Monday, November 17, 2008

NYAWA DI HUJUNG PARANG


Aku masih ingat, ketika aku berada di tingkatan 4, aku mengikuti perkhemahan (berkhemah lagi..haha aku sememangnya suka berkhemah) di Hutan Simpan Pahang. Sampai sahaja di tapak perkhemahan, kami disambut oleh ranjer-ranjer hutan yang macam-macam perwatakannya. Tanpa berlengah lagi, kami bersiap untuk terus menjalani aktiviti ‘jungle tracking’. Fuhh~ laluan yang sangat jauh. Habis lenguh kaki kami dibuatnya.


Kami mula menyusur denai sejauh 2km kemudian mulalah tersergam indah segala macam aktiviti lasak yang perlu kami tempuhi. Yang pertama adalah menyeberang sungai secara tergantung (memang susah untuk diceritakan bagaimana). Sedang kami berasak-asak menunggu giliran, aku hanya berdiri di atas sebatang balak reput yang terbaring di atas tanah.


“Aaaaaaa……”


“mengapa semua orang menjerit?”


Tak sempat aku habis bertanya, mata aku betul-betul bertentangan dengan seorang lelaki asli yang gelap kulitnya (aku pasti ianya original bukan pergi ke salun untuk disembur ) dan penuh dengan celorengan kapur di badan dan mukanya. Tangan dia ada sebilah parang yang menetak-netak kayu balak tersebut. Aku hanya berdiri kaku sambil menelan air liur kelat. Kaget sekali! Apa yang harus aku buat! Dia masih tegak berdiri merenung aku tajam. Manakala yang lain dah berpeluk-pelukan ketakutan. Hanya aku seorang di situ. Habis keluar segala ayat, terkumat-kamit mulutku.


Tiba-tiba tangan aku direntap lalu ditarik ke tepi oleh seorang ranjer yang menjaga kami. Kemudian, orang tersebut terus berlalu pergi. Rupa-rupanya bukan seorang tetapi dua. Kalaulah mereka yang menarik aku, agaknya dah jadi gulai lemak tempoyak aku ini di dalam periuk belanga. Syukur terselamat..


Kecemasan tersebut membuatkan aku beraktiviti dalam kejutan. Sampaikan tangan aku terseliuh dan ini membuatkan aku gagal dalam menamatkan permainan ‘monkey climbing’ sejauh 50m. Di mana tangan aku tidak lagi mampu menarik tubuh sendiri lalu jatuh ke dalam selut yang sangat likat teksturnya.


Tegak, setegak-tegaknya aku berdiri di dalam selut tersebut. Bagaikan sedang mendengar lagu Negaraku. Kaki aku langsung tidak mampu digerakkan. Aku cuba tarik sekuat-kuat hati. Malangnya, hanya kaki yang berjaya dikeluarkan, tetapi kasut tertinggal di dalam. Aduhhh~ terbongkok-bongkok aku mencari kasut aku. Jumpa juga akhirnya. Sampai sekarang kasut itu berwarna perang akibat selut tersebut. Tapi, hanya tinggal sebelah sahaja, sebelah lagi entah hilang kemana (siapa-siapa kalau terjumpa, pulangkanlah ya hehe..)


Yang paling aku tidak bisa lupakan adalah di satu bahagian tersebut di mana tangan kami dilumur dengan lumpur yang berwarna oren. Semua diminta berbaris dan menadah tangan. Lalu doa pun dibacakan :


“Ya Allah ya tuhan kami. Sesungguhnya, dengan tanah kami dijadikan, kepada tanah juga kami dikembalikan..”


“Aminnnn~”


Apa lagi, tangan yang penuh dengan lumpur tadi pun disapu rata di muka. Maka, dapatlah kami merasa pakai bedak sejuk paling asli di dunia yang tidak dicampur dengan mana-mana bahan kimia. Nyaman sekali (dan pembulian ini, aku praktikkan di mana-mana perkhemahan jika aku menjadi urusetia hahaha)..


Kepulangan kami tidak serupa dengan kedatangan kami pada awalnya. Semuanya hanya berselipar dan ada yang berkaki ayam dangan tudung yang renyuk seribu. Duduk sahaja di atas kerusi bas, umpama dapat baring di atas katil empuk hotel lapan bintang di Dubai gamaknya. Terus terlena sampailah di Johor.

29 comments:

Suka Bebel said...

agak agak ko nak bagi hadiah apa kat org yg jmpa kasut tu?ha ha

sultan said...

wualamak... bole bg gelaran "power ranjer" kat ranjer2 tu...

BurungBelatuk said...

hu2...aku rasa aku tau mana kasut ko tuh...he3

etomyam said...

wah, adegan ganas nih, kenapa marah sangat OA tu? ada sape2 usik binatang depa ke?

Akmal said...

Waah, menarik jugak tu kalau jadi gulai tempoyak hahaha.
Kidding, kidding ;)

e-leeyana said...

suka bebel : errr...adiah??? alamak...'terima kasih' je la...ok la tu kan

sultan : kikiki niat di hati memang nak bagi pun...tapi terlupa ;p (alasan semata-mata)

burung belatuk : hah? ko tahu ke di mana kasut aku? mana? mana?

e-leeyana said...

e-tomyam : mana ada. kami tak kacau pun binatang peliharaan mereka. tiba-tiba je muncul. saja nak berkenalan tak

akmal : alamak, kesian la kat mereka. apa aje la yang nak dimakan. tulang je nih wakakaka ;p

Si Kachak Suparjo said...

