Friday, November 14, 2008

SEDIKIT HUJAH TENTANG CINTA



Memandangkan kehangatan isu semasa di beberapa blog yang berunsurkan isu ‘CINTA’, ini membuatkan aku terpanggil untuk tampil bersama. Ohh~ mungkin lebih tepat sekiranya aku meletakkan isu tersebut atas nama ‘ruang mengadu masalah cinta’. Namun, sebelum berbicara, elok kiranya aku mendedahkan sedikit tentang diri aku agar anda tidak tersalah tafsir. Aku sering memandang sesuatu perkara itu dari sudut yang positif. Aku akan menggunakan pendekatan yang berbeza daripada hujah lain. Mungkin akan timbul sedikit pertentangan pendapat, tapi harus diingatkan bahawa ia bukanlah bermaksud aku menentang. (fuhh~ sedikit serius nampaknya – seram sendiri sebab aku bukan begini orangnya).



Baiklah aku teruskan hujah aku…



Sememangnya lumrah kejadian manusia itu untuk mencinta dan dicintai. Tiada salahnya. Tetapi bagaimana caranya untuk kita menyerahkan hati sendiri kepada orang asing (bukan makhluk asing). Adakah semurah membeli pakaian di kedai bundle? Ataupun semahal membeli jam Rolex? Itu atas dasar hati sendiri. Namun, yang menjadi permasalahannya adalah tatkala perang dunia melanda. Habis gempar seantero dunia. Sampaikan ada yang sanggup mengerat urat nadi (guna pisau cukur pula tu). Hilang akal ke? Akal itu sebenarnya tidak hilang. Cuma dikaburi dengan kecelaruan perasaan.



Perasaan…



Itulah pendekatan yang akan aku gunakan. Jika ada individu menghampiri aku dan meminta aku menyelesaikan masalah cinta dia, aku akan tolong (tidak membiarkannya). Sebab apa, walaupun aku bukannya Dr.Cinta yang mampu menangani masalahnya, tapi aku pasti sama sekali, walaupun hanya sepatah dua kata, pasti dia akan gembira. Sekurang-kurangnya 1kg batu di bahunya aku dah ambil.



Aku perlu tahu, mengapa dia mengadu? Sebab dia sendiri sebenarnya sudah buntu. Hati sendiri sudah lelah, walaupun sekadar luahan, mungkin ia dapat melegakan. Jadi, apalah salahnya jika aku menjadi pendengar seketika? Maka, sedikit pendekatan psikologi perlu digunakan di sini.


Walaupun aku mungkin sibuk, mungkin juga meluat, atau geli-geleman mahupun naik mual mendengar cerita cinta tersebut, seharusnya juga untuk aku berlembut. Aku perlu tahu, sudah cukup terbeban perasaan dia, tidak seharusnya aku menambah dengan semburan emosi diri sendiri pula. Boleh terjun bangunan dia akibat tekanan terlampau. Jadi, tiada salahnya jika aku bertopeng sebentar untuk berterus terang secara halus. Jika aku rasa tak puas hati sekalipun, aku akan tunggu untuk dia OK sepenuhnya barulah aku akan berterus terang, jujur-sejujurnya.



Aku tidak memandang isu cinta sebagai satu isu yang remeh. Sebab apa? Cuba fikir, mengapa di mana-mana media cetak mahupun elektronik akan mendedahkan isu ini? Sebenarnya isu ini mungkin boleh dipandang enteng pada permulaannya, namun hakikatnya ia mampu menjadi barah yang parah. Maka, sebelum ianya melarat, seharusnya aku bantu untuk menanganinya di peringkat awal lagi.



Hah~ sungguh aku tidak berbakat dalam berhujah mengenai cinta. Memerah keringat untuk mengolah ayat. Sebenarnya, apa yang ingin aku sampaikan adalah, dalam setiap permasalahan, eloklah sekiranya dipertimbangkan terlebih dahulu. Tengok, kronik tak dia. Jika hanya sekadar ingin berlawak jenaka, kita ketawalah untuknya. Jika dia inginkan bantuan, hulurlah sedayanya.



