Monday, November 10, 2008

BERPUTARLAH PADA PAKSINYA


Salam kerinduan semua…


Agak lama aku bertapa nampaknya daripada menulis. Al-maklumlah, aku sememangnya mempunyai masa untuk melayari internet, tetapi untuk menaip ke tahap yang kritis dalam masa sesendat ini agak menyulitkan juga. Oleh kerana risau sendiri melihat blog ini yang membisu diri, aku mencuri sedikit waktu untuk bercerita (atau membebel / melepaskan bebanan / apa-apa sahaja yang sewaktu dengannya).


Oleh kerana kertas peperiksaan aku yang memakan masa agak lama untuk menjelang tiba, aku telah membuat keputusan untuk pulang ke Johor. Niat di hati, dapatlah aku berehat sambil makan kuih raya yang masih berbaki. Lagipun, hari raya yang lalu, aku masih lagi belum puas menikmati suasana raya sudah diseru pulang ke UUM. Alangkah kecewanya aku. Kali ini, aku menyambung raya walaupun seorang diri hehe…


Nak dijadikan cerita, ibu aku rupa-rupanya mengalami masalah dengan perniagaannya (itulah naluri anak dan ibu kan, mampu terasa walaupun tidak berbicara). Aku pun seperti biasalah, menugukan diri mendengar segala bab cerita sehinggalah katam (naik tebal juga telinga aku). Namun, kesimpulan dan rumusannya akulah yang kena buat. Aku faham situasi ibu sekarang. Dengan ekonomi global yang merundum, pastinya banyak masalah yang akan timbul.


Sepanjang tempoh percutian aku, tergalas segala macam tanggungjawab di bahu aku. Memandangkan aku satu-satunya yang ada di rumah, akulah yang perlu membantu dalam menyelesaikan masalah, memberi sokongan dan menjadi teman. Teruji! Itu semestinya. Apabila aku perlu berlagak lebih tabah daripada ibu. Walhal, hati anak mana yang mampu melihat ibunya kesedihan – kesusahan. Berkorban demi insan yang melahirkan, tugas ini bukanlah satu bebanan. Malahan, aku berasa sangat gembira dapat berada di sisi ibu tatkala keadaan sedemikian rupa. Lagi-lagi bila segala masalah yang timbul berjaya diatasi. Sekurang-kurangnya aku dapat pulang ke utara dengan hati yang lega.


Berbalik kepada tajuk yang aku pilih (ini bukanlah entri sains ya huhu), kenapa aku berkata sedemikian? Pernah tak kita lihat mana-mana planet berputar bukan pada paksinya? Aku rasa tidak. Apa yang ingin aku kaitkan di sini sebenarnya? Hidup di dunia ini seharusnya ada landasan tersendiri. Bermula dengan hakikat bahawa siapa kita (khalifah) dan siapa Allah s.w.t (pencipta segala-galanya). Dalam segala tindak tanduk kelakuan hidup ini, kita mestilah tahu batas-batasnya. Apa yang boleh dan apa yang tidak. Macam itu jugalah dengan perhubungan yang lain. Antara kawan dengan kawan, antara pekerja dengan majikan, antara anak dengan ibu, antara murid dengan guru dan sebagainya.


Minta maaflah sekiranya entri ni tak semenarik mana. Aku tidak mampu untuk mengolah ayat bagi menyampaikan mesej yang terkesan kali ini. Saraf-saraf di kepala masih lagi berselirat tersimpul sana-sini menaggung rasa bimbang menanti soalan peperiksaan akhir nanti. Insyaallah setelah aku berjaya melepasi semuanya, aku akan cuba memberikan entri yang berkualiti hehe..(entahkan ya entahkan tak)


Sedikit pesanan, hidup di dunia ini jika menginginkan keamanan dan kebahagiaan, janganlah sesekali melupakan hukum alam. Manusia yang bernafsu ini seringkali melanggar dan menongkah arus. Hidup kita ini bukannya menongkat langit sehingga boleh lupa segala tugas hidup kita yang sebenarnya. (alamak, bermadah pujangga la pula. Nampak sangat keserabutan kepala ni. Baiklah, aku berhenti setakat ini. Takut keluar segala rencah cerita sampailah ke tahap kemenangan Obama la, ekonomi dunia la dewan parlimen negara la heee)

17 comments:

musz said...

hah, update pn..ko ni kn minah sanggup balik johor ekh mse stadi week..bagus2..

faridmw said...

salam
mmg naluri ibu dan anak ada persamaa..
semoga berjaya dan bahagia selalu..

