Tuesday, October 14, 2008

'MY KILLER QUESTIONS'

salam ketemu semua....
kali ini, aku ingin berkongsi bersama anda beberapa soalan yang pernah diajukan kepada aku untuk dijawab. soalan-soalan ini sebenarnya mudah je jawapannya tetapi agak menusuk kalbu juga la tahapnya tu. kalau tak kena masa, aduhhhh lemah nak menjawab...
1. awak tingkatan berapa?
soalan ini, selalu menembusi gegendang telinga aku. paling terkini sekali, masa hari raya yang lepas. bila salam dengan akak dan abang aku, mesti soalannya sama, "awak kerja di mana sekarang?". tapi, sampai je giliran aku, soalan mesti berubah, "yang ni sekolah kat mana? tingkatan berapa?" aduhhhh....sedih nak menjelaskan. nak je aku jerit pada satu dunia untuk bagitahu, "umur aku dah 22 la!!!!"masa raya tahun lepas, ustazah aku pun cakap perkara yang sama. macam ni ayat dia, "semua orang dah berubah, dah besar panjang, tapi yang sorang ni....tak berubah-ubah". lagi 'best' masa aku mula-mula mendaftar masuk UUM. kenal dah hampir 1 semester, sedang kami berborak di asrama, tiba-tiba ada orang yang menukar topik. dia nak tengok loket rantai aku. lama dia merenung dan mula bersuara, "awak ni dah lebih 21 tahun ke?". huhuhu....nampaknya, berguna juga aku pakai loket kunci tu. memudahkan aku untuk menjawab soalan yang seumpama dengannya...

alasan aku : nampaknya aku ni awet muda hehehe....jangan jeles la yang lain-lain tu ya...

2. calon mpp atau calon isteri?

buat pengetahuan semua, sekarang ni musim pilihanraya perwakilan pelajar seluruh ipt di malaysia. ada seorang junior aku bertanya, "akak tak jadi calon mpp ke?". aku menjawab, "tak, takde masa" hehe (alasan yang sebenarnya entah ada ke tidak orang ingin mengundi aku nanti). dia membalas kembali, "takpe la kak, yang penting akak tak boleh lari dari menjadi calon juga nanti". aku yang mamai, membuatkan aku menjawab dengan salah faham, "tunggulah akak dapat takluk uum nanti". dan itu membuatkan dia memberi penjelasan tanpa diminta, "akak tak faham ni...calon isteri la!!!" owhhh~ tidak....

alasan aku : i'am still young. macam la yang semua orang ingat aku masih bersekolah lagi tu kan hehe...jauh lagi perjalanan akak ni dik oiii....

3. cik iliana, takkan tak bersedia lagi kot?

yang ini, aku baru sahaja terima. puncanya, dia bercerita tentang isu 18sx dan membuatkan aku tersipu-sipu malu (waaaaaa~ ala-ala gadis ayu) hehehe. aku cakap pada dia, "tercemar otak aku". tiba-tiba dia membalas dengan persoalan sedemikian yang membuatkan aku errrrr tak tahu la macam mana reaksi muka aku masa tu.

alasan aku : aku masih tak cukup umur lagi la hehehe...tahap calon isteri pun belum lagi, inikan pula yang lebih dari tu...

4. awak ni, memperjuangkan Islam juga ya?

ada rakan aku yang bertanya dengan kehairanan, "engkau ke ni yana?". mereka pelik melihat aku berbicara tentang agama. sebabnya, aku ni sebenarnya agak 'gila-gila' juga orangnya. bukankah memang dituntut setiap umat Islam untuk memperjuangkan agama. tak gitu??? jadi, melalui blog ni, diharapkan aku dapat la melakukan sesuatu juga untuk agama. walaupun aku ni taklah sebaik mana orangnya, tapi tak salahkan untuk memberi dan berkongsi, dalam masa yang sama ilmu sendiri pun dapat dipertingkatkan lagi...

alasan aku : aku pun masih lagi sedang mendalami ilmu agama, tapi melalui setiap suara tu, belumlah bermakna aku ini sealim-alimnya. masih lagi dalam proses manambah baik prestasi diri. tapi, bagi orang-orang yang kenal aku dari kecil lagi, mereka pasti tak kehairanan. cuba tengok gambar aku, biasa je kan....(kalau sudi, tengoklah hehe)

rasanya, itu sahajalah dahulu setakat ini. diharap soalan-soalan yang macam itu tak terkeluar lagi....penat nak menjawabnya...

