Saturday, November 15, 2008

MAHALNYA MASA ITU


Jika sebut sahaja tentang masa, aku pasti teringat bermacam-macam perkara yang dapat aku rumuskan bahawa masa itu sangat berharga (biasa dengar bukan). Jika kita menyelongkar sedikit laci pepatah melayu, setiap istilah masa pasti dikaitkan dengan nilai masa tersebut. Contohnya, pepatah ‘masa itu emas’. Anda tahu berapakah nilai emas sekarang? 1inci gelang emas, berharga hampir RM700. Emas juga merupakan aset yang paling berharga di dunia, di mana ianya masih berharga walaupun ekonomi meleset (cuba cari dan baca mengenai Dinar Emas).


‘Masa penentu segalanya’. Istilah ini pun pasti anda biasa dengar bukan? Bila manusia sudah penat berusaha dan sudah menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan, pasti ayat ini akan terpacul dari mulut. Sebab apa? Sebab kita tak pernah tahu bilakah hasil usaha kita itu akan berbalas. Mahalnya masa itu sampaikan ia bisa beri kita kegembiraan tatkala hasilnya mula timbul.


‘Masa pengubat segalanya’. Yang ini pula, sering terpukul di gegendang telinga kita jika manusia itu berpenyakit (terutamanya hati). Kekecewaan biasanya. Jika kita makan ubat sebakul sekali pun, kita tidak pernah tahu bilakah waktu sembuhnya. Jika kekecewaan melanda, rujuklah pada pakar motivasi mana sekalipun, ianya hanya sekadar mampu meredakan tetapi tidak memulihkan. Yang mampu untuk itu semua adalah masa. Mahalkan masa itu..


Di dalam al-Quran sekalipun, turut dinyatakan kepentingan masa itu. Misalnya dalam surah Al-Asr. Yang menceritakan betapa manusia itu kerugiaan jika tidak menghargai masa kecuali bagi orang-orang yang sentiasa beramal dengan-Nya. Sekarang, anda rasa mahal tak masa itu?


Sebenarnya, masa itu terlalu mahal kerana ianya adalah di bawah kuasa penuh Allah s.w.t. Kita sentiasa memohon, berdoa, meminta dari-Nya, tetapi kita tidak tahu bilakah waktunya ia akan ditunaikan. Kerana semua itu adalah di atas keizinan dari-Nya. Yang tahu, hanyalah Dia, yang Maha Pencipta lagi Mengetahui segalanya. Subhanallah..

10 comments:

Yunus Badawi said...

e-leeyana, tak tahu saya gelang emas diukur gunakan inci. Kalau dulu kira mayam atau gm. Mungkin inilah perubahan masa!

faridmw said...

salam..
rugilah bg sesiapa yg tak hargai masa.. masa bagikn emas...

e-leeyana said...

haha..bukanlah en.YB..ini kira secara rambang sahaja..kalau nak ikut ukuran saintifiknya, susah orang nak bayangkan..

e-leeyana said...

faridmw..

salam..

itulah, mahal kan masa tu..alamak, adakah saya dalam golongan itu..sempat 'online' walaupun nak menghadapi peperiksaan..ayooo~

musz said...

woit..aku x menghilang la, aku baru abs xam..

apa??? ko masih xam lagi??? wakakaka best gle dok rumah sehh~

dah dah, jgn nk wat muke sedih..sepeet je aku tgk..g stadi tuh..masa itu 'emas' ;p

yatie said...

cheh, musz da komen dulu..

haha~ aku berlawan dgn die sbnrnya sape taip komen dulu..jgn marah aaa~

ko ni time2 xam ni ada je idea ekh..mesti kat kepale ko tuh sentiasa ligat pk mcm2 kn..mcm biase la ko tu..mane reti dok diam cmtu jek..msti ade sumtin..aku sgt mencemburui itu ;<

e-leeyana said...

musz : takpe, aku seorang yang penyabar ;p

e-leeyana said...

yatie : cheh, sempat bergurau senda ye korang. ini bisa mendatangkan kejelesan.

hah? mane ade. aku senyap tu maksudnya aku tengah berangan la tu hahaha~

suara said...

'Masa semakin singkat bila umur makin meningkat'. Ingat tu.

e-leeyana said...

kak su..huk huk huk...baiklah...saya akan ingat...aduhh...