanan negara kita pun turut jadi satu risiko.

Syahidah said...

Hmm..lihat banner tu pun kita sudah rasa geram..belum baca lagi..cuma kita sendiri kelak minta dijauhkan daripada berbuat yang tak enak tentang agama kita sendiri..

e-leeyana said...

arsaili:

salam..mudah-mudahan..ayat dalam cerita tu memang bermakna..

e-leeyana said...

farhanalicious:

pasti ada caranya. cuma kita sahaja yang belum yakin. negara mereka berkuasa kerana kita juga. oleh itu, boikot barangan Israel hehe..

e-leeyana said...

syahidah :

itu la..banner itu sungguh mencabar kewibawaan Muslim kan..tapi, sebagai profesional, jangan terlalu mudah melenting, malah hadapi semua tu dengan ketenangan..mudah-mudahan kita terpelihara dari berbuat demikian..aminn~

K-A!R-yL or KhairiL's said...

mrh oo mcm ni...
tgk ade org yg m'persendakan agama kita

alien said...

apa yg dapat aku lihat, manusia di dunia zaman sekarang hilang@kurangnya benda berharga kurniaan Tuhan dalam diri mereka..tidak kira samada mereka beragama islam atau beragama lain..

iaitu "cinta"..
sedangkan dalam setiap agama mengajar dan menerapkan perasaan cinta dan berbaik sesama manusia yg lain..

jadi mengapa permusuhan,pembunuhan.. boleh terjadi?
Ia kerana hilangnya cinta..

DAMAI said...

salam e-leeyana yang baik hati,

hmm bila amal tidak dimulakan dengan niat kerana-Nya,itulah jadinya...

didik dirimu e-leeyana dengan ilmu agama sebanyak2nya...kerana kelak,e-leeyana sendiri akan mendidik anak2 agar faham apa itu islam yang sebenar...

~~ sudah kebah dari demam ya...alhamdulillah...jaga diri ya syg...~~

e-leeyana said...

kariell:

releks..tenang aja..jangan diikutkan emosi itu..marah itu kan sifat syaitan

e-leeyana said...

alien:

tepat sekali..dan yang lebih malang sekali bila mereka tidak mencintai diri sendiri dengan membuat kerosakan diri..manusia sekarang ini terlalu sempit pemikirannya bila berbicara tentang 'cinta'. pasti yang diimaginasikan adalah pasangan couple..salah tu..cinta alam sekitar pun dikira 'cinta' juga kan (^_^)

e-leeyana said...

damai:

salam damai sayang hehe..semoga damai pun sudah beransur pulih juga (^_^)

insyaallah saya pn akan cuba untuk mempersiapkan diri..menulis entri blog ni sama seperti memperingatkan diri sendiri juga..dalam masa yang sama, mengajak pembaca untuk ke arah yang sama juga..1 misi..

13may said...

syukur dah sembuh...suara serak lagi ker???

Auuwww!! hehhe hehhe

Fakhzan Marwan said...

"saya seorang Islam, tetapi saya bukan Islam yang baik”

Ah, merendah diri kah itu, atau berbangga? Atau sebagai alasan? Jikalau itu alasan nya, itu adalah alasan yang paling celaka sekali! Dan kalau lah alasan celaka itu seperti kek keju, sudah lama saya lemparkan kepada muka-muka yang berani menggunakan alasan seperti itu!

*arghh, sangat emosi saya ini malam ini, maaf ya dik*

e-leeyana said...

13may:

dah ok sikit..tapi, nak pergi kelas tu memang agak seksa sikit la..tak boleh bernafas..sejukkkkk...macam winter pula uum ni ye kuang3

serak-serak sengau hehe..kalau nyanyi gerenti hujan

e-leeyana said...

fakhzan marwan:

hehe..biar saya letakkan sedikit sinopsis cerita itu ya..ehem-ehem hehe..

lelaki ni terlalu taksub dengan agama duduk di rumah sepupu dia yang tak endahkan agama langsung. tetapi cara dia tu tidak melambangkan Islam yang sebenar. sebab itu dia cakap begitu bila dia dah sedar yang dia memang pencinta Islam tetapi tidak mengikutnya. saya lupa tajuknya apa. kalau tak, boleh la download kan hehe

syhhh~ sabar ye

rOhock said...

fuck israel

e-leeyana said...

ermm..bertenang-bertenang, marilah sama-sama kita membantu mereka di sana

OJENG said...