Klik di sini dan di sini juga untuk membaca isu yang sama (jika berminat).



p/s : jangan takut untuk mengadu dengan aku. Sebab aku dah terlatih untuk membantu melalui tugas ‘pembimbing rakan sebaya’ ketika bersekolah dulu.



p/p/s : aku lebih selesa menggunakan istilah ‘aku’ berbanding ‘kita’ kerana ianya sekadar pandangan peribadi aku sahaja. Mungkin juga ramai yang tidak bersetuju dengan aku.

Haha…sanggup ke nak komen entri aku kali ni? Aku yang baca pun macam errr…aku ke yang tulis ni???

14 comments:

faridmw said...

salam..
nak komen lah.. walaupon eerrrr..
hehehe
cinta dah lumrah alam...
tapi cinta pada pencipta adalah paling penting.. hehehe
pakar motivasi cinta kot eliana ni.. ehehe
mesti ramai yang telah mengadu kisah mereka...
(tak pernah cinta jadi tak tau nak komen sangt la. hehehe)

e-leeyana said...

salam...
haha~ xpe, komen je..sy xkisah (bkn aiman je yg xkisah tau hehe~)
yup, cinta tu lumrah, dsbbkn ianya lumrah, harap xda la yg t'lalu mudah terjebak sampaikan x b'fikir pnjang..

pakar??? waaa~ tidak sama sekali..tp dsbbkn dkelilingin kwn yg b'cinta blajar la sikit2 dr situ ;p

(ehek ehek ehek..ye ke xpernah???)

musz said...

lorhhh ckp psl chenta la plak minah nih..xpe2 ko mmg b'bkt tok jd pakar motivasi..aku pown nk ngadu la dgn ko..
p/s : nti aku e-mail kui kui kui

e-leeyana said...

pehh...kau ni, kalau bab cinta laju la pula bagi komen ya..selama ni, senyap tiba-tiba (apa cerita?)

nak aku consult kau? haha~ kalau sanggup hantar laa..

Yunus Badawi said...

Tak sangka e-leeyana pandai bagi kaunseling bab cinta. Tapi kalau nak lebih berkesan, kenalah berasaskan pengalaman sendiri kah kah kah

e-leeyana said...

en.YB..aduhh~ penangan hebat sekali nih..wakakaka...nanti-nanti la ya saya cari pengalaman tu...

p/s:tak la pandai sangat bab kaunseling ni..

yatie said...

aku dah habis xam!!! merdeka!!!
aku dgn musz nih kat cc..meh kitorang bg semangat membina kat ko ekh..

huit!!! jgn ko bls dulu email si musz tu, pas xam baru ko balun ekh..

zafi said...

do you trust the love is blind?
Answer me plz...
merci :)

e-leeyana said...

yatie : udah udah..aku akan merdeka juga nanti..tungguuuu~

tau xpe, aku nak balas 1km panjangnya nanti. lepas tu aku nak tanya dia balik. nak cek samada dia baca ke tak..hahahaha

e-leeyana said...

zafi : alamak...i'm confusing..or maybe i need more space to answer your question. new entry maybe hehe..
human make it blind..rite? luv is not

suara said...

Salam eleeyana...
dah baca sblm ni, tapi tak sempat nak komen. Ni baru sempat nak menjelajah blog teman-teman dan tinggalkan komen.

Kisah, prinsip dan falsafah cinta untuk remaja, atau pelajar, atau pemuda pemudi yang belum menempuh gelora cinta dlm rumah tangga agak kabur bagi kak su.

Tak payahlah kak su komen bab nih, nanti tak leh nak stop, berjela-jela jadinya. (inipun dah berjela... huhu)

Cuma kak su nak kongsi satu n3 menarik yg berkait dgn cinta dan rumahtangga. Klik sini

e-leeyana said...

kak su..sebab tu la saya malas nak buat entri tentang cinta. sebab terlalu subjektif. pusing kemana sekali pun, belum tentu dapat jawapannya. apa pun, nasihat dari orang berpengalaman tu penting juga. terima kasih dengan link tu (^_^)

OJENG said...

salam..
best arr entry nih
huhu..aku pun selalu jugak tolong member selesaiakan kes2 camni..hhu
sampai lah aku sendiri merasa...
memang perit.tapi pa nak buat.
huhu.takdir semue tuh

e-leeyana said...

best ke? terima kasih (walhal biasa je ni)..itu la, sebenarnya, nak kena ada pengalaman dulu baru senang nak jawab kan kan kan hehe