Wednesday, December 31, 2008

SEMPENA TAHUN BARU - HATI BIAR KERING

Merujuk kepada tajuk di atas (hehe macam surat rasmi la pula), itulah kata azimat yang aku terima pada semester lepas. Ayat itu diberi dengan ikhlasnya oleh pengerusi dewan penginapan pelajar TNB ketika kami bersama-sama mengorganisasi aktiviti. Kini, kata itu menjadi salah satu pegangan aku terutamanya ketika aku teruji dan diuji secara emosi dan rohani (fizikal tak sesuai sama sekali).

Dalam arus kehidupan yang dikelilingi oleh berjuta malah berbilion ragam manusia, untuk mencapai tahap 99% adalah mustahil untuk kita memuaskan hati setiap orang secara menyeluruh. Pasti ada yang mengkritik dan lebih parah lagi apabila ada yang menolak terus cara kita. Kadangkala, kita fikir itulah yang terbaik, kita berusaha sedaya upaya menjayakannya. Tetapi, di akhir usaha tersebut ianya terasa seperti sia-sia belaka apabila tiada siapa pun yang menghargainya.

Pasti sedih kan. Sedar akan sikap manusia yang berbeza-beza, tahap persefahaman yang 100% itu sukar untuk dicapai sama-sekali. Maka, cukuplah dengan menjadi diri sendiri dan membina hubungan baik dengan mereka. Adalah di luar kuasa kita juga untuk menyamakan pemikiran mereka dengan pemikiran kita. Maka, usahlah memaksa mereka dengan melakukan usaha yang sia-sia demi mengharap mereka akan jadi seperti kita. Kerana, kita sendiri pun berjalan di atas landasan sendiri, kita pun takkan dapat mengikut cara mereka.

Oleh itu, jika kita tahu apa yang difikir itu adalah betul sebetul-betulnya, teruskanlah. Jangan diendah suara-suara kritik yang negatif itu yang mampu memusnahkan cita-cita. Percayalah bahawa usaha yang istiqamah di atas satu titik yang kekal mampu membuahkan hasil yang luar biasa. Jangan terlalu mudah berkecil hati hanya dengan sepotong ayat yang menikam diri. Jadikanlah itu sebagai pembakar semangat yang baru demi membuktikan bahawa kita adalah di pihak yang benar (pastikan bahawa anda adalah benar terlebih dahulu ya).

Kata ‘hati biar kering’ itu bukanlah bermaksud kita akan mengendahkan setiap apa yang ada disekeliling kita sehingga orang melabelkan kita sebagai ‘bodoh sombong’. Peganglah kata ini untuk memujuk hati sendiri. Dalam perniagaan contohnya, pelanggan pasti akan datang menyuarakan ketidakpuashatian mereka. Tetapi, adakah kerana komen yang satu itu, kita ingin menutup perniagaan? Maka, hati itu biarlah kering untuk situasi ini dengan percaya bahawa ianya adat perniagaan semata-mata. Begitu juga dalam menimba ilmu dan sebagainya.

Hati yang kering pada tempatnya mampu membuatkan kita lebih cekal. Manusia yang terlalu negatif dan beremosi dalam semua perkara akan menyebabkan mereka berada dalam kedudukan yang bermasalah. Dunia semakin canggih, cabaran semakin sengit, adakah dengan bersikap mudah berkecil hati akan memajukan diri? Di zaman moden ini, bagi aku, yang berkecil hati itu adalah mereka yang kalah dalam persaingan.

Sebab itu, kadangkala aku akan menebalkan muka buat sahaja apa yang aku suka. Jika terlalu memikirkan hati sendiri dan hati orang lain, banyak kenikmatan dunia yang sesuai dipelajari akan terlepas. Tetapi, janganlah sampai ke tahap ‘pentingkan diri sendiri’ pula.

p/s : Entri ini aku tulis sempena tahun baru Masihi pula pada hari esok. Semoga anda dan aku juga akan sentiasa cekal dalam menghadapi hari-hari yang mendatang. Semoga berjaya dan teruskan usaha.
p/p/s : Dikesempatan ini, aku nak ucapkan terima kasih yang teramat banyak sekali kepada kriell dan faqiha atas kad tahun baru tu ya (^_^)

22 comments:

Fakhzan Marwan said...

Salam

Saya pernah terbaca, cerita dimana ada dua kumpulan pelajar dari Oxford tidak silap, or Cambridge, dimana mereka berkumpul setiap minggu dan mempamerkan hasil kerja mereka a.k.a writing stories. Satu kumpulan terdiri daripada lelaki, dan mereka menggunakan criticism approach , dan sekumpulan lagi adalah wanita, mereka menggunakan encouragement approach.

and guess what? dari sekumpulan wanita itu, mereka berjaya menghasilkan penulis2 nobel prize! tapi tak ingat la plak nama...sorry..hehehehhe

lupakan jer criticism2 itu, ambil yang jernih..:D

Suka Bebel said...

hati biar kering tapi jangan otak turut kering.hehe

Syahidah said...

Hati kering ya..hehe..kalau cakap tentang hati kering ni..selalunya rakan-rakan akan kata seseorang tu tiada perasaan..