Yunus Badawi said...

e-leeyana
Mmg betul. Kalau kita nak berjaya kena jalan ikut paksi atau landasan. Kalau tak, kita akan menyimpang dan mungkin tersesat.
Saya doakan sel2 di kepala e-leeyana juga akan mengikut paksi supaya dapat menjawab soalan dgn yg terbaik.

izman said...

selain hidup kita, kebahagian keluarga juga sgt penting. dlm perniagaan, turun naik adalah perkara biasa. kalau x mampu membantu dari material, bantulah ibu sebagai pendengar yg baik. boleh jadi itulah yg sgt diperlukan sekarang.

so far exam ok??

Hafizan said...

amboi...lamnye nk tggu die update huhu..ape2 pn gud luck yer for final..

Akmal said...

e-leeyana,
Bila ekonomi jatuh, semua orang rasa sakit. :( Tapi insyaAllah, menjadi seorang pendengar sudah cukup untuk meringankan beban orang yang tersayang :)
Tapi lagi sakit kalau tak boleh jawab exam sebab tak cukup bersedia. Menyesal tak sudah hahaha. So, pastikan anda berada di paksi yang betul, dan tidak pula berputar-putar di kerusi anda semasa menjawab peperiksaan nanti. :P
gurau gurau. Good luck eh, exam :)

e-leeyana said...

musz : haha...mintak restu..

faridmw : salam..aritu sy nga tensen btol stadi tok ujian, mmg xbgthu ibu..tbe2 ibu msg tnye ok x? ada ujian ke? fuhh~ mmg bukti naluri ibu...terima kasih...semoga berjaya n bahagia selalu utk awk gak

e-leeyana said...

en.YB : tu la..kdg2 manusia ni over..tu yg x aman tu..hehe..nti sy x-ray tgk sel otak ni sehat ke x..berdebar2 sbb 1st paper yg ssh..adehh

e-leeyana said...

en.Izman : betol tu..sbg stdnt perniagaan ni kne gak buktikan pd ibu yg x sia2 dia anta anak dia blaja kn..

exam?? paper xmuncul2 lg..kamis ni bru start 1st paper sy..org lain da 3 paper da jwb..huhu~ sedey2

e-leeyana said...

hafizan : hehehe..mane ade lame..cme amk mse sket je..ehem2 org tu pn ape kurang nyer kikiki

e-leeyana said...

akmal : hehehe..alamaks..jgn la ckp cmtu..ni nga stadi la ni..kne online..sambil menyelam minum air hik hik hik..biasenye klu blurr tu, sy merenung jam dewan xam yg canggih tu nk pusing2 bhaye, nti suspek meniru plak..harap2 ok la..all da best utk awk juga ye..

etomyam said...

waa, mcm ni punya best gaya bahasa kata x menarik ke? kalau digilap boleh jadi penulis nih...btw dunia perniagaan banyak cabaran, dalaman mahupun luaran...asalkan tidak lupa tuhan, Insya Allah berjaya, itu janji Tuhan

suara said...

Salam eleyana...
Kita lihat bumi dan bulan berputar pada paksinya. Selagi ia kekal begitu, insyaAllah tak ada kemusnahan berlaku.

Dan kita manusia, jika berpegang pada ajaran dan aturanNya, insyaAllah tak akan ada perkara buruk yg berlaku...

Formula yg mudah, kan?

Suka Bebel said...

mak aku pun jual kuih gak.hehe...kecik2 dulu aku mmg pembantu yg setia.skg ni je mak aku niaga kerana dah jadi hobi

time study dulu memang aku tak leh klu duk umah.kompom tak bukak buku.hehe

e-leeyana said...

e-tomyam : errr..i'm blushing hehe...tinkiu2...huppp (wake-up jgn lupa diri : reminder diri sendiri)...tu la..mmg da lumrah berniaga

e-leeyana said...

kak su : formula mmg mudah...dah disuluh, terang lagi nyata...tapi manusia ni suka sgt bergelap gelita...

e-leeyana said...

suka bebel : hehe...kecik2 lama2 beso la dia..ekh..tau xpe..dok rmh mmg ssh nak stadi..oleh tu, wat nota bertimbun2..