Thursday, December 11, 2008

AL-AQSA INGIN DIROBOHKAN


Kerja siapakah ini? Idea ini datangnya dari mana? Seharian aku mengorek dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Mengais setiap info untuk dihadam. Aduh, pedihnya hati ini. Angkara Israel ataupun lebih tepat lagi dengan nama golongan Yahudi. Sudah tercatat dalam sejarah Islam bahawa musuh ketat Islam adalah golongan ini. Sehingga kini, adengan demi adengan, helah demi helah yang berbaur dendam digunakan. Walaupun agak terlewat aku kongsikan di sini, namun aku ingin mengingatkan kalian agar sentiasa berdoa.

“Sesungguhnya kamu (bani Israel)akan membuat kerosakan dimuka bumi ini dua kali “ ( Al Isra: 4 ).

Penggalian yang dilaksanakan secara agresif sejak 1967, menyebabkan struktur Al-Aqsa yang didirikan di atas Gunung Moriah, semakin lemah dan rapuh malah Yahudi sudah membina pelbagai terowong yang kini dijadikan biara Yahudi termasuk terowong sepanjang 450 meter membelah bawah masjid Al-Aqsa sehingga ke Kubah Batu dan Tapak Singgah Sana Sulaiman. Mengorek tanah berhampiran Masjid Al-Aqsa dengan alasan perlancongan arkeologi (seperti yang dinyatakan). Kesannya, keretakan mula timbul di kawasan pejalan kaki di sekitar masjid dan boleh mengakibatkan kerobohan. “Jika ia tapak arkeologi dan bukannya tanah pendatang, jika ia tapak pelancongan, kenapa tidak ada orang yang boleh melihatnya?” IAA juga menolak pihak media daripada melihat bahagian utara terowong tersebut dan menolak permintaan agensi berita AFP untuk mengulas mengenai projek itu.

Malah, kompleks yang menempatkan kiblat pertama dan menjadi Tanah Haram Ketiga bagi umat Islam serta gereja utama ahli kitab atau Kristian Ortodoks juga kini digali Jabatan Arkeologi Israel, dengan harapan struktur itu akan roboh bagi membolehkan mereka mendirikan al-Haykal atau Third Temple, yang bakal dianggap simbol ketuanan dan kejayaan Yahudi.

Persoalan mula timbul, “mengapa Yahudi ingin menruntuhkan Masjid Al-Aqsa?” Adakah ini berpaut dengan isu Haikal Sulaiman (SolomonTemple)? Di tengah-tengah dewan Masjid Al-Aqsa, di bawahnya ada sesuatu yang digelar Yahudi sebagai holy of holies (cuba baca buku The Davinci Code). Di situ ada sesuatu yang penting bagi mereka dan penting juga bagi umat Islam. Pernyataan ini, menunjukkan ada logikal di situ melalui ayat ini, iaitu,

“Sesungguhnyas alasan kita berkumpul di tempat ini adalah untuk mencari tanah yang akan dijadikan sebuah negara. Kami diusir dan dibantai di setiap tempat, maka kami harus berkumpul di suatu tempat dan ditempat yang paling baik adalah negeri nenek moyang kami dahulu iaitu Jerussalem, dimana Haikal Sulaiman berdiri, kerana menurut kitab Taurat dan Talmud kami harus mendirikan Haikal Sulaiman kembali. Melalui tangan Putra Daud kami akan memerintah dunia. Rintangan terbesar untuk itu adalah daulah Usmaniyah maka tugas kita adalah menghancurkan daulah tersebut “.

Inilah keputusan mereka, sehingga kelompok Zionis (Israel) merancang perang dunia pertama untuk menghancurkan daulah Usmaniyah, disamping menyusun konspirasi dari dalam sehingga jatuhnya khilafah Islam di Turki dan digantikan dengan pemerintahan sekular oleh Mustafa Kamal at-Taturk yang mengizinkan bumi Palestin dimasuki kembali oleh Yahudi. Peristiwa ini diikuti dengan perang dunia ke-dua dan penubuhan PBB dengan perancangan untuk memiliki sebuah negara oleh Yahudi yang akhirnya termakbul pada tahun 1948.

Dengan berdirinya negara Israel, tujuan mereka adalah untuk mengembalikan kekuasaan Sulaiman yang telah berkuasa dari Jerussalem sampai Yaman (sebab ratu Balqis dari Yaman ) dan dari negarai Iraq sampai Mesir ( sebab Yusuf pernah berkuasa di Mesir ). Penguasaan Israel dari Jerusalem sampai ke Yaman, dan dari Iraq sampai ke Mesir inilah yang mereka sebut dengan Great Israel (Israel Raya).

