Wednesday, November 12, 2008

BERMAIN DENGAN BAHASA – EP.2


Dalam kesibukan peperiksaan aku masih sempat menaip ke? Hehe..sebenarnya aku dah siapkan awal-awal lagi masa aku tengah tertekan menyelak helaian buku. Jadi, melepaskan geram di dalam laptop ni seronok juga ye..


Dalam entri kali ini, aku akan membebel sedikit lagi mengenai bahasa. Bahasa itu, boleh aku perkatakan umpama perhubung paling utama antara manusia. Tetapi, dek kerana jenis bahasa yang terlalu banyak di dunia ini, kadang-kadang, perkara yang kecil pun boleh disalah erti. Ohh~ bahaya-bahaya..sebab itulah aku menggunakan tajuk ini, ‘PERMAINAN BAHASA’. Kerana, jika kita selidik mengenai bahasa-bahasa yang ada, nescaya seronok sebenarnya.


Ketika aku di peringkat diploma dahulu, aku paling suka bab penjenamaan (branding). Sebab apa? Sebab aku akan didedahkan dengan segala macam spesis jenama di seluruh dunia. Ada yang mengkagumkan dan ada juga yang err..err..hampeh hehe..Bak kata pensyarah aku, pemilihan jenama ini sangat penting bagi memaksimumkan tahap penerimaan pengguna di seluruh dunia. Kalau tidak, jadilah kes seperti jenama tempatan kita, iaitu Perodua Kancil.


Kenapa? Hah, sebenarnya, orang di Barat kurang berminat dengan kereta ini. Bukan sebab ianya kecil (rasanya kereta Mr.Bean tu lagi comel kan), tetapi disebabkan oleh namanya. Kerana namanya adalah ‘KANCIL’. Pelik ke? Tidak juga sebenarnya. Orang barat menyebut huruf C, sama dengan huruf K kan. Maka, huruf K pula menjadi ala-ala huruf C. Cuba anda sebut perkataan ‘KANCIL’ menggunakan slang mereka. Ianya akan menjadi, ‘CANCIL’. Kurang jelas? Sebutannya akan jadi seperti ini, ‘CAN.KILL’. opsss~


Jadi, sebab itulah mereka tidak mahu membelinya. Sebab, mereka takut akan terbunuh jika membawa kereta ini. Gara-gara bahasa, mereka tidak mahu membeli. Itulah sensitiviti masyarakat dunia. Samalah juga dengan logo Proton dahulu (bintang dan bulan) yang ditukar kepada kepala harimau kerana perspektif mereka terhadap Islam. Masyarakat Islam pula, kurang membeli kereta Chevrolet kerana lambangnya yang seakan-akan salib (tetapi, mereka tak tukar pun lambang tu kan). Nampak sangat..nampak apa? Sendiri fikir la ye..alamak, ni bukan nama ekh, ni tanda..silap..silap..(takpe lah, anggap sahaja sebagai perkongsian. Takkan aku nak buat entri dengan cerita cenonet ni pulak kan).


Ada lagi satu jenama yang ditukar, tetapi aku kurang ingat jenamanya. Maklumlah, sebab bukan bahasa aku. Yang penting, ianya adalah produk minuman mineral. Orang di Perancis (kalau tak silap aku), tidak mahu membelinya. Sebab, bila diterjemahkn jenama tersebut ke dalam bahasa mereka, ia membawa maksud ‘TANDAS’.


Jika anda la kan..agaknya, mahu tak membeli minuman jenama ‘TANDAS’? persepsi orang, bila minum air itu, sama seperti anda minum air ‘TANDAS’. Alamak..tertelan ke air tu? Oleh itu, jenama tersebut ditukar kepada ‘SPRITZER’ yang kita minum sekarang ni. Yang asalnya adalah air tandas haha..


Oleh itu, pandang-pandanglah jenama disekeliling anda. Apakah maksudnya yang sebenar ya??? Hehe..


p/s : ini sebagai bekalan untuk anda daripada aku yang akan mengikat kepala selama seminggu mulai esok untuk fokus ke tahap maksimum menjawab peperiksaan (^_^).


p/p/s : jadi, kalau nak komen apa pun, komenlah tapi harap-harap janganlah ada yang ambil kesempatan dengan penyepian aku selama seminggu ini ya. nak bersajak ke, nak bersyair ke, nak berpantun ke nak berkongsi pendapat ke, aku buka seluas-luasnya. nanti aku balas hehe..


(tapi, kalau aku tensen atau dah yakin habis belajar, aku akan curi-curi juga membuka ;p)

22 comments:

Suka Bebel said...

apa daa sampai perancis carik beza, basa jawa pun dah buleh compare dah.tu belum bahasa org serian lagi.hehe...

arsaili said...

salam..kesibukan sering menghambat kita...

Akmal said...

e-leeyana,
I thought nama kereta kita yang paling tak ganas. I mean, Kancil. Kelisa. Sekali can-kill hahaha. Citroen pun ada satu nama kereta yang menakutkan; C4. Bunyi macam ada terrorist tengah drive hahaha. Tapi nama tu cool kan?

Yunus Badawi said...

