Wednesday, December 24, 2008

ANDA TANYA SAYA JAWAB - tag

Aku sangat menyokong kata Baru Kisu yang menyatakan bahawa tag ini bisa menyelongkar perkara peribadi seseorang. Humm..oleh itu, aku pasrah je la untuk menjawab. Harap-harap tiada yang tersungkur jatuh bila membaca ya hehe..(Ada ke yang nak baca ni?)

Soalan daripada Izzati


5 things in my bag :
Untuk makluman semua, aku belum pernah ada beg tangan. Jadi, aku gunakan beg kuliah la untuk menjawab ya..
1. Mestilah ada peralatan belajar – buku, nota, bekas pensil, kalkulator dan lain-lain
2. Kad matrik (kad pelajar) – kalau tak ada, kehadiran tak akan diambil
3. Beg duit – wajib untuk makan di kafeteria, kalau tak berlagu pilu la perut aku
4. Telefon bimbit
5. Payung


5 things that are in my wallet :
Alamak, nak tahu juga ke? Rasanya semua orang pun sama kan. Jawab je laa..
1. Duit – kalau tiada duit, bukan beg duit namanya (sepuluh sen pun boleh la)
2. Kad pengenalan – kalau masa proses pemutihan ni lagi bahaya
3. Kad bank – penting untuk kecemasan (kad kredit tak ada)
4. Lesen
5. Segala jenis kad tambahan


5 favourite things in my bedroom :
Fuhh~ sampai ke bilik tidur tuh..aku menjawab sambil tutup muka..untuk keselamatan, aku jawab gunakan bilik asrama ya hehe
1. Bantal busuk aku tapi berbau wangi (adusss~)
2. Tirai berwarna warni yang ada orang ingat aku nak beli untuk anak haha
3. Botol air yang comel lagi kiut yang sentiasa di atas meja
4. ‘Notice board’ yang banyak peringatan di atasnya
5. Rak buku aku yang comel sangat sampai tak muat nak susun semua buku


5 things I wish to do :
Hummm~ banyak sangat yang aku nak buat ni. Yang bukan rahsia aku letak ya kuang kuang kuang (yang mudah-mudah je la)
1. Nak sangat belajar memanah – tapi, kecederaan belum pulih
2. Nak khaskan waktu satu hari khas membelek buku
3. Nak mengikuti mana-mana pertandingan silat secara langsung
4. Nak belajar bermain seruling
5. Nak berehat yang berkualiti


People I wish to tag :
Haha yang ni aku suka. Aku nak tag semua orang boleh tak? Boleh la kan..degil ke tak faham soalan aku ni ye? Patut la tak dapat 4.0 hehe..


Soalan daripada En. Yunus Badawi


Kena letak gambar 'workstation' berserta link blog. Ini jawapannya :



Maka, inilah ruang berkerja saya ya En.YB. Lengkap saya sediakan, yang di bilik la semestinya paling penting (err..maaf, bilik bersepah). Yang lain tu, gambar perpustakaan dan dewan kuliah (yang tidur tu bukan saya tau). Dengan itu, saya teramatlah berbesar hati agar anda semua (sesiapa yang membaca) untuk menjawab tag ini juga ya. Humm...tak faham soalan lagi nampaknya ni, sebab soalan nak 7 orang je hehe..


Soalan daripada Faridmw


Soalan pertama kena letak gambar 'neutral' tanpa sebarang edit ke atasnya. Maka, ini jawapan saya :



OK la ni kan. Saya jamin, yang ini tiada sebarang cubaan edit dilakukan. Dan silalah jawab soalan ni juga ya semua (^_^)

p/s : penat juga menjawab tag ni ya. Ada lagi dua yang belum dijawab. Nanti akan diusahakan untuk menjawab - sementara masih bercuti ni.

16 comments:

BuDaK ChAaH said...

ui ui...

bila masanye nk ajr ak wat blog ni..ak pn nk main jwb2 soalan gak

arsaili said...

salam...mak aih...rajinya jawab tag....rajin adik rajin....ahaaha

e-leeyana said...

budak chaah :

ini yang mana satu ya? konfius lagi memeuskilkan daa~

e-leeyana said...

arsaili :

salam
ini pun kira malas la ni sebab diperap berkurun lamanya baru nak jawab. tak jawab, tak sampai hati la pulak hehe. kalau nak tumpang sekaki menjawab, silakan. teringin juga nak tengok workstation di Aus.

faqiha said...

rehat dgn kualiti cm ne tu?hehe

BalQis said...

Hehehe...

sudah tahu apa ada dalam beg kamu, dalam beg duit kamu dan juga dalam bilik kamu...

Hahaha (gelak jahat)

Saya juga mahu belajar memanah, mahu sangat-sangat. Iliana pernah belajar memanah ker? Best tak? Kalau2 boleh kongsi sedikit pengalaman memanah...

p/s : maaf, ni memang tak tau, proses pemutihan tu apa?

e-leeyana said...

faqiha :

rehat yang betul-betul rehat hehe..rehat tanpa fikirkan apa-apa (^_^)

p/s : jawab ye soalan ni

e-leeyana said...

balqis :

huhu..takpe, itu cuma bilik hostel je bukan bilik di rumah (ala-ala terselamat la ni)..err..jangan ketawa macam itu, amat membimbangkan ;p

owhh~ pernah juga di Putrajaya..seronok tapi susah juga sebenarnya nak memanah ni..macam menembak juga, tangan kena kuat untuk mengurangkan getaran (lupa istilah fiziknya apa)..kalau bergetar, itu yang menyebabkan sasaran tersasar..oleh itu, nak kena pergi gym kuatkan tangan hehe

proses pemutihan tu proses menghantar balik semua pendatang tanpa izin..kalau saya takde IC, mestilah saya akan dicop sebagai pendatang tanpa izin..huwaaaa~ tan nak!!!

p/s : jawab ye soalan ni..nak juga tengok workstation kamu (^_^) nak pergi tak sampai, jengah-jengah je la dulu hehe ;p

zafi said...

study thn bape dah nih?
study baik2...
selamat thn baru!

Yunus Badawi said...

Terima kasih respon tag dari saya. Nasib e-leeyana cakap yg tidur tu bukan you. Kalau tak mesti ingat org yg jawab tag ni.

e-leeyana said...

zafi :

saya jawab di komen atas ya

e-leeyana said...

En.YB :

fuhhh~ nasib baik saya bagitahu..dah dijangkakan dah sebab tu sediakan payung sebelum hujan hehe..terima kasih juga kerana saya terpilih untuk ditag (^_^)

BuDaK ChAaH said...

aku bakal suami ko pn xknl ekh..smpi ati syg lupa pd kanda..
sudah, mcm itu kita berpisah aja..

wakaka msti nerbes ko kn..acah je..aku adalah???? secret admire ko wakaka..

e-leeyana said...

eiii budak ni kn..ada gak yang kena ni nanti..hang si kacang87 yang selalu kat shoutmix tu ke? aduii~ whateva laa..apa pun, tinkiu bagi komen..

p/s : macam mana nak ajar buat blog kalau tak kenal orangnya

warungkampung said...

cik Iliana ke yang tertidur di dalam kuliah tu? hihi.

e-leeyana said...

ehem2..sudah gerahu cendana la pula..tentulah bukan saya en.luqman oii