Ko x tercHreT plak ms nmpak org asli tu ek?

e-leeyana said...

woit woit...mana ada..aku 'cool' ok..sentiasa tau..cuak pun, simpan dalam..tenag je hehe

BalQis said...

ngaaaa...

serrrammm nyer...

apa rupa ek orang asli tu? pakai baju elok cam kita ker?

marah kot masuk hutan dia buat kacau ker, bising ker, huhu..

kan ada masuk berita kehidupan orang asli terancam... huhu..

kalau jumpa orang asli kanibal macam kat hutan arizona tu, memang ler...aish....

faridmw said...

salamm..
tgk parang tu dah seram..
nampak macam tajam.. hehee

Fakhzan Marwan said...

Salam ziarah,

sungguh mencabar nya pengalaman anda! i would never go into camping again, ever...:D

anyway, enjoy the univ 's life to the fullest!

izman said...

alhamdulillah ko selamat.

bab2 kena buli masa camping tu biasa la. aku ms kelanasiswa uum dulu sama. dh senior, buli balik. kuang.3x

e-leeyana said...

balqis : err pakaian tu, tak la sampai pakai jeans kan hehe. bercawat! tapi takut punya pasal, tak sempat nak scan betul-betul. mana tahu, dia pakai tight kan ;p

kalau mereka karnibal, alamatnya fuhh~ selamat jalan dah saya ni. dia nak berkenalan kot, sebab itu kan dalam hutan simpan.

e-leeyana said...

faridmw : kekeke...itu baru gimik tu. yang original depan mata dengan aksi ganas mereka tu, eeee~ lagi seram.

fakhzan : salam ziarah. eh eh eh, i didn't mean that i wanna scarry anybody from joining camping again. i keep it as my experience only. no need to be scared hehehe..

yup, hepi enjoying the campus life too~

e-leeyana said...

en.Izman : hua hua hua~ itulah apa yang sedang dipraktikkan. owh~ kelana siswa ke dulu? saya masuk kembara. tak reti nak serik lagi tu. dah kena ancam pun masih nak manja-manja dengan hutan hehe;p

p/s: saya memang degil!

Anonymous said...

hye..nice blog..boleh berkenalan?

suara said...

Bab bedak sejuk tu yg paling mahal tuh... Sesuai kalau buat masker. Mesti sejuk + nyaman + tegang - wangi. kekeke

Yunus Badawi said...

Masa tu kalau OA tu teringin nak makan sup dah selamat you masuk belanga. Tapi pasal you sebut tempoyak mungkin mati selera mereka.

13may said...

dulu aku ada jumpa kasut...ntah ntah kasut ko???

kaki saiz bape???

hehhe hehhe

A t i Q a h said...

Salam. Singgah sini sebab nampak gambar profile anda tu cantik. :)


Masih ada ek orang asli yang celoreng-celorengkan muka. Tak tau pun. Huhu.

Anonymous said...

saya antara anak OA...setahu saya da x de lg OA celoreng2 sejak zaman 90an ni...
btol ke ape yg anda cite kn ni??
atau rekaan semata2...OA x kn mengancam org lain...kecuali musuh nye..
sbb klau kita bercamping msti ade org bwt report kt tok batin @ ketua org asli..
org asli ade linked dgn polis..
saya rs cerita saudari ni spt ingin mengancam kaum kami...
x da cerita lain ke???????

zafi said...

uiks...
menarik pengalaman ini!
cemas dan mendebarkan! :)
syukur anda selamat!
kita belajar untuk appreciate alam..

e-leeyana said...

tanpa nama : boleh je

kak su : formula tu memang tepat. tang tolak wangi tu...ya Allah...kembang kempis hidung menahan iman hehehe...

e-leeyana said...

en.YB : hehehe...mungkin gak tu ye. ke sebab saya yang bau tempoyak masa tu? terus tak berselera hahaha...

13 May : huh??? ye ker??? saiz berapa ye..jap, nak pergi ukur dulu ;p

e-leeyana said...

Atiqah : terima kasih (alamak kembang semangkuk dah ni). datang la lagi ya.

oh ya, mungkin sebab OA tu marah kot. sebab di New Zeland, mereka akan warnakan badan dengan warna merah jika terasa seperti digugat. mungkin OA di sini celoreng-celorangkan badan kot...

Tanpa Nama : aiseh..yang tu saya tak tahu la pula kan. mungkin orang tu tak bagitahu ke. atau mungkin orang-orang tu juga yang menyamar ke. jangan la terasa ye. cerita ni pun bukan cerita baru. dah lama dah...oh, ya..maaf ya dengan entri ni

e-leeyana said...

zafi : owh, sesungguhnya pengalaman itu sesuatu yang indah.

Muhammad Azli Shukri said...

selamat maju jaya..

e-leeyana said...

selamat maju jaya kembali..terima kasih atas`kesudian awak datang melawat (^_^)