Syarikat tempat saya kerja dulu pakai lambang kulit kerang aje tapi terkenal seluruh dunia. Kajian yg dijalankan mendakwa lambang kerang tu bernilai USD20 Bil.

faridmw said...

salam
bahasa menunjukkan bangsa..
senyum senunjukkan kecerian dan keriangan,,,(keluar dari tajuk sikit)

hehehee

AbGJaS said...

Hi e-leeyana,
Salam kenal, thanks krn singgah kat blog abgjas.

Tapi knp kita sering mengalah kpd pihak barat?
Nama khas patut disebut mengikut sebutan bahasa asal...

Sebut KOLGET utk Colgate, bukannya 'COL GA TE' macam bunyia 'coli gatal' kan??kan??

sultan said...

alamak... kancil kesayangan aku jd isu hangat dlm entri kali ni. haha...

izman said...

kalau ko suka bahasa, dicadangkan ko ambik kelas bahasa budaya & masyarakat (ye ke?, dah lupa). menarik... ia menerangkan kenapa sesetengah benda biasa bg suatu negeri tapi taboo di negeri lain.

zafi said...

yeap2...
i did one language project related to "advertisement language in society"...
saya setuju dengan anda!
Ulasan anda menarik.. good!

BurungBelatuk said...

bahasa itu indah andai betul penggunaanya...bahasa itu lambg identiti bangsa.kekdg belatuk sedih ila anak bangsa duk mengagungkan bahasa bangsa len...sudah tidak indahkah bhs kita?

etomyam said...

Branding...satu topik yg menarik, tu pasal kompeni sanggup habis berjuta2 untuk create 'brand awareness'....MIC pun sekarang tengah buat REBRANDING...nak ubah persepsi masyarakat terhadap part, selepas 50 tahun di'expose'kan begitu......"Think Like a wiseman but communicate in the language of the people"

e-leeyana said...

suka bebel : hehe..nk kaji bhs jawa lg susah..sbb kt cni ramai org jawa..silap sikit, bahaya laa~

arsaili : owh~ masa itu sgt berharga

akmal : haha..tu la kn..jgn disangka mudah semuanya. c4..humm cool...simple tp ganazzz

e-leeyana said...

YB : eh ehe ehe...shell kn kn kn..itu mmg dah gah namanya..hebat betol mrk dpt naikkan si kerang

faridmw : haha..mana la kamu nk lari ni..

abgJas : sbb kita masih minoriti..ssh nk lwn mrk..so, t'paksa la tunduk..colgate????

e-leeyana said...

sultan : ampun tuanku (kekekeke)..aiseh..ada pengguna kancil..harap tabah ya ;p

en.izman : sem lps da amk bhs..yg tu elektif ya..best juga ye..nti sy selak2 bku akademik

zafi : alamak melambung2 pujinya..kalau ada masa, bce la yg ep.1 punya entri (promote nih)..kalau ada info lg, jgn lupa b'kongsi..best kn bahasa ni..unik..

e-leeyana said...

burung belatuk : itulah..kdg2 bhs sndri pun nk d'ubah suai..sy pn xfhm apa yg diorang ckp..da mcm bhs alien..

e-tomyam : branding tu mmg susah nk d gahkn kt pasaran..mkn masa n mkn duit juga kn..tp, skali da dpt, fuhhh~ 1 nama pn berjuta harganya..

Obefiend said...

adakah anda pembaca blog cry4freedom.fm? jika ya saya mahu anda tahu yang dia banyak menciplak karya asli saya dan mengaku itu penulisannya. beliau tidak approve komen saya dan cube delete semua bukti beliau plagiat karya asli saya

jika anda kenal dengan manusia ini. ingatkan pada dia yang meniru itu tidak cool........

13may said...

hehhe hehhe....

saya kadang kadang org cakap jenis tak paham bahasa...camna tuh???

hehhe hehhe

e-leeyana said...

obifiend : alamak..ni kes benar ke x? alahai...siapa org nya pn aku xknal hehe..ni tgk balek

e-leeyana said...

13 may...camne ekh...haha~ cmtu la..tu tok org yg mmg fhm tp xmo fhm..yg ni kes slh fhm ;p

yatie said...

heh..cancel aku nak beli kereta kancil macam ni huhuhu

warungkampung said...

ni lari skit topik,tapi berkait dengan pengiklanan gak. ada satu kampeni serbuk pencuci kain barat kena gelak kaw2 kat timur tengah. alasan?
diorg punya iklan papan tanda ada dua bhgian. satu belah kanan, satu belah kiri. sbb di barat baca dr kiri ke kanan, dia ubuh gamba kain kotor di kiri, pastu lps basuh jadi kain lawa belah kanan.
tapi orang arab baca dari kanan ke kiri, jadi orang baca iklan tu 'kalo guna serbuk pencuci nih,dari baju lawa jadi kotor'!

e-leeyana said...

yatie : kau tu ada di Malaysia daa bukan Barat...kekeke

y4ku24 : wahhh...sampai macam tu ke? tersilap teknik la tu. kalau awak dapat sertakan gambar mesti lagi best kan. (sedang membayangkan iklan tersebut macam mana hehehe)