Monday, December 1, 2008

DI SEBALIK NAMA


Salam semua. Entri kali ini aku telah jadualkan awal-awal. Menyediakan payung sebelum hujan kerana dalam tempoh masa ini, aku tak berkesempatan untuk mengadap internet lama-lama. Jadi, alang-alang aku pergi bertapa ni, aku hidangkan kamu dengan entri yang errr....baca la sendiri ya hehe..

Aku sememangnya suka dengan permainan bahasa. Tapi, aku rasa, topik kali ini bukanlah benar-benar berunsurkan isu bahasa. Cuma sedikit perkongsian tentang penterjemahan makna yang dilakukan oleh beberapa insan yang tak tahulah untuk aku labelkan sebagai berwibawa atau tidak. Harap-harap ianya tidak mengguris hati mana-mana pihak ya. Tapi, sekiranya ada yang terkait dengan anda, aku ingin berpesan bahawa ini sekadar hiburan semasa.


Aku sangat yakin untuk menyatakan bahawa semua makhluk di planet ini mengenali huruf-huruf ini : ‘BMW’. Satu jenama yang gah seantero dunia dengan produk yang berprestij tinggi. Jika kita Nampak sahaja, kenderaan terutamanya, pasti meleret mata memandang atau curi-curi pandang (betul tak?). Dengan rekaan yang ekskusif, pasti ramai yang tergoda. Biasanya, kereta ini dimiliki oleh orang kaya-raya. Manakala orang kaya-raya ini pula sering dikaitkan dengan istilah ‘perempuan simpanan’, ‘sugar daddy’ dan ‘anak ikan’. Opsss~…kan dah cakap, jangan terasa. Maka, bersesuaianlah dengan maksud namanya, iaitu ‘Bring More Womens’.


Aku dah sediakan perisai pertahanan diri hehe..


Bila cerita tentang orang kaya ni pula, mereka ni pasti tak dapat dipisahkan dengan permainan golf kan. Katanya, untuk perbincangan perniagaan. Tapi, sekiranya sudah penat berjalan satu padang itu, yang kebetulannya pula pukulan maut yang dibuat tidak menuju ke tempatnya, maka emosi pun datang melanda, agak-agaknya boleh termetrai ke perjanjian tersebut? Jika melihat perbezaan antara permainan ini dengan permainan lain, agak-agak apa faedahnya? Nak kata berjalan, tak juga. Kerana mereka menaiki kenderaan (aku lupa namanya apa). Hanya sekadar beberapa pukulan sahaja, terkesan ke untuk tahap kesihatan? Sungguh aku muskil di sini. Maka, bersesuaianlah juga dengan maksud namanya, iaitu ‘Golongan Orang Lemah Fikiran’. Hehehe….hah, kan dah cakap yang ini sekadar hiburan semasa. Jangan la serius sangat muka tu ya.


Alamak, dah ada orang berasap kepala la. Perlukah aku segera memanggil bomba?


Aku rasa, baik aku berhenti setakat ini dahulu. Aku takut perisai aku pun tak mampu melindungi aku. Agaknya, ada tak mana-mana pihak ingin menyaman aku? aaaa~ ini sekadar omongan kosong ya pak. Gue hanya bercanda saja. Kok usah sirius bangat dong. Eh eh, ada orang panggil la. Aku pergi dulu ya…tata…

p/s: pendek sahaja entri ini, untuk keselamatan diri sendiri hehe..alang-alang aku menyepi ni, jadi terselamat la kot ;p

18 comments:

etomyam said...

woo itu golf ke? perlu tuh, nak naik pangkat, kena reti main golf, nak expand bisnes kena reti main golf. kat opis pun ada kelab golf...cuma sedih sekarang ni, ada kawan2 yg bila dah okay sikit mula main golf kat obersea...bandung, bangkok or phuket, macam dah tak de padang golf kat sini...sana kedi bebudak pompuan cun2...hai rosak kawan2.

arsaili said...

salam..yea ada betulnya...tapi terpulang kepada individu..ada yg ok ada yg K.O.

Akmal said...

Golf, satu lagi game yang serius tak paham; macam bola jugak hehee. Yup, you're talking about a man who knows nothing about football, lady! Hahaha :D

HANA bUdaK cEkElAt said...

kemanakah anda u-mate? ada kelas english for comm kah?

;p ;p

Yunus Badawi said...

BMW = Banyak Makan Wang
Golf = Golongan Orang Lupa Famili
Itulah sbbnya saya takde kereta BMW (basikal BMX pun xde) dan tak main golf. Masa kecik saya main guli aje.

suara said...

Salam e-leeyana...
Adeh... macam-macam le.
Kak su selalu cakap kat hubby kak su, jgn pandai-pandai nak berjinak-jinak dgn golf. Main je futsal dan badminton.

BalQis said...

Salam...

Tak tahulah pulak... gitu rupanya...

Iyer, terasa macam setujulah pulak dengan nama2 tu semua... eheh....

Saya pun tak berapa minat ngan golf, lagilah pelik apsal ada orang yang boleh obses dengan main golf ni, mahal tu....

Agaknya ada kepuasan kot bila dapat masukkan bola dari jarak jauh...tapi kalau x masuk, cuba jugak nak masukkan walaupun dah dekat sgt dengan lubang tu..tak paham... tapi Tiger Woods berjaya jer walaupun jadik pemain golf jer..tak paham, tak paham...

ah, tak payah fahamlah...eheh..

BurungBelatuk said...

Manusia mudah lupa bila senang, kalu rajin cuba perati. dah senang xlain nak dapat dulu,gerenti BMW. senang tuk membeli BMW tapi liat nak bersedekah....hu2

e-leeyana said...

e-tomyam : hehe owh~ ini rupanya resepi nk naik pangkat ye. tapi, ada pula yang masih nak jadi kacang lupakan kulit ya. sedih-sedih

e-leeyana said...

arsaili : salam..hope tak terasa ye. mainan semata-mata

e-leeyana said...

akmal : huhu~ alamak, bkn ke football pn same je dgn golf hahaha...

e-leeyana said...

hana : huhu tau xpe..ade kom..uum ni kn (aishh sabo je la)

e-leeyana said...

en.YB : haha..satu lagi persamaan yang agak tepat juga kearah maksudnya...apa pun, bahaya kan kalau terlalu obses ni

e-leeyana said...

kak su : haha...adui itu syarat kan huhu...tapi, betul gak kn. alang-alang nak bersenam, biar la yang bersesuaian..baru la sihat

e-leeyana said...

balqis : game golf ni dah jadi macam adat untuk setiap orang kenamaan tahu main. alasannya sebab nak bincang bisnes. tapi, kalau bola tak masuk ke lubangnya, mesti mud pun xbaik kan. jadi, agak-agaknya ada ke sebarang isu perniagaan yang termetrai?

memang mengkonfiuskan

e-leeyana said...

burung belatuk : betul juga kan. behabis duit untuk diri sendiri tu laju je. lebih laju dr bmw tu. tapi kalau nk bersedekah, terketar2 tangan nk menghulur..isk2 apa la nak jadi kn

warungkampung said...

Boleh digunakan di dalam Bahasa Inggeris juga G.O.L.F nih:
Group Of Lazing Fellows ;p

e-leeyana said...

ya ampun..ini lagi zalim nih huhuhu