Friday, December 26, 2008

HIJRAH DIRI

Mentari menyingkap pagi
Mendung selingkuh menegur sapa
Duduknya aku berteleku
Bertongkatkan dagu
Hatiku bertambah sayu.

Menyelak helaian kamus lalu
Alpanya aku
Dibuai mimpi indah duniawi
Dalam langkahku terhenti
Menyaksi mimpi ngeri
Sebuah kehinaan manusia lupa diri.

Tidurku berdengkur sumbang
Yang lena tapi menyesakkan
Nikmatkah itu namanya?
Aku tersungkur layu
Kalahnya aku di medan sendiri
Yang kononnya membahagiakan
Rupanya membakar diri.

Kembaranya aku mencari sinar
Mencampak kamus lampau
Melaskar jutaan citra
Adakah peneman diri
Memandu arah dalam kesesatan
Mencari jalan pulang.

Suluhanmu teman
Waima suram juga kelam
Akan aku petik walau secangkir
Mampukah aku
Mengetuk pintu syurga
Tercermin aku
Siapa aku?

Iliana Md Amin
25 Disember 2008
Johor, Malaysia.

Teman, ketahuilah bahawasanya setiap kehadiran kamu itu teramatlah aku hargai. Dalam ketidak ketahuan, kamu terus menghulur bantuan – sesungguhnya aku amat berterima kasih. Hijrah kini semakin hampir, aku bermonolog sendiri memotivasi diri. Alangkah hinanya aku atas segala ketersilapan dahulu. Terus memandu diri mengembara di muka Bumi dengan harapan ada sesuatu nanti.

Aku terus mencuba berdiri. Dalam payah, akan aku usaha untuk lepasi. Semoga anda terus mensudikan diri untuk mencurah ilmu di ladang web dalam memelita diri. Lantaran itu, MAAF sekiranya ada salah silap dan TERIMA KASIH atas semua budimu.


SALAM MAAL HIJRAH DAN TAHUN BARU (^_^)

p/s : maaf, tak tahu la ni spesis puisi ke tak. tak bersastera langsung ni, sekadar luahan sahaja.

22 comments:

Suka Bebel said...

selamat tahun baru hijrah!

Yunus Badawi said...

Ada kala kita alpa,
ada kala kita leka,
mujur ada teman2 sekeliling kita,
mengejutkan dari terus terlena
bukan begitu kah e-leeyana?
Selamat Tahun Baru!

Zafi said...

study thn bape dah nih?
study baik2...
selamat thn baru!

e-leeyana said...

suka bebel :

selamat tahun baru hijrah juga (^_^)

e-leeyana said...

En.YB :

begitulah hehe..kadang-kadang mencuba untuk berdiri lalu menentang segala yang negatif..tapi, kadang-kadang itu juga saya lemah..mujur ada kawan-kawan yang menghulur sdikit kekuatan..

terima kasih

e-leeyana said...

zafi :

tahun berapa ye?? hehe tahun dua baru..insyaallah akan study sebaik-baiknya..

Selamat Tahun Baru juga (^_^)

Fakhzan Marwan said...

wah!

pandai nya berpuisi!

i cant even write a poem, and i hate poems as i cant really understand the meaning...but yours is really pretty...

selamat tahun baru, moga2 sem ini lebih membawa makna pasa kita semua!

e-leeyana said...

fakhzan :

just to release my feel in my own words..since it is a poem, i really worry if others can't understand it..look like 'syok sendiri' hehe..so better i use the simple words so i can deliver my message..

try it..it is as simple as expresing your feel and emotion..you'll enjoy it..

selamat tahun baru juga..mudah-mudahan ia lebih bermakna dari yang sebelum-sebelumnya..

kuIna Jentayutiara said...

moga sinar mentari itu terus berpanjngan..

salam kenal..

budak chaah said...

udoh udoh..balik wehh..ramai windu kt ko nih..sampai ati xmo smbt maal hijrah dgn aku..majuk

etomyam said...

puiih...steady, penuh makna..tengkiu

faqiha said...

slm maal hijrah :)

e-leeyana said...

jentayu :

semoga sinaran tu dapat dikongsi bersama (^_^)

salam maal hijrah ya

e-leeyana said...

budak chaah :

malam ni berangkat ke Kedah dah..

e-leeyana said...

etomyam :

tapi, entri viatnamese tu pun bermakna juga tu hehe..

makna yang perlu didalami lagi..

salam maal hijrah

e-leeyana said...

faqiha :

salam maal hijrah juga..mudah-mudahan azam kamu akan tercapai ya..gud luck for your next year PMR (based on masihi calender)

arsaili said...

Salam Maal Hijrah, May Allah crown us with the best of iman, health, wealth and peace of mind in the New Year.

Syahidah said...

Salam maal hijrah!

BalQis said...

Salam Iliana

Salam Maal Hijrah 1430H buat kamu!

Teman-teman yang hadir memang penceria kehidupan tatkala diri dilanda kemurungan, juga kadang-kadang bisa menambah kecelaruan, apa pun tanpa mereka, kita pun tiadalah siapa-siapa, kan?

Juga selamat tahun baru 2009 in advance! sudah tua, kita kan?
Huhu...

e-leeyana said...

arsaili :

insyaallah..and may Allah bless all the muslims especially..for palestian, a lot of 'doa' from us..

salam maal hijrah

e-leeyana said...

syahidah :

salam maal hijrah

e-leeyana said...

balqis :

salam maal hijran and tahun baru in advance too ;p

yup, kawan tu penting dan pening hehe..apa pun, terima kasih kerana sudi berkawan dengan saya yang tiada apa-apa ni..

p/s : jangan la cakap dah tuan (walaupun hakikat). banyak lagi yang belum tercapai ni uhuhu