Sebab itulah maka lambang negara mereka adalah bintang Daud (David star) yang bersegi enam. Untuk sebagai mencapai kekuasaan tersebut diperlukan wang , sehingga untuk itu mereka membuat lambang $ dalam mata wang dollars. Huruf S adalah simbol dari Sulaiman, sedangkan garis dua adalah simbol daripada tiang Haikal Sulaiman. Bererti dengan dollars ( $ ) mereka akan membangun Haikal Suilaiman yang akan menjadi pusat pemerintahan dari Jerussalem sampai ke Yaman, dari Iraq sampai ke Mesir sebagaimana yang dilambangkan oleh bintang Daud.

Sebenarnya, banyak lagi simbol-simbol di dunia ini merupakan muslihat Yahudi. Antara lain adalah dengan kod bar. Namun, untuk aku kongsikan bersama mungkin akan memakan lebih banyak masa anda. Maka, aku akan kongsikan di lain hari. Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Haikal Sulaiman, silalah ke website ini : http://www.kingsolomonlegend.com/

Adakah kita sebagai umat Islam hanya mampu membiarkan OIC menentangnya bersendirian? Adakah umat Islam di Malaysia pula hanya mahu bermandikan isu candu negara yang menjadi mainan politik semata-mata dan bersifat materialistik? Aku tampalkan cerita ini dengan harapan kita sama-sama berdoa (sekurang-kurangnya) segalanya terpelihara. Bukan berlandaskan emosi dengan mendoakan terowong tersebut runtuh, kerana ini bermakna Masjid Al-Aqsa juga akan turut runtuh.

p/s : maaf panjang sangat. Maaf sekali lagi kerana mungkin anda kurang berminat dengan entri yang agak berat.

10 comments:

DAMAI said...

assalamualaikum...

salam eiduladha dari damai..^^

satu info yg bagus...tahniah ^^

saudara kita di sana sibuk menjaga tinggalan para anbiya' sedangkan kita masih lagi leka dgn dunia...Ya Allah,ampunkanlah kami...

teruskan berdoa...kerana doa itu adalah senjata kita ^^

faqiha said...

kejam la org israel ni..

BurungBelatuk said...

israel mmg nak drg ja yg ada kat muka bumi nih,bukan islam ja yg diperang....lain pun depa perang...

BalQis said...

Terima kasih kerana berkongsi tentang maklumat ini, ada yang saya pernah dengar, ada yang memang saya tidak tahu. Kalau ada maklumat tentang ni lagi, bolehlah kongsi2 kan lagi...

Nampaknya Israel memang nampak berjaya dalam usaha mereka itu...
Apa yang kita dah buat sebenarnya? isk... tak guna bertanya pun sebab saya memang tak buat apa-apa pun...

Jom berdoa..

asadulqalb said...

Salam
Terima kasih atas artikel
Selalu juga baca artikel dan ceramah pasal pencerobohan Al-Quds ni.Ceramah dari Ustaz Maszlee rasanya agak detail kerana beliau sendiri adalah wakil Malaysia dalam pertubuhan Al-Quds sedunia.
Apepun doa dah harapan jua kita panjatkan padaNya.

Bebaskan Iraq,selamatkan Palestin..islam mesti kembali berdaulat.

p/s:dah lama tak singgah di blog ni sejak ketiadaan komputer.Alhamdulillah sekarang dah ada,bolehlah kembali aktif didunia maya.

e-leeyana said...

damai : waalaikummussalam..

salam eiduladha kembali dari saya..

terima kasih..ya, manusia sering terleka. namun apa yang saya kesalkan apabila manusia sering beremosi dalam berfikir..

selamat berdoa

e-leeyana said...

faqiha : dah tercatat dalam al-Quran mengenai kaum ini..

e-leeyana said...

burung belatuk : memang semua dia serang, tapi sasaran utama dia adalah Islam.

e-leeyana said...

balqis : saya malu sebenarnya nak letakkan entri ni sebab agak lewat juga. tapi, atas dasar perkongsian, di harap ada maklumat di situ.

harap dapat berkongsi sama ya..

selamat berdoa

e-leeyana said...

asaldulqalb : terimakasih kerana sudi singgah ke sini. bila sem baru bermula, kesempatn saya untuk mencari maklumat sangat singkat. cuti-cuti ni banyak juga yang saya jelajah, harap dapat dikongsikan bersama nanti.

kalau ada apa-apa maklumat yang menarik, harap dapat dikongsikan juga..

p/s : waaahhh~ tahniah hehe..selamat berjuang di alam maya ya..