Saturday, November 22, 2008

BILA ILMU DIUJI


Alhamduillah..aku kini bisa menarik sedikit nafas lega, meregangkan sendi-sendi yang sudah lama tergeliat dek kerana aksi mencabar aku selama hampir tiga minggu memaksa jentera mindaku untuk berkerja lebih masa. Jadi, aku teramatlah berbesar hati untuk berkongsi bersama cerita suka duka aku memerah kelapa muda ini (walaupun anda tidak tanya mahupun berminat untuk ambil tahu, aku tetap ingin bercerita untuk melepaskan kegeraman yang melanda hahaha~)


13 November 2008
Ini tarikh peperiksaan pertama aku, subjek ‘Analisis Strategi Pemasaran’. Aku sememangnya gementar dengan soalan esei ni, sebabnya takut terkeliru. Peluh anak dara (bukan jantan sebab aku kan perempuan) mula merenjis keluar ketika menanti depan bilik peperiksaan. Tunggu punya tunggu, pelajar subjek lain dah masuk dan menyepi menghadap soalan. Yang kami ni bila lagi? Dah lewat dah ni, sampai lenguh kaki. Tiba-tiba Si Penjaga peperiksaan muncul dan bersuara, “maaf ya, lambat. Sebab lecturer awak terlupa hari ni ada exam”. “Hahhhh????” balas kami terkejut unta. Tak lama kemudian, En. Azmi pun sampai dengan helmet dan motor Harley Davidson dia. Apa daaa~


15 November 2008
Hari ni, aku jawab soalan untuk subjek ‘Pengantar Pengurusan’. Soalan objektif sebanyak 100 soalan. Teramatlah susah dek kerana tak tahu dicedok dari buku mana sehinggakan banyak istilah yang tak pernah aku jumpa keluar menjelma. Sampai sahaja soalan yang ke 60, mata dah mula berpinar, akal dah mula semput, nafas pun dah mula letih. Ini tandanya, aku dah kebingungan mencari jawapan. Pengajarannya, kena baca empat buku rujukan dulu agaknya baru bisa menjawab dengan nafas lega.


17 November 2008
Untuk subjek ‘Sains Pemikiran dan Etika’ pula. Sedang aku menunggu dipanggil masuk, entah macam mana aku ternampak sekumpulan pelajar memegang kertas soalan ang aku pun tak tahulah sem berapa punya soalan. Terbuntang mata aku melihat dek kera terkejut terlampau. Setahu aku, untuk soalan objektif, pihak UUM tak akan meletakkan di mana-mana sekalipun kertas-kertas soalan yang sudah-sudah. Bijak sekali mereka ini nampaknya. Ataupun ada mana-mana pihak yang tidak beretika menyerahkan kertas tersebut. Tapi, aku memilih untuk berfikir positif. Mungkin aku yang tak tahu mencari. Pasrah~


19 November 2008
Dup dap dup dap. Aku langsung tidak bisa melelapkan mata dan tanganku menggigil tatkala meyentuh nota, pen dan kertas. Kerisauan ke tahap maksimum untuk menjawab soalan ‘Statistik’. Subjek ini diajar oleh professor yang membuatkan tahap pemikiran aku tercungap-cungap untuk menyaingi tahap pemikiran beliau. Aduh~ apa kan daya aku cuba juga. Menurut soalan-soalan lepas, tidaklah sesukar mana. Insyaallah aku dapat melakukanya (alahai~ ayat). Sekali bila duduk, tengok soalan ada lapan, waktu menjawab dua jam sahaja. Umpama mesin parut kelapa yang keributan, sungguh aku tak sempat buat pemeriksaan kali ke-dua. Harap-harap yang aku buat itu betul-betul belaka (eee~ takut).


26 November 2008
Kertas ‘Managerial Information System’. Tunggu dan lihat je la..

p/s: aku sangkakan lepas periksa makin lompang masanya. Sekali makin sibuk la pula. Nak kemas bilik, uruskan prosedur daftar keluar bilik dan menguruskan prosedur daftar masuk bilik untuk kos pendek lepas ni. Aduhh~ sungguh aku keletihan.

22 comments:

Yunus Badawi said...

Rasanya PTK lagi mencabar kerana kena baca sampai 17 buku he he he.
Anyway, hope you'll get good result. Meantime, you deserve a good break before your short sem.

faridmw said...

salam..
moga berjaya... teruskan usaha..

rOhock said...

usaha tekun jaya

e-leeyana said...

En.YB : what?? 17??? pehh...ganas tu. entah kalau sampai saya yang malas study ni tak tahu la macam mana agaknya hehe...terima kasih (^_^)

e-leeyana said...

faridmw : salam...huhu..mudah-mudahan. takut nak cek result nanti ;p

e-leeyana said...

rohock : selamat datang ya..usaha tekun jaya..tinkiu2..jap, berfikir, "cukup usaha ke tak ni ya?" hehe

farhanaLicious said...

selamat ber'exam'! wah. saya baru nak mula neh. wish me luck bebeh!

e-leeyana said...

hah, tau xpe..tengok juga senarai exam kamu. ok, all da best ye

HANA bUdaK cEkElAt said...

aish... gambar dewanmas plak tu...
aish...
;p ;p

Fakhzan Marwan said...

:D i know the feelings of entering the exam hall..and i dont want to feel that feelings again, ever, except jadi tukang letak kertas...

mak ai...lecturer bleh lupa ada exam paper dia ari tuh? wow

etomyam said...

waa, ada ejam yer...ingatkan dah keje x der ejam, rupanya ade lagi....hu hu hu,

e-leeyana said...

hana : hehehe...fofular tu DMS..jangan stress..ni lambat lagi ni nak abis xam. ada comm.2 plak tu..sabo je la..

Suka Bebel said...

alah...br sikit dah mengeluh penat.jauh lagi perjalanan tu.hehe...aku dulu suka subjek pengurusan wlupun aku amik engineering.subjek elektif aku amik management tu.best best.heehe

e-leeyana said...

fakhzan : exam is a wonderful moment rite. hehe. all the feelings are blended together like we wanna die. but wut can we do. exam is a must in this life.

selamat datang ke blog saya ya n terima kasih.

tu la, lect. tu memang macam tu. orang dah nak final exam, kami baru nak midterm. hebat kan hehe

e-leeyana said...

e-tomyam : saya masih muda hehe...

e-leeyana said...

suka bebel : eleh eleh. cakap je la orang engineering memang suka management. bukan apa. sebab rawai awek kan kan kan hehe..itu pengakuan budak engineering sendiri ya (bukan rekaan).

BalQis said...

Fuh!

Boleh tahan jugak!!
Tengok tajuk pun saya dah gerun, ngehehe....

Semoga berjaya!!

izman said...

rindunya keserabutan bila exam week.

exam ok? harap dapat jawab dengan baik dan lulus dgn cemerlang.

e-leeyana said...

balkis : hehe tajuk je yang lebih tu. isinya biasa je..terima kasih

e-leeyana said...

en.izman : keserabutan tu memang harus dirindui hehe sebab macam-macam ragam ada kan..

insyaallah semua ok. tapi, soalan memang semakin sukar. tak macam selalu. dah naik taraf agaknye kot ;p

Ibnurashidi said...

salam..semoga Allah memberi kejayaan buat anda..bkan sahaja dunia malah akhirat juga..

e-leeyana said...

terima kasih ya. mudah-mudahan kejayaan tu untuk semua juga.

salam kenal dan salam ziarah (^_^)