Wednesday, October 1, 2008

KISAH DARI SEBUAH TRANSKRIP



Satu ketika dahulu, saya pernah menerima e-mail dari seorang rakan. Tapi, maaf kerana saya tidak mampu mengingat namanya. Apa yang ingin saya ceritakan juga bukanlah sebuah cerita yang benar-benar jitu seperti asalnya. Namun, tetap ingin saya kongsikan bersama walaupun hanya secebis sahaja yang masih segar dalam ingatan saya. Kerana, kisah ini mempunyai sebuah pengajaran yang maha besar ertinya kepada setiap umat yang bertanggungjawab sebagai khalifah Allah s.w.t di muka bumi ini. Insyaallah…


>>> transkrip ini mungkin dijumpai seorang hamba Allah yang diukir diatas sebiji batu. Ceritanya begini…


Seorang munafik berkata kepada seorang kafir, " aku bersyukur kerana menjadi hamba Allah kerana aku adalah lebih mulia berbanding orang-orang kafir"
Orang kafir tersebut pula membalas, "aku bersyukur menjadi hamba Allah kerana aku adalah lebih mulia berbanding seekor binatang"


>>> jika diteliti, apalah bezanya antara kedua-duanya kerana mereka ini sememangnya kaum yang dimurkai oleh Allah s.w.t


Seekor harimau berkata, "aku bersyukur kerana menjadi makhluk yang diciptakan oleh Allah s.w.t kerana aku lebih mulia berbanding seekor kucing"


Kucing pula berkata, "aku bersyukur kerana menjadi makhluk yang diciptakan Allah s.w.t kerana aku lebih mulia berbanding seekor anjing"


Tidak lama kemudian, anjing pula membalas, "aku juga bersyukur kerana menjadi makhluk yang diciptakan Allah s.w.t kerana aku lebih mulia berbanding seekor khinzir"


>>> dapatkah kalian meneka…dengan siapa pula si khinzir ini ingin dibandingkan dengan dirinya? Marilah kita berfikir sejenak. Bersama-sama mencari jawapannya…


>>>


>>>>


>>>>>


>>>>>>


>>>>>>>


Maka si khinzir pun berkata, "sehina-hina aku di sisi-Nya, namun aku tetap bersukur kerana diciptakan-Nya. Ini adalah kerana aku lebih mulia jika dibandingkan dengan umat-Nya yang telah dikurniakan akal fikiran namun tidak menunaikan solat fardhu lima waktu serta semua suruhan-Nya. Bukankah golongan ini merupakan golongan yang paling hina kerana membiarkan diri sentiasa dalam kerugiaan.


Subhanallah….sedarlah….di manakah kedudukan kita sebagai hamba di muka bumi ini sebenarnya? Sehinggakan kita boleh menjadi lebih hina daripada binatang-binatang yang tidak mempunyai akal. Bukankah setiap manusia yang beragama Islam itu merupakan insan-insan yang terpilih, yang diberikan hidayah oleh Allah s.w.t dengan menjanjikan syurga di akhirnya. Namun, kejahilan dan kedegilan manusia dalam kehidupan, membuatkan ramai yang terleka sehinggakan tidak sedar bahawa mereka sebenarnya sedang menongkah arus kebenaran.

Sempena beralihnya Ramadhan dan sempena kita semua bergembira meraikan hari perayaan, janganlah kita terleka. Dengan kemerdekaan ini, sama-samalah kita memperbetulkan apa yang salah. Umpama kita memberi satu nafas baru kepada kehidupan kita sendiri. Semoga nafas itu, terdiri dari segenap udara yang segar agar dapat menyihatkan kita...Insyaallah...

7 comments:

e-man saff-one said...

mak uiii...mendalam gak cite nih...harap2 aku tk tergolong dlm golongan yg lps c khinzir tuh...cuak sehhh

Anonymous said...

agknye stori yg full version cmane la plak ekh...

fabaliosa said...

hmm... transkrip untuk santapan rohani... ni... betul ke post 3 a.m. last night... tak leh tido.. pasal.. raya ke ?

e-leeyana said...

e-man : mmg mendalam sampai bertahun2 lamene aku msih blh ingat lg kisah ni

e-leeyana said...

fabaliosa : blek malaysia x raye ni? nway, selamat ari raya (^_^)

errr entah la ekh...jam tu yg salah kot...mungkin die ikt waktu planet marikh (lupe nk setting waktu bumi) hehe....

skywarrior said...

tahniah!!!
dah raya ni harap2 xterleka
maklum la syaitan da bebas kan

selamat aghi ghaye

e-leeyana said...

mudah2an mcm tu la...mmg itu la tujuan entri ni...