Sunday, December 21, 2008

TIDUR DI ATAS KUBUR


Satu ketika dahulu..jeng..jeng..jeng..(soundtrack tidak disediakan sama sekali, maaf).


Aku mengendali perkhemahan Polibridged di Kem Asahan bersama tiga biji bas pesertanya yang diadakan selama tiga hari, dua malam. Sampai sahaja di tapak perkhemahan, penderaan pun dimulakan (hehehe..tetapi aku adalah urusetia yang baik hati).


Pada malam kedua aktiviti, aku menjaga bahagian dapur di tapak perkhemahan. Mengemas dan memasak untuk makan tengah malam. Hanya ada empat orang urusetia sahaja manakala yang lain beraktiviti di tempat lain. Sedang aku mencuci pinggan mangkuk di tepi air terjun, tiba-tiba (eee~ takutnya nak cerita)..bukan hantu la, tetapi tentera-tentera yang turut menjalani latihan di situ datang untuk bermandi-manda. Alamak..tersipu-sipu malu aku (sebenarnya bengang sebab kot ya pun, bagi la aku habis cuci dahulu, ni tak, main serbu je. Ada juga yang aku cuci dengan diorang sekali bagi berkilat baru tahu). Mula-mula aku tahankan, tetapi akhirnya aku mengalah meninggalkan kerja tersebut memandangkan makin ramai yang datang dengan aksi maut mereka tu. Nak tahu kenapa aku mengalah? Sebab ada yang terjun hanya dengan err..bersependa hehe..maksiat-maksiat..baik aku lari..


Sedang aku mengopek ikan bilis, entah macam mana, tiba-tiba lampu (berbateri dan berminyak tanah) yang kami gantung di beberapa batang pokok terpadam. Gelap gelita! Kami membatukan diri kerana mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena. Nasib baik ada seorang urusetia lelaki di situ. Dia mengarahkan kami jangan pandang ke khemah (fiuhh~ berdebar juga aku). Kemudian dia menyalakan kembali lampu-lampu tersebut dan membawa kami ke kawasan aktiviti.


Nak tahu kenapa? Biasalah, di dalam hutan kan..ada kelibat putih berdiri tegak di hadapan salah sebuah khemah kami.


Jam menunjukkan tepat jam 12.00 malam


Peserta mula dikejutkan dan dikumpulkan. Aktiviti malam itu yang diberi nama ‘night trackking’ akan dijalankan. Peserta hanya dibekalkan tiga batang mancis dan sehelai peta perlu meredah hutan dalam kepekatan malam secara berkumpulan. Manakala urusetia perlu menjaga check point masing-masing secara hidden.


Aku, Peah (urusetia), En.Rizman (pensyarah) dan En.Mie (pensyarah) ditempatkan di check point 6. Berbekalkan air teh panas, cekodok, walkie talkie, lampu suluh dan kanvas, kami pun mula bergerak ke chek point. Masuk sahaja, kami sendiri teraba-raba mencari jalan. Sampai sahaja, kami pun mencari lokasi strategik untuk menyembunyikan diri.


“check point 6, ready?”


ready”


Dan peserta mula dilepaskan setelah semua check point bersedia. Kami pun mula berkawal, bersengkang mata mengira setiap peserta yang lalu. Takut-takut ada yang hilang atau sesat. Mata aku mula memberat. Entah macam mana agaknya, aku tertidur dengan lenanya…


“Yana, bangun”


“Dah siap ke encik? Dah nak balik ya?”


“Tak lagi, ada lagi dua kumpulan belum sampai. Duduk sini.”


Hari semakin cerah. Tidak lama kemudian, kami menerima arahan dari kem, menandakan kami dibenarkan pulang setelah semua kumpulan selamat tiba.


“Lena betul awak tidur malam tadi”


“Boleh la. Tidur dalam hutan” aku sedikit kehairanan.


“Dah, pergi kemas kanvas tu. Tengok sebelah kiri dan kanan tu, awak nampak tak?”


Aku hanya termenung lalu mengangguk.