15 comments:

Yunus Badawi said...

E-leeyana ni mesti comel lote macam anak saya yg Tingkatan 5. Ramai org ingat dia Ting 1. Raya baru ni ada yg sangka dia Darjah 6.
Teruskan memperjuangkan Islam dlm apa bentuk sekalipun. Itulah bekalan kita utk hari kemudian.

e-leeyana said...

hoh??? comel??? aisehhh takde la...biase je...mungkin sbb sy terlalu simple kot...sy xske bergaya sgt...seksa rasanya nk belit2 bdn hohoho....
insyaallah...harap ada sokongan rakan2 juga (^_^)

yatie said...

engko tu mmg knk2 ribena dr dlu lg. tgk la skrg pn. yana yana

coolman said...

soalan sy plak :
bila awk bsedia nak jd isteri sy?
huhu ^_^

e-leeyana said...

yetie : hah???? hampeh...

coolman : hah???? (terkejut lbh siket)...tgguuuuuuu~....blh mendatangkan kontroversi nih...bahaya2

warungkampung said...

Makcik aku lagi bes.
1)Semasa nak hantar anak sedara,kawan sedara aku tegur makcik aku: "Kami pergi dulu kak!"
Nasib baik dia tak dengar.Anak2 dia pun cakap "jangan bagitau dia,nanti dia kembang!"

2)Dia berjalan dengan anak-anak dia (makcik aku ketinggian rendah skit), bertembung dengan seorang makcik lain yang tak dikenali, dan makcik tu bersembang dengan salah seorang anak perempuan dia.
"Eh,emak kamu mana?"
Punye la kembang idung makcik aku tu!!

Baik lagi la digelar awet muda, dari disalah anggap lagi tua!

fusarium solani said...

e-leeyana mustinye chumel benor!

e-leeyana said...

en.luqman : wahhhh~ best2...mse praktikal dlu, ade sorg wanita ni jual goreng pisang. aku ingat die makcik rupenye nenek...pehhh rock gle...pki skirt jeans tu (labuh laa)...die ckp, dlu2 die mcm aku...hehehe~ maknenye nnt aku da jd nenek pn maintain lagi...wahhh~

e-leeyana said...

fusarium : isk x la...sy ni bkn kck pn bdnya..tinggi la gak, dlm 153cm (tp dlm famili mmg la paling rndh...nth la nape diorg still ingat msh sek...mgkn bdk2 sek skrg yg nmpk over matured kot hehe

geget aku said...

weiii ko ade boyfren senyap2 ek? pehhh nnt kenduri kawen gerenti ktorg sabotaj!

Suka Bebel said...

ni awet muda la ni eh?hehe

salam kenalan...

Si Kachak Suparjo said...

Adik sorang je ke? mana mak bapak ni?

ngeheheh!

Wei dude,
ko pikir semua yg pakai tudung labuh, pakai songkok slalu tu baik sgt ke?

e-leeyana said...

geget : seperti biasa, itu sume gosip semata2....i'm still single n available la...so, dtg ek jgn xdtg...klo xdtg nti aku jemput hehehe (chehhh calon pn xde nk ckp cte kawen ek ko, mentel)

bebel : awet muda??? xthu la den yg muka mude ke, mereka yg muka tua ehehehe

kachak : cheh, perli la tuh...owh tau xpe...skrg kes dunia da terbalik...so, baik aku biase2 je kn kn kn...maintain kachak...wahhh gtu...

Hafizan said...

ini adalah killer question bile awk dh kawin nnt.

a)bile nk dpt anak?
b)mak mertua ok ke?
c)perangai suami mcm mane lps kawin?

bersedialah dgn jwpn2 yg bernas hehe...

e-leeyana said...

oyoooo....bhaye nih...aiseh men...jauh lg tu...the most killer question is this becoming final xam hehehe...am i ready 4 dat??? entoh le...