ALLAHUAKHBAT!!
rasa cam nak ngap sekor2 org yahudi nih.haiyak!!
p/s:sori.teremo lebih di blog anda.chiow.haha

Sifu Mirza said...

salam yana...

bagus sekali penulisan awak...
ianya boleh dikategorikan sebagai pedang yang tajam...

memang ini resmi akhir zaman...
umat islam ibarat buih...

tak ramai yang mampu 'bergerak' walau seinci... kerana takut...

doa saya awak terus sukses..

:-)

BalQis said...

Ya, saya pernah bertemu blog sebegitu dan pasti dan pasti menyentap segala perasaan yang ada - pedih!

Saya faham maksud kamu, dan dalam masa yang sama kita juga tidak boleh buat apa-apakan? Sedih bukan lagi suatu perasaan yang wajar kala ini, marah atau geram juga tidak lagi memberi erti kalau tiada kesedaran memuncak di dalam diri. Tetapi kesedaran juga tiada maknanya tanpa tindakan, lalu bagaimana? Buntu bukan?

Ya, Palestin adalah ujian buat kita semua, dan umat Palestin adalah yang paling teruk diuji. Saya sendiri merasa berdosa dan bersalah sekarang, apa perlu buat, ya? Ya Allah, berilah petunjuk pada sekalian hamba-hambaMU!

Terima kasih untuk entri ini, Iliana. Demam-demam kamu juga masih mengingati mereka di Gaza, Alhamdullilah. Kadang-kadang, diberi sakit lebih banyak membuatkan kita berfikir dan sedar, kan?

Apa pun, buat Iliana, maafkan saya...

Kamu telah di'tag'...
Hehe...

Salam juang buat kamu, iliana!

tasya-cantik said...

"Namun ada juga yang berpakaian terdedah lebih menjaga maruah agama berbanding mereka yang kelihatan sopan..."

aku suke ayat ni..ehem..ehem....

yana msti phm lalalalala....

e-leeyana said...

ojeng:

nak ngap??? ermm takut tak sempat nak ngap dah kena bom nanti..ishhh jangan cari pasal hehe..

luahkan emosi anda ke jalan yang sepatutnya ya (^_^)

e-leeyana said...

sifu mirza:

terima kasih .:blushing:.

tapi, kalaulah tindakan saya sehebat penulisan ini, pasti saya lebih bergembira. tapi, apakan daya, saya juga tergolong dalam golongan buih itu juga ;<

masih tercari-cari apa yang perlu dilakukan..semoga sukses juga ya

e-leeyana said...

balqis:

salam..wah, sudah kembali menulis di blog ya. tapi, huhu di'tag' lagi..huwaaa..di blog pun ada soalan macam peperiksaan juga huk huk huk

balqis,

memang amat membuntukan. hati bergelojak mahu melakukan sesuatu, tapi kaki masih kaku dan akal masih membeku. tak tahu apa yang perlu. kalau ini adalah amaran-Nya, kita perlu beringat sentiasa. dan apa yang boleh saya lakukan ketika ini adalah mengingatkan yang lain juga.

sedang berusaha menghantar memorandum kepada pihak universiti untuk melakukan sesuatu buat mereka. doakan kami berjaya.

e-leeyana said...

tasya-cantik:

terketar-ketar tangan aku nak menaip 'cantik' tu kuang3...

errrr..buat-buat tak faham je la kekeke..ya la ye la..kau tergolong sekali la..meh rm50,000++ upah aku

Yunus Badawi said...

Demam rupanya. Patutlah dah jarang2 melawat kawasan hehehe.
Selagi umat Islam tak bersatu, selagi itulah Israel terus bermaharajalela.

e-leeyana said...

hehe..demam sikit-sikit...dah ok sket..cuma cakap masih kurang jelas sebab suara terlebih merdu..

semoga Islam dapat bersatu nanti..insyaallah..