“Dah, cepat kemas”


Sepantas kilat aku berkemas lalu beredar. Nak tahu kenapa? Sebab, rupa-rupanya, kanvas yang terbentang itu, benar-benar berada ditengah-tengah dua nisan. Entah macam mana agaknya tiada seorang pun yang perasan ketika kami membentang kanvas tersebut. Patutlah nyenyak semacam aku tidur malam itu.

p/s : maaf jika penggayaan bahasa aku kurang menarik ya. Sebab aku ini ketandusan bakat dalam menulis (^_^)

13 comments:

arsaili said...

salam..napa sy tak suka kopek ikan bilis..sungguh....selain tu buang ekor tauge...memang anti

BalQis said...

Haish, seram, seram....

Saya pernah dilepas kan seorang dalam hutan, kena jalan ikut tali yang diikat, gelap gelita...

Haish....
x nak ingat dah, memang seram ler, kalau diberi peluang lagi sekali, saya pk dua tiga kali dulu kot, hehe...

Kubur sapa ek, tengah2 hutan tu, mesti kubur pahlawan2 zaman dahulu, tak pun kubur orang2 kampung dahulu ker, (merepek dah ni...)

Lembaga putih itu... haish... seram..

Akmal said...

Haha. Dulu penah satu kem, demonstrasi pengurusan jenazah. Yang jadi mayat tu, kena jadi dari madi sampai ke liang lahad hehee....kami ni memang suka pedajal kawan, kami dah sedia papan awal2, kurung dia kat dalam lobang kubur! :D
Lagi satu kem, yang ni pun night walk jugak. Kami dibawa ke tanah kubur, dan disuruh lepak2 kat situ barang sejam dua :D

Syahidah said...

ish ish seram..seram..seram sampai saya tak terkata..huhu..

masuk hutan ni memang macam-macam boleh berlaku..

binatang buas dan seperti dalam entri ni..seram..seram~

FarhanaLicious said...

sungguh ngeri dan seram cerita anda. hoho~
nasib saya baca ni, dah azan subuh. hehe~

Ibnurashidi said...

Salam...

Pertamanya saya seringkali terfikir mengapa kalau camp mesti ada masuk hutan dan sessi menakutkan begitu..adakah untuk menguji keberanian?pada hemat saya peserta menjadi bertambah takut..mungkin segan untuk join kali kedua..itu hemat saya saja..mungkin orang lain berkata lain..

Apapun tahniah kerana berjaya merasai betapa heningnya malam di atas tanah perkuburan..

Jangan bimbang..kita semua pasti ke sana juga nanti..

Fakhzan Marwan said...

Ya, saya jua sependapat dengan Ibnu, mengapa perlu ada sessi takut menakut, confirm la saya yang penakut ni menjadi lebih penakut!

Saya sangat benci sessi seperti ini, tahniah kerana berjaya melepasi nya...:D

e-leeyana said...

arsaili : salam..kerja itu sangat mengantukkan mata..serius..selalunya, mata yang segar secara automatik akan jadi layu kalau buat dua kerja tu..pengalaman tuu~

e-leeyana said...

balqis :

huishh..mana ada seram daa hehe..camping yang saya ikut ni, ada juga lepaskan sorang2 tapi tak bertali..takut juga, tapi buat tak tahu je la..

kubur tu hehe..kubur tok batin orang asli kot..

e-leeyana said...

akmal :

mak uiii..kalau macam itu, saya pun terketak nak ikut. laaaaggggiiiii seram..tapi, semua itu pengalaman kan. yang ini, pasti menginsafkan..

kalau saya, dah duduk diam-diam sambil tutup telinga kot - tanda takut tahap maksimum saya hehehe

e-leeyana said...

syahidah :

seram kan..tapi, anggaplah ianya sebagai latihan yang menguatkan hehe

e-leeyana said...

farhana :

huhuhu...sungguh bernasib baik la kiranya tu ye. baik-baik, yang mistik itu tak kira siang mahupun malam jeng jeng jeng

e-leeyana said...

ibnurashidi dan fakhzan:

salam..
iya juga ya, mengapa ya agaknya? mungkin ianya satu latihan yang diharapkan dapat menyangkal ketakutan yang tersedia ada. biasanya, perkhemahan dalam hutan ini lebih ke arah kemampuan berdikari. tetapi, yang sesi menakutkan itu, mungkin untuk memupuk sifat keberanian.

alhamdulillah saya berjaya mengatasinya.