Bukan tiada perasaan tetapi cuba mengawal perasaan supaya apa yang kita hendak lakukan atau apa yang hendak kita capai tercapai..

Tapi betul tu jangan sampai pentingkan diri sendiri..

e-leeyana said...

fakhzan :

salam..

yup, kadang-kadang pengkritik ni pun bukan betul sangat teorinya. dengar boleh tapi kena pertimbangkan juga. wahh~ bagus la cth cerita tu walaupun tak berapa nak habis hehe..

e-leeyana said...

suka bebel :

errr...otak kering??? kalau yang tu bahaya bangat sih..hehe

e-leeyana said...

syahidah :

yup..mengawal perasaan tu sangat penting kan. tapi, kalau dah kritikal sampai ke tahap hampir-hampir hilanh kawalan, mungkin ayat 'hati biar kering' ni mampu memujuk hehe..supaya lebih kuat gitu..apa pun, masing-masing mesti ada pendekatan tersendiri kan

DAMAI said...

salam buat kamu e-leeyana ^^

manusia yang pelbagai jenis membuktikan betapa hebatnya kuasa penciptaan Allah swt...namun,kehebatan ini hanya mampu dirasai oleh mereka yang mahu berfikir...hihi

jangan mudah putus asa ukhti sayang...teruskan usaha dalam apa jua yang dilakukan....chaiyo!!! hehe

FarhanaLicious said...

betul betul. saya bersetuju ya amat. untuk jadi lebih kuat, hati kena kering. dan untuk jadi lebih kuat dan sihat, minum lah milo. hehe!

Yunus Badawi said...

Mmg adakalanya kita tak boleh dibelenggu oleh komen2 negatif org lain. Kalau kita pasti kita betul, teruskan - just do it - walaupun kita dilabel mempunyai hati kering.

e-leeyana said...

damai :

terima kasih atas sokongan itu (chaiyok) hehe..insyallah semuanya lancar. ya, betapa besarnya kuasa Allah kan. subhanallah..

e-leeyana said...

farhanalicios :

tapi biar la basah-basah kering ya..hehe takut terlebih kering nanti susah pula..owh ya, ikut kajian, minum milo yang terlalu obses pun boleh membawa kepada penyakit 'strok'. jadi, berhati-hati hehe

e-leeyana said...

en.YB :

ehehe..betul tu..sebab dah memang kejadian manusia ni pelbagai rupa dan ragamnya..asalkan tak mengganggu orang lain la kan..

p/s : saya sedang seronok membaca blog orang2 yang kaki mengkritik ni..pening kepala tapi seronok kerana mencabar minda..akan saya kongsikan hasilnya nanti

BalQis said...

Sewaktu melalui orientasi di sekolah baru dahulu, memang teruk kena belasah dengan ayat-ayat sakit hati senior-senior sekolah, kalau ikutkan hati, mahu sahaja kemas beg dan berangkat pulang, tapi bila difikirkan susah payah ayah dan ibu menghantar tadi, niat dimatikan sahaja. Waktu itulah baru belajar mengeringkan hati... tabah!

Dan diri menjadi dewasa setelah melalui pengalaman-pengalaman di sekolah dengan hati kering...

Mahu berjaya, hati jangan lembik, kan?

(Apalah saya merepek ni...)

e-leeyana said...

balqis :

mana ada merepek. betullah tu. hati yang terlalu basah a.k.a terlalu sensitif itu kurang bagus. lagi-lagi kalau di semua tempat nak disensitifkan. itu yang bisa jadi masalah besar.

apa pun, hati kering tu a.k.a tabah! hehe..kan bagus tu..

p/s : gud luck exam ya (^_^)

OJENG said...

sokong kak iliana.huhu
all the best for this new year.
caiyokkk!!!

Ibnurashidi said...

Hati kering ya..erm, kalau orang kritik kita boleh buat hati kering..tapi akal jangan dikeringkan, mana tahu kritikn itu membina..wallahua'lam..

nahmy said...

walau camna best pun kita makan hati ayam...tak pernah plak kita makan hati ayam yg dah kering hatta hati ayam kering sekalipun.

apapun, 'hati kering' tu ada tempat sesuai guna dan ada tenpat yg tak sesuai. moga kita didorongkanNya ilham bilakah masa & ketika nak guna tu...wallahualam.

e-leeeyana said...

ojeng :

hehe..sokong untuk kamu juga (^_^)
salam tahun baru ya

e-leeyana said...

nahmy :

ya, betul tu..sebab itu la saya ada katakan bahawa 'JIKA' ianya benar. kalau tak benar tu, jangan lah gunakan..nanti ada pula yang melabelkan kita sebagai 'TIDAK BERPERASAAN'..

salam kenal ya sahabat

e-leeyana said...

ibnurashidi :

ya..itu memang penting..harap entri ini tak disalah tafsirkan. ianya sesuai digunakan agar seseorang itu tidak mudah berputus asa. tapi, jangnlah sampai ke tahap melebihi semua tu pula..

hati dan minda, satu gabungan yang perlu diharmonikan bukan..sangat penting

ajaa~ said...

sya dah berAZAm nak jadi KUAT HATI taun nie..
ehe~

e-leeyana said...

semoga azam anda tercapai ya..owh ya, salam ziarah dan salam kenal (^_^)